Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

JANUARI 2015
(SEMESTER 12)

OUMM3203
ETIKA PROFESIONAL

NAME : HARYANI BT ISMAIL


MATRIC NUMBER : 800816145612001
IC NUMBER : 800816-14-5612
CONTACT NUMBER : +0108307093
E-MAIL : aunizafran@yahoo.com
LEARNING CENTRE : PP NEGERI SEMBILAN
LECTURER : -
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S


1 PENGENALAN EUTHANASIA 3-4
2 TEORI ETIKA 1 5-6
3 TEORI ETIKA 2 6-9
4 TEORI ETIKA 3 10-12
5 KESIMPULAN 12-13
6 RUJUKAN 14
1.0 Pengenalan

Euthanasia dari segi bahasa berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud baik dan
thanatos, yang bermaksud kematian. Menurut fiqh Islam, euthanasia ini distilahkan sebagai
qatl ar-rahmah (membunuh kerana kasihan) atau taisir al maut (mempermudahkan
kematian). Euthanasia dari segi istilah pula ialah kaedah untuk memudahkan kematian
seseorang dengan sengaja tanpa merasakan sakit disebabkan kasih sayang, untuk tujuan
meringankan penderitaan pesakit samaada secara positif atau secara negatif.

Dengan kata lain, euthanasia membawa maksud tindakan menamatkan hidup seseorang
dengan sengaja kerana seseorang tidak dapat menahan kesakitan yang dibawa oleh penyakit
atau seseorang tidak dapat diubati dengan perubatan yang sedia ada. Selain itu euthanasia
juga bermakna kematian dengan aman tanpa kesakitan. Euthanasia boleh dibahagikan kepada
beberapa kategori iaitu voluntary euthanasia, non-voluntary euthanasia, involuntary
euthanasia, euthanasia aktif dan euthanasia pasif. Pada masa kini, hanya beberapa negara
sahaja yang membenarkan perlaksanaan euthanasia iaitu Holland, Belgium dan negeri
Oregan serta negeri Washington di Amerika Syarikat. Euthanasia tidak dapat dilaksanakan di
seluruh dunia kerana perbuatan tersebut boleh membangkitkan persoalan moral dan
bertentangan dengan ajaran agama serta undang-undang yang sedia ada di negara masing-
masing.

Secara umum, euthanasia hanya dapat dilaksanakan di tempat-tempat yang meluluskannya


sekiranya mendapat permintaan daripada pesakit yang nazak (voluntary euthanasia). Dalam
kes koma, sesetengah keluarga pesakit akan membuat permohonan untuk membuat
euthanasia ke atas pesakit supaya kematiannya boleh dipercepatkan (Non-voluntary
euthanasia). Euthanasia boleh dilaksanakan dengan menyuntik ubat-ubatan yang membawa
mautan (euthanasia aktif) atau dengan menghentikan bekalan ubatan, keperluan asas dan
langkah-langkah yang diperlukan untuk melanjutkan hidup pesakit (euthanasia pasif).
Mohd Ilham Ismail, (23 Mac 2005), Konsep Otak Mati dan Euthanasia,
http://members.tripod.com/tibbian s/ilham.pdf (30 Januari 2009)
Perlaksanaan euthanasia untuk menamatkan hidup seseorang yang tidak mempunyai harapan
untuk sembuh telah membangkitkan pelbagai soalan moral dalam masyarakat. Isu ini
melibatkan pelbagai perspektif yang mempunyai idea yang berbeza. Daripada perspektif
pesakit, kadang kala penyakit yang dihidapi akan membawa pelbagai kesakitan dan
penderitaan yang tidak dapat ditanggung oleh pesakit. Sebab itu, kebanyakan pesakit yang
masih bersedar mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk berputus asa dan memilih
untuk menamatkan hayatnya tanpa kesakitan.

Akan tetapi, ahli keluarga pesakit boleh menghadapi dilemma dalam membuat keputusan jika
pesakit tersebut berada dalam keadaan koma. Dengan melaksanakan euthanasia, kos
perubatan yang ditanggung oleh ahli keluarga dapat diringankan tetapi pada masa yang sama,
adakah itu pilihan yang diingini oleh pesakit untuk menamatkan hidupnya? Dalam proses
membuat keputusan, ahli keluarga juga akan menghadapi tekanan daripada pelbagai aspek
termasuk masyarakat, diri sendiri dan lain-lain.

