Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 PENGENALAN
Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain. Hal ini jelas kerana setiap
individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya meskipun bagi pasangan
kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau
ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif,
emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek yang lain mungkin
terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru harus memahami
perkara ini di kalangan pelajar-pelajar kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam
kelas.
Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek atau matapelajaran.
Namun, kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan teknik
sahaja mampu menjadikan proses P&P berjalan dengan lancar tanpa mengambil kira dari segi
aspek kepelbagaian pelajar. Oleh hal demikian, proses P&P; tidak akan mencapai objektif
yang telah ditetapkan berikutan terdapat sebilangan pelajar yang ketinggalan. Jika hal ini
berlarutan golongan berkenaan akan merasa dipinggirkan dan menganggap guru tidak cakna
akan persekitaran.
Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan siapa
sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti didalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti
akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka
ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu
pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi
yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.
Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar didalam kelas, impaknya
pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.
Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud
sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian
yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga,
sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan
1
menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman serta kemahiran yang diperolehi dalam
membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran.
Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam
membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya
setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Justeru itu
adalah penting bagi guru memahami serta mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang wujud
di dalam sesebuah kelas.
Pengaruh jantina adalah amat besar dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang
individu. Jantina boleh mempengaruhi individu dalam berbagai cara dan keadaan contohnya
dalam cara berpakaian, berfikir, kesopanan, sikap, personaliti dan juga dalam pencapaian
akademik.
Menurut Maccoby dan Jacklin (1974) pelajar perempuan lebih baik dari segi kecerdasan lisan
atau bahasa, sementara pelajar lelaki pula lebih baik dari segi kecerdasan ruang. Ini bermakna
pelajar perempuan lebih baik di dalam perbendaharaan kata, tugasan mengeja perkataan dan
membaca. Sementara, pelajar lelaki pula lebih baik di dalam tugasan membaca peta, teka
silang kata atau tugasan berkaitan ruang. Pelajar lelaki turut mempunyai pencapaian
akademik yang cemerlang dalam mata pelajaran matematik , contohnya dalam menyelesaikan
tugasan geometri.
Faktor ini turut disokong oleh Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner. Pencapaian
akademik murid perempuan lebih baik daripada murid lelaki kerana murid perempuan
mempunyai kecerdasan verbal linguistik. Menurut Howard Gardners (1983), seseorang yang
mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis
bahasa dan mampu menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih.
2
3.0 GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR
Gaya pembelajaran seseorang pelajar dapat mempengaruhi keseluruhan aktiviti dan proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru harus berusaha menghubungkan pelajar dengan ilmu
pengetahuan dan bukan mengisi serta menyuap pelajar dengan ilmu. Justeru itu adalah
penting guru-guru memahami serta mengetahui gaya pembelajaran yang ditonjolkan oleh
pelajar. Pada asasnya, terdapat tiga jenis gaya pembelajaran yang harus diketahui serta
difahami iaitu:
Selain daripada itu juga, interaksi sosial mampu menangani isu-isu berkaitan dengan cara
bagaimana pelajar berinteraksi semasa proses pembelajaran. Menurut Reichmann dan Grasha
(1974) telah menyarankan beberapa jenis pelajar berasaskan kepada cara yang paling mereka
gemari semasa belajar. Antaranya adalah, pelajar yang ingin belajar secara bersendirian,
kolaboratif, penyertaan dan kompetitif.
Dunn & Dunn (1978) pula mengkategori gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan
unsur-unsur asas tetapi diklasifikasikan dan diringkaskan kepada lima perkara sahaja
berdasarkan rangsangan (stimuli) iaitu :
3
1) Alam sekitar
cerah-gelap; bunyi seperti muzik sunyi; formal tidak formal; panas sejuk
2) Emosi
berstruktur tidak berstruktur; bermotivasi tinggi tidak bermotivasi
3) Sosiologi
Ingin belajar bersendirian dalam pasangan/kumpulan
4) Fizikal
auditori; visual; tekstual mobiliti tinggi kurang bermobiliti dan
5) Psikologi impulsif
reflektif; global analitik
Carl Jung turut menjelaskan bahawa terdapat empat gaya pembelajaran umum yang berkait
rapat dengan faktor personaliti pelajar iaitu :
1) Aktivis
Gemar mencari pengalaman baru, berfikiran terbuka dan mempunyai daya
inkuiri yang tinggi, aktif dan gemar memberi idea.
2) Reflektor
Gemar menganalisis data sebelum bertindak, banyak berfikir dan jarang
bertindak spontan, sangat berhati-hati sehinggakan kelihatan pasif.
