Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM SUDI

MEMBACA KE ARAH KECEMERLANGAN ILMU

1. LATAR BELAKANG

1.1 Projek BUDI ini wujud memandangkan sebilangan besar para pelajar Sek. Keb Pg.Siti Hafsah
kurang minat membaca.

1.2 Budaya membaca di kalangan warga sekolah dan masyarakat kurang diambil perhatian.

1.3 Pencapaian akedemik pelajar masih ditahap yang tidak memuaskan.

2. RASIONAL

2.1 Dalam kajian dibuat oleh pihak sekolah mendapati tahap pembacaan para pelajar amat
rendah.

2.2 Menggunakan masa untuk membaca dengan berfaedah secara tidak langsung dapat
mengurangkan gejala sosial dalam bilik darjah.

2.3 Kemahiran membaca dianggap sebagai kemahiran hidup yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar
bagi meningkatkan pencapaian akedemik.

3. MATLAMAT

Mewujudkan budaya membaca dikalangan warga sekolah dan melahirkan pelajar cemerlang dari
sudut rohani dan jasmani melalui budaya membaca sebagai amalan hidup

4. OBJEKTIF

4.1 Memupuk budaya membaca di peringkat awal lagi.

4.2 Menanamkan minat membaca di kalangan warga sekolah dan masyarakat.

4.3 Amalan membaca sebagai satu jambatan ilmu.


4.4 Melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif.

4.5 Meningkatkan akademik pelajar.

5. SASARAN

5.1 Semua warga sekolah(Pelajar,guru-guru dan KTBM).

5.2 Ibu Bapa /Penjaga murid dan masyarakat setempat.

6. STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Menaikkan taraf Pusat Sumber Sekolah.

6.2 Memberi taklimat pelaksanaan

6.3 Membentuk AJK peringkat sekolah(sila lihat lampiran)

6.4 Memaklumkan kepada semua ibu bapa.

6.5 Pra- Penilaian.

6.6 Pelaksanaan.

6.7 Mengadakan kursus /bengkel.

6.8 Penilaian.

6.9 Rumusan /laporan (Setiap akhir tahun).

7. NAMA PROJEK BUDI

7.1 Projek ini telah mula dilaksanakan di sekolah pada 21 April 1998 mulai jam 07.15 hingga 07.30
pagi.

Definisi BUDI

B .....Baca

U ....Untuk

D ....Dunia

I ....Ilmiah

(Ilmu Dunia dan Akhirat)

7.2 TAKRIF B.U.D.I SECARAMENYELURUH


B..Baca

Sejajar dengan ayat Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. di gua Hira
Surah Al-Alaq

Yang bermaksud:

Bacalah dengan TUHAN kamu.Yang menjadikan manusia dari seketuk darah.Berapa canggih pun
dunia maklumat hari ini insan sejagat mesti menguasai kemahiran membaca.

U..Untuk

Ditujukan kepada manusia sejagat untuk menguasai ilmu tanpa mengira statusnya(spt.
Tua,muda,miskin kaya dan dsbnya.)

Sabda Nabi S.A.W

Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad

D..Dunia

Dunia adalah satu medan perjuangan yang merupakan satu cabaran bagi manusia sejagat

-Pastinya ada kalah dan ada yang menang.

Sabda Nabi S.A.W

Sesiapa yang menghadapi dunia hendaklah berilmu

:sesiapa yang mahu kepada akhirat hendaklah berilmu

Sesiapa yang mahu kedua-duanya hendaklah berilmu

I.Ilmiah

Sejajar dengan FPN untuk melahirkan insan yang seimbang bagi duniawi dan ukhrawi

sabda nabi S.A.W

Menuntut ilmu wajib ke atas orang-orang muslim dan muslimat

8. PELAKSANAAN

8.1 FASA 1:
AKTIVITI ( Cara Pelaksanaan )

a. Siren akan dibunyikan oleh guru bertugas tepat pada jam 07.15 pagi.

b. Semua warga sekolah akan pergi ke sudut bacaan dan zon bacaan.(melibatkan semua murid dan
guru sahaja)

c. Proses pembacaan berjalan selama 10 minit hingga 7.30 pagi.

d. Guru membaca bersama murid di sudut/zon bacaan yang telah ditetapkan.

e. Bagi Tahap Satu guru bertindak sebagai pembimbing kepada murid.

f. Murid-murid yang lewat sampai(selepas 7.15 pagi) akan ditahan di depan pintu pagar utama
sekolah dan diarah membaca seperti rakan-rakan lain di depan pintu sebagai dendaan secara BUDI

g. Pengawas sekolah ditugaskan secara bergilir setiap hari di depan pintu sekolah.

h. Siren kedua dibunyikan pada 07.30 pagi menandakan berakhirnya masa untuk membaca.

9. PELAKSANAAN

9.1 FASA 11

a. Program bermula 07.10 hingga 07.30 pagi.

b. Murid Tahap Satu yang belum menguasai kemahiran membaca (sukukata/petikan)akan


diasingkan dan pergi ke zon bacaan yang

ditetapkan.

c. Melibatkan murid,guru ibu bapa/penjaga murid dan masyarakat.

AKTIVITI PROGRAM ( Cara Pelaksanaan)


i. Program dipandu oleh DJ daripada kalangan pelajar terpilih secara bergilir-gilir setiap hari.

ii. Siren dibunyikan oleh DJ pada 07.10 dan semua warga sekolah akan menuju ke sudut dan zon
bacaan.

iii. Setelah warga sekolah berada di sudut dan zon bacaan ,DOA akan dibacakan oleh DJ bertugas.

iv. Ibu bapa/penjaga murid,masyarakat dan pengusaha kantin yang berada di kawasan sekolah
waktu itu juga akan membaca di zon bacaan.

v. Program Budi bermula selepas 10 minit dengan iringan muzik sentimental(perlahan)dikelolakan


oleh DJ melalui Radio Sekolah.

vi. Selepas 10 minit Dj akan membunyikan siren menandakan program Budi pada hari itu tamat.

GANJARAN

Anugerah pembaca akan diberikan dalam program Fasa 11

10.2 KEKANGAN PROGRAM

10.2.1- Sebelum Program dilaksanakan

a. Sebilangan murid (50 %) datang lewat.-30% hadir di antara jam 07.20 hingga 07.30 pagi.

b. Sebilangan besar murid kurang minat membaca,

c. Sebilangan besar murid tidak membuat sebarang aktiviti semasa ketiadaan guru di dalam bilik
darjah.

d. Murid tidak mempunyai bahan bacan di rumah.

10.2.2 Kesan Pelaksanaan Program

(Selepas 2 bulan 14 hari) sehingga 10 julai,1998


a. Minat murid terhadap membaca dapat ditingkatkan kepada 50% daripada 30%.

b. Kehadiran murid ke sekolah lebih awal daripada sebelumnya.

c. Murid lebih berminat untuk meminjam buku dari Pusat Sumber Sekolah.

d. Semasa ketiadaan guru di kelas murid ebih kerap pergi ke sudut -sudut bacaan yang disediakan.

e. Dapat mengurangkan kebisingan di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai