Anda di halaman 1dari 21

Topik Konsep Asas

1 Psikologi
Pendidikan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini anda seharusnya dapat:
1. Memberi definisi psikologi;
2. Menjelaskan sejarah perkembangan psikologi;
3. Menjelaskan pengertian psikologi pendidikan; dan
4. Menghuraikan kepentingan psikologi pendidikan kepada guru.

PENGENALAN
Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung di
dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan
yang dimainkan oleh seseorang guru di dalam sebuah sekolah amat penting,
terutama daripada segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Mengikut
pendapat Coopes (1988), guru yang berkesan ialah guru yang mempunyai ilmu
pengetahuan, khususnya kemahiran mengajar seperti berikut:

(a) Menguasai ilmu pengetahuan tentang teori pembelajaran dan psikologi


manusia;

(b) Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta


mewujudkan interaksi pelbagai hala yang positif;

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


2 TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

(c) Mempunyai ilmu pengetahuan lengkap di dalam mata pelajaran yang


diajar; dan

(d) Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang membolehkan pelajar


menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dengan kaedah dan teknik yang
betul.

Oleh kerana guru mendidik generasi baru, mereka mestilah juga menguasai
aspek psikologi terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan manusia.
Dengan pengetahuan ini, guru dapat merancang, menyampai dan menilai
pengajaran dengan lebih berkesan lagi. Di samping itu, guru dapat menjalankan
tugas sebagai pengganti ibu bapa, iaitu dengan memberi pandangan, nasihat dan
tunjuk ajar dalam aspek tingkah laku dan hal-hal peribadi pelajar.

1.1 DEFINISI PSIKOLOGI


Psikologi adalah perkataan yang berasal dari tamadun Greek purba, iaitu
daripada perkataan psyche dan logos. Psyche bermaksud jiwa dan
logos bermaksud kajian mengenai sesuatu.

Oleh itu, psikologi bermaksud satu kajian mengenai sesuatu yang memberi
kesan kepada jiwa seseorang. Merujuk kepada Kamus Dewan, definisi psikologi
ialah:

Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung


dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan
seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami
sifat manusia.

Daripada definisi ini, dapat dirumuskan bahawa kajian mengenai sesuatu


yang dimaksudkan oleh perkataan logos ialah kajian mengenai pemikiran
yang dapat mempengaruhi sikap dan perlakuan organisme.

Terdapat beberapa definisi psikologi lain yang juga menyokong pengertian


psikologi yang diberi di atas. Antaranya ialah:

(a) Psikologi merupakan satu kajian saintifik untuk mengkaji bagaimana


pemikiran manusia bekerja dan bagaimana pemikiran tersebut
mempengaruhi tingkah laku atau pengaruh sikap seseorang itu terhadap
tingkah lakunya (Cambridge International Dictionary of English,
hlm. 383).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN 3

(b) Mengikut Roediger et al. (1984), psikologi adalah satu kajian sistematik
terhadap tingkah laku dan keadaan mental.

(c) Kalat (1999) mengatakan bahawa psikologi ialah kajian sistematik tentang
tingkah laku dan pengalaman. Definisi daripada Williams (1960) pula
menyatakan bahawa psikologi ialah satu cabang penyiasatan saintifik
untuk tingkah laku dan aktiviti.

(d) Wittaker (1970) di dalam bukunya Introduction to Psychology mengatakan


bahawa psikologi adalah sains tingkah laku. Oleh itu, dapat dikatakan
bahawa psikologi ialah kajian saintifik mengenai jiwa atau aspek rohani
manusia.

Maka secara ringkas, psikologi boleh diberi definisi sebagai satu cabang
penyiasatan saintifik tentang aspek mental dan tingkah laku manusia dan
haiwan.

AKTIVITI 1.1

1. Psikologi dikatakan berkaitan dengan proses mental dan tingkah


laku manusia. Apakah proses mental dan tingkah laku yang dikaji
oleh ahli psikologi? Berikan contoh.

2. Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda mengatasi masalah


disiplin pelajar di dalam bilik darjah?

1.2 SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI


Daripada perkataan psikologi yang berasal daripada tamadun Greek purba, kita
boleh merumuskan bahawa bidang ini mempunyai sejarah yang lama bermula
daripada zaman Greek purba lagi.

Kajian atau ilmu psikologi dimulakan pada tahun 384 hingga 322 Sebelum
Masihi oleh tokoh-tokoh seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Pada masa itu,
psikologi merupakan sebahagian daripada ilmu falsafah dan belum lagi satu
kajian saintifik tersendiri.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


4 TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Selepas zaman awal Greek, sejarah psikologi dapat dibahagikan kepada


peloporan beberapa fahaman dan aliran yang dikemukakan oleh beberapa tokoh
psikologi seperti:

(a) Aliran Interaksionisme


Konsep interaksionisme telah diperkenalkan oleh Rene Descartes
(15951650), seorang ahli falsafah dan pakar matematik Perancis, yang
mengatakan bahawa manusia terdiri daripada gabungan pemikiran dan
badan atau jasad dan roh. Konsep ini menentang pendapat dualisme,
iaitu manusia terdiri daripada jasad yang terpisah daripada roh.

