Anda di halaman 1dari 4

1. Keanggotaan secara sukarela dan terbuka.

Keanggotaan koperasi sepatutnya terbuka kepada


mereka yang layak, tanpa mengira bangsa, jantina dan
ugama. Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan
yang disediakan oleh koperasi serta berniat untuk
memajukan diri melalui koperasi boleh memohon untuk
menjadi anggota koperasi tersebut. Anggota koperasi
hendak berusaha mempelajari ilmu berkoperasi, tahu
akan hak dan tanggungjawab mereka sebagai anggota.
antaranya menyumbang modal dan membuat langganan
atas produk koperasi.

2. Kawalan dan Pengurusan Secara Demokratik


Anggota-anggota koperasi sebenarnya merupakan
pengawal dan pembuat keputusan. Peranan anggota
yang aktif sangat diperlukan dalam Mesyuarat Agung
koperasi. Dalam pengurusan harian pula, lembaga
koperasi yang dilantik telah diberi mandat dan
garispanduan untuk menguruskan koperasi tersebut.
3. Pulangan Terhad Atas Modal Yang Di Sumbangkan Oleh
Anggota-Anggota.

Pulangan kepada anggota dalam bentuk dividen adalah


dihadkan. Akta Koperasi membenarkan pemberian
dividen kurang 10 % boleh diberi kepada anggota melalui
keuntungan bersih tahunan koperasi tanpa kelulusan
Pendaftar Koperasi. Tujuan dihadkan pulangan dividen
ini ada beberapa sebab antaranya ialah :-
i. sebahagian keuntungan direzabkan untuk harta
mudah cair
ii. pembayaran rebet atas langganan
iii. sebagai modal pusingan untuk diagihkan dalam
kumpulan wang yang diwujudkan bagi menjaga
kebajikan anggota-anggota
Prinsip ini sebenarnya menggalakkan anggota menjadi
anggota yang aktif menyertai aktiviti koperasi, bukan
sebagaiAngg pelabur yang diam sahaja.

4. Pembahagian Keuntungan Dengan Saksama

Prinsip ini menekankan sebarang keuntungan yang


diperolehi oleh koperasi dan apabila dipulangkan semula
keuntungan tersebut kepada anngota hendaklah dibuat
secara adil. Keadilan ini boleh diasaskan melalui :
i. Terdapat kelulusan anggota-anggota melalui kelulusan
Mesyuarat Agung Koperasi.
ii. Pulangan kepada anggota sepatutnya diasaskan
kepada penglibatan mereka dalam koperasi.
Penglibatan mereka sebenarnya yang menentukan
kemajuan koperasi itu.
iii. Terdapat aturan atau garispanduan bagaimana
pulangan tersebut diagihkan atau digunakan oleh
lembaga koperasi.
1. Penggalakkan Pendidikan Koperasi
Prinsip ini menekankan perlunya pendidikan dan ilmu
pengetahuan mengenai pengurusan dan perniagaan
koperasi diberi kepada anggota-anggota koperasi supaya
mereka dapat memahami perjalanan koperasi mereka
dan membantu dalam membuat keputusan yang baik.
Dengan ada nya pengetahuan yang baik, anggota-
anggota koperasi dan lembaga dapat menentukan
perjalanan koperasi mereka akan mencapai objektif
penubuhannya. Dengan ini , ada baiknya lembaga
merancang program pendidikan ini setiap tahun, dengan
mengadakan peruntukan tahunan dan pastikan anggota
mereka dapat menyertai program pendidikan koperasi
ini.

2. Kerjasama Aktif Di Kalangan Koperasi-Koperasi


Berdaftar

Oleh kerana koperasi mempunyai prinsip tersendiri,


koperasi boleh membantu sesama sendiri melalui
kerjasama yang dijalinkan antara mereka. Kerjasama
antara koperasi boleh dijalankan secara mendatar atau
secara menegak, misalnya koperasi yang menjalankan
aktiviti pengeluaran boleh mengadakan kerjasama
dengan koperasi yang menjalankan aktiviti pengguna
dan perkhidmatan. Dengan adanya bentuk kerjasama ini,
kegiatan koperasi kan menjadi bertambah besar , harga
barang dan perkhidmatan dapat dikurangkan lagi tanpa
menjejaskan kualiti barangan dan perkhidmatan
tersebut.
Sebuah persatuan manusia yang berautonomi,
bergabung secara sukarela untuk memenuhi keperluan
dan aspirasi bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan
budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan
dikawal secara demokratik

Sebagai satu pertubuhan yang matlamatnya untuk


meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggota.
Anggota koperasi hendaklah berjaya membantu diri
sendiri dengan menggembleng sumber dalaman yang
ada (saham, yuran, aset) untuk melaksanakan sesuatu
aktiviti yang boleh memberi faedah kepada anggota.

Anda mungkin juga menyukai