Anda di halaman 1dari 9

SMP 3262

ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN MUZIK

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK :
SEJAUH MANAKAH BAKAT SEMULAJADI MEMPENGARUHI
PELAJAR DALAM PERKEMBANGAN MUZIKALITINYA

KUMPULAN A

DISEDIAKAN OLEH :
FATINI DIANA BINTI OTHMAN
D20061026939

DISEDIAKAN UNTUK :
ENCIK MOHD AZAM BIN SULONG
1.0 PENGENALAN

Bakat adalah suatu subjektif yang ada pada setiap manusia. Ia tidak mudah untuk
dikenali dan dijelaskan kepada orang lain. Hanya tuan punya diri sahaja dapat
mengetahui apa kelebihan yang ada pada dirinya berbanding dengan orang lain. Selain
itu, bakat juga merupakan kemampuan atau kebolehan batiniah seseorang untuk
memahami atau melakukan sesuatu perkara atau ilmu yang dibekalkan sejak azali lagi.
Bakat yang ada pada seseorang biasanya berbeza dengan bakat yang ada pada
seseorang yang lain. Bakat tidak boleh dituntut atau dipelajari dari mana-mana. Ia
adalah kebolehan semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada seseorang.
Menurut maklumat yang saya perolehi, pembentukan bakat bermula sejak 60 hari
sebelum bayi dilahirkan sehinggalah mencecah usia 16 tahun. Setelah berusia 16 tahun,
adalah tidak mudah bagi seseorang itu untuk merubah keunikan yang ada pada
bakatnya.

Seperti yang kita ketahui, muzik pula merupakan bunyi yang dapat diterima oleh
individu dan perbezaannya bergantung kepada sejarah lokasi, budaya dan citarasa
seseorang. Muzik adalah berbentuk subjektif bagi setiap pendengarnya. Muzik bukan
sahaja digemari oleh golongan remaja dan dewasa, malah bayi dan kanak-kanak juga
amat senang dengan bunyi muzik. Ianya juga merangkumi semua jenis bunyi yang
terhasilkan sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Di samping itu, muzik
merupakan media yang sesuai dan berkesan sebagai bahasa universal untuk
menyampaikan sesuatu maksud dan perasaan. Penyampaian dalam muzik dapat
menimbulkan perasaan, syahdu, melankolik, semangat dan rangsangan kepada
pendengar. Pendek kata muzik mampu memberi kesan kepada emosi dan rohani.

Muzik dalam apa jua bentuk dapat dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat
tanpa mengira pangkat, darjat dan taraf pendidikan. Berbanding dengan bahasa, ia
merupakan lambang pertuturan dan alat komunikasi yang memerlukan penutur dan
pendengar untuk memahami bahasa tersebut. Walau bagimanapun, jikalau muzik hanya
dimainkan secara instrumental sekalipun, ia masih mampu memberikan penghayatan
terhadap cetusan idea dan luahan rasa yang ingin disampaikan oleh pencipta dan
penggubah kepada pendengar.
Jika dilihat daripada perkembangan masyarakat masa kini, bidang seni yang
paling diminati dan berkembang adalah bidang seni muzik. Seni muzik merupakan
salah satu cabang kebudayaan bagi sesebuah masyarakat di sesebuah negara. Secara
tidak lansung muzik sebenarnya dapat mempertingkatkan pemikiran sesuatu bangsa
serta merubah taraf hidup ke arah pencapaian peradaban yang bererti. Muzik bukan
sahaja sebagai medium hiburan, malah dianggap sebagai pengantara pembelajaran yang
mempunyai kuasa yang tersendiri sehingga mampu mengubah emosi manusia menjadi
sedih, gembira, terharu dan sebagainya. Selain itu seni muzik juga menyalurkan nilai
dan berbagai mesej yang boleh memberi kesan positif kepada pembangunan
masyarakat.

