Anda di halaman 1dari 6

Program SMART Treasure

Hunts Explore Race 2016

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)


Kulim Bandar Baharu

oleh
leh
Dengan lafaz

Pengenalan
Setiap orginasasi bergantung harap kepada kakitangan bagi mencapai matlamat misi dan misi yang telah ditetapkan.
Mereka merupakan asset terpenting yang perlu dijaga, dipertingkatkan kualiti secara berterusan bagi merealisasikan
visi misi selaras dengan perkembangan semasa. Dalam meningkatkan kualiti para pekerja pelbagai aspek perlu diberi
perhatian seperti kualiti Kendiri (soft and hard skills) dan kualiti Kerja Pasukan yang boleh di serap melalui program
Action Training (Program Latihan Melalui Tindakan/ Pengalaman) yang semakin digemari oleh organisasi besar di
seluruh dunia. Pendekatan program sebegini mampu meningkat kadar kesedaran dan kefahaman peserta jauh lebih
baik berbanding program-program latihan tradisional sebelum ini. Peserta akan belajar dan mengajar secara sedar
atau tidak melalui aktiviti yang telah ditetapkan selaras dengan matlamat / objektif kursus.

Semangat Kerja Pasukan (Team Work) berkualiti merupakan asas utama dalam mana-mana organisasi merangkumi
kerjasama tanpa batasan (dari peringkat tertinggi sehingga ke peringkat yang paling rendah) yang perlu diterapkan
dan diperkasakan dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi. Semangat Kerja Pasukan akan membentuk
perasaan bertanggungjawab ke atas individu dan perasaan bertanggung jawab bersama selaras dengan misi visi
organisasi.

1
OBJEKTIF
1. Melahirkan warga kerja PPD yang aktif dan menimbulkan minat terhadap aktiviti riadah.
2. Mewujudkan semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan di kalangan warga PPD.
3. Mewujudkan semangat perpaduan antara ahli bebilang bangsa yang menyertai program SMART
Treasure Hunt ini.
4. Memupuk semangat toleransi kepada seluruh warga kerja PPD tanpa mengira umur dan tahun
pengalamam bertugas.

PERLAKSANAAN PROGRAM
Aktiviti ini akan dilaksanakan pada tentatif tarikh sekitar hujung November 2016 atau awal Disember 2016
(berdasarkan takwim klien)

PENYERTAAN
Anggaran 80 orang peserta dari PPD Kulim Bandar Baharu

CADANGAN PENGISIAN PROGRAM


Program ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang menekankan aspek kreativiti, jati kendiri, pengukuhan kerja
berpasukan/kumpulan, latih tubi minda, berfikir diluar kotak, dan sebagainya. Setiap check point, pasukan
dan setiap ahli akan diberikan tugasan yang perlu dilangsaikan dalam masa yang telah ditetapkan sebelum
mendapat petunjuk seterusnya.

2
CADANGAN PROGRAM
Masa Program/ Aktiviti
7.00 pagi Bertolak ke Pulau Pinang
8.30 pagi Kata-Kata Aluan/ Taklimat Keselamatan & Program
9.00 pagi Smart Treasure Hunt & Explore Race 2016 - Bermula
10.30 pagi Minum Pagi On Site
1.00 tengahari Smart Treasure Hunt & Explore Race 2016 Berakhir
1.00 tengahari Makan Tengahari
2.00 petang Sessi Reflek Diri
2.45 petang Sessi Penutupan & Penyampaian Hadiah
3.00 petang Bersurai

CADANGAN CHECKPOINT
Pihak kami mengusulkan 2 pilihan set checkpoint mengikut kesesuaian pijak tuan/puan seperti berikut :

PAKEJ Cadangan Check Point Cadangan Tugasan


1 (Basic) 4 5
2 (Advance) 6 8

Check point permulaan dicadangkan di sekitar kawasan Padang Kota dan dicadang berakhir di kawasan
Port Cornwallis. Check point akan ditempatkan di kawasan-kawasan bersejarah dan unik sekitar radius 2
km dari check point permulaan. Peserta akan dibahagikan dalam kumpulan tertentu dan perlu menyiapkan
tugasan berdasarkan petunjuk-petunjuk yang akan diberikan di setiap check point.

Kami ingin memaklumkan yang keselamatan para peserta sepanjang program ini merupakan keutamaan
pihak penganjur dan pihak polis akan dimaklumkan berkenaan program ini.
3
KONSEP SMART yang dicadangkan :
Penggunaan konsep SMART oleh pihak kami diharap mampu mencapai objektif program yang
telah digariskan :

S SMART SYNERGY
(menekankan konsep lengkap melengkapi sesama ahli)

M SMART MENTAL
(memfokuskan pembentukan minda yang kuat dan positif di kalangan ahli)

A SMART ATTITUDE
(membentuk sikap yang terpuji dalam perlaksanaan tugasan yang akan diberikan)

R SMART RESPONSIBILITY
(menerap semangat bertanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan dan tugasan yang
diberikan)

T SMART TEAMWORK
(mengukuhkan lagi semangat kerjasama dalam kumpulan )

PENUTUP
Adalah diharapkan kertas kerja ini mendapat sokongan dan pertimbangan daripada pihak
TUAN/PUAN dan seterusnya meluluskan perlaksanaan program ini. Segala kerjasama, sokongan dan
pertimbangan daripada pihak tuan/puan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
4
TENAGA FASILITATOR
Suhaimi Yahaya
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaysia (USM)

Anda mungkin juga menyukai