Anda di halaman 1dari 7

ingkah Laku Bermasalah

PENGENALAN

Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar
cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif
iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku
bergantung yang berlebihan.

PRINSIP ASAS DISIPLIN

Bagi melaksanakan disiplin yang baik dan berkesan, setiap sekolah hendaklah berasaskan kepada
prinsip-prinsip berikut:

Keadilan dan layanan yang sama rata.


Pertimbangan minat dan keperluan murid.
Kebebasan yang berdasarkan undang-undang.
Amalan menghormati seseorang individu.
Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis.
Perpaduan masyarakat dan negara.

Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan
membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi
dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu.

Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan
mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Esei ini akan cuba
menerangkan jenis-jenis tingkah laku bermasalah dengan memberi contoh keadaan yang
bersesuaian. Perbincangan terhadap teknik mengenal pasti atau metodologi mengenal pasti serta
strategi untuk memodifikasi tingkah laku tersebut di sebuah sekolah yang dikaji akan di tunjukkan.

MASALAH TINGKAH LAKU MURID BERKEPERLUAN KHAS (PKBP)

Guru sering menghadapi masalah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
pengurusan tingkah laku. Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid
masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang
bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti
kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan
tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan
negative, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif
dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.

Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang
mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat
duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan
peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan
guru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar.

Guru hendaklah peka di dalam penyediaan bahan yang bersesuaian dengan murid-murid keperluan
khas ini. Terdapat sesetengah guru menggunakan muzik latar semasa membuat aktiviti. Hal ini
menyebabkan kebisingan di dalam kelas, tindakan agresif, mengada-ngada dan sebagainya.
Sekiranya mempelbagaikan suasana tempat belajar iaitu di luar bilik darjah. Oleh kerana mereka
mudah tertarik kepada persekitaran, mereka akan hilang tumpuan untuk belajar di luar bilik darjah
dan mereka lebih banyak bermain.

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Sudah menjadi lumrah duniawi setiap menusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan
sehingga ke peringkat matang. Perkembangan manusia merujuk perubahan dari aspek jasmani,
kognitif, emosi, sosial dan rohani. Hampir semua perkembangan tersebut berkaitan dengan faktor
baka dan persekitaran. Berikut adalah berdasarkan pengalaman saya sepanjang mengikuti program
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sebuah sekolah yang terlatak di sebuah bandaraya yang
terkenal.
Sekolah ini mempunyai kelas untuk murid masalah pembelajaran (PKBP) di dapati terdapat pelbagai
tingkah laku di kalangan murid di sekolah tersebut. Walaupun secara puratanya tingkah laku normal
murid-murid adalah lebih ketara di sekolah tersebut, namun tingkah laku bermasalah juga wujud
sehingga menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan teratur. Supaya
lebih mudah difahami, saya akan menerangkan dahulu tingkah laku bermasalah dan kemudian akan
menerangkannya di dalam perenggan tersebut beserta contoh agar dapat memahami dengan baik.

Sepertimana yang telah dijelaskan dalam pengenalan, tingkah laku bermasalah diklasifikasikan
kepada dua kategori utama iaitu tingkah laku bermasalah positif dan negatif. Tingkah laku
bermasalah positif dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada perlakuan
pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku
atau di sekolah dipanggil hiperaktif positif. Walaupun secara umumnya perlakuan tersebut dilihat
adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid, namun sebaliknya ia
mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku. Sebagai contoh
kes yang berlaku di sekolah, murid A yang berperilaku ingin tahu yang keterlaluan akan
menyebabkan murid A itu suka bertanya tidak pututs - putus sehingga mengganggu proses
penerangan sesuatu topik yang dipelajari semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku .
Begitu juga perilaku proaktif akan menyebabkan murid lain yang sedang cuba memahami atau
memberi fokus terhadap sesuatu topik pembelajaran dan memerlukan kosentrasi serta suasana
yang kondusif turut mengalami gangguan dari murid A.