(b) Aliran Empirisme


Pada abad ke 17 dan 18 di England, timbul pula aliran falsafah empirisme.
Antara tokoh falsafah psikologi yang terkenal pada masa itu adalah John
Locke (16321704) dan George Berkeley (16851753). John Locke telah
mengemukakan konsep tabula rasa, iaitu bahawa jiwa manusia kosong
semasa dilahirkan.

(c) Aliran Strukturalisme


Seterusnya, aliran strukturalisme muncul di Jerman. Tokohnya ialah
Wilhelm Wundt (18321920). Fahaman ini dikenali sebagai strukturalisme
sebab pengikutnya menumpukan kajian kepada pengalaman sedar, iaitu
mereka mengkaji apa yang boleh dinyatakan oleh seseorang di dalam
pengalaman sedarnya. Wundt telah mengkaji perasaan, sikap, persepsi dan
tanggapan individu terhadap sesuatu keadaan.

Wundt boleh dianggap sebagai ahli psikologi moden yang pertama


dan beliau telah menulis tentang kajiannya dalam 50,000 perkataan. Pada
tahun 1879, Wundt telah membina makmal psikologi yang pertama di
Leipzig, Jerman. Oleh kerana itu, beliau telah digelar sebagai Bapa
Psikologi.

Rajah 1.1: Wilhelm Wundt: Bapa Psikologi

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN 5

Ahli psikologi strukturalis telah mengenal pasti tiga komponen utama


dalam pengalaman sedar, iaitu sensasi, imej dan afeksi. Sensasi meliputi
penglihatan, bunyi, bau, rasa dan pemerasaan. Imej pula merupakan
pengalaman yang tidak wujud, seperti ingatan mengenai seseorang atau
sesuatu peristiwa. Afeksi meliputi reaksi emosional seperti cinta, kasih
sayang, bahagia dan perasaan cemburu.

Elemen pengalaman dipercayai akan bergabung di dalam pengalaman


seseorang dalam proses perkaitan (process of association). Ahli psikologi
strukturalis membahagikan pengalaman seseorang kepada elemen yang
tertentu melalui teknik analytic introspection. Salah seorang pelajar
Wundt, iaitu Edward Bradford Titchener (18671927), telah mendirikan
makmal psikologi di Universiti Cornell dan mengasaskan kajian
strukturalisme di Amerika Syarikat.

(d) Aliran Fungsionalisme


Di Amerika Syarikat pula timbul aliran fungsionalisme yang diasaskan
oleh John Dewey (18591952) dan William James (18421910). Aliran ini
dinamakan fungsionalisme sebab ia menekankan pengalaman sedar dan
tingkah laku. Fahaman ini mengkaji bagaimana manusia menggunakan
minda untuk berfikir dan menghasilkan tingkah laku. Aliran ini
berpendapat bahawa proses mental adalah sentiasa aktif dan berterusan.
Fahaman ini dipengaruhi oleh teori evolusi manusia yang dikemukakan
oleh Darwin dan falsafah pragmatisme (pemikiran yang berdasarkan
praktikal bukan teori).

William James dianggap sebagai ahli psikologi Amerika Syarikat yang


pertama. Beliau merupakan orang Amerika pertama yang menubuhkan
makmal psikologi di Amerika Syarikat, memperkenalkan kursus psikologi
dan menerbitkan dua jilid buku yang dinamakan The Principles of
Psychology.

(e) Aliran Behaviorisme


Aliran behaviorisme muncul di Amerika Utara dan diasaskan oleh
J. B. Watson (18781958) yang popular dengan Teori Pelaziman Klasik di
mana beliau telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak
bernama Albert dan seekor tikus putih. Pada tahun 1913, Watson telah
menerbitkan pendapatnya dalam Psychology as the Behaviorist Views It.
Di dalam artikel tersebut, beliau mengatakan bahawa psikologi adalah ilmu
yang mengkaji tingkah laku yang nyata (overt behaviour).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


6 TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Tokoh lain ialah Pavlov, Thorndike, Skinner dan Hull. Aliran ini juga
dikenali sebagai associationism, iaitu mengkaji kaitan mental antara dua
peristiwa atau antara dua idea di mana terjadinya pembelajaran.

