Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK KARNIVAL KIDS ATHLETICS

NAMA PELAJAR : FATIN ATHIRAH BINTI AHMAD

NO KAD PENGENALAN : 920225-02-5906

PROGRAM : PISMP BAHASA MELAYU AMB. JANUARI 2012

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU NYIOR

NAMA PROJEK : KARNIVAL KIDS ATHLETICS

TARIKH PELAKSANAAN : 13 OKTOBER 2015

1. LATAR BELAKANG

Kids Athletics merupakan satu program yang dianjurkan oleh Federasi Asosiasi Atletik
Internasional (IAAF).
Program ini merupakan program pelatihan yang dikhaskan kepada kanak-kanak yang
berusia 7 hingga 12 tahun.
Karnival Kids Athletics ini mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
mementingkan keseimbangan individu dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.
Kids Athletics merupakan salah satu cara untuk mendisiplinkan rakyat Malaysia untuk
mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana mengunakan kemahiran asas antaranya
pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan.
Melalui penganjuran Karnival Kids Athletics ini guru pelatih dapat lebih pengetahuan serta
kesedaran terhadap penerapan kemahiran-kemahiran asas sukan kepada perkembangan
diri murid yang seimbang.
2. OBJEKTIF

Penganjuran Karnival Kids Athletics ini bertujuan untuk:


1. Memenuhi sukatan pelajaran / proforma Program Internship.
2. Membolehkan guru pelatih mengaplikasikan teori pentadbiran sukan yang dipelajari
dalam sukatan pelajaran PJM 3112.
3. Melatih bakal guru mengelola dan menguruskan sesuatu pertandingan dengan baik
dan sistematik
4. Meningkatkan kemahiran interpersonal guru pelatih dengan pihak sekolah dan
pihak-pihak berkaitan dalam situasi yang pelbagai semasa mengelola penganjuran
Karnival Kids Athletics.
5. Mempromosikan Karnival Kids Athletics dalam kalangan guru di sekolah.
6. Mendedahkan bakal guru dengan kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan
bidang sukan dan permainan ke arah meningkatkan lagi kualiti pendidikan dan guru
serta akauntabiliti professional.
7. Memupuk kesedaran tentang kepentingan dan kecemerlangan seorang pendidik.

3. STRATEGI PELAKSANAAN

1. Perbincangan dengan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sekolah.


Bertemu dengan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sekolah yang
bertanggungjawab dengan pelaksanaan program sukan di sekolah.
Membincangkan tentang masa, lokasi dan aktiviti permainan yang ingin
dijalankan.
Berbincang mengenai sasaran murid yang akan diberi tumpuan semasa projek
dijalankan.

2. Perbincangan dengan mentor


Berjumpa dengan mentor dan mengemukakan cadangan bagi projek iaitu projek
Hari Sukan Negara bersama-sama rakan kumpulan projek yang lain.
Beliau bersetuju dengan agihan murid mengikut aktiviti yang telah ditetapkan.
3. Perbincangan dengan pihak pentadbiran sekolah (penolong kanan kurikulum
dan guru penolong kanan kokurikulum)
Berjumpa dan berbincang dengan guru penolong kanan untuk mendapatkan
panduan, maklumat, idea dan cadangan. Beliau menerima idea dan pendapat
yang dikemukakan.
Berbincang dengan guru penolong kanan mengenai aktiviti yang bakal
dijalankan dan sasaran murid yang telah ditetapkan.

4. Membuat perancangan dan persediaan.


Saya sebagai setiausaha segera membuat dan menyiapkan kertas kerja untuk
memohon dan mendapatkan kebenaran daripada guru pembimbing dan juga
guru besar yang dipangku oleh guru penolong kanan akademik.
Setiap aktiviti yang dirancang dibincangkan dengan guru pembimbing (mentor)
agar fokus utama dapat dicapai kerana projek ini merupakan projek
berkumpulan yang telah melibatkan seramai 8 orang guru pelatih bagi program
internship.
Bermesyuarat kali kedua dengan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
sekolah bagi membentangkan aktiviti-akitiviti yang akan dijalankan pada hari
pelaksanaan projek.

