Anda di halaman 1dari 10

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU DALAM MEMBINA NEGARA

BANGSA BERLANDASKAN ETIKA PROFESION KEGURUAN.

Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa


berlandaskan Etika Profesion Keguruan. Profesion perguruan adalah
satu profesion yang sangat mulia dan amatpenting dalam proses
pembangunan manusia, masyarakat dan negara.

1. Di zaman teknologi yang serba maju dan canggih ini, peranan dan
tanggungjawab guru semakinmencabar. Guru memainkan peranan
penting untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga
masyarakat serta hubungannya dengan Tuhan. Perpaduan kaumdapat
dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling
hormatmenghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan
agama kerana guru yangbaik adalah seorang guru yang mempunyai
sahsiah yang baik juga ialah guru yangmengamalkan etika keguruan
yang standard. Tanggungjawab utama yang digalas oleh guru tertumpu
kepada tiga perkarayang menumpukan kepada kekuatan dalaman
yang utama iaitu dari aspek agama, nilaidan etika. Pembinaan
kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru
menjalankantugasnya sebagai ibadah dengan matlamat
membangunkan INSAN.

2. Guru berperanan dan bertanggungjawab dalam membina Negara


berlandaskan etika. Di mana etika menurut dewan Bahasa dan Pustaka
etika membawa maksud Satu sistem dasarakhlak, adat atau tingkah
laku atau kesusilaan.Manakala etika dalam kamus Oxfordbermaksud
prinsip moral atau set prinsip moral. Secara umumnya tanggungjawab
danakibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.

1
Dari perspektifIslam, etika merujuk kepada tingkah laku betul
berasaskan Al-Quran dan As-Sunnahdan juga ketakwaan pada Allah.
Guru bertanggungjawab mematuhi etika profesionaldan mempraktikan
semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap
kualiti,produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi
penekanan terhadapsemua aspek yang berkaitan dengan peraturan
dan peradaban, peranan nilai sertatingkah laku profesion dalam
masyarakat.

3. Etika profesional mencakupi sebahagian besar ahli professional kecuali


hal-yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta dan menanam
bunga. Dalam islam,etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia
yang bertakwa dalam keseluruhanhidupnya. Selain etika professional
guru juga perlu memahami etika perguruan dimana etika perguruan
membawa maksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab
guruterhadap masyarakat dan Negara,pelajar,rakan sejawat dan ibu
bapa pelajar.

4. Guru jugaperlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan


profesion perguruan. Kod etikadianggap penting kerana Kod etika
menyediakan garis panduan bagaimana tingkahlaku dalam profesion
perguruan.Kod etika perguruan menyatakan dengan jelas
tentangtanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam
bidang pendidikan..Perkara-perkara yang terkandung di dalam Etika
Profesion Keguruan ialah :-Tanggungjawab terhadap pelajar Bagi
memenuhi tanggungjawab terhadap pelajar guru mesti bersikap
adilterhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan,agama, politik,
dan lain-lain. Guruperlu lebih mengutamakan kebajikan pelajar
daripada hal-hal lain dan membimbingpelajar di bilik darjah tanpa
mengambil bayaran.

2
5. Di samping itu, guru mestimenunjukkan contoh berpakaian ,
pertuturan dan tingkah laku yang dapat dijadikancontoh oleh pelajar.
Selain daripada itu guru hendaklah memelihara dan
meningkatkankecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan,
lawatan dan menghadiri kursusikhtisas, persidangan, mesyuarat atau
seminar supaya proses pengajaran mencapaimutu yang setinggi-
tingginya.Tanggungjawab terhadap ibubapa Guru perlu memenuhi
tanggungjawab terhadap ibubapa dengan menghormatitanggungjawab
utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Sentiasalah
berusahauntuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
di antara institusipendidikan dengan rumah tangga. Di samping itu,
guru mestilah sentiasa menganggapmaklumat yang diberi oleh
ibubapa berkaitan rumahtangga mereka sebagai sulit dantidak
membocorkan rahsia kecuali kepada orang yang berkenaan. Sekiranya
diminta,guru akan memberikan maklumat berkenaan pelajar kepada
ibubapa mereka.

