Anda di halaman 1dari 2

KEBAIKAN MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM

Terdapat beberapa kebaikan penggunaan pengangkutan awam di


Malaysia.

Mengurangkan Kesesakan Jalan Raya


Kebaikan pertama penggunaan pengangkutan awam ialah dapat
mengurangkan kesesakan jalan raya. Penggunaan pengangkutan awam ini
amat penting di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kerajaan telah
menyediakan dan membina pelbagai jenis pengangkutan awam di Kuala
Lumpur. Antara pengangkutan awam yang terdapat di Kuala Lumpur ialah
perkhidmatan teksi, bas, monorel dan LRT. Penggunaan pengangkutan
awam ini telah dapat mengurangkan kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur
terutama pada waktu pagi dan petang.

Selamat Digunakan
Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga lebih selamat kepada
pengguna. Penggunaan bas umpamanya lebih selamat daripada
penggunaan motosikal atau kereta apabila berlaku sesuatu kemalangan.
Contohnya, jika seseorang itu mempunyai urusan di bandar raya Kuala
Lumpur, dia tidak perlu memikirkan tentang keselamatan kenderaan yang
dibawanya jika ia menggunakan pengangkutan awam. Hal inl demikian
kerana di bandar raya Kuala Lumpur, sering berlaku kecurian kenderaan di
tempat letak kereta. Selain itu, penggunaan pengangkutan awam bukan
sahaja selamat tetapi dapat memudahkan pergerakan seseorang.

Menjimatkan Kos
Penggunaan pengangkutan awam juga membolehkan seseorang
menjimatkan kos hidup. Hal ini kerana pengguna tidak perlu membeli
minyak kenderaan apabila menggunakan pengangkutan awam. Pengguna
pengangkutan awam juga tidak perlu memikirkan kos perkhidmatan
meletakkan kenderaan. Selain itu, dengan menggunakan pengangkutan
awam juga membolehkan seseorang itu mempunyai lebihan pendapatan
untuk tabungan atau pendidikan kerana dia tidak perlu membayar
ansuran kenderaan, petrol, insurans kenderaan dan kos servis kenderaan.
Terdapat juga perkhidmatan pengangkutan yang dibayar secara bulanan
dan ini lebih menjimatkan lagi kos hidup seseorang.

Menjimatkan Tenaga
Di samping itu, penggunaan pengangkutan awam juga akan dapat
menjimatkan tenaga. Jika seseorang itu tinggal di Johor Bahru dan dia ada
urusan di Kuala Lumpur, perkhidmatan kereta api atau bas adalah baik
untuknya. Dengan menaiki bas atau kereta api, seseorang itu akan dapat
menjimatkan tenaga yang digunakan untuk memandu. Tenaga yang
dijimatkan Ini boleh dIgunakan untuk membuat kerja-kerja lain seperti
menulis atau membaca buku. Selain itu, seseorang yang menggunakan
pengangkutan awam juga akan berasa lebih segar dan ceria jika
dibandingkan dengan orang yang memandu kenderaan sendiri.

Menjimatkan Masa
Pengguna pengangkutan awam juga dapat menjimatkan masa.
Contohnya, penggunaan kapal terbang akan menjimatkan masa
perjalanan jika dibandingkan dengan memandu kenderaan sendiri.
Menaiki relbus atau monorel juga lebih menjimatkan masa jika
dibandingkan dengan menaiki kenderaan sendiri yang memungkinkan kita
terlibat dalam kesesakan jalan raya.