3) Teoris
Golongan yang bersifat objektif, merumus sesuatu berdasarkan hujah, fakta,
bukti, analisis data dan objek.
4) Pragmatis
Gemar melakukan eksperimen dan mencuba idea, teori dan teknik serta
memastikan kebolehgunaannya dalam kehidupan sebenar. Golongan ini
berpendapat bahawa jika sesuatu itu berguna dan bermanfaat maka ia adalah
baik.
Selain itu, Witkin (1940) telah mengenalpasti dua gaya kognitif iaitu gaya belajar bergantung
latar (Field Dependence) dan bebas latar (Field Independence). Individu yang bergantung
latar suka mempersepsi sesuatu secara global sementara dengan gaya kognitif bebas latar
suka mempersepsi sesuatu secara analitikal. Ada pula individu yang gaya kognitifnya
4
reflektif dan impulsif. Mengikut Kagan (1965) gaya kognitif impulsif ialah kanak-kanak yang
memilih berbagai-bagai kemungkinan penyelesaian masalah dengan memberi tindak balas
yang cepat dan kurang memberi pertimbangan tentang ketepatan atau betul salahnya tindakan
tersebut. Oleh kerana itu kanak-kanak dengan gaya impulsif menyudahkan tugasan dengan
cepat tetapi membuat banyak kesilapan. Kanak-kanak reflektif yang mempunyai darjah
kecerdasan yang sama dengan rakan sebayanya yang impulsif tetapi dia mengambil masa
yang lama sebelum menjawab soalan guru atau menyudahkan tugasan sebab dia membuat
berbagai pertimbangan dalam menjawab atau menyelesaikan masalah dan berharap
jawapannya itulah yang paling tepat atau sekiranya menyerahkan tugas, dia berharap tugas itu
dapat disiapkan dengan sempurna.
Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau
merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner,
kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah
terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza
sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.
Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:
5
i) Kecerdasan Linguistik ("Word Smart")
Sifat : Pelajar yang memiliki kecerdasan ini menggunakan bahasa secara berkesan dan
mempunyai keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling baik melalui
pendengaran .Tidak membina gambaran mental. Suka bercakap. Gemar membaca,
bermain teka kata dan penulisan.
Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Perkataan
Kerjaya: Sasterawan (Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah bidang sastera)
Contoh: A. Samad Said, William Shakespeare
Sifat : Mereka yang mempunyai kecerdasan ini memerlukan visual bagi membina
kefahaman mereka. Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan menggunakan
gambar dan imej. Mereka akan menukarkan apa yang dibaca dan didengar kepada
bentuk gambaran mental. Kebiasaannya cemerlang dalam pembelajaran bilik darjah.
Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Gambar
6
Kerjaya: Pelukis, Pengukir, Arkitek.
Contoh: Leonardo Da Vinci, Hijjaz Kasturi
Sifat: Sensitif terhadap irama dan bunyi. Boleh belajar dengan menggunakan muzik.
Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Muzik
Kerjaya: Komposer, Penyanyi
Contoh: Ajai, P. Ramlee, Siti Nurhaliza.
Sifat: Gemar untuk berinteraksi dengan individu yang lain. Pembelajaran yang paling
berkesan ialah dengan aktivti berkumpulan.
Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan:Pengalaman sosial
Kerjaya: Ahli Politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
Contoh: Aznil Hj. Nawawi
Sifat: Mempunyai ciri yang sensitif. Pembelajaran yang berkesan ialah dilakukan
secara individu.
Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Refleksi Kendiri
Kerjaya: Pengarang, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi.
Contoh: Dr. Fadzilah Kamsah, Jean Piaget.
7
5.0 PERANAN GURU MENGHADAPI KEPELBAGAIAN PELAJAR
Guru merupakan perantara atau penghubung antara ilmu dan pelajar. Oleh hal demikian, guru
merupakan elemen terpenting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jesteru itu, guru
perlu mengetahui dan bijak dalam menghadapi perbezaan individu dan kepelbagaian pelajar.
Antara peranan yang harus guru-guru laksanakan ialah :
Teknik motivasi.
- Memandu tingkah laku pelajar ke arah yang lebih dinamik. Guru merupakan
individu yang paling berpengaruh dan mampu mempengaruhi pelajar.
8
6.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Sebelum memulakan sesuatu sesi P&P, guru perlu sedar tujuan utama pengajaran ialah
mewujudkan aktiviti pembelajaran. Guru perlu menggunakan segala kemahiran dan
kebolehan mengajar bagi memudahkan aktiviti pembelajaran berlangsung dan berkesan.