Ahli psikologi aliran ini menjalankan kajian ke atas haiwan seperti tikus,
kucing dan anjing. Prinsip pembelajaran atau tingkah laku yang diperolehi
melalui kajian ini cuba mengaplikasikan pembelajaran atau tingkah laku
manusia. Aliran ini juga memberi fokus kepada kajian tingkah laku
manusia dan menolak aspek kerohanian. Aliran behaviorisme dipengaruhi
kuat oleh aliran falsafah logik positif (logical positivism). Aliran falsafah
logik mengemukakan pendapat bahawa semua ilmu atau pengetahuan
perlu disahkan melalui cara yang empirikal atau pemerhatian yang
sistematik. Konsep kritikal yang dikemukakan oleh aliran ini ke dalam
ilmu psikologi ialah definisi operasional (operational definition).

Definisi operasional ialah konsep saintifik yang merujuk kepada proses


pengukuran sesuatu yang dikaji. Contohnya, definisi kelaparan ialah
sesuatu yang dialami oleh manusia atau haiwan apabila tidak makan pada
masa yang sepatutnya. Definisi ini masih tidak dapat diterima oleh aliran
logik positif kerana di dalam definisi operasional, perlu wujud pengukuran
yang tepat tentang masa tidak mendapat makanan dan keadaan seseorang
yang berasa lapar itu. Untuk mengesahkan hal ini perlu ada satu cara
pengukuran. Ahli psikologi behaviorisme juga menegaskan bahawa tujuan
ilmu psikologi ialah untuk menghurai, menerang, meramal dan mengawal
tingkah laku.

(f) Aliran Psikologi Gestalt


Di Jerman, pada masa yang sama, timbul pula fahaman psikologi gestalt.
Fahaman ini timbul sebagai reaksi kepada pendapat ahli strukturalisme.
Ahli psikologi gestalt berpendapat bahawa manusia mempersepsi dunia di
dalam bentuk satu keseluruhan (unitary whole), atau gestalt (gestalt
ialah daripada perkataan Jerman gestalten, yang boleh diterjemahkan
sebagai keseluruhan, pola atau terorganisasi). Tiga tokoh yang telah
mengasaskan fahaman ini ialah Max Wertheimer (18801943), Wolfgang
Kohler (18871967) dan Kurt Koffka (18861941).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN 7

(g) Aliran Humanistik


Aliran humanistik diasaskan oleh Abraham Maslow (19081970) dan Carl
Rogers (19021987). Pendekatan humanistik menekankan cara fikiran,
pengamatan serta interpretasi seseorang individu tentang sesuatu peristiwa
atau kejadian. Ahli psikologi humanistik mempercayai bahawa seseorang
individu bertanggungjawab ke atas tindakannya. Contohnya, kalau
seseorang ingin mencapai kecemerlangan di dalam hidup, dia hendaklah
bertindak atau berusaha ke arah pencapaian matlamat hidupnya. Menurut
pendekatan ini, kuasa motivasi seseorang individu ialah kecenderungannya
untuk berkembang serta mencapai pemenuhan kendiri (self-actualisation).
Ini bermakna setiap individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan
potensinya ke tahap yang maksimum. Walaupun terdapat halangan,
kecenderungan semula jadi ialah untuk mencapai pemenuhan kendiri atau
mengembangkan potensi ke tahap maksimum. Konsep pemenuhan kendiri
ini dipelopori oleh Maslow.

(h) Aliran Kognitivisme


Aliran kognitivisme dipelopori oleh tokoh-tokoh psikologi gestalt, Piaget,
Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Ahli-ahli psikologi daripada aliran
ini berminat mengkaji pemikiran manusia, persepsi dan penanggapan,
kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran
belajar, motivasi dan lain-lain lagi.

(i) Aliran Konstruktivisme


Daripada ahli-ahli psikologi kognitif timbul pula ahli psikologi
konstruktivisme atau faham binaan. Aliran ini diasaskan oleh tokoh-tokoh
seperti Von Glaserfeld, Piaget, Vygotsky, Confrey dan Seymour Peppert.
Konstruktivisme mengambil kira bagaimana individu membina kefahaman
terhadap bahan yang mereka pelajari. Konstruktivisme menekankan
peranan aktif pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan pembelajaran ini sangat digemari sebagai kaedah untuk
mengajar matematik dan subjek sains (fizik, kimia, biologi).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


8 TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Jadual 1.1 menunjukkan secara ringkas sejarah perkembangan psikologi.

