Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) telah berlarutan sejak tahun 2003 lagi. Baru-baru ini, kita dikejutkan lagi
dengan isu PPSMI, yang mana merujuk kepada tindakan kerajaan untuk mengurangkan
waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Muzik di sekolah bagi
menambah waktu P&P Bahasa Inggeris. Jika keadaan ini berlaku, ia akan memberi
kesan negatif kepada generasi baru terutamanya. Isu ini mula berbangkit akibat
daripada masalah politik dalam negara ini sendiri. Walau bagaimanapun masalah ini
telah dapat ditangani dengan bijak oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin dengan memansuhkan PPSMI ini, meskipun hanya berkuatkuasa pada tahun
2012. Mengikut maklumat yang saya perolehi, PPSMI ini akan diganti dengan dasar
Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBI). Jadi
kita tidak perlu khuathir lagi akan masalah waktu Pendidikan Muzik dikurangkan.
Malah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, juga telah
berpendapat kurikulum baru itu akan menggabungkan pelbagai kaedah pengajaran
sedia ada dan tambahan termasuk muzik, sastera, “choral speaking” dan sebagainya.
Usaha ini secara tidak langsung akan dapat memertabatkan ilmu pendidikan muzik
secara keseluruhan.
FORUM 3
Benarkah apa yang dikata "Pendidik Muzik" tak penting berada di sekolah?
Bagi pendapat saya, peryataan ini adalah tidak benar sama sekali. Seorang
pendidik muzik sebenarnya mempunyai peranan yang sama besar dengan guru-guru
yang lain di sekolah. Setiap matapelajaran yang dirangka di bawah KBSR dan KBSM
perlulah dianggap sama penting kerana ia mempunyai matlamat dan peranannya yang
tersendiri dalam pembentukan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani.
Kaitkan juga dengan konsep KEBUDAYAAN NASIONAL yang dulunya sangat popular.
Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Mohd
Najib Tun Razak membawa maksud satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Matlamat 1Malaysia adalah untuk
mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian kaum yang selama
ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik buat kita untuk masa
hadapan.
FORUM 5
Apakah yang dimaksud estetik? Apakah yang dikatakan muzik yang tinggi
estetiknya?
Estetik merupakan kajian deria atau nilai deria emosi, ataupun timbangan sentimen dan
cita rasa. Selain itu ia juga membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh
pancaindera atau lebih khusus lagi ‘kepekaan’. Estetik juga bererti keindahan yang
mana pengertian keindahannya adalah meliputi persoalan keindahan seni, alam, moral
dan intelektual.
Terdapat beberapa definisi keindahan berdasarkan pendapat para ahli antara lain
menjelaskan, (Gie, 1996 : 13-14) :-
David Hume pula keindahan adalah suatu yang dapat mendatangkan rasa senang.
Jadi apakah yang dikatakan muzik yang tinggi estetiknya? Bagi pendapat saya,
muzik yang mempunyai nilai estetiknya adalah muzik yang dapat menarik minat
individu itu untuk mendengar kerana mungkin muzik itu dapat menenangkan
perasaannya dan sesuai dengan citarasa muzikaliti yang ada dalam dirinya. Hal ini
kerana estetik adalah terlalu subjektif bagi setiap individu untuk menterjemahkannya.