Selain itu, tingkah laku bermasalah positif cepat belajar dan pintar cerdas juga akan menyebabkan
ketidakseimbangan dalam proses pembelajaran yang sedang berlangsung. Pemerhatian yang dapat
dilihat ialah, apabila berlaku perlakuan murid seperti ini akan menyebabkan gangguan emosi bukan
sahaja kepada murid dalam kelas itu sendiri, malah guru juga turut akan menerima kesannya.
Perkara yang dapat dilihat ialah, murid yang bermasalah ini akan cuba untuk memperkatakan
perkara yang mereka fahami dalam topik yang sedang diajar oleh guru. Hal ini menyebabkan murid-
murid lain yang sama kelas kehilangan minat untuk belajar kerana berasa rendah diri melihat rakan
sekelas telah mempunyai pengetahuan yang lebih dalam topik itu selain lebih berminat bertanya
murid tersebut berbanding guru yang sedang mengajar.

Dalam pada itu, tindak-tanduk pelajar yang mempunyai kelebihan positif pintar cerdas juga
menyebabkan guru tidak selesa untuk mengajar. Hal ini dapat dilihat sekiranya guru tersebut kurang
bijak mengawal murid-murid dan tidak tegas dalam mengawal murid-murid. Sebagai contoh yang
berlaku di sekolah, murid yang hiperaktif positif, ini apabila diberi sesuatu tugasan yang perlu
disiapkan akan mengganggu pelajar lain yang masih sedang menyiapkan tugasan yang diberi kerana
dia mampu menyiapkannya dengan lebih awal.

Murid pintar cerdas ini, bukan sahaja ada di sekolah aliran perdana namun ianya juga ada di aliran
PKBP. Walaupun majoriti murid PKBP adalah murid yang berkeperluan khas namun ada sebahagian
daripada murid-murid ini yang pintar cerdas. Pertanyaan, mengganggu,dan menjawab soalan sering
berlaku sehingga menganggu proses pembelajaran dan pengajaran seperti aliran perdana. Murid
yang menjadi pintar cerdas ini adalah murid yang mengalami masalah lembam kerana di dalam
kalangan murid PKBP ini merekalah yang lebih berpengetahuan sikit, cuma kurang daya ingatan.

Murid-murid ini bersifat demikian adalah kerana inginkan perhatian yang lebih daripada guru yang
mengajar, malah murid ini juga cuba mengganggu rakan mereka dan menyebabkan rakan terasa
terpinggir dan malu untuk menonjolkan diri ketika di dalam kelas.

Penyelesaiannya, guru seharusnya lebih tegas agar murid lebih menghormati , dapat mengelak
daripada murid lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru boleh
memfokuskan murid agar tumpuan dapat diberikan murid sepenuhnya.

Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perlakuan distruktif iaitu
tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku
bergantung yang berlebihan. Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan murid yang berusia
10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan
sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh,
melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan
permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan
akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Tingkahlaku destruktif sebenarnya dipelajari
sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen. Di sekolah yang saya melakukan PBS
terdapat juga berlaku pergaduhan kecil semasa mereka. Walaupun, dilihat sebagai pergaduhan kecil
yang melibatkan kanak-kanak namun ianya akan memberi kesan yang buruk kelak.
Tingkah laku masalah ini dicatit di dalam buku disiplin sekolah . Tindakan akan diambil adalah
berbentuk amaran untuk pertama kali dan kedua kali dilakukan. Apabila ianya kerab dilakukan maka
murid itu akan diambil tindakan berjumpa dengan waris sebelum sekolah mengambil tindakan
susulan. Terdapat buku peraturan sekolah dan tindakan yang akan diambil termasuk merotan
mengikut undang-undang yang ditetapkan sekolah dengan perserujuan ibubapa dan Jabatan
Pendidikan.