Jadual 1.1: Sejarah Perkembangan Psikologi

Jangka Masa Penerangan


384322
Kajian psikologi bermula di Greek purba.
Sebelum Masihi
15951690 Konsep interaksionisme dan dualisme diperkatakan.
16851753 Aliran empirisme muncul di England.
18321920 Aliran strukturalisme muncul di Jerman.
18671927 Kajian strukturalisme bermula di Amerika Syarikat.
18591952 Aliran fungsionalisme muncul di Amerika Syarikat.
18781958 Aliran behaviorisme muncul di Amerika Utara.
18801843 Fahaman psikologi gestalt bermula di Jerman.
Aliran humanistik diasaskan oleh Maslow dan Rogers.
Aliran kognitivisme dipelopori oleh tokoh-tokoh gestalt, Piaget,
19081987 Vygotsky dan lain-lain.
Aliran konstruktivisme diasaskan oleh Glaserfold, Piaget, Vygotsky
dan lain-lain.

Sebagai kesimpulannya, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan yang


boleh dilihat daripada segi konsep psikologi yang wujud pada dahulu dan
sekarang. Konsep-konsep ini mempunyai kelebihan yang tersendiri dan
dipraktikkan mengikut keadaan. Di dalam pada itu, ahli psikologi telah
menggunakan pelbagai jenis pendekatan untuk menerangkan konsep yang
mereka kemukakan di dalam usaha untuk mengkaji tingkah laku manusia
dengan lebih mendalam lagi.

SEMAK KENDIRI 1.1

Bincangkan perbezaan pendapat antara aliran behaviorisme dan


kognitivisme.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN 9

AKTIVITI 1.2

Sila rujuk laman web berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut
sejarah psikologi:

www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html

Baca artikel yang terdapat di laman ini dan berikan persamaan dan
perbezaan setiap aliran mengikut peredaran zaman.

1.3 PENDEKATAN PSIKOLOGI


Ahli psikologi telah menggunakan beberapa pendekatan bagi menghuraikan
konsep atau idea mereka berkaitan dengan tingkah laku manusia. Antara
pendekatan yang digunakan ialah pendekatan behaviorisme, pendekatan
psikoanalitik, pendekatan humanistik atau kemanusiaan dan pendekatan biologi.

1.3.1 Pendekatan Behaviorisme


Pendekatan behaviorisme mengatakan bahawa ahli psikologi tidak perlu
memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku di dalam mental (sedar dan
tidak sedar), sebaliknya mereka mesti memberi tumpuan kepada tingkah laku
yang boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata. Watson, seorang ahli
behaviorisme, mengatakan bahawa tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh
persekitarannya dan bukannya unsur dalaman. Idea Watson inilah yang
mengembangkan pendekatan behaviorisme yang menekankan bahawa tingkah
laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran (Bernstein et al.,
1994). Menurut pendekatan ini, tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang
berlaku dengan wujudnya rangsangan. Pendekatan ini juga dikenali sebagai
psikologi rangsangan gerak balas atau secara ringkasnya, R-G.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


10 TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Selain daripada Watson, ahli psikologi behaviorisme yang lain ialah Ivan Pavlov,
B. F. Skinner dan E. L. Thorndike. Pavlov (18491936) dikaitkan dengan konsep
pelaziman klasik yang melakukan eksperimen ke atas seekor anjing bagi
menunjukkan perkaitan antara rangsangan (makanan) dengan gerak balas (air liur)
(Rajah 1.2).

Rajah 1.2: Eksperimen pelaziman Pavlov

Thorndike (18741949), memperkenalkan Teori Pelaziman Cuba Jaya (Theory of


Trial and Error Conditioning). Baginya, prinsip asas pembelajaran ialah
pengaruh ganjaran dan denda. Organisme selalunya akan membuat sesuatu
yang akan membawa keseronokan. Sebaliknya, organisme berkenaan tidak akan
melakukan sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan diri.

Menurut Thorndike, ganjaran mendorong organisme mengulangi sesuatu gerak


balas, manakala denda pula boleh menyekat organisme daripada melakukan
sesuatu gerak balas. Dengan perkataan lain, organisme mengaitkan gerak balas
tertentu dengan rangsangan tertentu. Thorndike melabelkan jenis pembelajaran
ini sebagai pembelajaran instrumental atau operan yang diperluaskan
kemudian oleh B. F. Skinner.

Skinner (19041990) pula terkenal dengan pelaziman operan yang mengukur


pengaruh ganjaran dan dendaan. Beliau telah membuat eksperimennya ke atas
tikus dan juga burung merpati. Di dalam eksperimennya yang terkawal, beliau
telah mengukur proses pembelajaran dengan menukar frekuensi ganjaran dan
dendaan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN 11

1.3.2 Pendekatan Psikoanalitik


Pendekatan psikoanalitik adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa
tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikologi tidak sedar dan yang
kita sendiri tidak sedar. Dengan perkataan lain, tingkah laku kita adalah
berdasarkan konflik dalaman, dorongan (impulses), kemahuan dan motif yang
tidak disedari. Pendekatan ini mengandaikan bahawa semua tingkah laku,
normal dan abnormal adalah hasil daripada interaksi faktor genetik dan
persekitaran dan kedua-kedua faktor ini mempunyai kesan ke atas tingkah laku
dengan mempengaruhi proses tidak sedar dan juga proses sedar psikologi. Ahli
teori psikoanalitik menekankan kepentingan zaman awal individu dan
mempercayai bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat
pada keadaan psikologi individu.

Sigmund Freud (18561939) adalah pelopor ahli teori psikoanalitik yang paling
terkemuka. Idea-idea Freud (Rajah 1.3) mempengaruhi ahli teori psikoanalitik
yang lain. Teori struktur personaliti beliau membahagikan struktur psikik
kepada tiga bahagian: id, ego dan superego. Freud percaya setiap entiti ini
bertanggungjawab bagi satu set operasi psikologi.

Rajah 1.3: Sigmund Freud: Pelopor teori psikodinamika terkemuka

(a) Id
Id adalah sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi. Ia adalah primitif,
mementingkan diri sendiri dan tidak ada pengaruh dunia realiti (pengaruh
tamadun). Id adalah dominan pada peringkat awal kehidupan bayi, apabila
dorongan dan kemahuan amat kuat dalam mempengaruhi tingkah laku
bayi. Ia dilihat sebagai elemen psikik pertama yang mempengaruhi tingkah
laku.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


12 TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

(b) Ego
Ego bertanggungjawab dan cuba mengawal dorongan dan desakan primitif
agar mengikut lebih dekat dengan kehendak persekitaran. Ego secara
perlahan-lahan mengambil tanggungjawab menjadikan dorongan primitif
id yang lebih mengikut pada kehendak moral dan piawai etika masyarakat.
Operasi ego berpandukan pada prinsip realiti, bukan pada prinsip
keseronokan yang mempengaruhi id. Prinsip realiti mengiktiraf
permintaan atau kehendak masyarakat yang realistik.

(c) Superego
Bila kanak-kanak bertambah besar, peranan ego semakin bertambah. Ia
melibatkan superego yang merupakan sumber awal suara hati (conscience),
iaitu kebolehan kita untuk membezakan yang baik daripada yang buruk.
Superego muncul secara perlahan-lahan bila kanak-kanak mula
mempelajari peraturan yang digunakan oleh ibu bapa mereka untuk
menginterpretasi jangkaan masyarakat. Fungsi dan tindakan ibu bapa
adalah penting di mana mereka memainkan peranan penting di dalam hal
suara hati sehinggalah kanak-kanak secara evolusi membina set piawai
dalamannya yang tersendiri.

Bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa secara keterlaluan,


mereka akan bersifat kritis, menghukum dan mendenda. Keadaan ini boleh
menjadi keterlaluan. Di dalam kes sebegini, superego mungkin menjadi
tidak fleksibel atau terlalu ketat, sehingga ia menghadkan atau mencegah
diri daripada menikmati keseronokan yang normal yang sepatutnya
dialami pada zaman kanak-kanak. Apabila kanak-kanak yang mempunyai
superego yang punitif meningkat remaja, mereka berkemungkinan
menghadapi masalah di dalam memenuhi permintaan superego. Sebagai
contoh, apabila mereka telah mencapai usia baligh, mereka mempunyai
kesukaran untuk mengawal permintaan seksual yang meningkat. Freud
percaya kerisauan dan kemurungan biasanya datang bersama dengan
kehendak superego yang melampau.

Mengikut pendekatan psikoanalitik, id, ego dan superego biasanya mempunyai


matlamat dan kaedah yang berbeza. Sekiranya id dan superego menjadi cukup
kuat untuk menguasai ego, maka hal ini biasanya akan berakhir dengan konflik
dalaman di dalam diri individu tersebut. Teori Freud menyarankan bahawa
sekiranya konflik antara id, ego dan superego tidak selesai, hal ini akan
membawa kecelaruan mental.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN 13

Psikoanalisis mengambil pendekatan perkembangan tentang abnormaliti. Ia


menekankan bahawa peristiwa yang dialami pada masa kecil mempunyai kesan
apabila individu tersebut telah dewasa. Freud percaya bahawa kanak-kanak
membesar dengan melalui pelbagai tahap psikoseksual pada peringkat yang
sudah ditetapkan. Pada setiap peringkat ini, ada bahagian badan yang
membekalkan kepuasan dorongan seksual. Kanak-kanak yang melalui tahap
anal, oral, latensi dan genital dengan cara yang memuaskan akan menjadi orang
dewasa yang normal. Jika terdapat kekecewaan atau kelebihan di sebarang
tahap, maka akan terdapat obsesi di tahap tersebut yang mempengaruhi sifat
individu pada kehidupan dewasanya. Misalnya seorang yang makan terlalu
banyak di tahap oral mungkin akan mempunyai obsesi di tahap ini dan mungkin
menjadi orang yang gemuk atau penagih dadah bila dewasa.

