Anda di halaman 1dari 27

AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

1.0 PENDAHULUAN

Sejarah ketamadunan manusia sejak zaman Nabi Adam a.s. hingga ke


hari ini telah menyaksikan kepincangan dalam kehidupan manusia disebabkan
kekeliruan umat di antara kekufuran dan kebenaran agama Islam. Sejarah juga
telah membuktikan bahawa kekeliruan yang berlaku dalam beriktikad kepada
akidah Islam mampu menyelewengkan manusia daripada ajaran Islam yang
sebenar, menimbulkan huru-hara dan mengancam keselamatan negara hingga
membawa kepada pertumpahan darah.

Walaupun umumnya mengetahui bahawa hukum murtad merupakan dosa


besar yang dilakukan oleh seorang muslim dan menurut jumhur ulama, ia bukan
sahaja dibalas dengan hukuman yang pedih di akhirat akan tetapi boleh dihukum
di dunia sebagai jenayah menurut al-Quran dan as-Sunnah. Firman Allah S.W.T
:







Maksudnya:
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam
kekafiran, Maka mereka Itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat,
dan mereka Itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. 1
(Surah al-Baqarah : 217)

1
Surah al-Baqarah, ayat 217

1
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

Dosa yang dilakukannya itu telah menghilangkan identitinya sebagai


seorang Islam dan bertukar menjadi seorang yang kafir. Dosa yang dilakukannya
itu adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:




Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni
segala dosa yang selain dari itu (syirik), bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan
sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat
dosa yang sangat besar.2
(Surah al-Nisa : 48)

Masalah murtad sentiasa berlaku sepanjang sejarah beragama. Murtad


pernah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w., dan juga di zaman-zaman yang lain.
Bahkan Abu Bakar r.a juga masyhur dengan kesungguhannya memerangi kaum
yang riddah dengan usahanya membentuk 11 pasukan untuk memerangi nabi-
nabi palsu dan orang-orang murtad yang semakin berleluasa sejak kewafatan
Nabi Muhammad s.a.w. Cuma murtad yang ada di sepanjang zaman hanyalah
masalah yang terpencil.

Namun sejak akhir-akhir ini, masalah pertukaran agama dikalangan


masyarakat Melayu Islam semakin mencapai tahap kritikal dan ia sudah menjadi
satu gejala serta menjadi isu hangat diperkatakan oleh masyarakat Islam di
mana-mana sahaja sama ada di dalam surat khabar,majalah-majalah atau
ceramah-ceramah.

Gejala ini berlaku disebabkan kejahilan mereka tentang hakikat Islam


yang sebenar. Mereka kurang mengenali Islam, bahkan ada yang langsung tidak

2
Surah an-Nisa, ayat 48

2
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

memahami Islam. Orang yang betul-betul mengenali dan memahami Islam pasti
tidak akan meninggalkan Islam, bahkan akan berjuang mempertahankannya.
Namun kejahilan telah menimpa umat ini. Dan peluang inilah yang digunakan
oleh orang bukan Islam untuk memurtadkan sebahagian umat Islam.
Bila berlakunya murtad, maka ia merupakan satu jenayah. Ini kerana
orang yang murtad telah mengkhianati akidah kaum muslimin dan merendah-
rendahkannya. Ia juga bererti mengkhianati negara Islam dan mencabar
kedaulatannya. Oleh itu, menjadi tugas pemerintah negara Islam untuk
mengenakan hukuman kepada sesiapa sahaja di kalangan warganegaranya
yang murtad. Hukuman ini adalah untuk mengawal gejala penghinaan terhadap
kesucian agama Islam sesudah mengenalinya.