6. Akhirsekali, sepatutnya mencuba sedaya upaya untuk mengelak


daripada dipengaruhi olehkedudukan ekonomi dan sosial ibubapa
pelajar dalam membuat sebarang keputusan.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara Guru perlu sentiasa


berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadapmasyarakat dan
negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh
merosakkankepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun
yang bertentangan denganRukun Negara. Guru juga hendaklah sering
memupuk sikap dan nilai dalam dirisetiap pelajar yang dapat
membimbing mereka menjadi warganegara yang

3
setia,bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan
kebudayaan,keturunan dan agama.
Di samping itu, hormatilah masyarakat tempat kita berkhidmatdan
memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Seterusnya, kita
juga perlumenggalakkan kerjasama di antara guru derngan ibubapa
dan masyarakat, sertamengamalkan tingkah laku sopan yang diterima
oleh masyarakat .Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion keguruan Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap
rakan sejawat dan profesionkeguruan, kita perlu mengelakkan diri
daripada membuat sebarang kenyataan yangboleh mencemarkan
nama seorang guru lain di hadapan pelajar atau ibubapa, atauberbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seorang guru.

Guru juga tidakmelibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan


kecekapannya sebagai guru ,contohnya berniaga di waktu
perskolahan. Di samping itu kita juga berusaha untukmenunaikan
tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh sejajar
dengankemajuan ikhtisas dan sosial. Seterusnya kita perlu sentiasa
bersedia untukmembantu rakan sejawat terutamanya mereka yang
baru menjadi seorang guru.

Akhirsekali, kita perlu menjadi ahli bagi sebuah perubahan guru. Misi
utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah
untukmembangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia bagi
memperkembangkanpotensi individu sepenuhnya dan memenuhi
aspirasi negara Malaysia.

4
4. Sebenarnya,peranan guru dalam membina Negara Bangsa Malaysia
bermula semenjak sebelumMerdeka lagi sehinggalah negara ini
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.Peranan guru dalam
membina Negara Bangsa Malaysia tidak terhenti semasa negara
mencapai Kemerdekaan malahan ia berterusan menjadi sangat
penting sehingga kehari ini. Menyedari kepentingan peranan guru,
maka Membina Negara Bangsa telahdijadikan teras pertama dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006 2010.

Melalui pendidikan modal insan minda kelas pertama yang mempunyai


jati diriyang kukuh serta berakhlak mulia dapat dihasilkan. Matlamat
utama PIPP 2006-2010 adalah untuk menyediakan pendidikanberkualiti
untuk semua. Pendekatan ini adalah bertepatan dengan Falsafah
PendidikanKebangsaan di mana pendidikan berkualiti adalah untuk
memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang terbaik
supaya mereka dapat memperkembangkanpotensi mereka secara
holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Dalam ertikata yang lain pendidikan yang disediakan oleh KPM adalah
untuk menghasilkanseorang pelajar yang cemerlang dari segi ilmu
pengetahuan, kemahiran dan sahsiah.Dengan hasrat agar apabila
pelajar telah tamat pendidikannya dengan kecemerlanganilmu
pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT;
kemahiran tinggiseperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan
dalam pelbagai bahasa; dan sifatsahsiah yang positif maka mereka
dapat menyumbang kepada kesejahteraan danpembangunan dirinya,
keluarga dan negara Malaysia.

