Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Maksud organisasi yang umum diketahui oleh kita adalah sekumpulan orang yang bekerja
sama untuk mencapai tujuan yang sama. Organisasi ialah satu gabungan kelompok manusia
yang ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti secara kolektif, sinergistik dan simbiosis.
Organisasi memainkan peranan sebagai mekanisma untuk memenuhi dan mencapai matlamat
bersama.

Organisasi merupakan salah satu fenomena sosial yang tidak boleh dipisahkan dari
kehidupan manusia. Manusia tidak boleh mengelak daripada terlibat dengan organisasi sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh kerana itu, manusia tidak boleh menolak
kehadiran organisasi dalam kehidupannya. Organisasi sangat penting pada abad ini kerana
tanpa organisasi masyarakat tidak dapat diteruskan kerana tidak ada interaksi diantara
sesama masyarakat. Masyarakat juga tidak dapat 'survive' atau meneruskan kehidupan kerana
manusia merupakan 'sosial animal' yang perlu dan harus untuk berinteraksi dengan orang
lain. Selain itu, sekianya tiada organisasi maka masyarakat tidak dapat berkelompok.
Organisasi kompleks penting kerana organisasi penting, melancarkan dan melincinkan
kehidupan. Contoh bagi abad ke 21 ialah pusat asuhan kanak-kanak atau TASKA yang telah
mengambil alih tugasan ibubapa untuk menjaga anak-anak mereka. Ibubapa yang bekerja
akan menghantar anak-anak awal pagi ke rumah pengasuh dan sehingga petang baru diambil
semula anak-anak. Sekiranya pengasuh tidak dapat menjaga anak-anak mereka maka ibu
bapa akan mengalami masalah, terpaksa cuti kerja untuk menjaga anak-anak.

Tujuan organisasi diwujudkan adalah kerana setiap individu mempunyai kepentingan dan
tujuan yang berbeza, hal tersebut yang menyebabkan munculnya tujuan organisasi dengan
berupaya menyatukan kepentingan dan tujuan yang berbeza-beza untuk dapat menjadi
kepentingan dan tujuan yang sama. Tujuan organisasi memiliki pengaruh dalam
mengembangkan organisasi baik untuk mengrekrut anggota dan pencapaian yang akan atau
yang ingin dicapai dalam proses menubuhan organisasi tersebut. Organsasi ditubuhkan bukan
sahaja untuk mencapai matlamat bersama namun banyak lagi tujuannya. Antara tujuan lain
organisasi ditubuhkan adalah :

Sebagai tempat untuk masyarakat bergaul atau bertemu dengan orang lain disamping
dapat memanfaatkan masa terluang.
Sebagai tempat untuk mencari keuntungkan secara bersama-sama dan taraf kehidupan
dapat ditingkatkan.
Sebagai tempat untuk mendapatkan kekuasaan dan pengawasan.
Sebagai tempat untuk mendapatkan penghargaan
Sebagai tempat untuk mencapai tujuan secara efisien dan selektif kerana melakukan
tugasan secara kolektif atau bersama-sama.
Untuk mengatasi keterbatasan kemampuan, sumber daya dan kemandirian yang
dimilikinya untuk mencapai tujuan bersama.

Setiap organisasi mempunyai ciri-ciri yang berbeza namun ciri-ciri umum bagi sesebuah
organisasi adalah :
Mempunyai syarat-syarat dan tata tertib yang perlu dipatuhi.
Mempunyai tugas-tugas dan pembahagian tugas.
Mempunyai kerjasama antara pekerja secara terstruktur.
Mempunyai sasaran dan tujuan.
Mempunyai komponen iaitu bawahan dan atasan.

Ciri-ciri organisasi moden pula ialah:

Cenderung untuk lebih bersifat spesialisasi


Mempunyai asas-asas organisasi
Pengelolaan data yang lebih cepat dan sistematik
Unsur-unsur organisasi yang lebih lengkap dari sebelumnya.
Penggunaan tenaga kerja yang semakin berkurangan dan lebih kepada teknologi
seperti mesin-mesin dan alat-alat yang lebih efektif dan menjimatkan masa.
Saiz organisasi yang semakin berkembang.
Manfaat Organisasi secara umum ialah:

