Anda di halaman 1dari 2

Kadar pendatang asing dan sektor pekerjaan yang

menggunakan tenaga kerja warga asing.

Pendatang asing adalah kedatangan sekumpulan manusia atau seseorang dari


sesuatu negara ke negara lain dengan tujuan khusus. Pendatang asing rapat
dikategorikan kepada dua kelompok iaitu pendatang asing yang sah dan
pendatang asing tanpa izin (PATI). Pendatang asing yang sah adalah orang yang
mendapat keizinan dari negara yang ingin dilanjut berdasarkan Akta dan
Peraturan yang ditetapkan. Se!aliknya, pendatang asing tanpa izin(PATI) atau
pendatang haram merupakan golongan orang yang masuk atau tinggal di
sesebuah negara secara haram. Secara haram bermaksud tidak mengikut undang-
undang imigrasi, contohnya memasuki negara tujuan tanpa permit dan bukan
dengan melalui pintu masuk utama.

Sejak tahun 90-an, Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing oleh rakyat negara
jiran yang miskin. Bilangan pekerja asing yang datang ke Malaysia kian meningkat
dari sehari ke sehari sehinggalah menyebebkan ia menjadi satu masalah kepada
negara. Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen, jumlah pekerja asing di Malaysia
adalah seramai 1.8 juta orang. Mereka sebahagian besarnya adalah bertumpu
di kawasan bandar seperti Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Baru-baru ini,
Kementerian Dalam Negeri melaporkan bahawa pekerja asing berdaftar di negara
ini berjumlah 2.1 juta atau 15.5 peratus daripada keseluruhan guna tenaga di
Malaysia, manakala pekerja asing tanpa izin dianggarkan berjumlah melebihi tiga
juta orang.
Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada pekerja separa mahir dan tidak
mahir yang mendominasi sektor pembuatan, pertanian, pembinaan dan
perkhidmatan. Mereka juga berkhidmat dalam sektor pembinaan, perladangan
dan pembantu rumah. Pekerja asing sanggup melakukan kerja berat dan mampu
bekerja dengan jangka masa yang panjang kerana mendapat pendapatan yang
tinggi sehingga ribuan ringgit sebulan.

Kemasukan pekerja asing meringankan beban majikan dalam mendapatkan


pekerja. Kehadiran pekerja asing sama ada secara sah mahupun tidak sah mampu
menyelesaikan masalah majikan dalam mendapatkan pekerja ketika diperlukan.
Ini boleh menjimatkan kos pencarian dan kos masa yang boleh membantutkan
output sesebuah operasi pengeluaran. Majikan juga dapat menjimatkan kos
pembayaran upah. Pekerja asing sanggup menerima upah lebih rendah dan
bekerja lebih masa. Walaupun kerajaan telah melaksanakan upah minimum,
majikan masih boleh mengelak daripada membayar pekerja upah minimum ini
dengan mengambil pekerja asing tidak sah.

Kesimpulannya, kemasukan pendatang asing memang ada kebaikan dan


keburukannya. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) harus
dibendung supaya dapat memakmurkan negara dan rakyatnya.

Anda mungkin juga menyukai