Anda di halaman 1dari 4

Jom Tangani Stres...

Amalkan 10 B

Tekanan atau stress hidup sudah menjadi lumrah kehidupan zaman moden, yang dihadapi oleh
semua peringkat umur, tidak kira jantina, bangsa dan agama. Bukan hanya golongan dewasa
yang dilimpahi stress di tempat kerja, rumah, jalan raya dan pergaulan masyarakat, malahan
kanak-kanak juga dibelenggu pelbagai punca stress. Akan tetapi stress adalah satu perkara yang
biasa dalam kehidupan manusia yang normal dan setiap orang akan mengalami stress pada
sesuatu masa dalam kehidupannya. Stress adalah hakikat kehidupan yang tidak boleh dielakkan.
Stress adalah respons fizikal, emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila
tuntutannya tidak dapat dipenuhi.

Apakah itu stress?

Stress adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi
yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stress berlaku apabila tuntutan tidak setanding
dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stress juga boleh diertikan sebagai
faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin
mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.

Apakah punca-punca stress?

Punca-punca stress terdiri daripada :

a. Dalam Diri
o Cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi
o Rasa tidak selamat
o Pengalaman zaman kanak-kanak
o Peristiwa dalam kehidupan
o Perwatakan / personaliti
o Dilema dalam membuat keputusan
o Stress keibubapaan

b. Sosial
o Berpindah rumah
o Konflik keluarga, penceraian, krisis hidup
o Stres perkahwinan dan rumah tangga
o Perhubungan interpersonal yang bermasalah
o Masalah di tempat kerja
o Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
o Masalah/ perubahan persekitaran
o Masalah kewangan

1
c. Psikologi
o Jenis Personaliti
o Tragedi
o Hilang orang yang dikasihi
o Kurang keyakinan diri
o Takut untuk gagal

d. Biologi
o Penyakit fizikal yang kronik
o Perubahan dalam tubuh (remaja)

Kenali tanda-tanda stres anda

i. Tanda-tanda fizikal
o Kering mulut
o Gementar
o Sakit kepala
o Masalah tidur
o Perubahan selera makan
o Cepat letih
o Lenguh-lenguh badan
o Jantung berdebar-debar
o Pernafasan semakin laju
o Sakit perut
o Cirit-birit
o Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
o Letih lesu

ii. Tanda-tanda psikologi


o Gelisah
o Hilang sabar
o Mudah marah
o Lemah semangat
o Risau dan bimbang
o Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
o Mudah lupa
o Takut gagal
o Rendah diri
o Keresahan
o Tidak merasa seronok
o Bosan
o Low mood dan murung

iii. Tanda-tanda tingkah laku


o Merokok berlebihan
o Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
o Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
o Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
o Penyalahgunaan dadah dan alkohol
o Masalah tabiat makan

2
Amalkan tips mudah tangani stres serta merta...Amalkan 10B

1. Bertenang

Bertenang boleh membantu mengurangkan stress dengan menghentikan kitaran stress


di peringkat permulaan.

2. Bernafas secara dalam

Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih
perlahan, panjang dan lebih dalam.

3. Berkata : Relakslah....

Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan


mengurangkan stress.

4. Beribadat

Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.

5. Berkongsi Perasaan/Masalah dengan Seseorang

Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus
dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau
kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stress
dalam diri.

6. Berurut

Dalam keadaan stress, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari.
Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan
darah.

7. Berehat & Mendengar muzik

Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.

8. Beriadah

Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan


hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stress.

9. Bersenam

Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan


ketegangan otot dan stress.

10. Berfikiran Positif

Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif.
Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi
tersebut.

Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stress seperti denyutan jantung laju, marah, rasa
gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.

3
4

Anda mungkin juga menyukai