Bagi mencapai kejayaan dalam perkembangan muzik di Malaysia, pihak


Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan subjek pendidikan muzik di
sekolah rendah mahupun di sekolah menengah, mewujudkan sekolah seni serta
menggalakkan segala aktiviti yang berunsurkan muzik di kalangan pelajar sekolah.
Usaha ini diteruskan bagi memanamkan rasa minat dan seterusnya dapat
mempertingkatkan bakat muzikal yang wujud dalam diri pelajar.
2.0 BAKAT SEMULAJADI MEMPENGARUHI PELAJAR DALAM
PERKEMBANGAN MUZIKALITI

Sebenarnya, bakat semulajadi seseorang tidak dapat dikenal pasti semasa


mereka masih bayi mahupun sewaktu kanak-kanak. Salah satu pengenalpastian bakat
adalah melalui latihan praktikal yang dapat diberikan dalam pelbagai bidang dan cara.
Bakat adalah sesuatu yang perlu dicuba dan diusahakan terlebih dahulu untuk
mengetahui tahap kebolehan diri. Kebiasaannya bakat akan berkembang bersama
dengan perkembangan fikiran dan fizikal insan. Walau bagaimanapun, ia bergantung
kepada sejauh mana pengembangan bakat itu diusahakan oleh individu tersebut.

Bakat juga boleh dikaitkan dengan perkembangan kanak-kanak itu sendiri.


Perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental dan sosial yang dapat
dijangkakan dalam kehidupan bayi mahupun kanak-kanak. Ia merangkumi suatu
perubahan abstrak yang berterusan sehingga ke akhir hayat manusia. Keadaan ini
bermakna, bakat seseorang itu tidak akan luput selagi mereka masih hidup. Oleh yang
demikian, bakat dapat dipupuk dari semasa ke semasa melalui perkembangan fizikal,
mental dan sosial.

Tahap muzikaliti yang ada pada diri seseorang juga dikatakan sebagai bakat
semulajadi. Bakat dalam bidang muzikal sebenarnya ada pada setiap bayi yang baru
lahir. Walau bagaimanapun, bakat muzikaliti yang ada bergantung kepada tahap yang
mampu diterima bagi setiap individu. Hal ini terbukti bahawa tidak semua orang dapat
mempelajari serta menghayati muzik dengan baik. Sesetengah individu yang
mempunyai bakat adalah lebih mudah mempelajari muzik berbanding individu yang
kurang berbakat. Walau bagaimanapun, jika individu yang kurang bakat ini mempunyai
minat yang mendalam dalam muzik, mereka perlulah berusaha dengan lebih gigih
untuk mencapai tahap yang sama dengan individu yang berbakat.

Bakat semulajadi dapat mempengaruhi seseorang itu melalui perkembangan


muzikalitinya bermula daripada perkembangan manusia di dalam janin lagi dengan
memperdengarkannya muzik. Mengikut kajian, degupan jantung bayi dapat berdegup
dengan lebih lancar apabila ibu bayi mendengar muzik. Keadaan ini menunjukkan tahap
kesihatan bayi dalam kandungan lebih baik apabila ibunya mendengar pelbagai jenis
muzik. Secara tidak langsung, ini akan mewujudnya minat bayi tersebut terhadap muzik
apabila mereka besar nanti. Selain itu, bakat juga dapat mempengaruhi bayi melalui
perbuatan kedua ibu bapa mereka yang sering bermain alat muzik ketika anak mereka
masih di dalam kandungan.

Selepas bayi dilahirkan, pengalaman muzikalitinya menjadi lebih luas jika


persekitarannya yang sering terdedah dengan pelbagai bunyi muzik. Sesetengah ibu
bapa menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain anak-anaknya
dengan memasangkan lagu kanak-kanak. Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh
bayi dapat ditentukan dengan memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi
dalam keadaan sedar dan jaga. Ini kerana pada waktu ini ibu bapa dapat melihat reaksi
mereka apabila muzik itu dipasangkan sama ada mereka suka atau tidak terhadap
muzik tersebut. Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik
setiap hari sehingga pada saat kelahiran kelahiran lebih mudah dipujuk dengan
mendengarkan irama bertema selepas beberapa minggu dilahirkan. Perkara ini amat
berbeza dengan bayi yang tidak mendengar muzik, mereka kurang menunjukkan tidak
balas.