Membantu masyarakat supaya dapat mengatur masa dengan baik. contohnya apabila
waktu bekerja kita telah diajar untuk mengikuti waktu-waktu yang telah ditetapkan
seperti waktu untuk bekerja, waktu untuk rehat dan waktu balik.
Meningkatkan pengetahuan dan wawasan, Didalam organisasi berlaku interaksi
diantara para pekerja maka mereka akan saling berkongsi pengetahuan sesama mereka
dan pengetahuan semakin bertambah.
Membantu dalam menghadapi tekanan. Pekerja sudah biasa menerima tekanan ketika
bekerja jadi didalam kehidupan sehariannya apabila menerima tekanan meeka sudah
bersedia dan bijak untuk menerima tekanan.
Paling penting ialah organisasi membantu masyarakat untuk memperluaskan
pergaulan.
Seterusnya kewujudan organisasi dapat memebantu masyarakat untuk berbicara
dihadapan orang ramai.
Akhir sekali ialah sebuah tujuan dapat tercapai dengan wujudnya organisasi.

KEPENTINGAN ORGANISASI

1. Individu

Organisasi memberi banyak kepentingan terhadap seseorang individu dalam menjalani


kehidupan seharian dan melakukan pekerjaan atau tugasan yang digalas. Seseorang
individu sememangnya telah mempumyai kaitan dengan organisasi semenjak sebelum
dilahirkan lagi. Dengan itu, organisasi telah menjadi sebahagian daripada kehidupan
manusia sejagat kerana tanpa wujudnya organisasi, kehidupan manusia menjadi tidak
sempurna, tidak lancar dan tidak sistematik.
Pembentukan organisasi-organisasi khususnya di Malaysia dapat menimbulkan sikap
kepimpinan dalam diri seseorang individu. Sikap kepimpinan ini boleh wujud disebabkan
timbulnya motivasi dalam diri individu tersebut seperti ada sesuatu yang mendorongnya
untuk terus maju ke hadapan atau ada matlamat yang mahu dicapai. Apabila matlamat
tersebut dapat dicapai dia akan berasa puas, jika sebaliknya dia akan berasa kecewa.
Peningkatan prestasi seseorang individu atau organisasi mempunyai hubungan rapat
dengan motivasi, hal ini kerana individu yang bermotivasi tinggi amat mementingkan
kecermelangan prestasi mereka. Selain itu, mereka juga amat mementingkan kualiti kerja
mereka bagi mengekalkan prestasi tersebut. Persekitaran kerja yang selesa termasuk
hubungan dengan rakan sekerja juga memberi pengaruh kepada motivasi seseorang
individu tersebut. Faktor-faktor penerimaan motivasi yang tinggi dapat menimbulkan
sikap kepimpinan seseorang, justeru seseorang yang bermotivasi tinggi juga mempunyai
pemikiran yang positif dan mampu menyebarkan aura positif melalui kepimpinannya
(Ishak Mad Shah, 2006).

Organisasi menyebabkan berlakunya interaksi antara seorang individu dengan


individu lain, maka melalui interaksi tersebut berlaku hubungan hubungan sosial yang
mana mereka akan saling bergantungan antara satu sama lain. Kebergantungan wujud
disebabkan urusan-urusan formal yang memerlukan individu lain menyelesaikannya
dengan adanya kerjasama bersama. Urusan-urusan formal individu menjadi mudah dan
lancar serta cepat prosesnya dengan adanya sifat kebergantungan dengan organisasi. Hal
ini kerana kehidupan manusia sentiasa memerlukan orang lain bagi melancarkan
perjalanan hidup mereka. Sebagai contoh, individu yang ingin menyimpan wang
memerlukan ia berurusan dengan bank kerana penyimpanan wang hendaklah melalui
prosedur yang ditetapkan dan pihak bank adalah organisasi yang tepat untuk melakukan
urusan tersebut. Hubungan sosial ini juga akan bertambah kerana seseorang individu tidak
berurusan dengan hanya sebuah organisasi tetapi bermacam-macam organisasi. Perkara
ini menyebabkan jaringan sosial individu tersebut juga semakin meluas dan memudahkan
ia untuk melakukan pelbagai urusan.
Secara umum dari sudut fizikal, seorang individu telah dilindungi oleh organisasi
ketenteraan yang wujud di setiap negara termasuk Malaysia. Organisasi-organisasi
ketenteraan tersebut adalah PDRM, TUDM, APM, JPAM dan lain-lain yang tugasnya
adalah untuk melindungi rakyat dari sebarang ancaman bahaya. Selain itu, hak seorang
individu untuk berasa selamat atau melindungi harta, diri dan keluarganya juga dapat
dijamin dengan adanya penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang yang akan
melindungi serta mempertahankan hak individu tersebut dari individu yang mengancam
bahayanya. Oleh itu, dengan wujudnya organisasi ketenteraan ini individu dapat bergerak
bebas ke mana sahaja tanpa berasa was-was mengenai ancaman keselamatannya.