Manakala dalam perspektif perubatan, euthanasia membawa alternatif kepada pesakit dan
tindakan ini boleh menamatkan hidup seseorang tanpa kesakitan dan menghentikan
penderitaan. Doktor memainkan peranan yang penting dalam isu ini kerana pada kebanyakan
masa merekalah yang mengambil keputusan sama ada pesakit berkelayakan untuk menerima
euthanasia. Tetapi pada masa yang sama, sebahagian pesakit akan berasa takut sekiranya
doktor yang merawatinya berpendapat bahawa pesakit tidak dapat disembuhkan dan doktor
akan melaksanakan euthanasia kepadanya. Keyakinan antara pesakit dan doktor mungkin
akan dikurangkan sekiranya euthanasia sentiasa dilaksanakan oleh doktor.

Dalam soal agama, kebanyakan agama percaya bahawa hidup sesorang adalah diberikan oleh
Tuhan dan manuasia tidak mempunyai hak untuk menamatkan hidup. Jelaslah bahawa isu
euthanasia menerima bantahan yang tegas daripada ahli agama. Oleh itu, perbuatan
euthanasia bukan sahaja melibatkan pesakit tetapi juga melibatkan ahli keluarga, ahli
perubatan, isu agama dan laian-lain. Oleh yang demikian itu, isu euthanasia ini seharusnya
diuruskan secara teliti supaya isu ini tidak menjadi isu perbalahan dalam lapisan masyarakat.

http://www.slideshare.net/ghost_301/euthanasia-pandangan-dari-agama-berlainan
(http:/id.wikipedia.org/wiki/euthanasia#cite_note-25)

1.1 Jenis-jenis euthanasia


a. Euthanasia Aktif atau Positif
Ini adalah tindakan memudahkan kematian pesakit yang dilakukan oleh doctor
dengan menggunakan instrumen (alat) yang berupa suntikan ubat ke dalam
bada pesakit. Contohnya ada seorang pesakit menderita penyakit yang sangat
kronik atau telah sampai peringkat akhir, yang disertai dengan rasa sakit yang
melampau sehingga pesakit itu sering pengsan. Dalam hal ini doktor
merasakan si pesakit tidak dapat bertahan lama untuk hidu, jadi doktor akan
memberikannya ubat seperti morfin atau seumpama dengannya dengan dos
yang tinggi supaya dapat menghilangkan rasa sakit tersebut , namun begitu
operasi ini sekaligus akan menghentikan pernafasan pesakit dengan kadar
segera.

b. Euthanasia Pasif atau Negatif


Euthanasia pasif atau negative adalah satu tindakan menamatkan rawatan
pesakit yang menderita sakit yang teruk dan di dalam bidang perubatan
dikatakan sakit tersebut tidak dapat disembuhkan lagi. Ini bererti penamatan
rawatan ini adalah untuk mempercepatkan kematian pesakit. Penamatan
rawatan biasanya dilakukan dengan mencabut alat bantu pernafasan dari
pesakit yang notabene merupakan satu-satunya sebab yang membuat pesakit
masih hidup.

Misalnya: Ada pesakit yang menderita koma dalam jangka masa yang lama, di
mana otaknya sudah tidak berfungsi atau sudah mati. Secara perubatan, orang
ini mungkin tidak akan sembuh dan jika dia hidup sekalipun itu hanya akan
menyiksa dirinya kerana tubuhnya tidak lagi mampu berbuat apa-apa. Satu-
satunya alasan yang membuat dia masih hidup (tentunya setelah izin Allah)
adalah adanya alat bantu pernafasan yang membuat dia masih boleh bernafas.
Maka melihat kenyataan seperti itu, doktor akan melepaskan alat bantu
pernafasan tersebut sehingga akhirnya meninggal dunia kerana sudah tidak
boleh bernafas lagi.
http://al-atsariyyah.com/euthanasia-dalam-perspektif-islam.html

1.2 Contoh punca kontroversi euthanasia


Di Belgium seorang transeksual bernama Nathan Verhelst memilih mengakhiri
hidupnya kerana merasa pembedahan alat kelaminnya gagal membuatnya menjadi
lelaki. Nathan Verhelst dilahirkan sebagai wanita yang bernama Nancy. Dia selalu
merasa berbeeza dan mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi lelaki. Namun
pembedahan itu tidak berhasil. Dia mengalami sakit yang luar biasa pada bahagian
dada dan alat sulitnya tidak terbentuk secara sempurna. Dia merasakan menjadi
raksasa kerana perkara tersebut.

