BM 51 - Karangan PDF
BM 51 - Karangan PDF
Karangan 1
SOALAN : Program realiti yang banyak ke udara di kaca-kaca televisyen sebenarnya banyak
mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.Huraikan pernyataan ini.
Pengenalan
Program realiti yang banyak di kaca televisyen telah menjadi kegilaan para remaja untuk
menyertainya.
- sanggup berbaris dari awal pagi untuk sesi saringan
- mencuba nasib menjadi penyanyi yang terkenal
- Contohnya Akademik Fantasia,One In A Million,Vokal Bukan Sekadar Rupa dan
pelbagai lagi.
Idea-idea Utama
Golongan remaja beranggapan cita-cita mereka menjadi penyanyi akan mudah tercapai melalui
program ini.
- realitinya ramai yang tidak berjaya
- persaingan untuk menjadi penyanyi semakin tinggi
- sukar untuk bersaing walaupun ada yang pernah menjuarai proram realiti ini
Industri seni negara agak terhad dan masih belum mampu menembusi pasaran luar.
- jualan album tidak sebanyak mana
- konsert pula tidak serancak seperti di negara-negara luar
- masa depan golongan remaja ini sebenarnya tidak menentu
Program realiti yang banyak dipaparkan di kaca televisyen banyak melalaikan para remaja
terutama pelajar sekolah.
- menghabiskan banyak masa dengan menonton rancangan ini
- tidak mengulang kaji pelajaran di rumah
- prestasi akademik mulai menurun dan menjejaskan masa depan mereka
1
- menjadi artis rakaman ,pelakon dan pelbagai lagi
- ramai yang terkandas di tengah jalan dan hidup dalam kemiskinan
Penutup
Program realiti ini sewajarnya dikaji semula dan jangan keterlaluan.
- ada juga yang baik seperti Imam Muda dan Ustazah pilihan
- pihak yang menganjurkannya benar-benar bertanggungjawab
- menepati janji mereka kepada para peserta untuk kehidupan yang cemerlang
Karangan 2
SOALAN : Isu lumba haram yang dikenali sebagai Mat Rempit bukannya isu baharu. Namun
begitu situasi Mat Rempit ini semakin berleluasa di negara kita. Bincangkan.
Isu lumba haram kini sering diperkata oleh setiap lapisan masyarakat.
- mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan remaja
- turut membabitkan para pelajar sekolah
- berkait dengan masalah sosial seperi arak,pergaulan bebas,jenayah dan pelbagai lagi
Idea-idea Utama
Terjebaknya remaja dalam Mat Rempit banyak berkait rapat dengan masalah keluarga.
- ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-anak
- ghairah dalam mengejar kemewahan harta benda
- anak-anak akhirnya merempit untuk melepaskan tekanan
Golongan ini juga dijanjikan habuan yang lumayan jika memenangi pertaruhan haram.
- wang ringgit dan perempuan yang cantik dijadikan hadiah
- menarik m inat para remaja untuk menyertainya
- banyak berlaku kemalangan dan turut mengorbankan nyawa
Penutup
Masa remaja tidak dapat dikembalikan semula.
- dipenuhi dengan menuntut ilmu pengetahuan
- menjawat jawatan yang tinggi pada masa hadapan
- mengeelakkan diri daripada pelbagai gejala sosial seperti Mat Rempit.
Karangan 3
SOALAN : Program pertukaran pelajar yang dijalankan oleh negara kita banyak
mendatangkan faedah kepada para pelajar. Bincangkan pernyataan ini.
Pengenalan
Program pertukaran pelajar bukanlah sesuatu yang baharu.
- telah berjalan sekian lama hasil usaha sama negara-negara terlibat
- melakukan pertukaran pelajar dengan negara Jepun.Korea,Perancis,Itali dan banyak
negara yang lain
- program yang amat baik dan wajar diteruskan sampai bila-bila
Idea-idea Utama
Para pelajar dapat bertukar-tukar pandangan dan pendapat dengan keluarga angkat.
- mengetahu maklumat sesebuah negara dengan lebih terperinci
- memperoleh pengalaman tinggal sementara dengan keluarga yang memiliki budaya yang
berbeza
- menjana pengalaman yang berguna dan amat sukar untuk diperoleh
Membuka minda pelajar agar tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.