Pendekatan ini memberi sumbangan yang besar di dalam membantu kita


memahami perkembangan personaliti manusia. Pendapat tentang pengaruh id,
ego dan superego daripada zaman kanak-kanak bagi perkembangan personaliti
seseorang telah merangsang banyak penyelidikan. Pendapat ini juga
berpengaruh di dalam disiplin seperti seni, kesusasteraan Inggeris dan sejarah.

SEMAK KENDIRI 1.2

Jelaskan perbezaan antara id, ego dan superego.

AKTIVITI 1.3

Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang pendekatan


behaviorisme dan psikoanalitik, sila layari laman web yang berkaitan.

Apakah perbezaan antara kedua-dua fahaman ini? Anda bersetuju


dengan yang mana satu? Mengapa?

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


14 TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

1.3.3 Pendekatan Kognitivisme


Pendekatan kognitivisme ini dipelopori oleh tokoh psikologi gestalt, Piaget,
Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.

Pendekatan kognitif adalah pendekatan yang memberi perhatian khusus


berkaitan proses pemikiran manusia seperti persepsi dan penanggapan, kognisi,
metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi
dan lain-lain. Selain itu, ahli psikologi kognitif juga cuba memahami apakah
proses yang terlibat dan bagaimanakah mereka beroperasi. Ahli psikologi
kognitif percaya bahawa peristiwa dalaman yang berlaku pada seseorang mesti
dikaji, jika keseluruhan tingkah laku ingin difahami. Pendekatan ini sangat
berbeza dengan pendekatan psikoanalisis yang memberi fokus kepada
pemikiran tidak sedar dan pendekatan behaviorisme yang memberi fokus
kepada faktor persekitaran dan tingkah laku.

AKTIVITI 1.4
Sila layari laman web yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat
yang lebih lanjut mengenai pendekatan kognitif:

Setelah mendalami pendekatan ini, pada pendapat anda adakah ia


berguna kepada seorang guru atau pelajar? Bagaimana?

1.3.4 Pendekatan Humanistik


Pendekatan ini berpendapat bahawa manusia adalah individu yang bebas dan
baik dengan potensi untuk berkembang dan juga mempunyai sasaran untuk
dicapai. Teori ini menyatakan bahawa manusia terdorong bertindak melakukan
sesuatu kerana mempunyai sesuatu kemahuan atau keperluan. Mengikut
pendekatan ini, manusia sentiasa aktif dan tidak menunggu rancangan orang
lain. Pengajian psikologi bertujuan untuk menolong manusia memaksimumkan
potensi untuk perkembangan psikologikal.

Ahli psikologi di dalam pendekatan ini adalah Abraham Maslow, Rollo May,
Carl Rogers dan Gordon Allport. Abraham Maslow (1970) telah mengemukakan
Teori Hierarki Keperluan Maslow. Andaian di dalam teori ini mengatakan
bahawa manusia tidak akan berasa puas dengan apa yang telah dicapai.
Mengikut Maslow, kehendak manusia terbahagi kepada lima peringkat yang
disusun mengikut hierarki (rujuk Rajah 1.4), iaitu daripada keperluan peringkat
rendah (keperluan asas) sehinggalah kepada keperluan peringkat tertinggi

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN 15

(keperluan bersifat psikologi). Manusia akan sentiasa aktif bergerak daripada


satu peringkat ke peringkat yang lain setelah memenuhi sesuatu peringkat itu,
daripada bawah ke atas.

Rajah 1.4: Hierarki keperluan Maslow

Rogers (1956) pula mengatakan bahawa manusia sentiasa berusaha memahami


diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain.
Rogers berpendapat bahawa pada dasarnya semua manusia adalah baik dan
dilahirkan dengan kecenderungan untuk kesempurnaan, iaitu motif yang
memandu kita untuk berkembang menjadi manusia yang matang dan sihat.

Kesimpulannya ialah pendekatan ini lebih memberi fokus kepada kemahuan


seseorang dan menekankan tentang keunikan manusia serta kebebasan mereka
untuk memilih matlamat hidup. Psikologi pula berperanan untuk menolong
manusia memperkembangkan lagi potensi individu ke tahap yang maksimum.

SEMAK KENDIRI 1.3

Berikan contoh dalam kehidupan anda untuk setiap peringkat dalam


Hierarki Keperluan Maslow. Anda berada di tahap yang mana satu?