Apabila anak-anak mula memasuki alam persekolahan, terdapat pelbagai faktor


yang mempengaruhi diri mereke ke arah muzikal. Mereka mula didedahkan tentang
pendidikan muzik di sekolah. Dari situ mereka dapat mempelajari muzik secara formal
dari guru dan juga rakan-rakan. Secara tidak langsung, pendedahan awal di sekolah ini
dapat melahirkan rasa minat mereka tehadap muzik. Bakat mereka akan lebih menonjol
apabila mereka berpeluang menjalani pelbagai aktiviti yang berbentuk muzikal di
sekolah. Antara aktiviti yang menarik adalah melibatkan diri dalam ensembel rekoder,
membuat persembahan di dalam dan di luar sekolah, berpeluang memasuki
pertandingan nyanyian dan sebagainya.

Semasa lingkungan umur belasan tahun hingga dewasa, pendedahan muzik


menjadi lebih luas dan terbuka. Sesetengah sekolah menengah giat menjalankan latihan
muzik dan membuat persembahan di luar. Keadaan ini menyebabkan lebih ramai
pelajar memasuki kumpulan muzik yang wujud di sekolah seperti pancaragam sekolah,
kumpulan muzik asli, koir, okestra sekolah dan sebagainya. Tindak balas yang positif
oleh pihak sekolah dalam bidang muzikal ini secara tidak langsung dapat
mempertingakatkan bakat yang sedia ada di kalangan pelajar.

Selain itu, faktor luar juga mendorong para pelajar mempertingkatkan bakat
muzikaliti mereka. Pendedahan muzik dari negara luar melalui media cetak dan
elektronik telah banyak mempengaruhi kreativiti generasi kini dalam bidang muzik.
Para pelajar terutamanya, berpeluang mempelajari pelbagai jenis dan bentuk muzik ini
dengan lebih mudah melalui media cetak dan elektronik. Mereka juga berpeluang
mempelajari bermain alat muzik dengan sendirinya tanpa bantuan guru pakar. Jadi
tidak hairanlah mengapa golongan remaja kini semakin ramai yang pandai bermain alat
muzik seperti gitar, drum, keybod dan sebagainya.

Seterusnya, mereka juga dikatakan berbakat apabila mereka dapat bermain alat
muzik dengan baik. Seperti yang dikatakan tadi, bakat seseorang dapat dikenal pasti
tahapnya apabila dia berjaya mempraktikannya dengan baik. Sehubungan dengan itu,
wujudlah pemain-pemain muzik band di kalangan remaja kita. Kini, kewujudan pemain
muzik ini ibarat seperti cendawan tumbuh selepas hujan kerana penglibatan mereka
yang begitu ramai. Seiring dengan ini, maka wujudlah kemudahan studio untuk sesi
latihan mereka dan dikenakan kos sewaan yang berpatutan.

Selain itu, bakat semulajadi dapat mempengaruhi seseorang perlajar melalui


pergaulan rakan sebaya. Hubungan sosial pelajar kini lebih meluas dimana mereka
dapat berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh negara dan dapat bertukar-tukar
maklumat berkenaan dengan muzik. Justeru itu, bakat muzikaliti pelajar dapat
ditingkatkan akibat dari kemudahan yang diperolehi pada masa kini. Di samping itu,
kepelbagaian perisian muzik yang terdapat di pasaran, memudahkan lagi pelajar
mendalami bakat mereka ini. Mereka hanya menggunakan komputer untuk
menghasilkan pelbagai bentuk lagu yang menarik. Jadi tidak hairanlah terdapat
segelintir pelajar menggunakan bakat muzikaliti mereka sebagai hobi.
3.0 PENUTUP

