Anda di halaman 1dari 17

Sketsa : Petikan Filem Nasib Labu-Labi

Durasi : 30 minit

Ahli-ahli Jawatankuasa

1. Pengurus Produksi : En. Rosman Bin Nordin


2. Setiausaha : Cik Jamilah Binti Ahmad
3. Naib Setiausaha : Cik Suzila Binti Sulong
4. Bendahari : En Saiful Bin Abdullah
5. Penolong Bendahari : En. Fairuz Bin Selamat

Ahli Jawatankuasa

1. Pengarah Produksi : En Ridzuan Bin Ali


2. Pengurus Pentas : En. Azrin Bin Abdullah
3. Pereka Bentuk Latar : En Shafiq Bin Ahmad
4. Pereka Bentuk Cahaya: Pn. Rosdiana Binti Hamid
5. Penata Rias : Pn Normahani Binti Kasirin
6. Penata Bunyi / Muzik: Pn. Nor Azilah Binti Arzain
7. Pereka Props : En Adam Bin Mustaffa
8. Pereka Bentuk Kostum / Busana : En Umran Bin Shamsudin
9. Pengurus Artis / Kebajikan : Cik Juhuria Binti Bakri

10. Petugas lokasi (Runner): Pn. Maria Binti Sabri

12) Petugas Pentas / Krew : En Nazri Bin Zakaria


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1) Pengurus Produksi (Production Manager)

Pengarah produksi bertanggungjawab memaparkan elemen-elemen artistik sebuah


produksi tetapi tiada produksi mampu dipersembahkan untuk penonton tanpa
komponen teknikal dan business. Oleh itu koordinasi elemen-elemen itu sangatlah
mustahak dan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk
mengkoordinasikannya ialah pengurus. Pengurus bertanggungjawab dalam aspek-
aspek business. Pengurus produksi juga bertanggungjawab untuk membuat kertas
kerja/kertas konsep persembahan untuk dimajukan sebagai proposal kepada pihak-
pihak tertentu yang memerlukan. Di bawah pengurus produksi ialah jawatankuasa kerja
yang terdiri dari Setiausaha, Bendahari dan Ahli jawatankuasa. Antara tugasnya ialah:

-mencari wang untuk membiayai produksi

-berhubung dengan pihak luar yang meminta produksi atau pembiaya produksi
(client)(jika ada)

-mencari serta mendapatkan hak atau kelulusan skrip yang mahu dipentaskan. (jika
ada)

-mendapatkan pengarah, pelaku, perekabentuk, petugas pentas dan lain-lain yang


berkaitan dengan produksi.

-menyewa dewan, panggung atau ruang persembahan (jika perlu)

-menyelia tugas-tugas perlaksanaan produksi

-membuat promosi (jika perlu)

-menyedia belanjawan untuk sesebuah produksi.


2) Pengarah Produksi

Orang yang bekerja paling rapat dengan pelaku. Pengarah membangunkan konsep
produksi, menjelaskan kepada pelaku-pelaku, membantu pelaku mewujudkan peranan
dan watak-watak dan menggarap keseluruhan persembahan produksi. Pengarah
adalah seorang yang menerajui sebuah produksi yang melibatkan kerja-kerja teknikal
dan proses kreatif. Merupakan pemimpin kepada sekumpulan tenaga kerja pentas bagi
melaksanakan kehendak kesenian yang menepati ilusi dan kreativiti. Maka itu seorang
pengarah harus jelas terhadap kerja seni yang hendak disempurnakan. Pengarah juga
perlu mempunyai cara komunikasi yang boleh difahami oleh semua yang terlibat
dengan produksinya.

Bertanggungjawab mengkoordinasikan aspek-aspek lain di dalam sesebuah produksi


seperti idea-idea untuk pereka-pereka bentuk. Tugas-tugas pengarah ialah:

Skrip:

-Memahami dan menganalisis skrip dari segi plot, tema serta persoalan yang ingin

disampaikan oleh penulis.

-Menentukan gaya pementasan yang hendak disampaikan

-Melakukan perubahan bagi penyesuaian persembahan jika perlu dengan syarat


mendapat persetujuan daripada penulis asal.
Konsep Persembahan:

-Memilih dan mengembangkan konsep keseluruhan produksi.