3
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

2.0 TAKRIF MURTAD

Perkataan murtad berasal dari Bahasa Arab iaitu riddah atau irtidad. Dari
segi bahasa, perkataan riddah memberi makna kembali atau rujuk iaitu kembali
daripada sesuatu kepada yang lain. Manakala dari segi istilah, murtad itu
bermaksud meninggalkan atau keluar dari agama Islam dan memeluk agama
atau mana-mana akidah lain atau mana-mana ajaran sesat dan menyeleweng
sama ada melalui perkatan, perbuatan atau iktikad, kepercayaan dan keyakinan
hati.
Dari segi istilah syaraknya pula, murtad ditakrifkan dengan pelbagai
takrifan. Antaranya ialah:
2.1 Menurut Imam al-Husni: keluar daripada Islam dan kembali kepada kufur
serta membebaskan diri daripada Islam.
2.2 Menurut al-Shaykh Abd al-Qadir Awdah: meninggalkan agama Islam
dan keluar daripadanya setelah menganutnya.
2.3 Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaily: Berpaling daripada Islam dan kembali
kepada kufur, sama ada dengan niat atau perbuatan yang mengkafirkan
atau perkataan, dan sama ada diucapkan dengan gurauan atau
penentangan atau iktiqad.
2.4 Menurut Sayyid Sabiq: Kembalinya orang Islam yang berakal dan
dewasa ke kekafiran dengan kehendaknya sendiri tanpa ada paksaan dari
orang lain. Baik yang kembali itu orang lelaki mahupun orang
perempuan.
2.5 Menurut Dr. Abd al-Karim Zaydan: Keluar daripada Islam.

4
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

3.0 SYARAT SAH MURTAD

Murtad membawa maksud seseorang keluar dari agama Islam dan


memeluk agama atau mana-mana akidah lain atau mana-mana ajaran sesat dan
menyeleweng sama ada melalui perkatan, perbuatan atau iktikad, kepercayaan
dan keyakinan hati. Seseorang yang ingin dikategorikan sebagai seorang murtad
mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat tersebut ialah berakal,
baligh dan berkehendak. Jika syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi, maka
seseorang itu tidak digelar murtad dan tidak akan dihukum dengan hukuman
orang yang murtad.

3.1 Berakal.

Sah murtad seseorang yang berakal jika mempunyai akal fikiran


yang waras dan mampu berfikir dengan baik serta telah melakukan
perkara-perkara yang boleh menyebabkan murtad iaitu melalui perkataan
atau ucapan, perbuatan atau tingkahlaku dan kepercayaan atau niat untuk
digelar murtad dan dijatuhkan hukuman murtad ke atasnya. Sebaliknya,
jika seseorang tersebut tidak mempunyai akal yang waras, seperti kanak-
kanak, orang gila dan orang pengsan, maka mereka tidak murtad
walaupun telah melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan
murtad.

Dalil yang mengesahkan bahawa berakal menjadi syarat sah murtad ialah
khabar daripada Saidina Ali r.a:

5
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

Maksudnya: Saidina Ali r.a telah berkata kepada Saidina Umar r.a :
Tidakkah engkau mengetahui, sesungguhnya pena diangkat (tidak
ditaklif) daripada orang gila sehingga sedar, kanak-kanak sehingga
diamengetahui dan orang yang tidur sehingga terjaga?
3.2 Baligh.

Baligh merupakan syarat sah murtad. Jika sesorang yang belum


baligh dan telah melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan
murtad maka tidak sah murtad tersebut.

Imam Abu Hanifah dan Imam Muhammad al-Shaybani


berpendapat bahawa, baligh bukanlah syarat sah murtad. Oleh itu, jatuh
hukum murtad ke atas kanak-kanak yang melakukan perkaran yang boleh
menyebabkan murtad.

3.3 Kehendak.

Jika sesorang itu berkehendak atau berkeinginan untuk murtad,


maka hendaklah dia melakukan perkara yang membawa kepada murtad.
Sebaliknya, jika seseorang itu dipaksa, maka tidaklah murtad seseorang
itu berdasarkan firman Allah S.W.T :







Maksudnya:
Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (Dia
mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal

6
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

hatinya tetap tenang dalam beriman (Dia tidak berdosa), akan tetapi orang
yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, Maka kemurkaan Allah
menimpanya dan baginya azab yang besar.3

Maksudnya:
Daripada Ibn Abbas: Diampunkan ke atas umatku daripada kesilapan,
lupa dan apa yang dipaksa ke atasnya.

Hukum ini diterima dan dipersetujui oleh para fuqaha.