Setiap aktiviti yang direncanakan perlu mempunyai objektif dan matlamat pembelajaran yang
ingin dicapai dan tidak hanya aktiviti semata-mata. Semua aktiviti harus dirancang dengan
sebaiknya bagi meransang pelajar untuk belajar dan mengekalkan minat untuk terus belajar.
Oleh yang demikian, objektif utama pengajaran ialah membawa hasil pembelajaran dengan
membentuk perubahan tingkahlaku daripada satu tahap yang rendah ke suatu tahap yang
lebih tinggi. Oleh yang demikian, guru harus bijak merangka rancangan pengajaran harian
yang mengambil kira setiap aspek kepelbagaian pelajar yang wujud di dalam sebuah kelas.
Bagi tugasan ini, saya telah memilih salah seorang pelajar saya dari Tingkatan 5 sebagai
responden bagi menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian Individu berdasarkan gaya
pembelajarannya. Dapatan maklumat pelajar dikumpulkan, dan dicatatkan dalam jadual.
9
Keputusan UPSR 3A 2B
Keputusan PMRU 7A 2B 1D
Keputusan PMR 1A 3B 5C
Anak Ke 2
Kategori Sederhana
10
6.2 HASIL MAKLUMAT RESPONDEN
Luqman Hakim Bin Zulkifli merupakan seorang pelajar lelaki Tingkatan 5 di Sekolah
Menengah Ugama (A) Tarbiah Islamiah Chabang Empat, Tumpat. Luqman Hakim dilahirkan
pada 13 April 1996 di Hospital Besar Kota Bharu Kelantan. Beliau menetap bersama-sama
ibu bapa di Lot 3167, Kampung Tok Oh, Jal Besar, 16210 Tumpat, Kelantan. Bapanya,
Zulkifli Bin Mir, adalah seorang peniaga dan ibunya, Saadah Binti Harun adalah seorang
surirumah. Bilangan adik-beradiknya adalah seramai empat orang dan Luqman merupakan
anak yang kedua.Seawal usia 10 bulan, Luqman telah mula berjalan dan mula bercakap pada
bulan seterusnya.
Beliau memulakan awal persekolahannya di Taski Arabiah Chabang Empat sewaktu usia 5
tahun. Seterusnya meneruskan persekolahan rendah di Sekolah Kebangsaan Padang Mandol,
Tumpat dan telah mencapai 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Kemudian, Luqman telah memilih untuk berdaftar di sekolah menengah agama di SMU(A)
Tarbiah Islamiah Chabang Empat sehingga kini. Semasa Penilaian Menengah Rendah Ugama
(PMRU), Luqman berjaya menjadi salah seorang pelajar cemerlang dengan memperoleh
keputusan 7A 2B. Walaubagaimanapun, prestasinya merosot dalam Penilaian Menengah
Rendah (PMR) dengan hanya memperoleh hanya 1A 3B dan 5C. Namun pada tahun lepas
2012, beliau kembali tersenarai dalam pelajar cemerlang dengan memperolehi 10 Mumtaz
(Lulus Cemerlang) dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU). Pada tahun 2013 ini,
Luqman bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kini beliau berada di
kelas pertama dan menunjukkan prestasi yang konsisten dalam pembelajaran.
Beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam Ko-Kurikulum di mana beliau merupakan
Ketua Pengawas Sekolah, Pengerusi Briged Bakti dan Timbalan Pengerusi Kelab ICT. Beliau
juga pernah menyertai pertandingan Ping Pong, Badminton, Bola Tampar, Syarahan Bahasa
Arab dan Bahasa Melayu serta Pertandingan Nasyid di peringkat sekolah-sekolah. Luqman
bercita-cita untuk menjadi seorang guru.
Daripada pemerhatian dan penyelidikan yang telah saya lakukan terhadap Luqman, saya
dapat kategorikan beliau dalam kategori sederhana dalam pelajaran akademik. Ini kerana,
hasil daripada keputusan peperiksaan UPSR dan PMR yang kurang memuaskan. Luqman
11
lebih cenderung untuk lebih berjaya dalam peperiksaan Ugama kerana kelebihannya yang
mudah menghafal seperti ayat-ayat Al-Quran.
Kemudian, saya melakukan ujikaji secara lisan dan bertulis ke atas Luqman bagi subjek
pengajaran saya iaitu Matematik semasa di dalam kelas. Hasilnya, Luqman merupakan
seorang pelajar dengan gaya kognitif impulsif di mana beliau cenderung untuk memilih
berbagai-bagai kemungkinan penyelesaian masalah dengan memberi tindak balas yang cepat
dan kurang memberi pertimbangan tentang ketepatan atau betul salahnya tindakan tersebut
yang menyebabkan hasil penyelesaiannya mempunyai banyak kesilapan yang kecil walaupun
beliau dapat menyiapkannya dalam masa yang singkat.
Walaubagaimanapun, beliau seorang yang suka bertanya dan akan berusaha mencari
penjelasan terhadap perkara yang kurang difahami sesuai dengan aspek kecerdasannya iaitu
interpersonal. Luqman mudah berinteraksi dan bekerjasama dengan pelajar lain secara
praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Hal ini dapat dilihat dalam diri
Luqman yang memanggil rakan-rakan yang lain untuk berkumpul bagi berkongsi soalan
tersebuat sebaik saja saya selesai melakukan ujian pada dirinya.
Selain daripada itu, saya dapati beliau adalah pelajar visual berdasarkan daripada hobinya
yang suka melukis. Beliau juga mempunyai gaya belajar field dependent di mana beliau suka
melihat sesuatu bentuk secara keseluruhan berbanding dengan menumpukan kepada
bahagian-bahagian tertentu. Luqman akan lebih terdorong ke arah pencapaian optimum
apabila bekerja dalam kumpulan.
Hasil daripada maklumat responden ini, saya telah merangka satu Rancangan Pengajaran
Harian secara individu khas bagi memenuhi kriteria gaya pembelajaran Luqman. Rancangan
pengajaran ini bagi mengoptimumkan pemahaman Luqman dalam matapelajaran akademik
amnya, dan matapelajaran Matematik khususnya.
12
7.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN INDIVIDU
HARI : RABU
MASA : 40 MINIT
TINGKATAN : LIMA
BAB : 10
HASIL PEMBELAJARAN :
2. a) Melukis :
i. Pelan
Kertas A4, model bas, bongkah kayu, slide powerpoint dan kertas soalan.
NILAI-NILAI MURNI :
belajar.
14
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :
15
Pengenalan Konsep pelan Guru menerangkan konsep pelan dan Pelajar mendengar dengan teliti Power point, Pendekatan:
dan dongakan. dongakan dengan menggunakan penerangan guru. bongkah kayu Berpusatkan guru
(10 minit)
powerpoint. dan pelajar
dan dongakan melukis pelan dan dongakan bagi terhadap penerangan guru dan Kebolehan untuk
mengikut skala. bongkah tersebut mengikut skala. bertanya jika terdapat memahami konsep
16
Pengembangan Penyelesaian Guru menerangkan bagaimana Pelajar mendengar dengan teliti Power Point, Pendekatan :
masalah menyelesaikan masalah yang apa yang guru sampaikan. Berpusatkan guru
(10 minit) Papan putih,
melibatkan melibatkan pelan dan dongakan di dan pelajar
marker
pelan dan papan putih dengan menggunakan
dongakan. marker.
Kaedah:
17
Pengukuhan Contoh soalan Guru memberikan salinan fotostat Pelajar mengambil soalan dan Kertas A4 kertas Pendekatan:
contoh soalan yang melibatkan pelan kertas A4 yang diberikan guru. soalan Berpusatkan pelajar
( 5 minit )
dan dongakan dan kertas A4.
Marker Kaedah Penilaian :
Guru meminta pelajar untuk Pelajar membaca soalan dengan Pemerhatian
menyelesaikannya sendiri terlebih teliti dan menyelesaikan soalan
dahulu. tersebut dengan kemas dan tepat. KBKK:
Berfikiran kreatif
Guru menyuruh pelajar menerangkan Setelah siap, pelajar akan dalam menghasilkan
jawapan yang dilukis di papan putih menerangkan jawapannya di kerja yang tepat dan
dan guru akan membetulkan jawapan papan putih. kemas.
yang salah jika ada.
Penilaian Kuiz Guru mengedarkan dua soalan kuiz Pelajar mengambil soalan kuiz Kertas soalan Pendekatan:
berdasarkan soalan SPM tahun-tahun yang diberikan. Kuiz Berpusatkan guru
( 7 minit)
lepas (2012,2011) dan pelajar
Guru mengarahkan pelajar Pelajar menyelesaikan soalan
Kaedah Penilaian :
menyelesaikan soalan tersebut dalam kuiz tersebut dalam masa 5
Perbincangan soalan
masa 5 minit. minit.
dan jawapan
Guru menyemak jawapan pelajar dan Pelajar memerhatikan jawapan
sekiranya terdapat kesalahan, guru yang diberikan oleh guru.
akan memberikan jawapan yang
betul.