-Menerangkan konsep persembahan yang dikehendaki kepada semua pelaku serta


petugas-petugas lain.

-Menggunakan semua ilmu dalam seni persembahan yang diketahuinya untuk


melaksanakan realiti konsep persembahan.

-Menggarap unsur-unsur dramatik dan estetik dalam sebuah persembahan.

Lakonan/Pelakuan:

-Memahami watak-watak (peranan-peranan) fizikal, psikologi, mental

-Menetapkan jenis watak dan perwatakan dalam persembahan.

-Memilih pelaku (dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk memilih)

-Menjadi pengajar, pengkritik, pemimpin, sahabat, pendisiplin serta penggarap pada


sebuah persembahan.

-Mengarah latihan serta menyusun ruang lakon para pelaku di pentas.

-Menyediakan jadual latihan.


Teknikal:

-Memahami keperluan hiasan latar (setting), kostum (busana), tatacahaya, tatarias


supaya sesuai dengan konsep yang dipilih.

-Bekerjasama dengan petugas-petugas produksi yang lain dengan berjumpa dan


berbincang dengan pereka-pereka tentang konsep produksi.

-Menetapkan apa yang dikehendakinya dan pereka-pereka mesti menyediakan


perkara tersebut.

-Mengadakan perjumpaan dengan pasukan teknikal dari semasa ke semasa untuk


meninjau perkembangan setiap seksyen.

3) Pengurus Pentas (Stage Manager)

Pengurusan pentas bermaksud pengendalian sekumpulan tenaga kerja bagi


menjayakan sesebuah produksi. Mereka adalah saluran penghubung antara tenaga
produksi dengan pihak pentadbiran dan bertanggungjawab melaksanakan apa yang
telah dirancang supaya berjalan lancar.

Peneraju pada hari persembahan ialah pengurus pentas. Segala tugas pentas seperti
pertukaran set, pertukaran pakaian dan make up, keluar masuk pelaku serta props
yang digunakan pada hari pementasan adalah bawah pengawasannya.
PERLAKSANAAN
Pengurusan seni persembahan/pentas penting berdasarkan kefahaman berkenaan
dengan pentas dan pentadbiran mengikut organisasi yang menganjurkan pementasan.
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu disediakan:

Tenaga Kerja Pengurusan Pentas

Mengenal pasti peranan dan tanggungjawab setiap ahli tenaga produksi seperti
penerbit, pengurus produksi, pengarah teknikal, pengurus pentas, pengurus props, set,
lampu, kostum, bunyi, muzik dan para pereka cipta.

Persediaan dan Persiapan Pengurusan Pentas

i. Menubuhkan satu pasukan tenaga kerja

ii. Merancang pementasan

iii. Persiapan pementasan


Persiapan Latihan Pementasan

i. Menentukan masa latihan

ii. Memahami Skrip

iii. Props dan peralatan

iv. Set dan kostum

v. Tempat latihan

vi. Keperluan semasa latihan

vii. Persiapan tempat latihan

viii. Mengenal pasti ruang lakon

ix. Menentukan garis panduan set

Semasa Latihan Pementasan

ii. Pengenalan ruang latihan dan tenaga produksi

iii. Tugas harian

iv. Pengendalian ruang latihan

v. Catatan latihan

vi. Jadual latihan

vii. Pembisik skrip

viii. Blocking techniques

ix. Naskah
Tugas Di Luar Ruang Latihan

I Pengurusan produksi

ii. Belanjawan produksi

iii. Mesyuarat produksi

iv. Penjadualan produksi

Ke Arah Pementasan

I Latihan langsung

ii. Senarai lengkap keperluan

iii. Pelan lantai

iv. Pemindahan lokasi

v. Pengangkutan

Mengenal Pentas

I Bekalan pentas sedia ada

ii. Alat-alat Bantu Penanda (MASKING)

iii. Peralatan asas pertukangan

iv. Kemudahan-kemudahan pentas sedia ada

v. Aspek teknikal pentas

vi. Kesihatan dan keselamatan atas pentas


Mingggu Pementasan

I Masuk ke ruang pementasan sebenar

ii. Penyesuaian dan penetapan ruang pementasan

iii. Pembinaan set / Penentuan props

iv. Pertukaran babak / Penataan cahaya/Kesan bunyi

v. Raptai kostum / Latihan teknikal

vi. Tentu ruang pembisik skrip

vii. Senarai semak

viii. Hormat tamat (Curtain Calls)

ix. Semasa persembahan

Selesai Pementasan

i. Pemulangan barang/Kebersihan pentas

ii. Penstoran barang

iii. Post mortem/Laporan


4) Pereka Bentuk Latar (Setting Designer)