Sebagai tambahan, orang yang murtad beserta hukumnya


terbahagi kepada tiga kategori:
3.3.1 Orang yang murtad namun menyembunyikannya.
3.3.2 Orang yang murtad dan menzahirkannya.
3.3.3 Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam
dengannya.

Yang berikut adalah penjelasan mengenai perkara di atas:

Kategori Pertama: Orang yang murtad namun menyembunyikannya.


Orang yang murtad namun menyembunyikannya sehingga tiada
siapa yang mengetahui kecuali ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat,
tidak dijatuhkan hukum hudud di dunia tetapi di akhirat kelak. Firman Allah
s.w.t:

3
Surah an-Nahl, ayat 106

7
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

Maksudnya:
Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram.
Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi
menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi
masuk) Masjidilharam dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih
besar (dosanya) di sisi Allah[134]. dan berbuat fitnah[135] lebih besar
(dosanya) daripada membunuh. mereka tidak henti-hentinya memerangi
kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu
(kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. barangsiapa yang
murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran,
Maka mereka Itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan
mereka Itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.

Syaikh Yusuf al-Qaradhawi hafizhahullah menjelaskan:

Islam tidak menjatuhkan hukuman bunuh atas orang yang murtad yang
tidak menghebahkan murtadnya dan tidak menyeru orang lain agar
murtad sepertinya. Islam membiarkannya agar menerima balasannya di
akhirat kelak jika dia mati dalam kekafirannya itu. Allah berfirman.(lalu
beliau mengemukakan ayat 217 surah al-Baqarah di atas).4

4
Surah al-Baqarah, ayat 217.

8
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

Kategori Kedua: Orang yang murtad dan menzahirkannya.


Orang yang murtad lalu menzahirkannya atau mengumumkannya
dengan apa cara sekali pun samada ada melalui media cetak, media
elektronik, internet, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan sebagainya
maka dijatuhkan hukuman bunuh setelah terlebih dahulu diberi tempoh
dan diajak untuk bertaubat. Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya:
Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.
(Riwayat al-Jamaah)

Ada yang menjatuhkkan hukuman bunuh serta merta, ada yang


menundanya selama 3 hari, 20 hari, sebulan dan sebagainya.. Semuanya
bergantung kepada kemaslahatan yang ingin dicapai dalam kes yang
berbeza-beza. Walau bagaimanapun ingin ditegaskan bahawa sekalipun
mereka berbeza-beza dalam tempoh penundaan namun pada akhirnya
hukuman bunuh tetap dijatuhkan jika orang yang murtad enggan
bertaubat atau tidak menunjukkan harapan untuk bertaubat.

Kategori Ketiga: Orang yang murtad dan menzahirkannya serta


menyerang Islam dengannya.
Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam
dengannya apa cara sekalipun sama ada dengan menggunakan senjata,
pena, lisan, pemikiran serta menggunakan bantuan orang bukan Islam
dan munafik maka mereka ditangkap dan dibunuh serta merta tanpa
diberi tempoh dan diajak untuk betaubat. Pengecualian adalah jika
mereka bertaubat sebelum ditangkap maka taubat mereka
diterima.Berkenaan orang murtad kategori ketiga ini, Rasulullah s.a.w
bersabda:

9
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

Maksudnya:
Tidak dihalalkan darah seorang muslim yang bersaksi bahawasanya tiada
tuhan selain Allah dan bahawasanya aku adalah Rasulullah melainkan
salah satu dari tiga perkara:
1. Membunuh.
2. Penzina yang sudah bernikah dan
3. Orang yang meninggalkan agamanya serta memisahkan diri dari
jamaah (umat Islam).
Yang dimaksudkan sebagai .. orang yang meninggalkan agamanya
serta memisahkan diri dari jamaah (umat Islam) adalah orang murtad
dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengannya.

10
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

4.0 PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN MURTAD

Menurut Islam, murtad boleh terjadi dengan melakukan salah satu


daripada tiga perkara berikut iaitu:

4.1 Melalui perkataan atau ucapan (Murtad Qawli).


Murtad boleh terjadi melalui perkataan atau ucapan dan kata-kata yang
dikeluarkan oleh seseorang Islam melalui beberapa kaedah iaitu:

4.1.1 Semua perkataan yang menunjukkan kepada iktikad batil yang


menyebabkan kafir orang yang mengatakannya, iaitu perkataan
yang memurtadkan orang yang mengatakannya.