Malaysia terdiri daripada individu dan masyarakat yang mempunyai


keyakinantinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama
dan nilai moral, dapathidup sebagai sebuah masyarakat yang

5
penyayang, demokratik, liberal dan bertolakansur serta berfikiran dan
berbudaya saintifik. Matlamat dan dasar yang hasratkandalam teras
membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan rakyat
Malaysiamemiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh
kepada ajaran agama dan nilaimoral, hidup sebagai sebuah
masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal bertolakansur,
berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Sehubungan
dengan itu,adalah menjadi tanggungjawab KPM menyediakan
pendidikan yang dapat menyemainilai-nilai ini bermula di peringkat
awal pendidikan kanak-kanak lagi. Pendidikan mestimemainkan
peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan
dikalangan rakyat melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.

Dalam teras Membina Negara Bangsa Malaysia,


TIGA fokus utama yangdigariskan dalam PIPP adalah
i) memperkasakan Bahasa Kebangsaan,
ii) memantapkan perpaduan negara dan intergrasi nasional,
iii) memupuk kecintaankepada seni, warisan dan budaya negara.

MEMPERKASAKAN BAHASA KEBANGSAAN


Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi yang dikongsi bersama
olehpelbagai kaum dalam perhubungan rasmi dan kehidupan
masyarakat. Di negara kita ini,bahasa Malaysia merupakan bahasa
kebangsaan yang perlu dikuasai oleh pelbagaikaum yang tinggal di
Malaysia. Peranan tuan-tuan dan puan-puan dalam
usahamemperkasakan Bahasa Kebangsaan amat mustahak kerana
melalui pendidikanmurid-murid perlu disedarkan mengenai
kepentingan Bahasa Malaysia sebagai BahasaKebangsaan, bahasa
rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia.

6
Selain itu, tanggungjawab pemimpin institusi pendidikan, pensyarah
dan guru adalahuntuk menyemai semangat cintakan bahasa Malaysia
kepada generasi muda Malaysiasupaya mereka fasih berbahasa
Malaysia, menghormati dan berbangga denganbahasa Malaysia
sebagai identiti rakyat Malaysia.Beberapa strategi pelaksanaan
untukdilaksanakan yang antaranya adalah menggerakkan gelombang
baru gerakanmemperkasakan Bahasa Kebangsaan, memantapkan
pelaksanaan Dasar BukuNegara, menggalakkan minat membaca dan
mewujudkan Bulan Bahasa dan SasteraNegara.

Dalam usaha meningkatkan kualiti guru-guru Bahasa Malaysia, KPM


juga telahmenjalinkan kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP), Institut TerjemahanNegara Malaysia (ITNM), Majlis Buku
Kebangsaan Malaysia (MBKM), PerpustakaanNegara Malaysia (PNM)
serta kementerian lain dengan mengadakan kursus bagimeningkatkan
pengetahuan guru dalam bidang kebahasaan, penulisan buku dan juga
penterjemahan.

MEMANTAPKAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI


NASIONAL
Fokus kedua teras membina Negara Bangsa adalah memantapkan
perpaduannegara dan integrasi nasional. Antara strategi pelaksanaan
yang dicadangkan olehPIPP bagi memantapkan perpaduan negara dan
integrasi nasional adalah (a)meningkatkan tahap kesedaran dan
kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormatiperlembagaan
Malaysia, (b) meningkatkan semangat patriotik melalui Kelab
RukunNegara, (c) menanamkan semangat hormat menghormati dan
peka terhadap sensitivitimasyarakat pelbagai kaum, (d) memberi
kefahaman tentang pentingnya semangankejiranan ke arah perpaduan

7
dan integrasi nasional. Peranan guru adalah memastikansemangat
perpaduan dan intergrasi nasional dapat dimantapkan di kalangan
pelajar-pelajar dan murid-murid pada semua peringkat pendidikan.