5. Melaksanakan projek
Semua aktiviti yang dirancangkan telah dilaksana mengikut perancangan.
Program Karnival Kids Athletics berlangsung bermula jam 7.30 pagi dan
berakhir pada 10.15 pagi.
Melibatkan semua murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pulau Nyior.
Semua guru memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan program
yang dianjurkan.
Pemantauan daripada Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Pembimbing.
3. REFLEKSI

a) Kekuatan Projek

Sukan dikenali sebagai satu lapangan yang merangkumi semua aktiviti


kecerdasan dan kemahiran dalam sesuatu permainan. Marcapada, sukan sering
menjadi keutamaan bagi menghiasi dada akhbar dan bukan saja melibatkan
kejohanan tempatan malahan di peringkat global. Acara sukan serta kejohanan-
kejohanan berprestij merupakan antara program yang sangat penting dan wajib di
adakan sama ada setahun sekali, dwi-tahunan, empat tahun sekali atau
sebagainya. Bertitik tolak daripada itu, pelbagai kejohanan sama ada peringkat
domestik ataupun antarabangsa telah dituan rumahkan oleh Malaysia seperti
SUKMA, sukan SEA, dan sukan Olimpik semata-mata untuk memartabatkan
sukan di mata masyarakat.

Seperti yang kita maklum, kita telah melahirkan atlet-atlet Malaysia yang
sememangnya berwibawa dan mampu menjadi ayam tembatan serta intan yang
berkilauan dan memancar membanggakan pemiliknya. Kita dapat lihat hasilnya
seperti Nicol Ann David, ratu skuash negara, Azizulhasni Awang, permata dalam
dunia berbasikal dan Daniel Bego, atlet renang kita yang telah banyak menempah
kejayaan. Kewibawaan dan kesungguhan mereka menjadi inspirasi selain
menmanfaatkan peluang yang berharga untuk berbakti kepada negara dalam
bidang masing-masing. Selain itu, bagi menyedarkan generasi seterusnya supaya
tidak terus hilang apabila atlet sekarang bersara kelak, anak jati Malaysia ini
haruslah membuktikan bahawa mereka mampu memperturunkan ilmu yang
berguna supaya ia tidak luput ditelan zaman.

Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu mengaut keuntungan yang
lumayan melalui penganjuran sukan Komanwel pada tahun 1998. Hal ini
sedemikian kerana, pengaliran wang dari seluruh negara-negara ke Malaysia
menyebabkan pertukaran wang asing yang seterusnya memberi kelebihan kepada
kita. Sementelahan lagi, jualan tiket bagi setiap acara dalam kejohanan juga
mampu membawa kepulangan yang lumayan kepada negara dan boleh
digunakan sebagai dana untuk pembagunan sosial dan mempertingkatkan lagi
mutu sukan negara agar dapat bersaing dengan negara luar. Jesteru , pelaburan
yang dilakukan untuk menganjurkan acara sukan yang lebih banyak
memberi kesan yang positif terhadap sesebuah negara.

Sukan juga merupakan segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau


ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan,
hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah,
dengan menyedari kepentingan tersebut pada tahun ini kerajaan telah
memperkenalkan dan mewujudkan Hari Sukan Negara. Contoh aktiviti sukan yang
boleh dijalankan pada hari tersebut ialah seperti olahraga, berenang, permainan
bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya.

Oleh yang demikian, terdapat pelbagai kekuatan atau faedah daripada


pelaksanaan Karnival Kids Athletics tersebut. Antaranya adalah melalui aktiviti
sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana
individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang
tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin
berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak
langsung sukan juga turuk membentuk disiplin murid tersebut.