4.1.2 Semua perkataan yang mengandungi celaan dan penghinaan


terhadap Allah atau ayat-ayat atau agamaNya atau rasulNya.

Firman Allah S.W.T:





11
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

Maksudnya:
Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu),
tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda
gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-
Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu minta maaf,
karena kamu kafir sesudah beriman. jika kami memaafkan segolongan kamu
(lantaran mereka taubat), 5

Imam Ibn al-Farabi al-Maliki mengulas tentang ayat ini. Tidak kira sama
ada dia mengatakannya dengan bersungguh-sungguh atau bergurau dan
bagaimana juga caranya, hukumnya kafir. Sesungguhnya bergurau dengan kufur
hukumnya kafir dan ini tiada perbezaan pendapat dikalangan umat Islam
mengenai perkara ini.

Imam al-Fakhr al-Razi mentafsir ayat ini: Sesungguhnya mencela


agama dengan apa cara sekalipun, hukumnya adalah kafir. Ini adalah kerana

4.1.3 Semua perkataan yang tidak sepatutnya diucapkan kepada Allah


S.W.T atau agama-Nya atau rasul-Nya. Firman Allah S.W.T:

5
Surah al-Taubah,ayat 65-66

12
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012




Maksudnya:
Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka
sembah selain Allah, Karena mereka nanti akan memaki Allah dengan
melampaui batas tanpa pengetahuan.6
(Surah al-Anam: 108)

4.1.4 Semua bentuk penolakan arahan Allah S.W.T dan syariatNya yang
berbentuk penentangan atau penolakan secara takbur adalah kafir
yang memurtadkan orang yang melakukannya. Firman Allah
S.W.T:

Maksudnya:
Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu
kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan
adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.7
(Surah al-Baqarah: 34)

Firman Allah S.W.T:




6
Surah al-Anam, ayat 108
7
Surah al-Baqarah, ayat 34

13
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012



Maksudnya:
Allah berfirman: "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang
telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri
ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?". Iblis berkata:
"Aku lebih baik daripadanya, Karena Engkau ciptakan Aku dari api, sedangkan
dia Engkau ciptakan dari tanah.8
(Surah Saad:75-76)

Ayat-ayat al-Quran ini menceritakan tentang kisah iblis yang mengingkari


perintah Allah, Iblis sebagaimana yang disebut dalam al-Quran menolak dan
mengingkari perintah Allah supaya sujud kepada Adam a.s kerana sifat
takburnya. Sedangkan iblis mengetahui bahawa suruhan Allah adalah wajib
dipatuhi. Oleh sebab itu, iblis telah menjadi kafir dan murtad.

4.2 Melalui perbuatan atau tingkahlaku (Murtad Fili).

Murtad juga boleh berlaku melalui setiap perbuatan atau


tingkahlaku yang boleh membatalkan imannya, maka seseorang itu boleh
menjadi murtad melalui beberapa kaedah seperti:

Semua perbuatan yang menunjukkan penghinaan atau pencelaan


atau kutukan atau memperkecilkan Allah atau agamaNya atau rasulNya
atau menolak hukum yang sudah diketahui umum kerana sesuatu
kepentingan.

Menurut Shaykh al-Sharbini, perbuatan yang menyebabkan


seseorang itu kafir ialah sekiranya si pelaku bermaksud untuk menghina

8
Surah Saad, ayat 75-76

14
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

Islam secara terang-terangan atau penentangan seperti meletakkan najis


di atas al-Quran. Perbuatan seumpama ini secara terang-terangan
memperkecilkan kalam Allah s.w.t ini yang membawa maksud
memperkecilkan Allah s.w.t. Ini merangkumi juga perbuatan sujud kepada
berhala atau matahari atau sebagainya daripada kalangan makhluk.

Perbuatan seperti meninggalkan solat fardu atau puasa Ramadhan


dengan mengatakan ia tidak wajib, maka dia boleh menjadi murtad kerana
dia mengingkari salah satu perkara wajib yang telah diketahui oleh setiap
orang Islam, tetapi jika dia yakin bahawa solat atau puasa itu wajib, maka
ia tidak menjadi murtad.

