Anda di halaman 1dari 2

CREAM PUFF

Bahan-bahan puff ( menghasilkan 35 biji )

125 gm self raising flour atau tepung


gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji
kalau saiz kecik jadikan 4 biji)

Bahan-bahan untuk filling Kastard


(dibuat terlebih dahulu sblm
puffnya)

2 sudu besar tepung gandum*


2 sudu besar tepung jagung*
8 sudu besar gula*
2 cup susu segar (240ml X2)
2 biji telur (L size)
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar mentega
secubit pewarna kuning
Cara-cara utk filling
1.Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Masukkan 5
sudu besar susu.
Kacau jangan ada yang berketul.
2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang
selebihnya dan
kacau.
3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk... masak
menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak
dan hangus...masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api..
masukkan mentega. Kacau
4. sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag..

Cara-cara untuk buat puff


1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada
periuk.Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak
kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.Sejukkan

2. Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. saya guna
pemukul tangan Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain (tgok
gambar) kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam
adunan tepung ..mix sebati.

3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan


nozzle bentuk bintang

4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar


dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 25-30
minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200
darjah celcius api atas bawah. kedudukan dulang biarlah ditengah2
supaya permukaan dan bawah cream puff sekata masaknya dan
suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.

5. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari


oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di
dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika
dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak
berongga di dalamnya. jangan bukak oven sebelum tamat tempoh
ye..kalau tak mmg puff turun melepek...

6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling