Anda di halaman 1dari 17

KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA MBMMBI

BIL.1/2012

Bil. : 01/2012
Tarikh : 19 Januari 2012 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan,
Jabatan Pelajaran Johor

Pengerusi : En. Kamarudin bin Abu (Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)

KEHADIRAN :

BIL NAMA CATATAN


1 En. Kamarudin bin Abu (Timb. Ketua Sektor Pengurusan Sekolah) Hadir
2 Tn. Hj. Abd. Jalil bin Satari (KPP Bahasa Malaysia Sektor Pengurusan Hadir
Akademik)
3 En. Shanmuganathan a/l Suppiah (KPP Bahasa Inggeris Sektor Pengurusan Hadir
Akademik)
4 En. Idris bin Abu Bakar (KPP Matematik Sektor Pengurusan Akademik) Hadir
5 En. Sujak bin Maskan (KPP Sains Sektor Pengurusan Akademik) Hadir
6 Tn. Hj. Shahilon bin Ab. Halim (Penolong Pengarah Sains, SPA) Hadir
7 En. Mohd.Rosli bin Mohd.Othman (Ketua Unit Sekolah Menengah, SPS) Hadir
8 En. Mohd. Hanafi bin Samad (Ketua Unit Sekolah Rendah, SPS) Hadir
9 Cik Mahfuzah binti Omar (Penolong Pengarah Pengurusan Teknik dan Hadir
Vokasional, SPS)
10 En. Alui bin Hj. Shamsudin (Penyelia Kanan Pengurusan Murid Sekolah Hadir
Rendah, SPS)
11 En. Abd. Razak bin Abd. Samad (PPPDM Pasir Gudang) Hadir
12 En. Zayadi bin Hassan (PPPDM Kota Tinggi) Hadir
13 En. Hassan bin Abd. Rashid (PPPDM Mersing) Hadir
14 En. Mohd. Said bin Daimon (PPPDM Kluang) Hadir
15 En. Mohd. Yusof bin Katmi (PPPDM Kulai) Hadir
16 En. Mohd. Fauzi bin Abu Sarin (wakil PPPDM Segamat) Hadir
17 Tn. Hj. Mohd. Sahabudin bin Jazuli (PPPDM Muar) Hadir
18 En. Saliman bin Selamat (PPPDM Johor Bahru) Hadir
19 Cik Jamilah binti Jabar (wakil PPPDM Pontian) Hadir
20 En. Hassan bin Mohamed Eusoff (wakil PPPDR Pontian) Hadir
21 Tn. Hj. Wahid bin bin Hj. Rosman (PPPDR Kulai) Hadir
22 En. Jamaluddin bin A. Rahman (PPPDR Johor Bahru) Hadir
23 En. Mohammad Samudin bin Juhri (PPPDR Pasir Gudang) Hadir
24 En. Aslar bin Yusof (PPPDR Kota Tinggi) Hadir
25 En. Abdul Halim bin Talib (PPPDR Rendah) Hadir
26 En. Azmi bin Ab. Rahman (PPPDR Muar) Hadir
27 En. Mesran bin Lamoon (PPPDR Segamat) Hadir
28 Tn. Hj. Hussin bin Mustaffa (PPPDR Kluang) Hadir
29 En. Noor Azlan bin Zakaria (wakil PPPDR Batu Pahat) Hadir
30 En. Zulkefli bin Sulong (PPPD Kulai) Hadir
31 En. Helmy Azizul bin bin Abdul Hamid (PPPD Segamat) Hadir
32 En. Sazali bin Ahmad (PPD Segamat) Hadir
33 En. Mohd. Amin bin A. Hamid (PPPD SM(R) Mersing) Hadir
34 Pn. Saharazad binti Mustaffar (PPPD BI(R) Mersing) Hadir

1
BIL NAMA CATATAN
35 En. Mohd. Azid bin Samad (PPPD SM Pontian) Hadir
36 En. Salleh Salim bin A. Majid (PPD Pontian) Hadir
37 En. Kamahabzanizam bin Abd. Kadir (PPPD BI Pontian) Hadir
38 En. Mohd. Najib bin Haron (PPPD Sc/Mt Johor Bahru) Hadir
39 En. Hassan bin Hj. Yunus ( PPPD BM(R) Segamat) Hadir
40 En. Shaharudin bin Badron (PPPD Sc/Mt(R) Batu Pahat) Hadir
41 En. Ahmad bin Ali (PPPD Sc/Mt Pasir Gudang) Hadir
42 En. Dawad bin Sukimi (PPPD Batu Pahat) Hadir
43 Pn. Noraini binti Mohd. Nor (PPPD BM(M), Kulai) Hadir
44 En. Saraji bin Manap (PPPD Kluang) Hadir
45 En. Mahyuddin bin Salim (PPPD BI(M) Kluang) Hadir
46 Pn. Raziah binti Abdul Rahim (PPPD BM(M) Johor Bahru) Hadir
47 En. Noor Azam bin Mahat (PPPD BM(M) Kota Tinggi) Hadir

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA MBMMBI BIL.1/2012


2
Bil. : 01/2012
Tarikh : 19 Januari 2012 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan,
Jabatan Pelajaran Johor

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab, Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi menyatakan rasa bersyukur kerana Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI kali
pertama ini dapat dilaksanakan dan memaklumkan bahawa Mesyuarat Induk MBMMBI
telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah dan ahli mesyuarat terdiri daripada semua
Ketua Sektor dan Pegawai Pelajaran Daerah secara ad-hoc sekembalinya beliau
daripada Mesyuarat MBMMBI. Tuan Pengarah juga telah memutuskan Sektor
Pengurusan Sekolah menjadi Urus Setia MBMMBI.

1.3 Pengerusi juga menyampaikan salam takzim Ketua Sektor Pengurusan Sekolah yang
tidak dapat mempengerusikan mesyuarat pada pagi ini kerana mewakili Pengarah
dalam Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Pelajaran Daerah Pontian.

1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan sebenar mesyuarat ini diadakan adalah
untuk menyelaras tugas berkaitan dengan program MBMMBI yang sepatutnya
berlangsung pada awal tahun ini.
Makluman

1.5 Pengerusi juga memaklumkan bahawa dalam Mesyuarat KPPM yang dihadiri oleh
Tuan Pengarah baru-baru ini di kementerian, data yang dibentangkan oleh Pengarah
(data yang dikutip melalui PPPDM dan PPPDR dan disatukan oleh jabatan) didapati
diragui kesahihannya. Harapan Pengerusi dengan adanya mesyuarat pada hari ini,
ada ketelusan dalam membekalkan data dari daerah pada masa-masa yang akan
datang dan nama baik Jabatan Pelajaran Johor tidak tercalar kerana data yang tidak
tepat.
Makluman

2.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN DASAR MBMMBI

2.1 Pengerusi membentangkan maklumat pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa


Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Sila rujuk edaran yang
dilampirkan.
Makluman
2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pilihan bahasa PdP Sains dan Matematik di sekolah
sama ada dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya, Bahasa Malaysia sepenuhnya atau
dwibahasa adalah berdasarkan kesediaan guru di sekolah, kesediaan murid di sekolah
dan telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Pihak
sekolah perlu memastikan keputusan pemilihan bahasa untuk PdP Sains dan
Matematik perlu diminitkan dalam Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
Tindakan : Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor

2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat aduan tentang penggunaan buku teks di
sekolah. Ibu bapa dan guru-guru terkejut kerana buku teks Sains dan Matematik yang
dibekalkan ke sekolah adalah dalam Bahasa Malaysia. Tiada sebarang kenyataan
yang dikeluarkan oleh Sektor Pembangunan Kemanusiaan untuk menghapus kira
buku teks dalam Bahasa Inggeris, atau kenyataan bahawa buku teks dalam Bahasa
Inggeris dikekalkan di sekolah-sekolah yang melaksanakan PdP Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris.
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan
3
Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun 2012 buku teks dalam Bahasa Malaysia
akan dibekalkan ke sekolah-sekolah yang melaksanakan PdP Sains dan Matematik
dalam Bahasa Malaysia.
Makluman

2.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa dalam laporan ePerlu terdapat aduan berkaitan
sekolah-sekolah yang tidak mendapat bekalan buku teks pada awal tahun 2012.
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan

2.4 Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru yang mengajar Matematik dan Sains
akan menerima bayaran BISP.
Makluman

2.5 Pengerusi menyentuh tentang perkara 5 dan 6 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.5/2011 yang meminta Pengetua sekolah mengenal pasti bahasa yang akan
digunakan untuk PdP Sains dan Matematik sebagai makluman awal sebelum sesi
persekolahan bermula, dan pada 2 Januari 2012 sewaktu pendaftaran murid Tingkatan
1 dilaksanakan, ibu bapa telah maklum tentang pemilihan bahasa untuk PdP Sains
dan Matematik anak-anak mereka. Sekolah yang peka tentang perkara ini telah
membuat tindakan tetapi ada sekolah-sekolah yang kurang peka, maka maklumat ini
tidak sampai kepada ibu bapa dan apabila diminta maklumat MBMMBI daripada PPD
dan jabatan mereka memberikan maklumat yang tidak tepat. Pegawai-pegawai di
Pejabat Pelajaran Daerah diminta membuat pemantauan pelaksanaan PdP Sains dan
Matematik di sekolah-sekolah (bagi tujuan pengumpulan data pada masa-masa akan
datang).
Tindakan : Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor

2.6 Pengerusi memaklumkan bahawa Pegawai Meja untuk MBMMBI pada peringkat
kementerian ialah Bahagian Sekolah Harian, maka petugas khas di PPD diletakkan di
bawah Unit Pengurusan Sekolah dengan Urus setianya ialah Penolong PPD
Menengah. Mesyuarat perlu diadakan pada setiap hari Isnin dan dipengerusikan oleh
Tuan PPD.
Tindakan : Penolong PPD Menengah

2.7 Pasukan Petugas PPD perlu mengumpulkan data pelaksanaan MBMMBI dan
menyalurkan data berkenaan kepada Urus setia di JPN pada setiap hari Isnin kerana
data berkenaan perlu dilaporkan dalam mesyuarat pada peringkat JPN pada setiap
hari Selasa dan dilaporkan dalam Mesyuarat Pagi pada hari Jumaat. Mesyuarat tidak
perlu melibatkan semua ahli jawatankuasa pada setiap kali mesyuarat diadakan;
mencukupi sekiranya dijalankan secara ringkas untuk tujuan pengumpulan data dan
membincangkan isu (jika ada).
Tindakan : Penolong PPD Menengah

2.8 Pengerusi memaklumkan bahawa peranan pasukan petugas khas ialah sebagai
rujukan, pemantau, melapor, menyelesaikan isu dan mengumpul data.
Tindakan : Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor

2.9 Pengerusi membentangkan KPI pelaksanaan dasar MBMMBI, pemantauan dasar


MBMMBI dan aspek pemantauan. Sila rujuk lampiran m/s 15-16.
Makluman
Ahli mesyuarat bersetuju pemantauan dijalankan oleh Penolong PPD Bahasa dan
maklumat pemantauan disalurkan kepada Pegawai Meja, iaitu Penolong PPD
Menengah; tetapi jika Penolong PPD Menengah dan Penolong PPD Rendah ingin
membuat pemantauan bersama Penolong PPD Bahasa, hal ini dibenarkan.
Tindakan : Penolong PPD Bahasa
2.10 Buku Teks dan penggunaan bahan tambahan juga perlu dipantau. Sebagai contoh;
Adakah bahan dalam bentuk digital dan Bahan Bantu Mengajar digunakan dalam PdP.
Tindakan : Penolong PPD Bahasa dan Penolong PPD Pembangunan
Kemanusiaan
4
2.11 Pengerusi juga meminta Penolong PPD Bahasa memaklumkan kepada Penolong
PPDM dan Penolong PPDR untuk menyelesaikan masalah jika berlaku kekurangan
guru opsyen di sekolah yang dipantau.
Tindakan : Penolong PPD Bahasa

2.12 Pengerusi memaklumkan bahawa latihan guru akan diuruskan oleh Unit Latihan.
Tindakan : Unit Latihan, Sektor Khidmat Pengurusan dan
Pembangunan

2.13 Pengerusi memaklumkan bahawa antara skop pemantauan ialah Pengurusan Fail dan
Dokumentasi pelaksanaan dasar MBMMBI, tahap kesedaran dan kefahaman guru
tentang dasar MBMMBI dan persekitaran sekolah. Sila rujuk lampiran m.s 17-20.
Tindakan : Penolong PPD Bahasa

2.14 Pengerusi mengingatkan ahli mesyuarat agar mengadakan mesyuarat pada peringkat
PPD, dan bermesyuarat dengan pihak sekolah serta Penolong Kanan sekolah-sekolah
untuk memaklumkan kepada mereka tentang pelaksanaan dasar MBMMBI ini supaya
mereka bersedia untuk tujuan mendapatkan maklumat pelaksanaan dasar MBMMBI.
Tindakan : Penolong PPD Menengah

2.15 Pengerusi membentangkan Jawatankuasa MBMMBI daerah. Sila rujuk lampiran m.s
21-24.
Tindakan : Penolong PPD Menengah

2.16 En. Abdul Razak bin Abdul Samad, Penolong PPD Menengah Pasir Gudang
memberikan respon tentang mesyuarat yang perlu dijalankan setiap hari Isnin di
peringkat PPD. Beliau memaklumkan bahawa beliau dan rakan-rakan telah
berbincang tentang perkara ini dan mencadangkan agar mesyuarat pada peringkat
PPD dijalankan pada hari Jumaat untuk mengumpul data. Maklumat berkaitan data
dan lain-lain akan dilaporkan ke JPN pada hari Isnin.

Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan En. Abdul Razak bin
Abdul Samad.
Tindakan : Penolong PPD Menengah

3 PERBINCANGAN ISU-ISU BERKAITAN PELAKSANAAN MBMMBI

3.1 En. Sazali bin Ahmad, Penolong PPD Sains dan Matematik daerah Segamat bertanya
tentang :

3.1.1 Pembayaran BISP - Setakat ini belum ada surat pekeliling yang memberikan
kelulusan untuk pembayaran BISP. KSSR tahun 1 dan tahun 2 mata pelajaran
Matematik dan Sains telah diajar sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Apakah
status BISP untk guru-guru yang mengajar dua mata pelajaran ini? Adakah
kemungkinan bayaran BISP ini ditarik balik?

Pengerusi meminta Tn. Hj. Shahilon bin Abd. Halim agar mendapatkan
maklumat atau kepastian bagi permasalahan ini. Pengerusi juga memaklumkan
bahawa selagi surat siaran tidak dikeluarkan bagi menyatakan bayaran BISP
ditarik balik, maka selagi itu pembayaran akan dibuat seperti biasa.
Pemberhentian pembayaran hanya boleh dibuat apabila Surat Pekeliling
Kewangan dikeluarkan menyatakan pemberhentian perlu dilakukan.
Tindakan : Tn. Hj. Shahilon bin Abd. Halim

3.1.2 Pelaksanaan MBMMBI melibatkan pertambahan waktu mengajar mata


pelajaran Bahasa Inggeris untuk Tahap 2 tetapi sehingga kini pihak sekolah
tidak menerima sebarang surat arahan tentang perkara ini.

5
En. Shanmuganathan a/l Suppiah, KPP Bahasa Inggeris, Sektor Pengurusan
Akademik memberikan respon tiada surat bagi pertambahan waktu mengajar
Bahasa Inggeris untuk Tahap 2 kerana tiada sebarang perubahan waktu bagi
tahap ini. Pelaksanaan KSSR hanya melibatkan pertambahan waktu mengajar
mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk Tahun 1 dan Tahun 2 sahaja.
Makluman

3.2 En, Hassan bin Abd. Rashid, Penolong PPD Menengah daerah Mersing menyatakan
bahawa kecelaruan surat pekeliling yang mengatakan bahawa Mesyuarat Jemaah
Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan dasar pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mansuh bermaksud telah
ditamatkan. Tetapi, sewaktu pengenalan PPSMI, pelaksanaan PdP mata pelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris untuk Tahun 1, Tingkatan 1 dan
Tingkatan Enam Bawah. Sepatutnya Tingkatan Enam juga terlibat dengan
pelaksanaan MBMMBI iaitu PdP Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia bukan
dalam Bahasa Inggeris. Hal ini menunjukkan bahawa PPSMI tidak dimansuhkan.
Apakah rasional PdP Sains dan Matematik Tingkatan Enam masih dalam Bahasa
Inggeris?
Tn. Hj. Shahilon memaklumkan bahawa sewaktu PPSMI dilancarkan, ada
jawatankuasa induk yang menguruskan isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan
PPSMI. Apabila PPSMI dimansuhkan, dengan sekelip mata jawatankuasa berkenaan
hilang. Tiada siapa yang boleh dirujuk. Sekarang ini apabila MBMMBI dilaksanakan,
baru wujud urus setia pada semua peringkat (seperti dalam surat siaran Bil.5/2011 dan
Bil.6/2011 yang menjelaskan fungsi urus setia). Apabila ada mesyuarat berperingkat
pada setiap peringkat urus setia, perkara-perkara yang dibangkitkan seperti ini akan
dibawa oleh urus setia ke peringkat PPD, PPD ke Jabatan dan Jabatan ke peringkat
kementerian untuk dijelaskan.
Tn. Hj. Shahilon juga memaklumkan bahawa pegawai Sains dan Matematik tidak
pernah dilibatkan dalam mana-mana taklimat atau mesyuarat pelaksanaan MBMMBI
dan soft-landing PPSMI. Jadi pegawai-pegawai ini tiada maklumat berkaitan dengan
MBMMBI atau soft-landing PPSMI. Oleh yang demikian, Tn. Hj. Shahilon
mencadangkan agar jawatankuasa yang dibentuk pada hari ini membawa apa sahaja
isu ke peringkat atasan agar dapat diputuskan untuk kita bertindak di landasan yang
betul.
Tindakan : Urus
Setia

En. Hassan meminta ahli mesyuarat merujuk pada Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.12/2011, para 6 yang menyebut Pengajaran dan pembelajaran sains dan
matematik bagi Tingkatan Enam Rendah, Tingkatan Enam Atas dan Matrikulasi
diteruskan dalam Bahasa Inggeris. Jika PPSMI dimansuhkan, maka PdP Sains dan
Matematik Tingkatan Enam juga perlu dimansuhkan.
Pengerusi memaklumkan isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat pada hari ini
akan dibentangkan kepada Pengarah untuk dilaporkan dalam mesyuarat pada
peringkat kementerian.
Tindakan : Urus
Setia

3.3 En. Sazali juga mencadangkan agar perkara-perkara berkaitan peralatan ICT dilihat.
Sebagai contoh; notebook, printer dan LCD yang dibekalkan ke sekolah-sekolah.
Diharapkan peralatan-peralatan ini dapat dibekalkan dengan bekalan yang baharu
atau diselenggarakan.
Tindakan : Urus
Setia

3.4 En. Saliman bin Selamat, Penolong PPDM Johor Bahru menyentuh tentang isu
kekurangan buku teks Sains dan Matematik di sekolah-sekolah. Sebahagian daripada

6
kelas-kelas Tingkatan Empat, pelaksanaan PdP dilaksanakan dalam dwibahasa
berdasarkan kesediaan murid dan guru. Buku-buku teks di sekolah, sebahagiannya
dalam Bahasa Malaysia dan sebahagian dalam Bahasa Inggeris. Isu yang dihadapi di
sekolah-sekolah ialah PdP dilaksanakan dalam dwibahasa tetapi latihan yang
diberikan berdasarkan buku teks dalam Bahasa Malaysia.
Pengerusi memaklumkan perkara ini perlu di bawa ke Unit Hal Ehwal Murid, SPK. Isu
kekurangan buku teks sepatutnya tidak berlaku kerana buku dalam Bahasa Inggeris
sepatutnya mencukupi. Buku dalam Bahasa Malaysia hanyalah tambahan sahaja.
Tindakan : Urus
Setia

3.5 En. Abd. Razak bin Abdul Samad, Penolong PPDM Pasir Gudang meminta agar
maklumat yang perlu dibincangkan pada peringkat daerah untuk dibawa ke Jabatan
diselaraskan dan diberikan dengan segera kepada Penolong PPDM untuk digerakkan
ke sekolah-sekolah.

Tn. Hj. Shahilon memaklumkan bahawa format yang digunakan untuk memungut data
daripada sekolah tempoh hari merupakan format yang dibekalkan oleh kementerian
untuk sekolah rendah. Format itu sebenarnya tidak sesuai untuk SJKC dan SJKT
kerana maklumat sebenar yang berlaku di SJKC dan SJKT tidak dapat diperolehi.

Pengerusi memaklumkan bahawa dalam laporan yang diperlukan daripada peringkat


PPD ialah data kelas, data murid dan data guru yang mengajar MBMMBI. Isu-isu yang
berkaitan pelaksanaan MBMMBI juga perlu dilaporkan dan disalurkan kepada Urus
setia di JPN. Format data dan format laporan yang perlu dihantar ke jabatan akan
diperbaiki.
Tindakan : Urus
Setia

4 LAPORAN DATA PELAKSANAAN MBMMBI NEGERI JOHOR TAHUN 2012

4.1 Tn. Hj. Shahilon bin Abd. Halim, Penolong Pengarah Sains, Sektor Pengurusan
Sekolah memaklumkan bahawa format yang diguna pakai bagi mendapatkan
maklumat daripada sekolah ialah format yang telah dibekalkan oleh pihak
kementerian. Walau bagaimanapun, format ini didapati tidak menepati keperluan
dengan apa yang berlaku di sekolah. Secara keseluruhan,

4.1.1 kebanyakan sekolah memilih dwibahasa (70% - 80%)


4.1.2 format data yang dibekalkan oleh kementerian bersesuaian untuk SK tetapi
tidak sesuai untuk SJKC dan SJKT kerana tiada ruang untuk bahasa ibunda.
4.1.3 format ini apabila digunakan untuk sekolah menengah tidak mengambil kira
mata pelajaran elektif yang ditawarkan di sekolah menengah. Sebagai contoh;
untuk mata pelajaran Fizik, Biologi, Kimia, Sains Tambahan dan Matematik
Tambahan tidak tersenarai.
Makluman

4.2 Tn. Hj. Shahilon memaklumkan bahawa data yang akan dibentangkan merupakan
data rumusan pada peringkat negeri.

4.2.1 Untuk sekolah rendah dari Tahun 3 hingga Tahun 6, apa yang boleh
diperhatikan ialah jumlah murid dan jumlah kelas tidak sama untuk mata
pelajaran Sains dan mata pelajaran Matematik. Sebagai contoh; untuk Tahun 3
di sekolah yang sama bagi mata pelajaran Sains, jumlah kelas ialah 1,764
buah, tetapi untuk mata pelajaran Matematik ada pertambahan kelas sebanyak
109 buah menjadi 1,873 buah kelas. Data ini merupakan data yang dikumpul
dari daerah dan digabungkan. Berkemungkinan terdapat kesilapan data. Begitu
juga dengan bilangan murid di sekolah berkenaan. Terdapat 54,866 murid

7
Tahun 3 yang belajar Sains dan 55,261 orang yang belajar Matematik. Data
yang tidak akur ini berlaku di semua tahun, iaitu dari Tahun 3 hingga Tahun 6.
Makluman

4.2.2 Begitu juga dengan ketidakakuran data berlaku di sekolah menengah.


Makluman

4.2.3 Hanya 93 buah kelas atau 5.27% Tahun 3 yang melaksanakan PdP dalam
Bahasa Inggeris sepenuhnya. Terdapat penurunan peratusan pelaksanaan
PdP dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya untuk Tahun 4 tetapi meningkat untuk
Tahun 5 dan turun semula untuk Tahun 6.
Makluman

4.2.4 Untuk pelaksanaan PdP Sains dwibahasa pula, untuk Tahun 3 ialah 82%, 74%
untuk Tahun 4 dan naik semula 82% untuk Tahun 5 dan 82% untuk Tahun 6.
Untuk pelaksanaan PdP Matematik, perbezaan peratus juga dapat dilihat.