Nathan yang putus asa akhirnya memilih untuk menamatkan hidupnya dengan
melakukan suntikan euthanasia. Proses bunuh diri dengan suntikan mati ini memang
menjadi undang-undang yang sah di Belgium. Seorang doktor dipilih oleh Nathan
kerana doktor tersebut pernah melakukan perkara yang sama terhadap seorang
kembar yang menderita kanser. Doktor tersebut mengabulkan permintaan Nathan.
Nathan menghembuskan nafas terakhirnya di tangan doktor dengan pilihan suntikan
mati tersebut. Suntikan mati inii memang menjadi perkara yang masih kontroversi di
Belgium. Sebahagian sahaja yang menyetujui perkara tersebut, namun ramai juga
yang menentangnya kerana seperti membenarkan bunuh diri.
http://dairishare.blogspot.com/2013/12/pilih-kematian-dengan-cara-suntikan.html

2.0 Teori etika


Teori etika adalah a systematic exposition of a particular view about what is the nature and
basis of good or right(MacKinnon, 1995, m.s. 8). Teori etika memberikan sebab-sebab atau
norma untuk menimbangkan sama ada satu tindakan betul atau salah dan cuba memberi
justifikasi atar norma tersebut. Ia memberikan asas kepada prinsip moral atau garis panduan
yang meliputi beberapa nilai yang tertentu. Prinsip ini pula boleh digunakan untuk
menentukan apakah tindakan yang harus dipilih dan lakukan dalam sesuatu situasi yang
tertentu. Oleh itu tugas etika adalah menyediakan garis panduan kepada tindakan yang tekal
dengan anggapan umum tentang maksud etika atau moral.

Teori etika terdiri daripada pandangan utama, iaitu Teori Teologikal (Consequentialist
Theory) dan Teori Deontologikal (Non-Consequentialist Theory). Pada prinsipnya,
kedua-dua teori ini bertentangan antara satu sama lain dalam menentukan nilai-nilai sesuatu
perlakuan moral. Tumpuan Teori Teologikal ialah hasil atau akibat sesuatu tindakan
manakala tumpuan Teori Deontologikal ialah tindakan atau jenis tindakan itu. Seseorang ahli
teologis akan menentukan sama ada bercakap bohong adalah betul atau salah melalui
akibatnya, tetapi seseorang ahli deontologist akan melihat nilai betul atau salah sesuatu
tindakan secara intrinsic, iatu sama ada berbohong itu merupakan tindakan baik atau buruk
tanpa menilai kesannya.

ttp://

Terdapat 5 sistem teori etika yang popular iaitu:

1. Eternal Law (Thomistic Natural Law)


2. Teori Etika Teleologikal Klasik: Utilitarianisme
3. Teori Etika Teleologikal Klasik : Universalisme
4. Distributive Justice Theory (Teori Keadilan Pembahagi)
5. Personal Liberty Theory ( Teori Kebebasan Peribadi)

2.1 Eternal Law (Hukum Keabadian)


Jika seseorang berhak untuk hidup, kebebasan dan mengejar kebahagiaan, mereka
juga berperanan menjamin hak yang sama terhadap orang lain. Ketua agama
menegaskan kebenaran lebih daripada sifat semula jadi berdasarkan logic, selain
percaya bahawa undang-undang tidak berubah dan yang hak dan kewajipan itu jelas:
Jika kita dicintai, kemudian kita mesti mencintai yang lain. Peraturan Emas (Golden
Rule) di dalam teologi Kristian: Lakukan kepada orang lain sebagaimana anda ingin
orang lain melakukannya kepada anda. Teori hukum Keabadian mempunyai
kelemahan kerana tafsiran tentangnya berbeza-beza bagi setiap pegangan (agama).
Kebanyakan ahli agama dan ahli falsafah percaya bahawa Undang-undang Abadi
boleh digabungkan dengan aspek Ketuhanan, begitu sinonim dengan Hukum Alam
dan terdapat ayat-ayat suci Holy Scripture. Undang-undang Abadi ini amat ketara
atau nyata kepada mana-mana pihak yang membuat research atau mempelajari
mana-mana sumber di atas. Menurut Thomas Jefferson, antara ahli secular
kemanusiaan yang terawal, beliau percaya bahawa kebenaran undang-undang ini
adalah self evident iaitu kepercayaan kepada diri sendiri sebagai bukti. Dalam
frasa terkenal beliau ada menyatakan bahawa kebenaran tidak boleh berubah
(inalienable) dan tugas atau tanggungjawab boleh diperolehi daripada kebenaran
tersebut.
http://ghirlygz.blogspot.com/2009/08/etika-professional-6-nizar-assignment.html

