Anda di halaman 1dari 2

Aku,Iwan dan Teh Tarik

Malam tu memang dah lewat sangat.Dah pukul 12.00 tengah malam.Aku malas

dah nak keluar minum di kedai mamak.Dah Iwan kata nak belanja aku pun ikutlah.

Motor kapcai buruk Iwan berkuasa 100cc itu membelah kesunyian malam yang gelap

itu. Aku yang membonceng di belakang pula rasa terhinggut-hinggut macam beruk

sarkas. Aku tunduk rapat. Iwan menunggang motorsikal persis orang lupa nak mati.

Asyik menyelit di tepi kereta,tu yang aku seriau sangat. Sebab aku nak hidup lagi,sebab

belum kahwin.Aku tak nak mati kemalangan. Orang kata mati katak.Biarlah katak yang

mati bukan aku.

Pukul 1 pagi kami dah terpacak di kedai mamak. Aku tak tulislah di sini nama

kedai mamak tu. Buat semak tak payah nak pening kepala sebab bukan dapat pahala

pun kalau tulis nama kedai mamak tu. Macam biasa aku pesan segelas teh tarik

dengan sekeping roti canai.Iwan pula memesan segelas teh ais dengan sepinggan nasi

goreng telur mata. Aku dapat dulu makanan dan minuman. Selepas tu barulah pesanan

Iwan tiba di meja. Entah macam mana,Iwan ni gatal tangan nak tampar seekornyamuk

yang sedang makan kami. Dammmm! Kuat jugak bunyi. Dah la meja makan tu kaki tak

stabil. Meja tu pulak bergegar macam ada gempa bumi. Iwan sempat pegang pinggan

nasi goreng telur mata dan gelas teh ais di depannya.


Aku tak sempat berbuat apa-apa. Roti canai melompat keluar dari pinggan. Kuah

kari tumpah atas meja. Teh tarik yang suam-suam kuku habis tumpah di seluar aku.

Lepas tu habis basah di tempat yang tak sepatutnya. Nasib baik aku boleh sabar.

Tapi malu juga nak jalan sebab basah teruk. Dah la meja di tepi tu ada tiga orang gadis

hanya senyum kambing melihat peristiwa itu. Iwan pula dari tadi sampai balik rumah

asyik ketawa tak sudah-sudah. Kalau ikutkan hati aku yang panas mahu saja aku

tempeleng Iwan tu jadi roti canai.Angkara dia aku jadi malu depan kumpulan gadis tadi

di kedai mamak.Memang geram betul. Sebab aku jalan mengengkang seperti baru

lepas berkhatan di depan gadis-gadis tadi semasa keluar daru kedai mamak.. Malu

betul.

Anda mungkin juga menyukai