Anda di halaman 1dari 5

Tajuk :

Daya dan pekali geseran statik

Objektif :

i. Untuk mengukur pekali geseran statik antara dua permukaan bahan secara lerengan
dan mengukur kecondongan.
ii. Menentukan daya geseran statik antara permukaan dan objek berdasarkan pekali
geseran statik yang diukur.

Teori :

Daya geseran merupakan daya yang menentang pergerakan relatif dua permukaan
yang bersentuhan. Geseran tidak tergolong dalam kelompok daya asas kerana daya geseran
berlaku disebabkan oleh daya elektromagnet antara zarah yang bercas yang membentuk
permukaan yang bersentuhan.

Geseran statik adalah geseran antara dua objek yang tidak bergerak kepada satu sama
lain. Sebagai contoh, geseran statik dapat mencegah sesuatu objek daripada tergelincir ke
bawah sesuatu permukaan. Apabila sesuatu objek dalam keadaan pegun, geseran statik, F
akan menyeimbangkan daya yang dikenakan, F

Rajah 1: Geseran statik

Pekali geseran statik, dikenali sebagai S kebiasaannya adalah lebih tinggi berbanding
pekali geseran kinetik, K. Pekali geseran statik, S bergantung kepada sifat dua permukaan
bersentuhan dan bebas daripada kawasan permukaan yang bersentuhan. Daya geseran statik
bergantung kepada pekali geseran statik bagi dua permukaan sesuatu bahan. Semakin besar
pekali geseran antara dua permukaan, semakin besar daya geseran statik yang terhasil.
Formula yang digunakan adalah :

Daya geseran Statik, =


Fs = Daya geseran statik antara dua pemukaan bahan

= Pekali geseran statik antara dua pemukaan bahan

N = Daya Normal

Alatan dan radas :

Pembaris meter
Kaki retort
Bongkah kayu
Batu
Telefon bimbit
Papan kayu satah
Kertas pasir
Alat penimbang.

Prosedur :

1. Tiga objek yang digunakan dalam eksperimen bagi menentukan pekali geseran ini
adalah Bongkah kayu, telefon bimbit dan batu.
2. Dengan menggunakan alat penimbang, ketiga-tiga objek tersebut telah ditimbang
terlebih dahulu dengan menggunakan alat penimbang bagi mencatatkan jisim bagi
objek-objek tersebut.

Permukaan Papan Kayu Satah


1. Bagi permukaan ini, sekeping papan kayu satah telah diletakkan secara melintang
pada sebuah permukaan yang rata.
2. Bongkah kayu diletakkan di hujung papan iaitu pada jarak yang telah ditetapkan pada
0.45m daripada hujung papan kayu satah yang berlawanan.
3. Papan kayu satah tersebut kemudiannya telah diangkan dan dicondongkan secara
perlahan lahan sehingga objek mula bergerak.
4. Apabila objek mula bergerak, ketinggian papan dengan permukaan dikekalkan dan
telah dicatat.
5. Langkah 1 hingga 4 diulang sebanyak tiga kali untuk mengambil bacaan purata bagi
setiap ukuran yang dilakukan.
6. Seterusnya, langkah eksperimen 1 hingga 5 diulang dengan menggantikan bongkah
kayu dengan objek lain iaitu telefon bimbit dan batu.
7. Apabila semua data telah dikumpul, nilai pekali geseran dan nilai sudut dikira
menggunakan formula :


tan =

Permukaan Kertas Pasir

1. Bagi permukaan ini, sekeping papan kayu satah telah dibalut dengan kertas pasir dan
diletakkan secara melintang pada sebuah permukaan yang rata.
2. Bongkah kayu diletakkan di hujung papan iaitu pada jarak yang telah ditetapkan pada
0.45m daripada hujung papan kayu satah yang berlawanan.
3. Papan kayu satah dengan kertas pasir tersebut kemudiannya telah diangkan dan
dicondongkan secara perlahan-lahan sehingga objek mula bergerak.
4. Apabila objek mula bergerak, ketinggian papan dengan permukaan dikekalkan dan
telah dicatat..
5. Langkah 1 hingga 4 diulang sebanyak tiga kali untuk mengambil bacaan purata bagi
setiap ukuran yang dilakukan.
6. Seterusnya, langkah eksperimen 1 hingga 5 diulang dengan menggantikan bongkah
kayu dengan objek lain iaitu telefon bimbit dan batu.
7. Apabila semua data telah dikumpul, nilai pekali geseran dan nilai sudut dikira
menggunakan formula :


tan =

Analisis Data :

Daya geseran Statik, =

Dan,

Daya Normal,

= cos

= cos

Maka,

= cos

Daya geseran Statik :

Permukaan Papan Kayu Satah

i. Bongkah Kayu
= cos
= (0.4)(0.11 kg)(9.8) cos 21.80
= 0.40
ii. Batu
= cos
= (0.6)(0.40 kg)(9.8) cos 30.96
= 2.02
iii. Telefon Bimbit
= cos
= (0.4)(0.17 kg)(9.8) cos 21.80
= 0.62

Permukaan Kertas Pasir


i. Bongkah Kayu
= cos
= (1.1)(0.11 kg)(9.8) cos 47.73
= 0.90
ii. Batu
= cos
= (1.3)(0.40 kg)(9.8) cos 52.43
= 3.12
iii. Telefon Bimbit
= cos
= (1.2)(0.17 kg)(9.8) cos 50.19
= 1.28

Kesimpulan :

Daya geseran statik dipengaruhi oleh pekali geseran. Semakin tinggi pekali geseran, semakin
tinggi daya geseran statik yang terhasil. Maka, semakin sukar untuk sesuatu objek bergerak
melalui sesuatu permukaan.

Rujukan

Douglas C. Giancoli (2000). Physics for scientists & engineers (3rd ed.). USA. Prentice Hall
International, Inc.

Peter Yip. 2014. Pre-u stpm text physics. Bangi : Pelangi Sdn.Bhd.

Poh Liong Yong, Lee Beng Hin, Jonathan Wong. ( 2007 ). Physics volume 2 ace ahead. Kuala
Lumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tan Yin Toon, Loh Wai Leng, Tan On Tin. 2010. Success physics spm. Shah Alam : Oxford
fajar Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai