Anda di halaman 1dari 1

Mak Limah tidak menyedari bahawa dia melakukan kesilapan dalam

mendidik dan membesarkan Amirul. Sikap Mak Limah ini membuatkan


Amirul semakin degil dan keras kepala. Dia mula melawan nasihat guru-
guru di sekolah kerana beranggapan pelajaran tidak penting. Amirul juga
kerap ponteng sekolah dan mula bercampur dengan remaja yang tidak
bersekolah.

Amirul meminta ibunya membelikannya sebuah motosikal . Alasan


Amirul, dia penat mengayuh basikal ke sekolah. Oleh sebab sayangkan
Amirul, Mak Limah menuruti kehendaknya. Semenjak memiliki
motosikal, Amirul langsung tidak pergi ke sekolah. Dia lebih gemar
berpeleseran dengan rakan-rakannya yang lebih dewasa dan tidak
bersekolah.

Pada suatu hari, ketika Amirul memboncengkan kawannya untuk ke


Bandar, dia telah ditahan oleh polis di satu sekatan jalan raya. Apabila
diperiksa, pihak polis mendapati Amiru tidak memiliki lesen motosikal
kerana baru berusia 12 tahun. Selain itu, rakan Amirul pula memilikki
beberapa biji pil khayal. Akibatnya mereka berdua ditahan dan dibawa
ke balai untuk disoal siasat.

Apabila mengetahui hal ini Mak Limah sangat menyesal kerana


terlalu mengikut kehendak Amirul. Namun segalanya telah terlambat.
Nasi sudah menjadi bubur.

Anda mungkin juga menyukai