Anda di halaman 1dari 3

SJK(T) Ladang Malakoff berkait rapat dengan ajaran agama yang diajar di kuil Throupatiyamman.

Pada
pernigkat awal, kuil Throupatiyamman telah memberi pedidikan informal kepada anak-anak pekerja
ladang. Pendidikan informal ini diajar oleh sami-sami yang berada di Kuil Throupatiyamman. Sami-sami
tersebut telah memainkan peranan sebagai pengajar untuk mendidikan anak-anak pekerja ladang dari
segi agama dan budaya. Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia yang
menekankan kewujudan Tuhan dan juga memberi kesejahteraan hidup. Selain itu, agama juga
merupakan cara untuk mengwujudkan keyakinan bagi yang menganut dan amalan yang diwujudkan
oleh sesuatu kelompok atau masyarakat. Sami-sami di Kuil Throupatiyamman percaya bahawa agama
dapat mengajar etika dan membangunkan ikatan sosial sehingga wujudnya masyarakat berkelompok.
Budaya juga

boleh definiskan sebagai paten aktiviti manusia dan struktur simbol yang merupakan salah satu cara
yang memberikan kebaikan kepada aktiviti-aktiviti tersebut. Pengajaran di Kuil Throupatiyamman
berlaku dalam tiga aspek iaitu dari segi agama, pemujaan dan kesenian.

Kuil Throupatiyamman telah menjadi institusi agama yang dapat memberikan pendidikan informal
kepada anak-anak pekerja ladang dari segi keagamaan. Institusi agama merupakan tempat ataupun
struktur bagi masyarakat India untuk mempelajari dan merupakan satu cara untuk mempertahankan
budaya mereka.. Institusi agama memainkan peranan penting dalam pembangunan agama India yang
juga cara untuk mendirikan akhlak yang berjaya di setiap langkah mereka. Kuil Throupatiyamman yang
memainkan peranan sebagai institusi agama telah membantu masyarakat India di Tasek Gelugor dalam
pelbagai aspek dan menjadi satu cara yang dapat mempertahankan budaya mereka.

Kuil merupakan tempat keagamaan masyarakat India yang distruktur bagi aktiviti yang berasaskan
keagamaan dan juga kerohanian seperti memuja dewa kepercayaan masing-masing. Selain itu,
masyarakat India juga mempercayai upacara yang berlaku di dalamnya adalah untuk mencapai
keluhuran. Dari segi binaan, Kuil Throupatiyamman adalah seni purba yang lahir daripada kepercayaan
dan budaya yang ulung. Kuil Throupatiyamman juga mewakili badan manusia di mana kepala kuil
menuju ke barat dan kakinya menuju ke sebelah timur. Kuil Throupatiyamman mengajar dengan
mempraktiskan ajaran agama dan ajaran vedha yang terdapat dalam Kisah Ramayana dan Kisah
Mahabaratha.

Selain daripada menganut, Kuil Throupatiyamman juga merupakan tempat pemujaan dewa kepercayaan
masing-masing. Masyarakat India percaya bahawa kuil dapat mewujudkan nilai positif yang dapat
mengalihkan tenaga negatif di dalam badan penganut. Sami-sami di Kuil Throupatiyamman percaya nilai
positif ini dapat diwujudkan melalui pemujaan dewa-dewi Hindu. Ini dapat membantu masyarakat India
terutamanya remaja untuk tidak mengikuti jalan hidup yang boleh menyebabkan mereka pengaruh
terhadap benda-benda yang tidak sihat. Ketenangan dan kesihatan juga memainkan peranan penting
bagi penganut yang mengkunjungi kuil dimana mereka dapat memperolehi ketenangan dalam hidup
mereka yang mempunyai pelbagai rintangan hidup setiap hari.

Penekanan terhadap ilmu kesenian turut diberikan oleh sami-sami di Kuil Throupatiyamman. Sami-sami
Kuil Throupatiyamman. Kesenian merupakan salah satu pengajaran yang penting untuk
mempertahankan budaya masyarakat India. Kesenian merupakan sesuatu yang menyerlahkan budaya
kaum tersebut di mana kesenian seperti mana yang telah diwarisi oleh kaum tersebut. Kesenian
masyarakat India terdiri daripada alat muzik dan tarian tradisional. Alat muzik masyarakat India yang
diajar di Kuil Throupatiyamman ialah veenai, tabala, sittar dan sebagainya. Veenai bernama sempena
nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini dan digunakan
dalam persembahan muzik di setiap upacara. Tabala pula adalah sejenis alat perkuasi dalam muzik
tradisional India yang dimainkan secara solo atau mengiringi upacara keagamaan, persembahan,
barathanatyam, perkahwinan dan sebagainya. Manakala, tarian tradisional masyarakat India adalah
seperti baratham, tarian merak, dan tarian kollam.

Tarian baratham merupakan tarian klasik India yang merangkumi penuh dengan tradisi dan untuk
mempelajari tarian barathan ini akan mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai
gerakan tangan, kaki, dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan
lama yang dihormati ini secara lengkap. Kuil Throupatiyamman merupakan sebuah institusi mengajar
alat muzik tradisional masyarakat India dan juga tarian tradisional masyarakat India. Institusi ini dapat
memanfaatkan masyarakat India dengan mengenali dan mempelajari kesenian tradisional mereka yang
akan juga menarik minat semua untuk mempertahankan dan memelihara kesenian masyarakat India.
Selain itu, pertandingan-pertandingan yang bersasaskan kesenian telah dianjurkan oleh sami-sami
supaya golongan muda dapat mengasasi kemahiran mengunakan alat muzik tersebut dan juga tarian
tradisional.

Kuil Throupatiyamman telah menganjurkan pertandingan bhajan, tarian, devaram dan melukis kolam
pada hari-hari istimewa seperti navarathiri, kandasasti dan Thaipusam. Ini dapat membantu memupuk
minat dalam kalangan pelajar dan juga dewasa untuk menyertai dan meluaskan lagi kemahiran mereka
dalam bidang kesenian. Manakala, pertandingan devaram dan bhajan memainkan peranan dalam
pengekalan sanggetham iaitu lagu- lagu suci yang perlu dinyanyikan dengan betul. Kuil
Throupatiyamman juga turut memelihara kesenian masyarakat India iaitu nathasvaram, meelam dan
urumy. Kesenian masyarakat India seperti ini selalunya dimainkan di perayaan istimewa seperti
Thaipusam, perayaan tahunan kuil, upacara atau pemujaan. Alat muzik ini membawa dan
mempraktiskan kemahiran menggunakan alat muzik tersebut dengan ajaran yang telah diwarisi sejak
turun-temurun dimana mereka juga mempunyai institusi tersendiri yang dapat mengajar menggunakan
alat-alat muzik tersebut. Dengan itu, amalan-amalan seperti ini dapat membantu menjalankan
tanggungjawab masyarakat India untuk mengekalkan budaya kesenian mereka serta mendapat
pendidikan informal melalui pengajaran yang diberikan oleh Kuil Throupatiyamman.

Anda mungkin juga menyukai