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


16 TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

1.3.5 Pendekatan Biologi


Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan biomedik serta Model Penyakit
atau Model Perubatan. Model ini mengandaikan bahawa manusia adalah sistem
fizikal dan mesti difahami daripada sudut fizikalnya. Antara faktor yang perlu
difahami ialah keadaan fisiologi dan sifat sistem saraf individu. Mengikut sudut
pandangan ini, masalah yang kita hadapi adalah hasil kecacatan tubuh badan,
kecederaan atau penyakit yang selalunya membawa kesan ke atas otak.

Dua ahli fisiologi Jerman, iaitu Edward Hitzig (18931927) dan Gustav Fritsch
(18391907), telah menjalankan eksperimen ke atas seekor anjing dengan cara
memasukkan dua batang dawai ke dalam permukaan kortikal otaknya. Melalui
eksperimen ini, mereka mendapati bahawa struktur otak adalah tempat asal-usul
urat saraf dan berkait rapat dengan tingkah laku manusia. Dengan kata lain, otak
boleh memberi tindak balas bila rangsangan elektrik diberi secara langsung dan
ini boleh memberi kesan ke atas tingkah laku individu.

Maka, salah satu perkara yang menjadi fokus di dalam pendekatan ini ialah
peranan sistem saraf sebagai pusat yang bertanggungjawab mengawal setiap
pemikiran dan pergerakan manusia.

Rajah 1.5: Elektrod dipasang pada otak kucing


Sumber: www.geocities.jp

Setiap pendekatan psikologi mempunyai kelebihan dan kelemahan. Namun,


setiap pendekatan ini memberi sumbangan kepada banyak cabang penyelidikan
seperti kajian ke atas penyalahgunaan dadah, interaksi komputer dan manusia,
kanak-kanak cerdik atau bermasalah dan banyak lagi. Salah satu cabang yang
penting ialah psikologi pendidikan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN 17

SEMAK KENDIRI 1.4

Setiap pendekatan psikologi yang dibincangkan memberi fokus kepada


satu atau beberapa aspek di dalam kehidupan manusia. Garis dan
padankan setiap pendekatan dengan fokus tersendirinya.

Pendekatan Psikologi Fokus

Behaviorisme Pemikiran tidak sedar

Kognitivisme Fizikal manusia

Pemikiran dan tingkah


Humanistik
laku

Proses pemikiran
Psikoanalitik
manusia

Biologi Kemahuan manusia

1.4 PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN


Bidang psikologi pendidikan menggabungkan dua bidang iaitu psikologi dan
pendidikan. Sebagaimana yang diketahui, psikologi ialah kajian saintifik tentang
pemikiran dan tingkah laku individu dan kumpulan individu. Pendidikan pula
merupakan proses mengembangkan potensi dan kemahiran individu di dalam
bidang tertentu.

Menurut Banks & Thompson (1995), psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah
laku manusia. Pendidikan pula adalah profesion yang mengkaji dan membina
metodologi atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk digunakan di
sekolah.

Psikologi pendidikan ialah kajian tentang perlakuan atau tingkah laku


manusia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


18 TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Psikologi pendidikan termasuk kajian mengenai perkembangan manusia,


pembelajaran, ingatan, motivasi, pengurusan bilik darjah dan pengujian serta
penilaian pembelajaran. Borich & Tombari (1997) mengatakan bahawa psikologi
pendidikan ialah satu disiplin yang memberi fokus kepada pengetahuan
teoretikal dan pengetahuan empirikal mengenai pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah.

Clifford (1984) di dalam Henson dan Eller (1999) mengatakan psikologi


pendidikan sebagai aplikasi pendekatan-pendekatan psikologi bagi menyelidik
proses pendidikan. Grinder (1981) mengatakan psikologi pendidikan
mengaplikasi pengetahuan psikologi ke dalam situasi bilik darjah.

Oleh itu, tugas ahli psikologi pendidikan ialah untuk mengaplikasi prinsip
psikologi kepada pendidikan dan di sepanjang kerjayanya, mengkaji pelajar dan
proses belajar serta strategi pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran.

Kesimpulannya, psikologi pendidikan amat berguna bagi guru dalam


memahami tingkah laku pelajar dan memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.

AKTIVITI 1.5

Patutkah psikologi pendidikan diamalkan di sekolah dan di pusat-


pusat pengajian tinggi? Mengapa? Bagaimana? Berikan contoh.

1.5 TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN


Matlamat psikologi pendidikan ialah untuk memahami (memerihal dan
menerangkan) tingkah laku pelajar di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, dan seterusnya meramalkan tingkah laku gantian yang mungkin
berlaku dan mengawal tingkah laku tersebut.