Begitu juga dengan seseorang yang menghina, merendah dan


mempersendakan Islam seperti meletakkan al-Quran di tempat yang
rendah dan kotor. Selain itu, sesiapa yang melakukan cara penyembahan
penganut sesuatu agama lain dalam keadaan dia sedar dan mempunyai
niat melakukannya maka hukumnya kafir dan murtad.

4.3 Melalui akidah,kepercayaan atau niat (Murtad Itiqadi).

Murtad melalui akidah, kepercayaan atau niat akan berlaku


apabila seseorang Islam mengingkari di dalam hatinya mengenai
kebenaran ajaran Islam seperti dia yakin bahawa Islam sam sahaj
dengan agama yang lain atau yakin bahawa agama lain jauh lebih
baik dari agama Islam. Dia yakin pada zaman moden ini,hukum
hudud tidak layak dilaksanakan lagi.

Begitu juga jika seseorang itu yakin Allah s.w.t tidak


berkuasa, Allah lemah, Allah tidak mencipta alam ini, Allah
mempunyai sifat-sifat yang sama dengan manusia dan sebagainya.

15
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

Demikian juga jika seseorang itu percaya bahawa nabi


Muhammad s.a.w bukan nabi akhir zaman. Syariat dan ajaran
Islam yang dibawa bukan untuk seluruh manusia atau dia percaya
hukum Islam yang dibawa baginda adalah hukum-hukum lampau
yang tidak sesuai dengan zaman moden sekarang. Seseorang itu
juga menghina apa-apa ajaran yang dibawanya, dia beriktikad tidak
ada dosa dan pahala, tidak ada syurga dan neraka, manusia tidak
dibangkitkan semula sesudah mati, beriktikad agama orang kafir
jauh lebih baik daripada agama Islam.

5.0 KESAN DARIPADA MURTAD.

Apabila sesorang Islam itu telah keluar daripada Islam, maka akan memberi
impak kepada mereka. Antaranya adalah seperti berikut:

5.1 Harta orang murtad.

Seseorang yang telah disabitkan oleh mahkamah melakukan


jenayah murtad dan dia enggan bertaubat setelah disuruh bertaubat dan
diberi tempoh selama tiga hari untuk bertaubat, maka dalam kes ini hakim
bolehlah menjatuhkan serta mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya
dan memerintahkan semua harta benda yang diperolehinya sebelum atau
selepas dia melakukan jenayah murtad itu dirampas dan diserahkan

16
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

kepada Baitul Mal dan menjadi hak milik Baitul Mal kerana hasil usahanya
semasa dia murtad adalah usaha orang yang dihalalkan darahnya yang
tidak dimiliki oleh sesiapa pun.

Menurut Imam Shafie, orang yang murtad hilang pemeliharaan


dirinya dengan sebab murtad, maka dia wajib dibunuh. Sekiranya dia
kembali memeluk Islam, jelaslah bahawa murtad itu tidak menjadi sebab
kehilangan milik. Sekiranya dia dibunuh, mati atau masuk ke negara
musuh (harbi) maka jelaslah bahawa murtad menjadi sebab bagi
kehilangan milik semasa ia berlaku.

Menurut Jumhur Fuqaha, harta orang yang murtad tidak boleh


diwarisi oleh ahli warisnya yang Islam kerana mereka itu telah berlainan
agama walaupun harta tersebut diperolehinya sebelum murtad.

Menurut Imam Hanafi pula, harta orang yang murtad yang


diperolehinya semasa dia Islam adalah dianggap sebagai harta orang
Islam yang boleh diwarisi oleh ahli warisnya yang Islam.
5.2 Perkahwinan orang yang murtad.

Seorang lelaki yang murtad tidak boleh mengahwini mana-mana


perempuan sekalipun sama ada beragama Islam, kafir ataupun murtad
kerana dia wajib dihukum bunuh. Begitu juga dengan perempuan yang
murtad tidak boleh mengahwini mana-mana lelaki sama ada beragama
Islam, kafir atau murtad. Menurut mazhab Hanafi, perempuan wajib
dipenjara dan menurut jumhur ulama, wajib dihukum bunuh.