2.2 Teori Etika Teleologikal Klasik: Utilitarianisme

Pendekatan teleological terhadap etika berbentuk pengurusan member penekanan


kepada kesudahan, bukan niat atau perlakuan individu yang lengkap. Teleology
diterbitkan daripada istilah Greece yang bermaksud kesudahan atau keputusan.
Menurut Jeremy Bentham dan J.S. Mill, nilai moral keperibadian seseorang dapat
ditentukan daripada tingkahlaku atau perlakuan memberikan manfaat kepada orang
lain maka ia dianggap baik atau betul.

Perlakuan dianggap salah salah sekiranya memudaratkan orang lain. Objektif


Utilitarian adalah memberikan sebanyak mungkin kebaikan kepada masyarakat
majority. Sesuatu perlakuan dinilai sama ada positif atau negative. Sebarang kebaikan
atau keburukan perlu dinilai secara saksama tentang kesan-kesan dari perlakuan yang
akan dilakukan. Dalam sistem teleologikal ini, nilai etika difokuskan kepada akibat
atau kesan yang baik dari perlakuan-perlakuan bukan dari niat seseorang individu. Ia
dipanggil Utilitarian. ( Modul Bahasa Melayu institutadc.blogspot.com
0178669751).
Dengan kata lain nilai moral seseorang individu diputuskan oleh masyarakat melalui
akibat atau kesan daripada tindakannya. Tindakannya betul jika ia dapat memberikan
kebaikan kepada manusia dan sebaliknya jika ianya membawa kemudaratan kepada
masyarakat. Bagaimanapun objektif utama keputusan etika teori ini adalah untuk
kebaikan maksimum untuk semua orang dan keburukan pada kadar paling minimum.

Etika Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya


melakukan tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada
setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insane yang
paling ramai. Di sini kebahagiaan yang dimaksudkan ialah keseronokan iaitu sesuatu
yang bukan bersifat moral. Contoh : Tindakan Amerika menyerang Iraq pada tahun
2003 adalah dianggap wajar kerana ia menghasilkan kebaikan dan kebahagiaan
melebihi kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat dunia.

http://ghirlygz.blogspot.com/2009/08/etika-professional-6-nizar-assignment.html

Pandangan Utalitarianisme terbahagi kepada dua iaitu:


a) Utilitarianisme Tindakan: Setiap orang patut melakukan tindakan yang akan
membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh
tindakan itu. Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi
dan orang adalah berlainan.
b) Utilitarianisme Peraturan : Setiap orang patut membentuk dan mengikut
suatu peraturan atau peraturan-peraturan yang akan membawa kebaikan
maksima bagi semua orang yang terlibat. Pendukung teori ini percaya terdapat
niat, tindakan dan situasi manusia yang serupa untuk mewajarkan
pembentukan peraturan yang akan diaplikasikan kepada semua orang dalam
apa jua situasi. Contohnya, tindakan membunuh akan membawa lebih banyak
keburukan daripada kebaikan bagi pihak majority dan dalam kebanyakan
situasi. Maka pembunuhan tidak harus dilakukan kecuali dalam keadaan
tertentu seperti mempertahankan diri.