Keluarga merupakan organisasi tidak formal yang mana memberi kepentingan bagi
seseorang individu kerana dari individu membentuk keluarga. Peranan setiap individu
dalam keluarga tersebut yang dapat membentuk keluarga yang bahagia. Dengan itu,
keluarga yang bahagia akan memperlihatkan seseorang individu yang terdiri dari
anggotanya merupakan seorang yang memiliki perwatakan yang menyenangkan apabila
berada bersama individu-individu yang lain. Hal ini kerana, keluarga merupakan agen
sosialisasi yang utama bagi pertumbuhan seseorang individu yang mana disebabkan
keluarga yang membentuk keperibadian individu sejak dari lahir lag.

Oleh itu, dapatlah dilihat bahawa organisasi memberi kepentingan terhadap individu
terutama bagi melakukan urusan dalam menjalani kehidupan seharian. Setiap hari
seseorang individu akan berurusan dengan sesebuah organisasi sama ada ia organisasi
formal atau pun tidak formal.

2. Komuniti

Sebuah komuniti terdiri lebih dari seorang individu iaitu sekelompok individu yang mana
terdapat minat, tujuan atau matlamat yang sama sehingga mewujudkan sebuah organisasi
sama ada secara formal atau tidak formal. Organisasi tersebut ditubuhkan semestinya
memberi kepentingan kepada orang awam, sebagai contoh memberi kesedaran tentang
sesuatu penyakit menular, kesukarelawanan dan perjuangkan isu berkaitan hak
kemanusiaan yang dirasakan penting untuk diangkat menjadi sebuah organisasi dan
memenuhi keperluan sosial manusia terutama pada zaman globalisasi yang semakin
banyak timbulnya masalah sosial.

Organisasi formal yang memberi kepentingan kepada komuniti dari segi sosial
merupakan NGO atau badan bukan kerajaan, hal ini kerana penubuhan NGO
berkemungkinan tercetus daripada pengalaman, minat, idea dan semangat perjuangan
yang kuat daripada individu atau kumpulan tertentu untuk bertindak terhadap sesuatu isu
yang terjadi atau keinginan dalam masyarakat itu sendiri (Dr. Norma Mansor, 2014).
Motif penubuhan sesebuah organisasi dapat membantu komuniti yang memerlukan
bantuan tertentu menerusi organisasi tersebut, justeru penubuhan NGO ini juga dikatakan
dapat menangani pelbagai keperluan sosial rakyat. Hal ini kerana motif NGO itu sendiri
yang mahu mempromosi nilai sosial dan matlamat sivik organisasi mereka kepada orang
ramai. Dengan adanya NGO, komuniti dapat mengetahui maklumat mengenai sesuatu
dengan penyebaran ilmu dan kempen dari organisasi tersebut. Selain itu, membantu
dengan menyalurkan sumbangan dana dan kemudahan kepada golongan yang
memerlukan. NGO yang bersifat kebajikan ini sememangnya dapat membantu komuniti
yang memerlukan bantuan yang tertentu.

Peningkatan ekonomi sesebuah komuniti juga dapat dibantu oleh organisasi yang
mana menjalankan aktiviti yang menjana keuntungan organisasinya. Perkara ini dikira
win-win situation yang mana organisasi tersebut mendapat untung dan komuniti yang
bekerjasama dengan mereka juga mendapat untung. Sebagai contoh koperasi FELDA
yang mana organisasi tersebut telah berjaya membantu meningkatkan ekonomi penduduk
kampung dengan menjana keuntungan dari tanam-tanaman komersial terutamanya kelapa
sawit. Hal ini memberi kegembiraan kepada komuniti kampung itu sendiri yang mana
pendapatan mereka lebih stabil berbanding dahulu. Bukan itu sahaja, koperasi ini turut
menitiberatkan generasi komuniti felda yang akan datang termasuk memberi biasiswa
pendidikan kepada anak mereka yang cemerlang dalam pelajaran serta membuka peluang
pekerjaan kepada komuniti tersebut.
Dari sudut politik, organisasi formal seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
memberi kepentingan kepada komuniti dalam menentukan parti politik pilihan mereka.
Perkara ini menunjukkan komuniti dapat berpartisipasi dalam aktiviti politik dan diberi
pilihan bebas untuk mengundi parti politik yang menjadi pilihan mereka. Hal ini
menjadikan komuniti berasa ada kepentingan mereka dalam negara sendiri. Mereka juga
boleh mengeluarkan pendapat dan pandangan sendiri kepada orang-orang atasan terhadap
sesuatu yang dirasakan tidak benar.

Setiap komuniti seharusnya memiliki pegangan agama tersendiri. Dengan itu,


organisasi keagamaan menjadi penting bagi mereka untuk melakukan aktiviti yang
melibatkan kerohanian. Hal ini kerana aktiviti keagamaan amat penting untuk
kesejahteraan jiwa mereka. Oleh itu, organisasi keagamaan perlu menganjurkan aktiviti
tersebut seperti mengadakan ceramah agama, solat hajat secara berjemaah dan sebagainya
sepertimana yang diinginkan komuniti tersebut. Organisasi keagamaan yang formal perlu
ditubuhkan dalam setiap komuniti agar mudah bagi mereka mengatur jadual aktiviti dan
membahagikan tugasan bagi menjayakan sesuatu aktiviti. Selain itu, organisasi
keagamaan ini juga penting bagi melantik imam dan bilal yang memerlukan seseorang
yang layak memegang jawatan tersebut dalam kalangan komuniti itu sendiri bagi orang
Islam.

Bagi organisasi yang tidak formal yang memberi kepentingan kepada komuniti
adalah kelab-kelab sukan, hobi atau minat yang sama dimiliki oleh komuniti tersebut.
Organisasi seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara anggota
komuniti dan juga dapat mengasah bakat seseorang dengan menyertai kelab-kelab
tersebut. Kebiasaannya, kelab-kelab ini ditubuhkan adalah bagi mengisi masa lapang
anggota apabila cuti bekerja. Selain itu, anggota komuniti dapat merehatkan fikiran dan
mengurangkan tekanan kerja dengan menyertai kelab-kelab ini. Disebabkan oleh itu
organisasi tidak formal ini dirasakan penting oleh komuniti untuk tubuhkan dan sertai.
3. Masyarakat

Masyarakat ialah satu kumpulan individu yang mempunyai persamaan dalam beberapa
perkara. Masyarakat boleh dikelaskan berdasarkan sumber ekonomi, mengikut agama,
mengikut Bahasa dan sebagainya. Mengikut Horton dan Hunt (1988), masyarakat
merangkumi individu dan kelompok manusia yang berinteraksi antara satu sama lain dan
mereka berkongsi satu kebudayaan yang sama dalam satu kawasan tertentu.

Antara kepentingan organisasi dalam masyarakat adalah organisasi menjadikan


struktur masyarakat lebih tersusun dan terarah dalam mencapai misi dan visi yang
diingini. Seterusnya, organisasi berupaya menjadi pengerak kepada pembentukan
masyarakat yang lebih bertamadun dan berdaya saing. Selain daripada itu, organisasi
menggabungkan fungsi-fungsi individu dalam masyarakat ke arah pencapaian keperluan
dan kehendak hidup. Dan organisasi menjadi alat perubahan asas dalam kemajuan dan
ketamadunan manusia tidak kira sama ada organisasi formal atau tidak formal. Organisasi
turut menjadi alat perubahan asas dalam kemajuan dan ketamadunan manusia.

RUMUSAN

Kesimpulannya, organisasi memainkan peranan penting dalam kehidupan kita, bukan sahaja
dari segi individu. Malah organisasi memainkan peranan penting kepada komuniti,
masyarakat dan juga perkembangan negara kita. Organisasi memainkan peranan tertentu
dalam kehidupan kita mengikut keperluan kita.
RUJUKAN

http://hariannetral.com/2015/03/pengertian-organisasi-tujuan-ciri-dan-struktur-
organisasi.html#

www.pengertian.website/pengertian-organisasi/.com