Seseorang suami atau isteri yang telah sabit dalam mahkamah


melakukan jenayah murtad, hakim hendaklah mengisytiharkan bahawa
perkahwinan mereka itu sudah terbatal. Hal ini kerana dengan sebab
murtad salah seorang dari suami atau isteri maka diwajibkan mereka tadi

17
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

bercerai kerana orang-orang kerana orang-orang yang murtad itu adalah


orang yang tidak mempunyai pegangan agama sekalipun mereka itu
keluar dari agama Islam menganut agama samawi.

Sekiranya suami itu bertaubat dan ia hendak kembali semula


kepada isterinya, wajib dinikahkan semula dengan aqad dan mahar yang
baru kerana perceraian di antara suami isteri itu adalah dari sebelah pihak
suami dengan kehendak suami itu sendiri iaitu melakukan jenayah
murtad.

Jumhur fuqaha berpendapat bahawa perceraian di antara suami


isteri disebabkan murtad suaminya adalah dianggap sebagai fasakh
kerana perceraian di antara suami isteri itu adalah ditetapkan oleh hukum
syarak iaitu bukan dengan sebab dilakukan suami.

Jika seorang isteri telah murtad, wajib difarakan (diceraikan)


dengan suaminya dengan perceraian secara fasakh. Namun, jika
sekiranya isteri itu bertaubat dan dia hendak kembali semula kepada
suaminya, wajib akad nikah dan mahar yang baru dan tidak boleh
dikurangkan bilangan talaknya. Jika seseorang yang telah murtad yang
hendak berkahwin dengan pasangan dari penganut agama yang baru
dianutinya, orang murtad itu wajib dibunuh dan tidak boleh dianggap lagi
sebagai kafir zimmi yang boleh diberikan perlindungan. Orang-orang yang
murtad itu bukan sahaja ia tidak boleh berkahwin malah hak mereka
sebagai wali untuk mengahwinkan perempuan yang di bawah kuasanya
juga adalah terbatal dengan sebab murtadnya.

5.3 Hak perwalian.

Wali bagi orang Islam adalah orang Islam juga. Orang kafir tidak

18
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

boleh menjadi wali kepada orang Islam dalam apa jua bidang. Maka
apabila seorang lelaki murtad maka hilanglah hak perwalian atas anak-
anaknya. Ia tidak boleh menjadi wali anak lelakinya yang masih kecil dan
tidak boleh mewalikan perkahwinan anak permpuannya.

5.4 Hak persaksian.

Dalam kebanyakan urusan orang-orang Islam disyaratkan bahawa


orang yang hendak menjadi saksi mestilah orang Islam yang adil. Orang
fasik yang fasik tidak diterima menjadi saksi. Orang kafir tidak boleh
menjadi saksi walaupun ia kafir zimmi kecuali dalam perkara wasiat orang
Islam yang hendak meninggal dunia dalam perjalanan apabila tidak ada
orang Islam.

5.5 Hak dalam pimpinan dan jawatan.

Bagi jawatan pemimpin, pengurus dan pelindung orang Islam


hendaklah terdiri daripada orang Islam. Sebagaimana orang kafir adalah
pemimpin bagi orang kafir.
6.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MURTAD.
6.1 Faktor dalaman.
6.1.1 Kurang didikan agama atau jahil.
6.1.2 Percintaan atau perkahwinan atau perceraian.
6.1.3 Ibubapa.
6.1.4 Ekonomi keluarga atau peribadi.

