Anda di halaman 1dari 3

RESET MINDA GURU

- Prof. Dr. Muhaya

1. Guru ialah orang memberi ilmu. Seorang guru mudah masuk syurga dan mudah juga masuk
neraka.

2. Jika guru fokus apa yang dapat dalam kerjaya guru, guru tidak akan bersemangat.

3. Jadikan diri kita Hamba Allah yang taat dahulu, nescaya kemegahan dunia & penghargaan
manusia akan datang sendiri.

4. Niatlah menjadi guru kerana Allah, tujuan hidup, mencari redha Allah dan ladang pahala.

5. Guru perlu mengubah minda dengan menjadikan KPI Allah SWT ( Aqidah + Ibadah + Akhlak)
menjadi tujuan utama dalam proses pembelajaran, bukannya KPI manusiawi dan duniawi.

6. Jangan jadi guru yang malang, memaksa murid cemerlang dalam peperiksaan untuk mengejar
status & populariti diri.
7. Jangan jadi guru yang sentiasa mencari kesilapan muridnya, carilah potensi, kebaikan dan
kehebatannya.

8. Bukan guru disiplin tetapi guru kasih sayang. Fikir setiap perkara atau tindakan yang dilakukan
akan kebaikannya. Jika perlu marah kanak-kanak atau murid marahlah kerana sikapnya bukan
dirinya sebagai insan.

9. Guru tolong sayang anak murid seperti anak-anaknya.

10. Mengajar bukan untuk menunjuk pandai tetapi dengan niat memberi manfaat.

11. Jangan rasakan diri kita lebih baik daripada orang lain kerana ia tanda awal kejatuhan diri
kita.

12. Jangan selalu mengherdik. Orang yang cepat marah harga dirinya rendah.

13. Orang yang selalu beri manfaat, masalahnya akan berkurangan. Orang yang bermasalah
banyak masalah.

14. Ilmu bukan milik kita, semua ilmu milik Allah SWT: Usah berbangga atau riak dengan ilmu
yang ada.
15. Lihatlah anak murid sebagai individu yang tiada batasan kebolehan dan berpotensi besar.

16. Jadilah manusia hebat yang mengubah persekitaran dan manusia di sekelilingnya.

17. Jangan jadi manusia yang menghancurkan hidup anak murid dengan mencerca dan
mengutuk kelemahan murid.

Anda mungkin juga menyukai