18
Penutup Rumusan Guru memberi penerangan serta Pelajar mendengar kesimpulan Pendekatan:
menyimpulkan secara menyeluruh guru dengan teliti. berpusatkan guru
( 3 minit)
tentang pelan dan dongakan yang dan pelajar.
baru dipelajari.
Kaedah Penilaian :
Guru meminta pelajar menyatakan Pelajar menyatakan kembali apa Pemerhatian
kembali apa yang telah dipelajari. yang telah dipelajari pada hari
ini secara ringkas. KBKK:
Dapat membuat
kesimpulan
berdasarkan suatu
pengalaman
pembelajaran.
Refleksi guru :
19
8.0 HURAIAN / PENERANGAN BERKAITAN RPH
Untuk RPH ini, saya menggunakan model Tyler untuk mengurus pengalaman pembelajaran
dari segi kontinuiti, turutan dan integrasi dengan adanya set induksi, pengenalan,
pengembangan, pengukuhan dan penilaian serta penutup. Di samping itu, taksonomi
objektif pendidikan domain kognitif Bloom yang berpengaruh dalam pedagogi, kurikulum
dan ujian serta penilaian pendidikan; juga digunakan sebagai garis panduan pengajaran.
Set Induksi
Proses induksi ini dijalankan secara ringkas selama 5 minit sahaja dan Luqman diberi
kebebasan ruang untuk berfikir secara kritis dan kreatif agar pelajar mendapat
gambaran mengenai tajuk yang akan diajar.
Kaedah konstruktivisme digunakan dalam set induksi ini bagi mendedahkan pelajar
untuk belajar menilai dan mengakomodasikan maklumat dan ilmu pengetahuan ke
arah pemahaman yang lebih kukuh. Kaedah ini sesuai dengan gaya belajar Luqman
kerana ia mampu memaksimukan kemahiran sosial, komunikasi dan interpersonalnya
Peringkat ini diletakkan pada aras pertama Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan.
Pengenalan
Untuk menyampaikan input konsep topik ini, alat bantu mengajar daripada slaid
powerpoint digunakan kerana ia lebih mudah difahami oleh Luqman berbanding
menggunakan buku teks. Kaedah slide powerpoint ini sesuai dengan gaya belajar
Luqman kerana pelajar lelaki lebih cenderung untuk menerima input melalui visual.
Peringkat ini diletakkan pada aras kedua Taksonomi Bloom iaitu aras kefahaman.
Pengembangan
Untuk hasil pembelajaran kedua ini, ia berada pada aras ketiga iaitu aplikasi dalam
Taksonomi Bloom.
Kaedah yang digunakan adalah kognitif bersituasi di mana ia merangkumi
kemahiran-kemahiran pemikiran, kesedaran meningkatkan daya penaakulan ke arah
penyelesaian masalah, menggunakan kemahiran metakognitif untuk melihat masalah
pembelajaran, berfokus pada pertumbuhan kognitif pelajar dan guru mengalami ilmu
pengetahuan baru atas pemahaman persekitaran pembelajaran.
20
Ia berfokus pada keperluan pelajar tentang pembelajaran di mana para pelajar diberi
peluang untuk bertanya kemusykilan-kemusykilan yang timbul.
Pengukuhan
Berada pada aras keempat Taksonomi Bloom iaitu analisis.
Dalam peringkat pengukuhan ini, Luqman dikehendaki menyelesaikan soalan
berdasarkan apa yang telah diajari.
Pendekatan yang digunakan berpusatkan pelajar kerana ingin mendedahkan Luqman
kepada kemahiran interpersonalnya dalam menyelesaikan tugasan dengan dedikasi dan
berkeyakinan serta bertanggungjawab terhadap hasil pembelajaran.
Penilaian
Pada peringkat penilaian ini, Luqman diuji dengan soalan kuiz bagi mengukur tahap
kefahaman pembelajaran.
Penutup
Langkah terakhir ini berada pada aras kelima iaitu sintesis dalam Taksonomi Bloom.
Guru merumuskan tentang P&P dan menekankan isi pelajaran yang perlu dikuasai.
Luqman juga diminta untuk menyatakan kembali apa yang telah dipelajari dan
perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang dijalankan.
9.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhan, setiap individu guru termasuk pelajar lebih cenderung kepada
kepelbagaian pembelajaran. Guru-guru akan sentiasa melihat kepelbagaian pembelajaran
kepada kepelbagaian kebolehan pelajar. Ini adalah merupakan realiti kehidupan pelajar. Cara
mereka belajar adalah berbeza-beza. Hal-hal demikian akan dapat memberi panduan kepada
guru-guru untuk menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berlandaskan
Rancangan Pengajaran Harian yang baik.
21
RUJUKAN
22