Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Dunia pada hari ini berhadapan dengan berbagai-bagai isu yang boleh menggugat
dan mengancam populasinya. Isu-isu seperti peperangan kimia dan biologi dan perlumbaan
senjata di kalangan negara-negara berteknologi tinggi terutamanya boleh mengancam alam
buana ini. Di sesetengah negara, terutamanya negara-negara dunia ketiga, isu pendatang asing
menjadi antara permasalahan utama. Kebanjiran mereka telah mengundang berbagai-bagai
masalah dari sudut soaial, ekonomi dan politik. Globalisasi yang menjadikan dunia tanpa
sempadan juga telah mengundang berbagai-bagai isu yang menggugat kestabilan umat
manusia. Apabila teknologi disalahguna , maka kehancuran yang bakal menanti.

PEPERANGAN

Menurut Kamus Dewan, istilah ‘perang ‘ bermaksud perkelahian , pertempuran


dengan menggunakan senjata antara negeri dengan negeri . Peperangan biasanya
menggunakan peralatan dan senjata yang bertujuan untuk membunuh atau mematikan pihak
yang satu lagi. Peralatan peperangan ini semakin canggih dari hari ke hari selaras dengan
kemajuan sains dan teknologi. Berbagai-bagai bentuk senjata dicipta yang menggunakan
tenaga nuklear, biologi dan kimia yang boleh mendatangkan kemusnahan yang besar kepada
nyawa manusia dan alam ini. Sebagai contoh, pengguguran bom atom di Hiroshima dan
Nagasaki dalam Perang Dunia Ke Dua telah mengorbankan banyak jiwa dan mendatangkan
kesan yang amat teruk kepada persekitaran hinggalah ke hari ini.

BENTUK-BENTUK PEPERANGAN

Terdapat beberapa bentuk peperangan di dunia ini iaitu :

1. Perang Kimia & Biologi – peperangan yang menggunakan bahan kimia dan biologi untuk
dijadikan senjata atau menghasilkan senjata.

2. Perang Saraf – bentuk peperangan tanpa berlaku pertempuran ,hanya di peringkat gertak-
menggertak antara satu sama lain dalam usaha untuk melemahkan moral pihak musuh .
3. Perang Ekonomi – permusuhan atau persengketaan yang melibatkan pengambilan langkah
dan tindakan ekonomi seperti penyekatan eksport dan import barangan dengan tujuan hendak
menghancurkan pihak musuh.

4. Perlumbaan Senjata – merujuk kepada sikap menghasilkan senjata canggih dan


dibuktikan kecanggihannya melalui ujian-ujian tertentu bertujuan untuk menunjukkan
kehebatannya kepada pihak lain. Peperangan-peperangan ini walaupun ada yang tidak
mengakibatkan kemusnahan jiwa , ianya tetap memberi kesan yang negatif kepada alam ini
dari segi ekonomi, hubungan persaudaraan dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU PEPERANGAN


Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya peperangan di
antara negara- negara di dunia ini. Secara ringkas ianya boleh disimpulkan seperti berikut:
1. Keinginan untuk menjadi sebuah negara yang kuat digeruni dan mahu dunia tunduk di
bawah telunjuknya.
2. Permusuhan antara agama, kaum dan bangsa
3. Memenuhi keperluan dalam negara seperti memperolehi bahan-bahan mentah
4. Ingin menjadi jaguh dan polis antarabangsa
5. Cemburu dan irihati dengan persenjataan canggih negar-negara lain.

KESAN-KESAN PEPERANGAN
KESAN PEPERANGAN TERHADAP MANUSIA

 Manusia yang tidak terlibat akan kehilangan nyawa


Kesan-kesan Peperangan Terhadap Manusia dan Alam
 Mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser, kecacatan
keturunan akibat radiasi.
 Kebuluran, kemiskinan, kelaparan, kematian dan kecederaan
 Global menyerang umat manusia
 Pelarian perang akan tersebar di merata-rata dunia.
 Kehidupan manusia menjadi huru hara dan tiada lagi keamanan
KESAN PEPERANGAN TERHADAP ALAM

 Memusnahkan tumbuhan, haiwan dan sistem alam


 Berlaku perubahan iklim,ekosistem dan kerosakan sistem cakerawala alam
ke arah kemusnahan
 Lapisan ozon dan atmoshera akan menjadi nipis yang menyebabkan suhu
dunia bertambah panas
 Kebakaran hutan secara besar besaran
 Ruang udara tercemar dengan partikel-partikel yang beracun.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA

Cadangan Langkah-langkah pencegahan dan pengawasan peperangan:

Cadangan-cadangan :
Undang-undang persenjataan Global hendaklah digubal dan mengenepikan kepentingan
mana-mana pihak PBB sebagai badan bertanggungjawab dalam urusan global perlu
menubuhkan badan pengawasan tertinggi untuk mengawas dan menghakimi jenayah perang
dan senjata tanpa mengikut telunjuk mana-mana pihak.

Memupuk dan menyemai budaya cintakan keamanan dan bencikan peperangan diperingkat
kanak-kanak dan orangramai melaui program-program tertentu Media massa perlu
memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha menyedarkan rakyat tentang kesan-
kesan buruk.

CONTOH-CONTOH PEPERANGAN YANG MEMBAWA KESAN TERHADAP ALAM


SEKITAR

1.

Anda mungkin juga menyukai