Bertanggungjawab untuk mereka cipta bentuk latar pentas sama ada ringkas atau
kompleks dan setiap latar mempunyai reka bentuknya. Susun atur set, tinggi dan
rendahnya, tanpa atau berset adalah dari sudut pandangan pereka bentuk latar.
Bersifat latar hias yang menggambarkan tempat, masa dan status, sama ada di luar
atau di dalam dewan, set perlu disediakan sebelum pementasan bermula. Terdapat
pelbagai jenis dan rupa set bergantung pada kehendak pementasan dan citarasa
perekanya. Pereka Bentuk Latar perlu mengetahui tentang set dari peringkat ilusi
membawa ke realiti.

Keperluan keperluan tertentu di dalam hiasan latar:

-Elemen hiasan latar mestilah berfungsi dan bukan hanya menjadi tempelan
semata-mata.

-Set harus kukuh dan mudah pindah.

-Kehadirannya harus jelas dilihat supaya ilusi tidak terjejas.

-Set harus ringan, terbentuk di dalam unit-unit (adjustable).

-Hiasan yang dibentuk dapat digunakan berkali-kali.

-Tidak membahayakan pelaku dan pekerja dengan melihat pada ciri-ciri


keselamatan

yang sempurna.

Harus sentiasa berbincang dengan pengarah produksi. Bertanggungjawab dengan


kemahuan serta keperluan pengarah produksi dari masa ke semasa.
5) Pereka Bentuk Cahaya (Lighting Designer)

Penataan cahaya pentas bermaksud bentuk-bentuk iluminasi di pentas. Pereka bentuk


cahaya memutuskan setiap ruang cahaya: warna, adunan, bilangan lampu, intensiti dan
kebenderangan lampu, sudut di mana cahaya menyinari pelakon dan jangka waktu
yang diperlukan untuk diterangkan, digelapkan atau disuramkan. Terang atau gelap
bermaksud kesan terhadap sesuatu yang digambarkan berdasarkan emosi atau zaman.
Dalam hal ini cahaya perlu direka atau ditatakan. Tugas ini diterajui oleh seorang
pereka cahaya dan dibantu oleh satu kumpulan kerja yang dapat mencapai maksud.

Harus sentiasa berbincang dengan pengarah produksi dan bertanggungjawab dengan


kemahuan serta keperluan pengarah produksi dari semasa ke semasa.

6) Pereka Bentuk Kostum / Busana (Costume Designer)

Reka bentuk kostum bermaksud apa-apa sahaja bentuk pakaian yang dipakai oleh
pelaku di atas pentas. Pereka bentuk kostum bertugas mencipta atau menentukan
apakah kostum dan bahan yang sesuai untuk digunakan bagi sesebuah produksi
dengan menitikberatkan konsep yang telah ditetapkan. Pemilihan warna hendaklah
diselaraskan dengan latar/set dan pencahayaan agar tidak bercanggah dengan
kemahuan pementasan/persembahan. Pemilihan pakaian juga hendaklah memberi
keselesaan kepada para pelaku (si pemakai). Pengurusannya memerlukan penelitian
dan perapian kerana melibatkan urusan bahan seni dan kreatif. Selain itu, pengendali
terhadap mesin dan teknikal juga perlu dititikberatkan.
7) Penata Rias (Make-Up)

Menentukan apakah bentuk make-up yang sesuai dipakai oleh setiap pelaku. Pemilihan
warna hendaklah diselaraskan dengan watak dan pencahayaan agar tidak ditenggelami
oleh latar dan cahaya lampu. Tatarias juga hendaklah bersesuaian dengan kostum
yang digunakan dan perlulah berbeza dengan setiap konsep persembahan dan watak
yang dibawa oleh pelaku dalam persembahan. Tatarias yang tidak sesuai dari segi
pencampuran warna akan mencacatkan watak dan perwatakan sekali gus keseluruhan
mood persembahan.