- berpeluang ke negara-negara luar dengan ditaja oleh kerajaan
- mempelajari dan mempraktikkan amalan mulia oleh masyarakat di negara tersebut
- dipanjangkan kepada rakan-rakan yang berada di sekolah
Penutup
Program pertukaran pelajar menelurkan banyak manfaat.
- perlu diperluas ke negara-negara yang terdapat di dunia ini
- para pelajar yang miskin mendapat peluang ke negara luar
- perlu diteruskan dan di taja oleh sektor-sektor swasta
Karangan 4
SOALAN : Peranan ibu bapa dalam menentukan kerjaya anak-anak sebenarnya amat baik.
Bincangkan sejauh mana peranan mereka dalam memastikan anak-anak memiliki
masa depan yang cemerlang. Bincangkan.
Pengenalan
Dalam era globalisasi ini,saingan dalam menjawat jawatan amat sengit.
- kekurangan jawatan dan lambakan kelulusan oleh generasi muda
- ramai yang menganggur dan ada yang bertahun-tahun
- terpaksa bekerja dalam bidang yang bukan kemahiran yang diambil di universiti
Idea-idea utama
Peranan ibu bapa dalam menentukan hala tuju anak-anak mereka sebenarnya amat baik.
- lebih peka dengan permintaan tenaga kerja pada masa kini
- berpengalaman dalam situasi pekerjaan berbanding anak-anak
- mencadangkan jurusan anak-anak mereka di university
Kebanyakan jurusan yang diambil biarlah berkait dengan latar belakang keluarga.
- ibu bapa dapat membantu anak-anak semasa pembelajaran
- pengetahuan ibu bapa dapat ditagih dalam menyiapkan sesuatu tugasan
4
- anak-anak mendapat kelebihan berbanding mengambil jurusan yang tidak sama
Penutup
Peranan ibu bapa amat ditagih dalam mentukan kerjaya anak-anak.
- tidak tersilap langkah dan masa depan menjadi suram
- masa yang dihabiskan semasa di universiti menjadi sia-sia
- bimbinglah anak-anak walaupun mereka telah dewasa
Karangan 5
SOALAN : Peranan negara-negara di dunia amat penting dalam mengekalkan keharmonian
yang sedia ada.Kupaskan tajuk ini.
Pengenalan
Keharmonian negara kini mulai terancam dengan banyak negara yang
terlibat dalam peperangan.
- negara-negara yang berkrisis juga semakin bertambah
- bimbang merebak ke negara-negara yang lain
- penduduk yang menjadi mangsa keegoan para pemimpin negara
- menunjukkan kehebatan mereka dalam bidang ketenteraan
Idea-idea Utama
Pelbagai langkah dapat diambil dalam usaha menjaga keharmonian
antara negara di dunia.
- mengadakan hubungan diplomatik
- bertukar-tukar idea dan pendapat
- saling membantu dalam pelbagai perkara
- warga kedua-dua negara tidak menghadapi masalah
Penutup
Keamanan amat penting dan mestilah dikekalkan sampai bila-bila.
- rakyat tidak tersiksa dan hidup dalam pelarian
- kemajuan di sesebuah negara akan berjalan dengan lancar
- alam peperangan bukan lagi pemikiran masyarakat yang maju
- negara-negara di dunia wajar memainkan peranan masing-masing.
Karangan 6
SOALAN : Anak-anak yang cergas pasti menjana kejayaan yang cemerlang dalam bidang
akademik. Bincangkan peranan ibu bapa dalam memastikan kesihatan anak
mereka terjamin.
Pengenalan
Kesihatan amat penting dalam melayari kehidupan ini.
- perlu dititikberatkan sejak kecil lagi
- aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar
- kesihatan yang baik amat penting
6
Idea-idea Utama
Ibu bapa mestilah mengambil peranan utama dalam memastikan kesihatan
anak mereka terjamin.
- menyediakan makanan yang berprotein dan berkhasiat tinggi.
- perlu diberikan terutama sejak di peringkat kanak-kanak
- membesar dengan sempurna tanpa gangguan sebarang penyakit
Memastikan anak-anak mereka melakukan aktiviti yang berfaedah dari aspek kesihatan.
