3.2 Selain daripada kebenaran Ketua Jabatan, seorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau
dengan apa-apa cara lain, membuat apa-apa pernyataan awam yang memudharatkan mana-mana dasar, program
atau keputusan Kerajaan atau yang boleh memalukan Kerajaan, atau membuat apa-apa ulasan mengenai kebaikan
atau kelemahan mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan atau mengedar/menyebar apa-apa pernyataan
sedemikian, sama ada yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain.
3.3 Peraturan 4.2 tidaklah terpakai bagi apa-apa pernyataan awam yang dibuat atau yang diedarkan/sebarkan jika
kandungan pernyataan itu telah diluluskan oleh Menteri.
3.4 Bagi maksud peraturan ini, Pernyataan Awam termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada
akhbar atau kepada orang ramai atau semasa memberi syarahan awam atau ucapan awam atau mana-mana
penyiaran melalui bunyi atau penglihatan atau kedua-duanya.
3.5 Melainkan kebenaran ketua Jabatan, seseorang pegawai tidak boleh membincang dengan terbuka kepada awam
apa-apa langkah rasmi yang diambil oleh pegawainya dengan lisan atau bertulis.
4.3 Kedatangan pelajar hendaklah diambil pada pagi setiap hari. Pelajar tidak dibenarkan mengambilnya bagi pihak
guru.
4.4 Buku ini hendaklah diserahkan kepada pejabat setiap hari sebelum pukul 10.00 pagi. Guru dilarang membawa
buku balik ke rumah atau menyimpan di dalam bilik guru / bilik khas tanpa kebenaran Pengetua.
4.5 Bagi mengawal kedatangan pelajar. Guru kelas hendaklah mencatatkan kenyataan berikut di tempat yang sesuai
di papan putih kelas.
a) Tarikh
b) Bilangan pelajar dalam kelas
c) Bilangan pelajar yang hadir
4.6 Segala maklumat dalam buku ini hendaklah lengkap dan ditutup pada setiap bulan oleh guru tingkatan dan guru
juga perlu mengisi maklumat untuk bulan tersebut, bukannya pelajar.
4.7 Menanda kedatangan dan mengisi butir-butir pelajar dalam buku ini adalah tanggungjawab guru tingkatan dan
bukannya ketua kelas atau pun pelajar. Ketua kelas atau pelajar dilarang menanda kehadiran pelajar dalam buku
kehadiran pelajar.
6.2 Guru yang tidak hadir bekerja bukan disebabkan Cuti Sakit atau diarahkan menghadiri sesuatu mesyuarat, kursus
dan sebagainya oleh pihak yang diluluskan, diminta memohon cuti dengan Borang Cuti yang disediakan.
6.3 Permohonan cuti hendaklah disempurnakan sebelum cuti diambil. Pengecualian boleh dibenarkan atas sebab-
sebab tergempar sahaja di mana Borang Cuti boleh diuruskan kemudian pada hari pertama bertugas semula.
6.4 Guru yang tidak hadir bekerja kerana sakit dan mendapat Sijil Sakit hendaklah dihabiskan cutinya di hospital atau
di rumah, melainkan jika ditetapkan oleh Pegawai Perubatan sebaliknya (Perintah Am Bab C).
6.5 Guru-guru yang akan menghadiri mesyuarat, kursus, taklimat, mengawas peperiksaan dan tugas rasmi di luar
sekolah pada waktu persekolahan dikehendaki mengisi borang tugasan luar sekolah dan menyerahkannya kepada
GPK 1.
6.6 Guru yang mengetahui ketidakhadiran ke sekolah lebih awal dikehendaki meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar
melalui Guru Penolong Kanan.
6.7 Guru yang diberi cuti sakit kerana mendapat rawatan doktor perlu berehat. Oleh itu, guru tidak patut berada di
tempat-tempat lain kecuali di rumah.
6.8 Guru-guru yang memohon Cuti Rehat Khas perlu mengemukakan borang permohonan sekurang-kurangnya lima
hari sebelum bercuti untuk mendapatkan kelulusan. Cuti Rehat Khas bukanlah mutlak tetapi keistimewaan.
7.0 KELUAR WAKTU BERTUGAS
7.1 Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam waktu persekolahan kecuali jika ada sesuatu perkara
yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Kementerian Pendidikan, JPN / PPD dan meminta kebenaran
terlebih dahulu daripada Pengetua.
7.2 Seseorang guru yang hendak meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan samada untuk sesuatu
tempoh tertentu atau tidak akan kembali lagi ke sekolah pada hari berkenaan hendaklah terlebih dahulu mendapat
kebenaran Pengetua sebelum berbuat demikian. Kebenaran untuk maksud atau tujuan seperti itu hanya akan diberi
atas sebab-sebab yang amat mustahak dan tidak dapat dielakkan sahaja.
7.3 Seseorang guru yang hendak keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan samada atas urusan
persendirian mahupun rasmi, setelah menerima kebenaran dan diluluskan oleh Pengetua dikehendaki
menyempurnakan butir-butir di dalam BUKU KELUAR DALAM WAKTU BEKERJA dan menyerahkan slip tersebut
kepada pengawal keselamatan bertugas sebelum meninggalkan sekolah.
7.4 Sebelum meninggalkan sekolah, guru dikehendaki meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru
Penolong Kanan.
7.5 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan.
12.0 TATATERTIB
12.1 Menjaga dan mengekalkan tatatertib yang tinggi di kalangan pelajar semasa di dalam atau di luar kelas adalah
tanggungjawab semua guru.
12.2 Guru janganlah takut memberi teguran, nasihat atau mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pelajar yang
melanggar peraturan sekolah.
12.3 Guru hendaklah melaporkan kepada Penolong Kanan HEM, pelajar-pelajar yang kerap kali tidak mengikut
arahan, tidak membuat kerja yang diberikan dan cuai dalam pelajarannya.
18.0 GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN (Sila rujuk jadual tugas guru harian /mingguan)
18.1 Setiap hari sekolah ada sekumpulan guru yang bertugas. Senarai guru bertugas terdapat dalam buku panduan
dan tugas guru. Ketua kumpulan dikehendaki mencatat nama guru bertugas di papan putih di hadapan pejabat
Penolong Kanan HEM.
18.2 Ketua guru bertugas hendaklah mengadakan perbincangan bagi menentukan tugas ahli kumpulannya.
18.3 Memastikan pelajar berada pada tapak perhimpunan tepat pada masanya.
18.4 Membantu guru disiplin untuk memastikan wujudnya disiplin yang baik di kalangan pelajar.
18.4.1 Memastikan peraturan sekolah dipatuhi
18.4.2 Pelajar-pelajar mematuhi peraturan di kantin 18.4.3 Pelajar-pelajar tiba di sekolah pada waktunya
18.4.4 Tiada pelajar yang merayau tanpa tujuan
18.5 Mengurus masalah pelajar yang sakit dan merekodkannya ke dalam buku Laporan Bertugas.
18.6 Melakukan Spot Check sekurang-kurangnya dua kelas setiap minggu.
18.7 Berada di tempat perhimpunan pelajar bagi mengawasi dan memantau pelajar agar tidak membuat bisang
semasa perhimpuan berjalan.
24.0 KUNCI
24.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Guru yang mengambil kunci hendaklah merekodkannya ke dalam Buku
Rekod Pergerakan Kunci di pejabat.
24.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik khas mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua dan
mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.
25.0 TELEFON
25.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah tidak dibenarkan
menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi.
25.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa P&P di dalam bililik darjah dan semasa Mesyuarat.
30.0 KEBERSIHAN
30.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah
disediakan oleh guru tingkatan untuk kelas masing-masing. Alat-alat membersihkan kelas hendaklah digunakan
dengan cermat dan disimpan dengan baik.
30.2 Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan mana-mana guru yang mempunyai bilik khas / tempat khas
(bengkel, bilik kaunseling, makmal sains dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan
bilik masing-masing.
30.3 Semua guru, staf sokongan dan pelajar bersama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan
kawasan sekolah.
32.0 CUTI Mengikut Surat Pekeliling Kementerian KP (PP) 0046.SJ/a (30) bertarikh 24 Disember 1993, guru
berkelayakan mendapatkan cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas
oleh Pengetua tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain
daripada tugas mengajar biasa.
32.1 CUTI REHAT KHAS (CRK)
32.1.1 Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di
perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari
dalam satu tahun kalender; dan
32.1.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk
dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.
32.1.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.
32.1.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran
dan pembelajaran.
32.1.5 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam
tahun berkenaan (Rujuk Perintah Am 1 (Bab C )
32.2 CUTI SAKIT
32.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh
Pegawai Perubatan Kerajaan.
32.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.
32.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke JPN dan
Kementerian Pelajaran
32.3 CUTI KELUAR NEGARA 32.3.1 Semua guru yang bercuti keluar negara mestilah mendapat kelulusan. Sila isikan
borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti 32.4 CUTI KHAS
ISTERI BERSALIN 32.4.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan
awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5)
kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan 32.5 CUTI TANPA REKOD 32.5.1 Cuti tanpa rekod yang
dibenarkan adalah cuti ganti kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau
khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan , mesyuarat persatuan
ikhtisas, mengambil bahagian dalam sukan atau tugas khas perubatan. 32.6 CUTI URUSAN KEMATIAN KELUARGA
TERDEKAT 32.6.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga hari sebagai cuti
tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan
cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. - See more at:
http://www.skkemumin.Blogspot.com