Sebenarnya setiap kanak-kanak memberikan reaksi yang berbeza terhadap


pelbagai jenis bunyi muzik. Hal ini kerana bakat dalam muzikal yang ada pada setiap
individu tidak sama dengan individu yang lain. Faktor ini juga bergantung kepada tahap
umur, keadaan sekeliling, dan ‘mood’ pada waktu itu. Justeru, mereka harus didedahkan
kepada pelbagai bunyi muzik dari peringkat awal. Pendedahan muzik pada peringkat
awal terutamanya ketika bayi, dapat memberi kesan positif seiring dengan
perkembangan bakat muzikalitinya. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Brigham
Young University (2001), muzik dapat membantu bayi pra-matang menjadi lebih kuat.
Kajian telah dilakukan dengan memperdengarkan kepada bayi dengan nyanyian lagu
‘Lullabies’ selama 40 minit dalam empat hari berturut-turut. Hasil kajian yang telah
dikemukakan oleh para doktor mendapati bahawa bayi yang terdedah kepada bunyi
muzik mempunyai degupan jantung yang lebih kuat, tekanan darah yang rendah serta
stabil dan berat badan bayi yang semakin meningkat.

Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya


menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor seseorang pelajar, di
samping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, ia lebih memfokuskan ke arah
pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Aktiviti muzik dan pergerakan
bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan juga berperanan
membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi pula,
aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan dapat
memberi kesempatan kepada mereka berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama
lain.

Semasa pembesaran berlaku, terdapat pelbagai faktor yang akan mempengaruhi


seseorang tersebut dalam memperkembangkan bakat muzikal mereka. Persekitaran
dan suasana pembesaran memainkan peranan penting dalam melahirkan individu yang
berbakat ini. Menurut Gardner (1983), bakat muzikal dalam setiap individu itu adalah
berkait rapat dengan kecerdasan muzikal yang mana individu tersebut lebih cenderung
dalam kemahiran ritma, nada, melodi, dan tempo dengan baik. Beliau juga berpendapat
bahawa hanya sesetengah orang sahaja yang mungkin mencapai tahap kecerdasan yang
tinggi dan selebihnya adalah rendah. Ini bermakna, setiap pelajar perlu memupuk bakat
muzikaliti yang ada dalam dirinya agar dapat mengetahui sejauh manakah mereka
mampu mendalami bakat tersebut. Justeru itu, setiap pelajar haruslah berusaha
memupuk bakat muzikaliti yang ada dalam dirinya agar mereka mengetahui tahap
kebolehan semulajadi mereka seterusnya mampu menjadi generasi yang maju dan
berkembang dalam bidang muzikal.
4.0 RUJUKAN

Apa itu Bakat?, (2008). Paradigman Baru. Diperoleh pada Oktober 2, 2009 dari
http://paradigma-ok.blogspot.com/2009/04/apa-itu-bakat.html

Apa itu Fitrah, Watak dan Bakat, (2008). Terjah. Diperoleh pada September 25, 2009
dari http://www.terjah.com/v2/news.php?readmore=3

Baby Care. Your Newborn and The Power Of Music. Diperoleh pada 5 September, 2009
dari http://www.newbornbabyzone.com/baby-care/your-newborn-and-the-
power-of-music/

Johami Abdullah, (2009). Another Reason for Children to Study Music From Young.
Diperoleh pada September 5, 2009 dari
http://joechelliah.blogspot.com/2009/08/another-reason-for-children-to-
study.html

Real or Myth, (2001). Musical Talent. Diperolehi pada September 22, 20009 dari
http://www.musica.uci.edu/mrn/V8I2S01.html

Robert A. Cutietta, (2001). Raising Musical Kids; A guide for parents. Oxford
University Press.

Teori Pelbagai Kecedasan Pengajaran dan Pembelajaran, (1999). Jurnal Pendidikan.


Diperoleh pada Oktober 2, 2009 dari
http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article101.pdf