Aktiviti sukan sangat baik untuk kecergasan murid-murid. Murid-murid dapat


mengeluarkan peluh dan dapat melakukan aktiviti bersukan dengan teknik yang
betul. Apabila badan cergas, pasti murid-murid dapat menimba ilmu dengan baik.
Selain itu, bersukan juga dapat meredakan tekanan belajar. Apabila murid-murid
menyertai aktiviti bersukan, mereka akan melupakan pelajaran buat seketika dan
mapu mengelak diri mereka daripada menghadapi tekanan belajar.

Aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan antara murid. Mereka akan
mendapat ramai kawan dan hubungan juga lebih akrab. Contohnya dengan
menyertai pertandingan sukan, semangat berkumpulan dan saling bekerjasama
untuk merangkul kemenangan akan lebih membara.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mencungkil bakat-bakat baharu


dalam bidang sukan. Bakat-bakat ini perlu digilap untuk mewakili sekolah ke
peringkat daerah seterusnya ke peringkat negeri. Secara tidak langsung, akativiti
sukan juga dapat mengharumkan nama sekolah ke seluruh negara.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat.
Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang
serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap
petang sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang
mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak
bersukan

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik
untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana
murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan
terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang
menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar.
Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang


berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan
seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak
cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa
walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu,
sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.

Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang
mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya
murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain computer game dan
tidak akan menghabiskan masanya untuk berpeleseran di pusat beli-belah,
menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan
menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

b) Kelemahan Projek

Walaupun Projek ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya,namun ia juga


terdapat beberapa kelemahan yang harus diperbaiki. Antaranya adalah dari
aspek keadaan padang yang agak licin apabila dijalankan pada waktu pagi.
Keadaan ini menyebabkan pergerakan murid semasa beraktiviti sedikit
mengganggu. Selain itu, dari aspek keselamatan, persediaan yang rapi sedikit
terganggu apabila perkakasan dan cecair mencuci luka di dalam peti kecemasan
yang terdapat di sekolah telah tamat tempoh. Namun begitu, syukur kerana
sepanjang karnival berlangsung tidak terdapat kemalangan yang menyebabkan
pendarahan atau kecederaan serius.

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan maklumbalas yang diperoleh daripada guru penasihat dan guru


penolong kanan pentadbiran, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan
adalah dengan menambah jumlah penyertaan dan membuka penyertaan kepada
pelajar-pelajar lain selain Tahun 6. Selain itu, karnival ini boleh juga dilaksanakan
pada waktu petang dimana keadaan padang yang lebih kering. Dari aspek
keselamatan, penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah dengan memohon
peruntukan dari segi persediaan kit kecemasan. Selain itu, sekiranya melibatkan
jumlah pelajar yang ramai, permohonan untuk mendapatkan khidmat pasukan
perubatan seperti JPAM atau ambulans perlu dipertimbangkan. Ini membolehkan
pengajur bersedia sekiranya berlaku sebarang situasi kecemasan yang
memerlukan tindakan segera.
5. KESIMPULAN

Kesimpulannya, sukan sangat penting kepada murid-murid untuk mencapai


kecemerlangan dalam kokurikulum mahupun kurikulum. Pihak sekolah dan PIBG
haruslah berganding bahu menyokong aktiviti sukan agar mencapai matlamatnya.
Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga
dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran
sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai
lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan
kita tidak melakukannya hanya hangat-hangat tahi ayam. Oleh itu, pihak
kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah.
LAPORAN BERGAMBAR KARNIVAL KIDS ATHLETICS

Fasa Persediaan Peralatan Dan Tempat Karnival Kids Athletics


Fasa Perlaksanaan Karnival Kids Athletics

Permainan Cross-Hope
Aktiviti Regangan

Permainan Sprint-Hurdle

Permainan Overhead Backward


Throwing

Permainan Sprint-Slalom

Permainan Rotational Throwing


Permainan Formula 1

Anda mungkin juga menyukai