Murid yang mempunyai tingkah laku desruptif pula sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan
perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini juga berlaku di luar
bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya. membuat bising iaitu tingkah laku
yang mengganggu atau disruptif. Kebiasaan masalah ini wujud apabila keadaan murid keperluan
khas ini tidak kondusif ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Boleh dikatakan kebanyakkan
mereka akan membuat bising sama ada ketiadaan guru atau sebaliknya. Mereka akan bercakap
sesama mereka, menjerit, mengganggu rakan sekelas dan sebagainya. Hal ini juga disebabkan
kurangnya guru mengendalikan murid-murid tersebut seperti tidak mempelbagaikan kaedah
penyampaian mengajar, guru menghadirkan diri ke mesyuarat dan meninggalkan mereka tanpa
pengawasan, sikap semulajadi murid-murid keperluan khas seperti hiperaktif. Kebiasaan mereka
akan hilang minat untuk mengikuti pembelajaran selepas waktu rehat atau melakukan aktiviti luar
seperti pendidikan jasmani. Bagi mengatasi kebisingan di dalam kelas guru mesti memainkan
peranan dengan menggunakan kaedah modelling iaitu modifikasi tingkah laku melalui ubah suai
luaran. Modifikasi ini merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku seorang model
yang disanjung dan secara tidak langsung mengubah tingkah lakunya. Teori ini telah diperkenalkan
oleh Bandura yang menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Jenis-
jenis tingkah laku desruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau,
menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-
menolak. Biasanya, tingkah laku ini dialami oleh pelajar lelaki berusia 10 hingga 11 tahun. Selalunya
tingkah laku desruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku destruktif jika emosi tidak
terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya.

Pemerhatian yang telah dibuat dalam sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berlangsung, memang didapati masalah ini banyak berlaku terutamanya di kelas-kelas hujung dalam
sesuatu darjah. Kebiasaannya golongan murid ini memang gemar mengganggu pelajar lain dengan
membuat bising atau melakukan perlakuan agresif dari segi perilaku dan lisan terutamanya apabila
mereka tidak dapat memahami sesuatu tugasan yang diberi.

Murid yang tingkahlaku bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat mengawal diri
sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu murid lain. Malah murid ini
juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid yang lain .Sebagai contoh yang berlaku di
sekolah, murid hiperaktif ini memanjat pagar tingkap. kemungkinan murid itu jatuh dan tercedera
atau pagar itu jatuh terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan. Murid hiperaktif
ini merupakan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Murid aliran perdana juga
ada yang hiperaktif seperti ini. Murid ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran
dengan bertindak luar dari kawalan seperti berlari di dalam kelas, membuat bising dan menganggu
murid lain.

Murid aliran perdana yang menjadi hiperaktif adalah disebabkan oleh kurang berdisiplin ketika
dirumah ataupun kurang perhatian ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan tugasan kerja. Murid ini
berkemungkinan mengalami tekanan dan seterusnya memberontak ketika di sekolah. Bagi murid
PKBP pula, Murid ini dikenali sebagai Hiperaktf-impulsf kerana bagi muird keperluan khas jenias ini
, petunjuk utama adalah gabungan antara hiperaktif iaitu jumlah pergerakan sangat tinggi dan
impulsive iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir. Murid jenis ini kerap mengetuk-ngetuk meja dan
menggoyang-goyang kerusi, selalu berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap.

Terdapat beberapa kaedah dalam mengatasi, membendung dan mengurangkan tingkahlaku


bermasalah ini daripada semakin berleluasa. Antaranya adalah dengan menggunakan kaedah
memenuhi kehendak pelajar seperti memahanmi keperluan pelajar tersebut. Apabila kehendaknya
dituruti barulah lama kelamaan murid tersebut dapat memberi perhatian dalam kelas. Kaedah ini
juga boleh dilaksanakan kepada murid keperluan khas Cuma pendekatannya sahaja yang berbeza
berbeza. Contohnya bagi murid keperluan khas guru harus mengikut aktiviti pelajar itu seperti
berlari tetapi semasa berlari pengisian pembelajaran harus ada umpamanya berlari sambil mengira.
Ini boleh menimbulkan minat untuk murid itu belajar.