Pihak sekolah dan institusipendidikan perlu berusaha membangunkan


persekitaran sosial yang menggalakkankomunikasi dan interaksi
antara pelajar-pelajar dan murid-murid daripada kaum, latarbelakang,
budaya yang berbeza bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia
yangdapat dibanggakan. Pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan
guru juga perlumengadakan perancangan strategik melalui aktiviti
kurikulum, kokurikulum dan sukansupaya usaha memupuk dan
mengekalkan semangat perpaduan dapat terusditingkatkan. Pihak
sekolah juga perlu secara berterusan menjadikan
perhimpunanmingguan, acara menaikkan bendera dan menyanyikan
Lagu Kebangsaan serta LaguPatriotik sebagai tempat memupuk
semangat patriotisme, dan tidak dijadikan acaramingguan tanpa
menyemai semangat patriotisme dan perpaduan.

Pihak sekolah danguru perlu terus menjelaskan kepada murid tujuan


sebenarnya perhimpunan mingguandijalankan. Selain aktiviti
kokurikulum, guru-guru seharusnya memberi penekanan kepadanilai-
nilai jati diri, semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara
merentasi matapelajaran terutama mata pelajaran Sejarah supaya
semangat ini akan terus ditanamserta dapat mendukung kepada
pencapaian perpaduan negara. Mata pelajaran Sivikdan
Kewarganegaraan yang diperkenalkan mulai tahun 2003 juga
diharapkan dapatmeningkatkan kesedaran murid terhadap
kepentingan kehidupan yang harmoni antarakaum.

8
MEMUPUK KECINTAAN KEPADA SENI, WARISAN DAN BUDAYA
NEGARA Fokus ketiga teras Membina Negara Bangsa adalah
memupuk kecintaan kepadaseni, warisan dan budaya negara. Strategi
pelaksanaan dalam fokus ini adalah (a)membina kurikulum kesenian,
(b) membina sekolah seni, (c) meningkatkan kerjasamadengan
Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan atau KeKKWa dan
padatahun 2007 KPM telah menubuhkan dua buah Sekolah Seni iaitu
satu di Johor dan satudi Sarawak. Sekolah Seni memberi penekanan
kepada Pendidikan Seni Visual, SeniMuzik, Seni Teater dan Seni Tari
khususnya kepada murid-murid yang mempunyaipotensi dan bakat
dalam bidang kesenian supaya bakat ini akan terus digilap.
Melaluipenubuhan Sekolah Seni ini, KPM mengharapkan supaya
kesenian dan warisanbangsa akan dapat dipertahankan, dibangunkan
dan diperluaskan. Menyedari bahawapenggunaan tulisan jawi semakin
dipinggirkan oleh masyarakat Malaysia, ia telahdiperkukuhkan semula
melalui program j-QAF di sekolah rendah. Pencapaian
yangmenggalakkan telahpun ditunjukkan oleh murid-murid yang
mengikuti program inikerana daripada ujian yang dijalankan lebih 80
peratus murid Tahap 1 telah menguasaitulisan jawi. Sehingga kini,
program j-QAF telah pun diperluaskan kepada lebih 4000buah sekolah
rendah di seluruh negara yang memberi manafaat kepada lebih
650,000murid, tetapi masalah kekurangan guru menyebabkan
program ini tidak dapatdiperluaskan seperti yang diunjurkan.
Kesimpulannya, pendidikan adalah pemangkin kepada pembinaan
NegaraBangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan
khususnya pada peringkatawal pelajar dan diteruskan pada peringkat
yang tinggi. Usaha perlu diteruskan untukmemperkukuh perkongsian
nilai dan patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkanpelbagai
kaum etnik di sekolah. Di sinilah peranan dan tanggungjawab guru
memainkanperanan. Walau bagaimana pun, semua usaha ke arah
membina bangsa perluperancangan yang teliti dan berterusan.

9
BIBLIOGRAFI

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.

Rancangan Malaysia Ke-9

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 edisi


pelancaran(2006), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohd. Fuad Razali (2008) 6 Sikap Penting Pacu Kejayaan PIPP


Pendidik Bil 44/Jan 2008. Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan
Warisan. Selangor.

Mohamed Idris Shah, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994) Sejarah


Pembangunan Bangsa dan Negara Utusan Publication & Distribution
Sdn. Bhd. 8

10

Anda mungkin juga menyukai