Mineral adalah sebarang unsur pepejal atau sebatian yang dijumpai secara semula jadi di kerak bumi. Mineral juga disebut sebagai
galian yang boleh dijumpai di dalam tanah.
Saiz mineral adalah berbeza-beza begantung kepada keadaan bagaimana ia terbentuk. Kebanyakan mineral ini wujud dalam bentuk
kristal. Kristal boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti panjang, halus, dan berbentuk jarum.
::CIRI-CIRI MINERAL::
1. KEKERASAN
Contoh : Kalium oksida, Kalium sulfida, Kalium karbonat, Natriun Oksida, Natrium sulfida, dan Natrium
karbonat
Biasanya berkilat
Mempunyai takat didih dan takat lebur yang sangat tinggi kecuali merkuri (satu-satunya logam dalam
bentuk cecair pada suhu bilik), natrium dan kalium
Logam seperti besi dan kromium boleh menahan tekanan dan regangan
Merupakan konduktor (pengalir) haba dan elektrik yang baik
Ia boleh ditempa (dibentuk) dan boleh dibentuk wayar
BUKAN LOGAM:
Bukan logam mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah
Ia biasanya rapuh dan mudah pecah apabila diberikan tekanan
Biasanya bukan logam adalah konduktor haba dan elektrik yang lemah kecuali karbon (bukan logam)
tetapi pengalir elektrik yang baik
Contoh bukan logam adalah seperti oksigen, karbon, sulfur dan air.
o
::TINDAKBALAS LOGAM DENGAN OKSIGEN::
Kebanyakan logam bertindakbalas dengan unsur lain untuk membentuk sebatian yang lebih stabil.
Setiap hasil tindak balas akan menghasilkan logam oksida yang berbeza warna dari warna asala logam tersebut.
Serbuk logam adalah sebarang jenis logam yang ingin diuji dalam eksperimen
Pepejal kalium manganat (ungu) apabila dipanaskan akan membebaskan gas oksigen
Kapas kaca (bahagian dalam) digunakan untuk menghalang daripada kalium manganat bercampur dengan
serbuk logam semasa proses pemanasan
Kapas kaca (bahagian luar) digunakan bagi menghalang gas oksigen yang terhasil terus keluar dengan
cepat
Berikut adalah contoh eksperimen yang dijalankan:
::TINDAKBALAS LOGAM DENGAN SULFUR::
Logam bertindak balas dengan sulfur untuk membentuk logam sulfida. Contohnya :
::SEBATIAN SILIKON::
1. Silikon bukan logam tetapi ia mempunyai ciri-ciri logam seperti boleh mengalirkan arus elektrik dan
dikenali sebagai METALOID (Separa logam).
2. Silikon mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi.
3. Sebatian ini sangat stabil dan tidak boleh larut di dalam air
4. Tidak boleh diuraikan secara pemanasan
5. Tidak bertindak balas dengan asid tetapi boleh bertindak balas dengan alkali. Silika+alkali menjadi silikat
+air.
6. Silikon tulen digunakan untuk membuat cip pada peralatan elektronik.
7. Terdapat wujud dalam 2 jenis sebatian iaitu SILIKA dan SILIKAT. Hampir 90% permukaan kerak bumi
diperbuat daripada silika dan silikat.
SILIKA
Dikenali juga sebagai silikon dioksida
Ia mengandungi unsur silikon bercampur dengan unsur oksigen
Contohnya adalah pasir, kuartz, dan batu api.
SILIKAT
Ia mengandungi unsur silikon, oksigen dan juga logam
Terdapat dalam pelbagai warna kerana bergantung kepada jenis logam yang bergabung dengannya.
Contoh silikat ialah Mika, Tanah liat, feldspar dan batu permata seperti topaz, jade, dan rubi
KEGUNAAN SILIKON
::SEBATIAN KALSIUM::
Kalsium adalah logam yang reaktif. Ini bermakna ia tidak wujud sebagai unsur semulajadi. Kebanyakan kalsium di
kerak bumi bergabung dengan karbon dan membentuk Kalsium karbonat.
Kalsium Karbonat
Kalsium karbonat adalah sebatian yang terdiri daripada kalsium, karbon dan oksigen. Contoh-contoh kalsium
karbonat adalah seperti berikut:
Batu kapur
Gipsum (bahan untuk memberi sokongan tulang patah)
Stalagmit dan stalaktit (Batu yang terbentuk pada bumbung dan lantai gua)
Cengkerang haiwan dan telur
Gigi dan tulang haiwan
PETROLEUM
Petroleum juga dikenali sebagai minyak mentah iaitu sejenis cecair likat berwarna gelap dan biasanya di
dijumpai dibawah tanah lautan.
Petroleum dihasilkan daripada organisma mati yang tinggal di dalam laut berjuta-juta tahun dahulu.
Tekanan yang tinggi dan suhu yang tinggi mengubah bahan mati kepada petroleum
Petroleum ini merupakan bahan hidrokarbon [Mengandungi hidrogen dan karbon]
Petroleum yang diperolehi tidak boleh digunakan sebelum dipecahkan menggunakan
kaedah PENYULINGAN BERPERINGKAT.
Petroleum terdiri daripada campuran pelbagai hidrokarbon seperti petrol,
diesel, kerosene, minyak pelincir dan bitumen. Semua hidrokarbon ini mempunyai saiz molekul yang berbeza dan
setiap satunya mempunyai takat didih yang berbeza [Pendidihan : Cecair bertukar menjadi gas]. Proses penyulingan
berperingkat adalah proses pemanasan untuk mendidihkan hidrokarbon yang terdapat dalam petroleum. Apabila
petroleum dipanaskan, hidrokarbon yang mempunyai takat didih yang lebih rendah akan mendidih dan bertukar
menjadi gas. Gas tersebut akan disejukkan dan terkondensasi menjadi cecair.
GAS ASLI
Gas asli juga dihasilkan daripada mendapan organisma mati dan diperolehi dibahagian atas petroleum di
dalam tanah.
Gas ali ini mempunyai takat didih yang rendah
Lebih kurang 90% gas asli ini adalah metana dan manakala 10% lagi terdiri daripada etana,butana dan juga
propana.
Kegunaan gas asli : Bahan bakar di rumah, kilang dan stesen janakuasa dan juga digunakan sebagai bahan
asas pembuatan bahan petrokimia seperti plastik dan pembuatan baja
ARANG BATU
Arang batu terbentuk daripada sisa-sisa tumbuhan yang mati pada berjuta-juta tahun dahulu. Ia adalah pepejal
berwarna hitam yang mengandungi banyak karbon dan sedikit hidrogen, oksigen, nitrogen dan sulfur.
Sebagai bahan bakar di stesen janakuasa. Arang batu digunakan unutk memanaskan air sehingga mendidih
dan membentuk stim (wap air). Wap air tersebut akan men memutarkan turbin dan menghasilkan elektrik
Digunakan untuk menghasilkan bahan kimia seperti bahan letupan, cat, pelekat, baja dan pewangi
Digunakan untuk membuat tar jalanraya dan juga atap