8) Penata Bunyi (Audio) / Muzik

Mencipta dan menentukan apakah bentuk kesan bunyi yang digunakan dalam
persembahan. Latar bunyi yang dicipta hendaklah bersesuaian dengan konsep serta
kemahuan pengarah persembahan.
9) Pereka dan Pengurusan Props
Props adalah barang atau peralatan yang dibawa/digunakan oleh pelaku. Pereka props
bertugas menyediakan props yang akan digunakan oleh setiap pelaku seperti yang
dikehendaki oleh pengarah dan watak dalam persembahan. Props hendaklah berfungsi
untuk memperkukuhkan penjelasan perwatakan. Props boleh menjadi sesuatu yang
asing jika pembuatannya adalah di luar kebiasaan. Props juga membantu pelakon
mendapatkan mood berlakon dan sekali gus memberi business kepada aksinya.

PERLAKSANAAN
Kepentingan Pengurusan Props

Menyentuh kefahaman mengenai keperluan dan kepentingan prop.

Tenaga Kerja Pengurusan Props


Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab setiap ahli tenaga yang menguruskan
props seperti props master, props designer, props man, props crew dan props supplies.
Pengurusan Props
I Menubuhkan satu pasukan tenagakerja

ii Menentukan bengkel dan kategori props

Iii Pengendalian props berdasarkan jenis seperti set props, trim props, set dressing,

hand props, personal props

Persiapan Props Untuk Pementasan


I Memahami Skrip

ii. Menentukan props mengikut skrip

iii. Merancang penggunaan props yang berkaitan

iv. Menyediakan props

v. Props, set, kostum dan pencahayaan

Semasa Latihan Pementasan


I Keperluan props percubaan

ii. Pengendalian props diruang latihan


Ke Arah Pementasan
I Latihan langsung mengendalikan props

ii. Senarai lengkap keperluan props

iii. Plan lantai

iv. Pemindahan lokasi

v. Pengangkutan props

Prop dan Pementasan


I Masuk ke ruang pementasan sebenar

ii. Penyesuaian dan penetapan ruang prop

iii. Raptai Props

iv. Latihan Teknikal

v. Senarai Semak

vi. Sessi Fotografi

vii. Malam pembukaan


viii. Semasa persembahan

ix. Sistem ganti (understudies)

x. Keselamatan props

xi. Malam akhir

Selesai Pementasan
I Malam akhir

ii. Pemulangan barang

iii. Kebersihan props

iv. Penstoran props

v. Post Mortem

vi. Laporan

10) Pengurus Artis

Bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap pelaku serta ahli produksi yang
terlibat berada di tempat latihan pada masa yang telah ditetapkan. Sekiranya pelaku
tidak tepat pada masanya, pengurus artis akan bertugas untuk mendapatkan (mencari)
pelaku tersebut untuk berada di tempat yang sepatutnya. Pengurus artis
bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pengarah sama ada semua pelaku
dalam produksi sudah sampai ataupun belum di lokasi supaya dapat latihan dimulakan.
Pengurus artis WAJIB menyimpan nombor perhubungan dan data semua ahli produksi
seperti alamat (jika diperlukan).

11) Petugas Lokasi (Runner)

Bertugas untuk memastikan semua bekalan yang diperlukan berada dan ada pada
masa yang diperlukan oleh pengarah dan kesemua produksi. Sekiranya tidak, maka
tugas runner untuk pergi mendapatkannya.

12) Petugas Pentas / Krew

Mereka ialah petugas-petugas am yang bertugas untuk membantu dalam kerja-kerja


produksi persembahan bawah arahan pengurus pentas. Krew bertangungjawab dalam
hal-hal kekemasan di atas pentas terutamanya dalam membantu bahagian-bahagian
seperti setting, penyediaan props, pencahayaan, tatabusana, tatarias, dan seterusnya
yang melibatkan kerja-kerja pementasan.

Anda mungkin juga menyukai