- tidak membuang masa dengan tidur mahupun hanya bermain permainan video
- mudah diserang obesiti tanpa disedari dan akhirnya bersifat malas
- tidak aktif dan sentiasa lembab dalam melakukan sesuatu perkara.
Penutup
Amalan pemakanan yang baik penting dalam kehidupan.
- kesihatan benar-benar terjamin dan sukar dihinggap penyakit
- menanamkan amalan menjaga kesihatan kepada anak-anak
- hidup dengan bahagia dan pastinya apa yang kita impikan akan tercapai.
7
Karangan 7
SOALAN : Sikap berhemat dalam apa jua situasi amat digalakkan dalam kehidupan seharian.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam memupuk amalan berjimat cermat dalam
kalangan anak-anak.
Pengenalan
Idea-idea Utama
8
Penutup
Ibu bapalah yang melentur anak-anak mereka agar menjadi yang terbaik.
- menjadi anak yang berhemat dalam perkara
- wang tabungan juga turut bertambah
- memberi kesenangan kepada keluarga itu sendiri
Karangan 8
SOALAN : Jasa guru amat besar kepada bangsa dan negara. Sebagai seorang
pelajar,bagaimana cara untuk kita menghargai pengorbanan yang telah
dicurahkan oleh golongan pendidik ini.
Pengenalan
Golongan pendidik amat penting dalam mewujudkan modal insan yang berkualiti.
- mendidik para pelajat tanpa mengenal erti jemu.
- mengajar dengan bersungguh-sungguh tanbpa mengira waktu
- dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran
Idea-idea Utama
Pelbagai cara dapat dilakukan oleh para pelajar dalam mengenang jasa mereka.
- lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
- meningkatkan imej mereka dan juga sekolah
- pasti berbangga kerana berasa dihargai
9
Menjadi insan yang berguna dan berjaya dalam kehidupan.
- melanjutkan pelajaran hingga Menara Gading
- menjawat jawatan yang tinggi dalam sektor kerajaan dan swasta
- tidak terlibat dalam gejala sosial dan menjadi sampah masyarakat
Penutup
Guru ibarat sebatang lilin yang membakar diri untuk menerangi kehidupan insan lain.
- jasa dan pengorbanan mereka mestilah dikenang sampai bila-bila
- tanpa mereka kita pasti tidak ke mana-mana
- tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit
Karangan 9
SOALAN : Tuliskan satu karangan tentang peranan negara-negara di dunia ini dalam
memulihara tempat-tempat bersejarah.
Pengenalan
Tempat bersejarah yang berserakan di dunia ini adalah asset berhargan yang wajar
dipertahankan.
- dikekalkan agar tidak hilang ditelan zaman
- tatapan generasi muda akan datang agar mengetahui sejarah yang silam
- negara-negara di dunia ini mestilah memainkan peranan yang saksama
Idea-idea Utama
Menyeragamkan undang-undang dalam melindungi tempat bersejarah ini.
- tidak mudah dirompak oleh golongan yang tertentu
- makam Firaun di negara Mesir telah banyak menjadi mangsa penyangak dari seluruh
dunia untuk mendapatkan emas
- kesan daripada undang-undang yang agak longgar dan tidak selari dengan negara di dunia
yang lain
Mengiktiraf tempat bersejarah di dunia ini sebagai artifak yang tidak boleh dimusnahkan.
- tidak memusnahkan atas nama pembangunan
- sentiasa dijaga dengan rapi kerana menjaga sensitif negara yang lain
- mampu dikekalkan sampai bila-bila
Penutup
Tempat bersejarah bukan dibina dengan sesuka hati.
- memiliki sejarah yang tersendiri dan mengimbas masa lampau
- Tembok Besar China,Kota A.Farmosa,Piramid dan banyak lagi adalah contoh yang
terbaik
- aset berharga dan mampu menarik ramai pelancong ke negara tersebut
Karangan 10
SOALAN : Mata pelajaran sejarah yang diajar di sekolah mempunyai kepentingan yang
tersendiri. Huraikan kepentingan mata pelajaran tersebut kepada generasi muda.
Pengenalan
Mata pelajaran sejarah adalah antara mata pelajaran yang terdapat dalam peperiksaan.
