mereka yang layak, tanpa mengira bangsa, jantina dan ugama. Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi serta berniat untuk memajukan diri melalui koperasi boleh memohon untuk menjadi anggota koperasi tersebut. Anggota koperasi hendak berusaha mempelajari ilmu berkoperasi, tahu akan hak dan tanggungjawab mereka sebagai anggota. antaranya menyumbang modal dan membuat langganan atas produk koperasi.
2. Kawalan dan Pengurusan Secara Demokratik
Anggota-anggota koperasi sebenarnya merupakan pengawal dan pembuat keputusan. Peranan anggota yang aktif sangat diperlukan dalam Mesyuarat Agung koperasi. Dalam pengurusan harian pula, lembaga koperasi yang dilantik telah diberi mandat dan garispanduan untuk menguruskan koperasi tersebut. 3. Pulangan Terhad Atas Modal Yang Di Sumbangkan Oleh Anggota-Anggota.
Pulangan kepada anggota dalam bentuk dividen adalah
dihadkan. Akta Koperasi membenarkan pemberian dividen kurang 10 % boleh diberi kepada anggota melalui keuntungan bersih tahunan koperasi tanpa kelulusan Pendaftar Koperasi. Tujuan dihadkan pulangan dividen ini ada beberapa sebab antaranya ialah :- i. sebahagian keuntungan direzabkan untuk harta mudah cair ii. pembayaran rebet atas langganan iii. sebagai modal pusingan untuk diagihkan dalam kumpulan wang yang diwujudkan bagi menjaga kebajikan anggota-anggota Prinsip ini sebenarnya menggalakkan anggota menjadi anggota yang aktif menyertai aktiviti koperasi, bukan sebagaiAngg pelabur yang diam sahaja.
4. Pembahagian Keuntungan Dengan Saksama
Prinsip ini menekankan sebarang keuntungan yang
diperolehi oleh koperasi dan apabila dipulangkan semula keuntungan tersebut kepada anngota hendaklah dibuat secara adil. Keadilan ini boleh diasaskan melalui : i. Terdapat kelulusan anggota-anggota melalui kelulusan Mesyuarat Agung Koperasi. ii. Pulangan kepada anggota sepatutnya diasaskan kepada penglibatan mereka dalam koperasi. Penglibatan mereka sebenarnya yang menentukan kemajuan koperasi itu. iii. Terdapat aturan atau garispanduan bagaimana pulangan tersebut diagihkan atau digunakan oleh lembaga koperasi. 1. Penggalakkan Pendidikan Koperasi Prinsip ini menekankan perlunya pendidikan dan ilmu pengetahuan mengenai pengurusan dan perniagaan koperasi diberi kepada anggota-anggota koperasi supaya mereka dapat memahami perjalanan koperasi mereka dan membantu dalam membuat keputusan yang baik. Dengan ada nya pengetahuan yang baik, anggota- anggota koperasi dan lembaga dapat menentukan perjalanan koperasi mereka akan mencapai objektif penubuhannya. Dengan ini , ada baiknya lembaga merancang program pendidikan ini setiap tahun, dengan mengadakan peruntukan tahunan dan pastikan anggota mereka dapat menyertai program pendidikan koperasi ini.
2. Kerjasama Aktif Di Kalangan Koperasi-Koperasi
Berdaftar
Oleh kerana koperasi mempunyai prinsip tersendiri,
koperasi boleh membantu sesama sendiri melalui kerjasama yang dijalinkan antara mereka. Kerjasama antara koperasi boleh dijalankan secara mendatar atau secara menegak, misalnya koperasi yang menjalankan aktiviti pengeluaran boleh mengadakan kerjasama dengan koperasi yang menjalankan aktiviti pengguna dan perkhidmatan. Dengan adanya bentuk kerjasama ini, kegiatan koperasi kan menjadi bertambah besar , harga barang dan perkhidmatan dapat dikurangkan lagi tanpa menjejaskan kualiti barangan dan perkhidmatan tersebut. Sebuah persatuan manusia yang berautonomi, bergabung secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi bersama dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokratik
Sebagai satu pertubuhan yang matlamatnya untuk
meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggota. Anggota koperasi hendaklah berjaya membantu diri sendiri dengan menggembleng sumber dalaman yang ada (saham, yuran, aset) untuk melaksanakan sesuatu aktiviti yang boleh memberi faedah kepada anggota.