Dalam pada itu tingkah laku negatif juga menyebabkan tingkah laku menghalang seperti
pergantungan berlebihan, kebimbangan, pengunduran dan pengasingan diri. Tingkah laku
pergantungan berlebihan ini kerap berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke
bawah. Namun, ianya juga mungkin akan berlarutan hingga remaja. Pada suatu ketika, apabila orang
yang diharapkan tiada, individu ini akan berasa cemas, takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa
yang dilakukannya. Individu sebegini juga merupakan individu yang pendiam, tidak aktif, rendah diri,
selalu mengalami kebimbangan dan tekanan. Di antara punca berlaku tingkah laku pergantungan
berlebihan ialah akibat ibu bapa yang mengamalkan perlindungan terlampau, suasana rumah tangga
yang tegang, autokratik dan tidak mempercayai kanak-kanak.

Kebimbangan berkait rapat dengan emosi ketakutan. Walaupun kebimbangan adalah suatu keadaan
emosi yang berlaku di peringkat dalaman murid namun ianya juga merupakan salah satu daripada
jenis tingkah laku bermasalah yang kurang ditonjolkan permasalahannya. Seseorang yang sentiasa
bimbang akan sentiasa cemas atau phobia menghadapi sesuatu cabaran. Mengikut kajian Barat,
kanak-kanak yang selalu berada di dalam kebimbangan akan mendapat markah yang rendah
berbanding dengan kanak-kanak yang normal. Mereka banyak melakukan kesilapan. Kebimbangan
adalah fenomena yang akan menyebabkan kanak-kanak mempunyai personaliti dan kendiri yang
negatif. Individu sebegini akan menghadapi kesusahan dalam perhubungan dengan orang lain.
Antara sebab terjadi tingkah laku kebimbangan ialah percanggahan motif, konflik diri antara tingkah
laku dan nilai sebenarnya, penyesuaian diri dalam menghadapi suatu keadaan yang baru,
menghadapi suatu keadaan yang sukar diramal dan kehilangan tempat bergantung.

Pengunduran diri merupakan penarikan diri daripada suatu situasi kurang selamat atau mengancam.
Tingkah laku ini merupakan mekanisme helah bela diri. Pada kebiasaannya, ianya berkaitan dengan
Pengasingan diri merupakan tingkah laku yang cuba menjauhkan diri daripada orang lain yang
kurang disenangi. Tingkah laku ini juga merupakan sejenis mekanisme helah bela diri untuk
mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.Masalah ini turut berlaku di sekolah
yang saya menjalaini PBS. Sesetengah murid enggan melibatkan diri dalam aktiviti atau sesi
perbincangan yang diadakan di sesebuah bilik darjah apabila murid merasakan dirinya tidak dapat
mengikuti pembelajaran. Akhirnya ianya akan menyebabkan murid-murid tidak mempunyai
keyakinan diri, rendah diri, pemalu, pendiam, tidak suka berkawan, tidak yakin berinteraksi dan
personaliti yang tidak seimbang.

Pengasingan diri atau degan kata lain bagi murid berkeperluan khas PKBP adalah Autisme. Autisme
merupakan murid-murid yang berada dalam dunianya sendiri. 1943 Leo Kanner mengunakan istilah
autistic yang bermakna lari dari reality untuk menjelaskan keadaan ini, Leo Kenner membezakan
autisme dalam tiga perkara iaitu mengasingkan diri secara melampau sejak dari kecil,terlalu sayang
kepada sesuatu objek tertentu dan keinginan yang kuat untuk bersendirian.

Daripada huraian yang telah dijelaskan berkenaan tingkah laku bermasalah negatif ini, pemerhatian
yang telah dibuat mendapati murid yang mengalami simptom ini pada kebiasaanya memerlukan
perhatian yang lebih daripada guru. Mereka juga lemah dan lambat untuk memahami setiap
pelajaran yang disampaikan oleh guru serta tidak mampu menyelesaikan tugasan atau aktiviti yang
diberikan guru dengan sempurna. Dalam pada itu, golongan yang pasif ini juga seringkali menjadi
mangsa buli dan ditindas oleh pelajar lain kerana kekurangan yang ada dalam diri mereka. Langkah
mengatasi yang telah dijalankan oleh guru untuk mengelakkan masalah ini daripada menghalang
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan mengasingkan pelajar ini dan
menghimpunkan mereka dalam satu kelompok yang digelar sebagai pelajar pemulihan.
KESIMPULAN

Dicatat oleh Pendidikan Khas di 9:19 PTG