- dipelajari di peringkat sekolah menengah hingga hari ini
- akan diajar di sekolah rendah pula pada tahun 2014
- menjurus banyak faedah kepada masyarakat khasnya generasi muda
Idea-idea utama
Mengetahui sejarah negara dengan tepat berdasarkan fakta yang dipelajari.
- tidak kabur dalam susur galur sejarah negara
- dapat menjelaskan dengan tepat kepada masyarakat luar
- pengetahuan sejarah sentiasa menebal dalam sanubari generasi muda
11
Menerapkan semangat sayang akan negara.
- mempertahankan negara daripada dijajah oleh musuh
- negara pernah dijajah oleh Portugis,Inggeris dan Jepun
- tidak mahu berulang semula oleh generasi muda pada hari ini
Penutup
Mata pelajaran sejarah mendatangkan banyak manfaat.
- Warga Malaysia sewajarnya tahu akan sejarah negara sendiri
- tidak mudah dieksploitasi oleh sesetengah golongan
- tidak menjual maruah negara demu kepentingan diri
Karangan 11
SOALAN : Jenayah siber kini semakin meningkat di pelbagai negara sama ada di negara
maju mahupun di negara yang pesat membangun. Fenomena yang negatif ini
wajar ditangan kerana impaknya amat buruk. Kupaskan tajuk ini.
Jenayah Siber
Pengenalan
Jenayah siber kini semakin meningkat.
- mendatangkan kerugian berjuta-juta ringgit
- sistem keselamatan negara semakin terancam
- akibat daripada ledakan teknologi maklumat
Idea-idea Utama
Fenomena ini berlaku atas dasar kemewahan,kepuasan mahupun suka-suka.
- menjadi ketagih apabila berjaya menipu para pengguna
- mendapat kepuasan apabila mampu menggodam sistem pertahanan sesebuah negara
- semakin menular dan yang menjadi mangsa ialah masyarakat dan pengguna
12
Impaknya amat besar kerana kesannya amat buruk kepada sesebuah negara.
- kerugian berjuta-juta ringgit terpaksa ditanggung
- penipuan dalam alam siber berleluasa
- masyarakat diaibkan,difitnah dan sistem pertahanan terjejas
Peranan ibu bapa juga turut ditagih dalam menangani masalah ini.
- pemantauan terhadap anak-anak mereka sewaktu melayari internet
- memberikan nasihat dan bimbingan tentang kecanggihan alam siber
- tidak menyalahgunakan kemahiran yang dimiliki oleh mereka
Penutup
Jenayah siber adalah masalah kita bersama.
- negara-negara serantau harus duduk bersama dalam mengatasi masalah ini.
- menjadi semakin serius jika dibiarkan berlarutan
- suasana di sesebuah negara akan terancam akibat daripada jenayah siber ini.
Karangan 12
SOALAN : Gagasan Satu Malaysia kini hangat diperkatakan oleh masyarakat dan kerajan
pula berusaha sedaya upaya untuk merealisasikannya. Bincangkan tajuk ini.
Pengenalan
Gagasan Satu Malaysia merupakan impian kerajaan untuk menyamaratakan rakyatnya tanpa
ada perasaan berbelah bahagi mahupun berat sebelah.
- didiami oleh pelbagai bangsa dan agama
- memaparkan budaya hidup yang tidak sama
- namun begitu mampu hidup dalam suasana yang harmoni
13
Idea-idea Utama
Antara misi dalam merealisasikan gagasan ini adalah untuk meningkatkan perpaduan antara
kaum.
- tidak mudah berpecah belah walaupun dihasut oleh pihak ketiga
- suasana aman dan harmoni yang dikecapi turut berkekalan
- negara tidak kucar-kacir dan rakyat bebas melakukan aktiviti harian mereka
Kemajuan yang dirancang dapat dijalankan dengan pesat dan berjalan lancar.
- setiap kaum berusaha untuk membangunkan negara
- menggunakan kemahiran yang dimiliki untuk meningkatkan imej negara
- dapat bertukar-tukar idea tanpa mengira bangsa dan agama
Penutup
Perpaduan adalah tiang kekuatan sesebuah negara.
- tanpa perpaduan negara pasti akan hancur seperti yang telah terbukti pada hari ini
- gagasan ini mampu mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara
rakyat mampu berganding bahu dan pastinya membina kehidupan yang bahagia sampai bila-bila
14