Anda di halaman 1dari 1

3.

0 KESIMPULAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2010:1666), terapi bermaksud


suatu rawatan bagi sesuatu penyakit fizikal, mental atau jiwa secara proses pemulihan
tanpa penggunaan ubat atau pembedahan dalam mengatasi masalah fizikal, emosi
atau sosial yang dihadapi oleh seseorang. Terapi juga dikenali sebagai rawatan di
dalam bidang perubatan di mana pesakit diberi rawatan ke atas masalah kesihatan
yang dialaminya sama ada fizikal ataupun mental. Dalam konteks kaunseling,
intervensi telah membawa maksud mengubah dan membuka pemikiran, perasaan dan
tingkah laku seseorang klien yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan
mempertingkatkan keyakinan diri.

Oleh hal yang demikian, terapi merupakan suatu rawatan bimbingan dan
kaunseling yang memainkan peranan yang penting untuk membantu murid-murid
yang menghadapi masalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai
perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Antara jenis terapi
yang boleh dilaksanakan oleh guru bimbingan dan kaunseling ialah terapi bermain,
terapi bercerita, terapi seni, terapi muzik dan terapi bibliografi. Dalam melaksanakan
sesi kaunseling dengan klien, kaunselor bertugas untuk menjalankan atau memilih
jenis terapi yang sesuai dengan jenis permasalahan yang dihadapi oleh klien untuk
meningkatkan keberkesanan program kaunseling yang dijalankan.

Terdapat kemungkinan bahawa terapi yang dijalankan oleh kaunselor tidak


dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh klien. Namun begitu, terapi memberi
peluang untuk klien mengeluarkan fikiran dan perasaannya. Kaunselor bukan sahaja
sudi meminjam telinganya untuk mendengar luahan hati klien tanpa mengejek atau
menindas malahan juga dapat memberi nasihat dan cadangan yang berguna kepada
klien. Kadang kala, lebih selesa dan mudah untuk seseorang meluahkan perasaannya
dengan orang yang tidak dikenali daripada orang yang berhubungan erat. Justeru,
intervensi dalam kaunseling merupakan salah satu saluran yang baik untuk
melepaskan kegeraman, kesedihan dan ketekanan seseorang klien.

16

Anda mungkin juga menyukai