Sebab-sebab kegagalan Utilitarianisme :


1. Terdapat dua prinsip: prinsip terbaik dan prinsip terbesar. Di dalam proses
membuat keputusan, wujud konflik untuk dua prinsip ini, tiada kaedah yang
unik untuk menentukan perlakuan mana yang betul atau terbaik atau sesuai.
2. Terdapat juga perlakuan yang salah walaupun perlakuan meraih untung atau
manfaat yang besar. Contoh: Membunuh seorang budak kecil yang tidak
berdosa demi untuk menggembirakan masyarakat.
3. Teori ini gagal menentukan moral sesuatu perlakuan kerana kita tidak
mungkin boleh mengimbangi kebajikan golongan majority sedangkan pada
masa yang sama golongan minoriti pula terpaksa menjadi korban.

Kelemahan Teori Utilitarianisme

1) Membenarkan seseorang melakukan kejahatan untuk mencapai keseronokan.


2) Keseronokan dan kebahagiaan tidak boleh di sama ertikan kerana dua sifat ini
ada dalam keadaan tertentu bertentangan antara keduanya.
3) Menghadkan keseronokan dan kebahagiaan sahaja tidak memadai untuk
mencapai matlamat hidup. Terdapat nilai lain yang lebih baik seperti
kebebasan, kesihatan, ilmu pengetahuan dan lain-lain.
4) Ada keseronokan yang berbentuk jahat seperti seronok mencuri, membunuh
dan menyeksa orang lain atau membakar harta benda orang.
5) Masochists: Terdapat kepuasan yang dicapai melalui kesaitan orang.
6) Nietzsche : Bagi mencapai kebahagiaan manusia perlu berhadapan dengan
rintangan yang menyakitkan dan terpaksa menempuh halangan.
7) Terlalu sukar untuk menyukat kuantiti keseronokan dan kesakitan seseorang
kerana berbeza citarasa dan pengalaman orang.

http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/teori-teori-etika.html
2.3 Personal Liberty Theory (Teori Kebebasan Peribadi) Robert Nozick
Sistem ini member keutamaan kepada suatu nilai tunggal daripada suatu prinsip
tunggal iaitu kebebasan. Kebebasan menjadi keutamaan yang perlu difikirkan
terlebih dahulu bagi memenuhi keperluan masyarakat. Adat atau pendirian yang
mencabuli kebebasan individu atau undang-undang harus ditolak walaupun ianya
mampu memberikan kebahagiaan dan manfaat kepada yang lain.

Kebebasan peribadi dapat diperluaskan kepada suatu sistem etika untuk membuat
penilaian terhadap tingkahlaku. Individu berhak membuat pilihan sepenuhnya
untuk mencapai halatuju mereka sendiri. Pilihan ini akan dikira adil, betul atau
wajar selagi pilihan yang sama juga turut diberikan kepada orang lain. Keadilan
bergantung pada peluang yang sama rata untuk membuat pilihan dan pertukaran.
Namun peruntukan di atas tidak sama untuk kekayaan dan pendapatan.

Melalui dapatan lain teori yang dicadangkan oleh Robert Norzick ini, ia adalah
berdasarkan kepada kebebasan atau hak seseorang individu. Menurut Norzick
undang-undang atau nilai sesebuah masyarakat yang menyekat kebebasan individu
patut ditolak. Menurutnya lagi seseorang itu mempunyai hak untuk memegang
kekayaan ataupun apa sahaja yang dimiliki tanpa berkongsi dengan orang lain tetapi
mereka juga mempunyai hak untuk memberikannya kepada sesiapa sahaja yang
disukainya.

Seseorang individu dibenarkan untuk memilih salah satu alternatif pilihannya


sendiri mengikut kehendaknya. Teori ini juga mempunyai kelemahan iaitu ia
mempunyai definisi yang sempit tentang kebebasan yang mana akan memberikan
impak yang negatif kepada orang lain. Sebagai contoh seorang pegawai pemilih
patut diberi hak untuk memilih calon yang sesuai, yang mana cara tang dilakukan
oleh pegawai pemilihan ini tidak bertentangan dengan etika dalam teori ini.
Walaupun impak negatifnya sangat besar, iaitu dengan memperdagangkan masa
depan orang lain
https://my/oumm-3203--etika-profesional/oum.wordpress.com/2008/05/02

Kelemahan Teori Kebebasan Peribadi:

Definisi kebebasan sangat sempit, hanya terhad kepada hak negative individu untuk
tidak mengalami gangguan daripada orang lain. Misalnya hak untuk hidup, kita
berhak untuk tidak dibunuh oleh jiran kita selain hak memperolehi sedikit makanan
yang minimum, tempat perlindungan, pakaian dan bantuan perubatan hasil usaha
sendiri berbanding kerjasama social. Contoh perokok merokok di zon merokok (ini
hak individu), tetapi ia bagaimanapun member kesan kepada orang ramai yang laku
lalang.
( Modul Bahasa Melayu institutadc.blogspot.com 0178669751).