Sebagai contoh, dengan merujuk kepada cara penyelesaian masalah pelajar


seperti di bawah, tingkah laku dapat dikawal di mana tingkah laku yang negatif
boleh diganti dengan tingkah laku positif dengan cara menggalakkan pelajar
melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN 19

Matlamat ahli psikologi tertumpu kepada empat bidang (Abd. Majid Mohd.
Isa & Rahil Mahyuddin, 1997) iaitu memerihal, menerang, mengawal dan
meramalkan sesuatu perlakuan. Apabila menemui sesuatu tingkah laku, seperti
merokok dalam kalangan awal remaja (14 atau 15 tahun), ahli psikologi akan
cuba memerihalkan perlakuan remaja itu, iaitu biasanya mereka mencuri untuk
merokok. Mereka akan merokok di dalam tandas, di dalam semak, di kompleks
pasaraya atau rumah kosong. Selepas itu, ahli psikologi akan cuba menerangkan
sebab remaja berkelakuan begitu. Setelah menerangkan sebab terjadinya tingkah
laku tersebut, ahli psikologi akan mencadangkan cara untuk mengawal tingkah
laku dan meramalkan tingkah laku gantian untuk mengganti tingkah laku buruk
remaja tersebut. Contohnya, melalui aktiviti yang sihat seperti bermain
badminton atau berjoging pada waktu petang, tabiat merokok dalam kalangan
remaja akan dapat dihentikan.

1.6 KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN


KEPADA GURU
Terdapat beberapa sebab mengapa guru perlu memahami dan mempraktikkan
psikologi pendidikan, iaitu:

(a) Untuk membolehkan guru memahami tingkah laku pelajar, membantu


pelajar lebih memahami diri mereka sendiri, membantu guru merancang
objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya
dan merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai
matlamat dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

(b) Guru juga dapat meramalkan tingkah laku pelajar, apa yang digemari oleh
pelajar dan apa yang tidak disenanginya pada peringkat umur tertentu.
Oleh itu, pengetahuan ini dapat membantu guru merancang peneguhan
yang sesuai untuk pelajarnya di dalam usaha mengawal tingkah laku dan
memotivasi pelajar supaya rajin belajar.

(c) Melalui kajian tentang pertumbuhan dan perkembangan manusia, guru


dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar daripada segi fizikal,
kognitif, sosial dan emosi. Oleh itu, guru dapat merancang pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajarnya.

(d) Guru juga dapat mereka cipta soal selidik yang mudah di dalam mengenal
pasti tahap perkembangan pelajarnya terutama pelajar yang bermasalah.
Setelah guru mengetahui aras perkembangan pelajar, dapatlah dia
menyediakan program atau aktiviti yang sesuai untuk pelajar tersebut di
dalam meningkatkan prestasi pembelajarannya.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


20 TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

(e) Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu di dalam bidang


pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah, ponteng sekolah, merokok
dan sebagainya. Data dan maklumat yang diperoleh akan dapat membantu
guru mendorong pelajar menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajarannya.

(f) Psikologi pendidikan akan dapat membantu guru memahami personaliti


dan konsep kendiri pelajar. Dengan ini, guru akan dapat mendorong
pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang positif.

Oleh itu, subjek psikologi pendidikan ini perlu dibekalkan kepada guru kerana
tugasnya bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga dalam melahirkan
seorang manusia yang kamil, berbaik budi serta bertanggungjawab kepada
keluarga, bangsa dan agama.

AKTIVITI 1.6

Daripada bacaan anda, bagaimanakah caranya anda boleh


meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah?

Psikologi secara ringkasnya ialah salah satu cabang penyiasatan saintifik ke


atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.

Sejarah perkembangan psikologi bermula sejak zaman Greek purba sehingga


kini dengan kewujudan pelbagai fahaman dan aliran psikologi seperti
interaksionisme, empirisme, strukturalisme, fungsionalisme, behaviourisme,
humanistik, kognitivisme dan juga konstruktivisme.

Ahli-ahli psikologi seperti Ivan Pavlov, B. F., Skinner, E. L. Thorndike dan


Sigmund Freud menggunakan pendekatan-pendekatan behaviorisme,
psikoanalitik, humanistik dan biologi untuk menghuraikan konsep berkaitan
dengan tingkah laku manusia.

Kesemua pendekatan tersebut penting dalam psikologi pendidikan yang


bertujuan untuk memahami dan mencari penyelesaian bagi masalah tingkah
laku pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN 21

Empirisme Psikologi
Fungsionalisme Psikoanalitik
Interaksionisme Strukturalisme

Apakah pendekatan psikologi yang boleh diambil untuk menghuraikan tingkah


laku oleh aliran behaviourisme, strukturalisme, fungsionalisme dan kognitivisme?

Apakah peranan ego di dalam menentukan tindakan yang diambil oleh


seseorang? Adakah ego merupakan sumber utama yang membezakan seseorang
individu dengan individu yang lain?

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai