Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN AKTIVITI GURU PENYAYANG

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2017

Amalan Guru Penyayang merupakan satu mekanisma dalam menanamkan


dan membudayakan sikap kasih sayang oleh setiap guru di sekolah. Budaya
sekolah yang mengamalkan sikap menyayangi akan melahirkan rasa kepunyaan
diantara satu dengan lain diantara guru dan murid akan membantu meningkatkan
pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.

Pada tahun ini sesi persekolahan bermula pada 03 Januari 2017.


Sehubungan dengan itu, Program Menyambut Kehadiran Murid Ke Sekolah
merupakan salah satu aktiviti yang dilaksanakan dibawah rancangan guru
penyayang SJKT Ldg Sg Sebaling. Kebiasannya murid akan mula menghadiri ke
sekolah pada pukul 7.20 paginamun disebabkan hari ini merupakan hari pertama
sesi persekolahan bagi tahun 2017, kehadiran murid bermula pukul 7.10pagi.

Murid-murid telah disambut mesra dengan senyuman dan juga ucapan


selamat pagi oleh tuan guru besar, En.M.Ganesan, GPK 1, En.A.Logeswaran, GPK
HEM, En.K.Nagarajan, GPK KOKO, Pn.G.Priya dan juga Cik.K.Thivya, guru
penyayang dan juga selaku guru bertugas minggu pertama. Cara senyum dan
menegur dengan mesra dan mengucapkan selamat pagi pada pelajar boleh
mengubah perasaan murid dan ini akan meningkatkan kesungguhan murid di dalam
kelas. Tambahan pula, murid juga terus mengucapkan selamat pagi dan bersalam
dengan barisan guru sebaik sahaja berjumpa dengan barisan guru di pintu pagar

Aktiviti ini telah mengeratkan perhubungan antara guru dan murid dan diharap
agar aktiviti ini dilaksanakan secara berterusan dan menjadi budaya guru di sekolah.
Aktiviti ini sentiasa dilaksanakan oleh guru bertugas dan akan dipantau oleh Tuan
Guru Besar, En.M.Ganesan.