Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM BACAAN YAASIN DAN TAZKIRAH MINGGUAN

ANJURAN EXCO KEROHANIAN MPP TINGKATAN 6

SMK BUKIT GARAM KINABATANGAN

1.0 PENGENALAN

Pengisian rohani adalah penting bagi setiap insan agar segala tindakan yang dilakukan
dimulai dengan fikiran jernih, hati yang bersih dan akhirnya tindakan serta hasil yang
terbaik. Di sekolah, pelajar yang cemerlang bukan sahaja semata-mata mendapat
keputusan yang terbaik dalam bidang akademik, bahkan mempunyai hubungan dan
pergantungan yang kuat pada Tuhan. Justeru, usaha melaksanakan bacaan yaasin dan
tazkirah mingguan amat bersesuaian untuk mengukuhkan rohani dan menguatkan
semangat semua pelajar dan guru agar bersungguh-sungguh berusaha mencapai kejayaan
yang cemerlang dan diredhai Allah S.W.T.

2.0 OBJEKTIF

i. Membentuk peribadi dan akhlak pelajar yang terpuji.


ii. Menguatkan semangat dan motivasi pelajar dan guru untuk terus berusaha
bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan.
iii. Menjadikan pergantungan 100% hanya kepada Allah S.W.T

3.0 CADANGAN PELAKSANAAN

i. Sasaran

Semua pelajar muslim Tingkatan 6

ii. Cadangan Tarikh dan Tempat

Diadakan setiap minggu pada hari jumaat, bermula 16 Jun 2017 bertempat di Surau Imam
Hassan Al Banna (Surau baharu).
iii. Aktiviti

Masa Akttiviti

7.20 pagi Pelajar Berkumpul di Surau

7.30 pagi Bacaan Yaasin dan Doa

7.45 pagi Tazkirah Ringkas

7.50 pagi Pelajar bersurai dan masuk kelas masing-masing

(Pelajar non muslim boleh berkumpul dalam kelas untuk slot pengisian moral)

iv. Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi Pn Kasmah Ramzali


(Penolong Kanan Tingkatan 6)

Penasihat En Janior Lin Yuk


(Penyelaras MPP Tingkatan 6)

Penyelaras Pn Suhaimah Talitti


(Penasihat Exco Kerohanian MPP Tingkatan 6)

Saudara Mohd Zulian Zulkifli


(Ketua Exco Kerohanian MPP)

Saudari Aina Amirah Asni


(Timb Exco Kerohanian MPP)

Kawalan Pelajar Guru Disiplin Bertugas Mingguan


Semua Pengawas

Bacaan Yaasin & Semua Exco MPP/Pengawas (Mengikut Jadual Giliran)


Doa/Tazkirah

Persediaan Tempat Guru Bertugas Mingguan


dan Peralatan Pelajar Kelas Bertugas Mingguan

v. Belanjawan

Tiada belanja atau kos diperlukan.


4.0 KESIMPULAN

Diharapkan semua pihak dapat bekerjasama membantu program ini berjalan lancar seperti
yang dirancangkan. Semoga bacaan yaasin dan tazkirah mingguan yang dijalankan
menjadi sebati dalam jiwa setiap pelajar dan menjadi amalan rutin walau dimana mereka
berada. Juga diharapkan semua yang terlibat mendapat kebaikan dan keinsafan daripada
program ini, insyaAllah.

Disediakan Oleh
Disemak Oleh

.............................. ...........................
(Pn Suhaimah Talitti) (En Janior Lin Yuk)
Penasihat Exco Kerohananian MPP Ting. 6 Penyelaras MPP Tingkatan 6
SMK Bukit Garam Kinabatangan SMK Bukit Garam Kinabatangan

Disahkan Oleh

..............................
(Pn Kasmah Ramzali)
Penolong Kanan Tingkatan 6
SMK Bukit Garam Kinabatangan
KERTAS KERJA
PROGRAM BACAAN YAASIN DAN TAZKIRAH MINGGUAN

ANJURAN EXCO KEROHANIAN MPP TINGKATAN 6


SMK BUKIT GARAM KINABATANGAN