6.2 Faktor luaran


6.2.1 Persekitaran.
6.2.2 Rakan sebaya.
6.2.3 Gerakan Kristianisasi atau Modenisasi.
6.2.4 Modenisasi.

19
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

6.2.5 Kelongaran undang-undang.


6.2.6 Pemerintahan atau pentadbiran Negara.
6.2.7 Sistem pendidikan.
6.2.8 Dakwah kurang peranan.
6.2.9 Diskriminasi (saudara baru)

7.0 KESIMPULAN

Dari ulasan-ulasan diatas jelaslah bahawa murtad menurut perspektif


Islam merupakan satu jenayah besar dalam Islam, ia dianggap kufur yang paling
jijik dan keji, malah lebih keji dari kufur biasa, kerana orang murtad dianggap
menghina Islam, menghina Allah s.w.t. dan Rasullullah s.a.w. Sebab itu, orang
murtad mesti dijatuhkan hukuman bunuh apabila didapati bertaubat beberapa
kali sedangkan dia tetap tidak mahu bertaubat

20
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

8.0 REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadat Illahi kerana dengan limpah dan


kurnianya maka dapatlah saya menyempurnakan tugasan kerja kursus pendek
AG1311D2 Pendididikan Islam ini dengan sempurnanya.

Sepanjang tempoh saya melaksanakan kerja kursus pendek ini, banyak cabaran
yang saya hadapi. Walaupun banyak cabaran yang saya hadapi, syukur Alhamdulillah
saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan sebaiknya.

Setelah saya mendapat tugasan kerja kursus ini, saya mula mencari maklumat
yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya agar mudah untuk dilaksanakan. Saya telah

21
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

mencari sumber yang berkaitan melalui pelbagai cara seperti melayari internet,
mengunjungi perpustakaan dan perbincangan sesama rakan-rakan.

Walaupun mudah untuk mencari sumber maklumat tersebut, terdapat juga


kelemahan semasa melaksanakan tugasan ini seperti kekangan masa yang tidak
mencukupi yang disebabkan jadual kuliah yang amat padat dan banyak aktiviti yang
diadakan di kampus ini.

Oleh itu, saya sebagai pelajar akan melakukan penambahbaikan agar tidak
mempunyai masalah lagi seperti kekangan masa dan menggunakan masa yang ada
dengan sebaiknya serta tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak
berfaedah.

Dengan adanya kelebihan dan kekurangan ini, saya banyak mendapat pelbagai
manfaat seperti dapat mengeratkan silaturrahim dengan rakan-rakan, dapat
menambahkan pengetahuan dari pelbagai sumber dan dapat memotivasikan diri
dengan sebaiknya.

BORANG REKOD KOLABORASI

NAMA PELAJAR : NURUSYAHIRAH BINTI ISMAIL


NO. MATRIK :
KUMPULAN : PPISMP BAHASA MELAYU GSTT
SEMESTER : 1
SUBJEK : PENDIDIKAN ISLAM (AG 1311D2)
PENSYARAH PEMBIMBING : USTAZ SOBRI BIN OTHMAN

PENGESAHAN
PERKARA YANG
TARIKH KOMEN PENSYARAH/PIHAK
DIBINCANGKAN
LAIN

22
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

Tandatangan pelajar,
...
(NURUSYAHIRAH BINTI ISMAIL)

9.0 LAMPIRAN 1

23
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

10.0 LAMPIRAN 2

24
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

Jamil Khir: Permohonan murtad 135 orang


diluluskan
6:27PM Jun 14, 2011

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar


status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir
Baharom (bawah, kiri).
Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck
Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri
menyatakan jumlah permohonan murtad bagi
penganut Islam dan berapakah jumlah yang
diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad
yang lalu.
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang
diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang
dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang
yang memohon untuk meninggalkan agama
Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan
kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan
jumlah yang dikira.
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah
permohonan untuk murtad adalah 686
manakala permohonan yang diluluskan pula
adalah 135 orang.
Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi
yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti

25
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.


Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah
di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.
Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.
"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)
sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan
berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.
"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat
nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan
agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.

11.0 BIBLIOGRAFI

26
AG1311D2 PENDIDIKAN ISLAM 2012

BUKU
DRS.Hanafi Mohamed.1992.Janji-janji Allah dalam Al-Quran.Kuala Lumpur.Al-Hidayah
Publishers.

Haji Said Haji Ibrahim.2000.Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.Kuala Lumpur.Darul


Makrifat.

INTERNET
http://www.malaysiakini.com/news/166920
http://eprints.utm.my/7864/1/78097.pdf
http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/GEJALAMURTAD.pdf

27

Anda mungkin juga menyukai