3.0 Kesimpulan

Euthanasia berlaku apabila manusia sudah hilang rasa hormat pada kehidupan manusia
itu sendiri. Sekiranya manusia mengerti dan menghormati kesucian dari kehidupan,
maka mereka tidak akan sesekali memutuskan untuk mengakhiri kehidupannya dengan
cara mercy kililing samada euthanasia sukarela atau euthanasia non-
voluntary(terpaksa). Euthanasia sukarela ialah apabila si pesakit yang membuat
permintaan untuk mengakhirkan hidupnya dengan secara sedar tanpa paksaan dari
pihak ketiga kerana tidak menanggung penderitaan kesakitan yang dideritainya.

Bagi yang menyokong perlaksanaan euthanasia, mereka menerbitkan karya-karya


sendiri dan menubuhkan persatuan tetapi sebahagian yang membantah, mereka
bertindak melalui penggubalan undang-undang. Ini membuktikan bahawa isu
euthanasia tidak dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat dan tindakan ini
dianggap sebagai pembunuhan, walaupun tujuan awalnya adalah untuk menamatkan
hidup pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan yang kritikal. Oleh itu, manusia
perlu bijak dalam mentafsir dan menganalisis sebelum mengaplikasikan serta
mengamalkan etika yang betul.

Pelbagai kaedah dilaksanakan bagi tujuan euthanasia dan kaedah-kaedah ini dilakukan
secara langsung dan tidak langsung. Kaedah secara langsung iaitu euthanasia aktif
melibatkan penyuntikan dadah dan penggunaan pil aman. Kaedah secara tidak
langsung, iaitu euthanasia pasif yang melibatkan proses seperti penyekatan bekalan
makanan dan minuman, perubatan dan alat penyokongan hidup dilaksanakan supaya
pesakit meninggal dunia secara semualajadi. Kes-kes euthanasia yang berlaku di
seluruh dunia telah menggunakan kedua-dua kaedah untuk melaksanakan euthanasia
ke atas pesakit. Kes-kes Dr Nigel Cox di United Kingdom dan kes Karen Ann Quinlan
di Amerika Syarikat telah membangkitkan suara sebahagian lapisan masyarakat yang
menunjukkan kewajaran untuk melaksanakan euthanasia.

Sesungguhnya setiap agama di dunia melarang euthanasia ini. Contohnya Islam tidak
menyokong idea euthanasia kerana tindakan ini dianggap sebagai dosa besar. Ajaran
Islam percaya bahawa hidup dan mati seseorang adalah ditentukan oleh Allah S.W.T
dan manusia dilarang membunuh diri walaupun seseorang itu berada di dalam
keadaan yang seksa dan tenat. Menurut perspektif Islam, manusia seharusnya
bersabar semasa menghadapi penderitaan dan keseksaan akibat penyakit yang
ditanggungnya itu. Dalam surah al- Isra ayat 33 Allah berfirman yang bermaksud:
Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya),
melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. 2678 patah perkataan

http://www.slideshare.net/ghost_301/euthanasia-pandangan-dari-agama-
berlainan
4.0 Rujukan

1. Mohd Ilham Ismail, (23 Mac 2005), Konsep Otak Mati dan Euthanasia,
2. http://members.tripod.com/tibbian s/ilham.pdf (30 Januari 2009)
3. http://www.slideshare.net/ghost_301/euthanasia-pandangan-dari-agama-berlainan
4. http://al-atsariyyah.com/euthanasia-dalam-perspektif-islam.html
5. http://ghirlygz.blogspot.com/2009/08/etika-professional-6-nizar-assignment.html
6. ( Modul Bahasa Melayu institutadc.blogspot.com 0178669751).
7. http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/teori-teori-etika.html
8. https://my/oumm-3203--etika-profesional/oum.wordpress.com/2008/05/02
9. http://dairishare.blogspot.com/2013/12/pilih-kematian-dengan-cara-suntikan.html

Anda mungkin juga menyukai