Tn. Hj. Shahilon memaklumkan bahawa Pengarah pernah bertanya mengapa


jumlah bilangan kelas dan murid yang mengambil mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris di sesebuah sekolah itu tidak sama. Jika
ikut mudah pelaksanaan kurikulum, sewajarnya mata pelajaran Sains jika
diajar dalam Bahasa Inggeris maka mata pelajaran Matematik juga diajar
dalam Bahasa Inggeris. Murid akan menjadi lebih mantap.
Makluman

4.2.5 Bagi sekolah menengah, situasi yang sama juga berlaku. Terdapat 51,000
jumlah murid Tingkatan 1 yang belajar Sains sementara 40,000 orang belajar
Matematik. Satu perbezaan yang sangat besar berlaku, iaitu 10,000 orang
murid hilang.
Makluman

4.2.6 Berkaitan dengan soft-landing PPSMI, pihak sekolah boleh melayari laman
web KPM untuk mendapatkan Huraian Sukatan Sains dan Matematik dalam
Bahasa Malaysia.

Tn. Hj. Shahilon juga memaklumkan bahawa setakat ini tiada surat arahan
daripada kementerian yang mengatakan PdP Sains dan Matematik, dan
penulisan Buku Rekod Mengajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah
menengah. Perkara ini juga telah disemak dengan pihak kementerian. Kita
masih lagi melaksanakan PdP berdasarkan pada 2 surat pekeliling yang
dibekalkan, iaitu Bil.3/2010 yang telah dibatalkan dengan SPI Bil.12/2011 dan
diikuti dengan dua surat siaran, iaitu Bil.5/2011 dan Bil.6/2011 yang cukup jelas
menerangkan apa yang patut dilaksanakan berkaitan dengan PPSMI.
Makluman

4.2.7 Timbalan Pengarah Pelajaran Johor banyak bertanya, bagaimanakah data


pelaksanaan dasar MBMMBI ini dikumpulkan. Rumusan yang dapat dibuat
hasil daripada perbincangan dengan beliau ialah kita perlu serius tentang
pengumpulan data ini.

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi menyeru kepada semua yang berada di Unit Akademik dan Unit
Pengurusan Sekolah untuk sama-sama menggembeleng tenaga untuk menjayakan
MBMMBI ini.
Tindakan : Sektor Pengurusan Akademik, Sektor Pengurusan Sekolah
dan
Pejabat Pelajaran Daerah

8
5.2 En. Zayadi bin Hassan, Penolong PPD Menengah Kota Tinggi bertanyakan tafsiran
dwibahasa. Sebagai contoh, seorang guru mengajar istilah dalam Bahasa Inggeris
tetapi mengajar selebihnya dalam Bahasa Malaysia. Adakah ini diistilahkan sebagai
dwibahasa? Atau menggunakan kedua-dua bahasa tersebut. Sebagai contoh; Ada
ayat dalam Bahasa Inggeris dan ada juga ayat dalam Bahasa Malaysia dan
berapakah peratusannya?

Tn. Hj. Abdul Jalil bin Satari, Ketua Penolong Pengarah Bahasa Malaysia, Sektor
Pengurusan Akademik memberikan respon bahawa Surat Pekeliling Bil.12/2011 dan
surat siaran Bil.5 dan Bil.6 perlu dibaca dan difahamkan secara terperinci. Dalam
surat pekeliling tiada menyatakan peratusan untuk dwibahasa tetapi difahamkan
sebelum ini PdP Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan akan dilaksanakan
sedikit demi sedikit dalam Bahasa Malaysia. Bagi memudahkan murid-murid terdahulu
yang belajar dalam Bahasa Inggeris, maka sekarang ini penerangan dilaksanakan
dalam Bahasa Malaysia atau sebaliknya. Guru sendiri yang tahu tahap dan keperluan
murid mereka.
Makluman

5.3 Tn. Hj. Shahilon menarik perhatian ahli mesyuarat untuk merujuk pada edaran yang
baru diedarkan berkaitan MBMMBI. Edaran ini boleh digunakan sebagai rujukan bagi
menjawab persoalan-persoalan yang banyak diajukan oleh pihak sekolah dan ibu
bapa. Tn. Hj. Shahilon mengingatkan sekali lagi tentang apa yang telah dinyatakan
oleh Pengerusi bahawa semua keputusan berkaitan pelaksanaan MBMMBI hendaklah
merujuk kepada SPI dan surat siaran, dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah. Hasil daripada pemantauan ke beberapa buah sekolah didapati
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah tidak ditubuhkan dan tiada mesyuarat khusus atau
mesyuarat kurikulum tidak membincangkan berkaitan MBMMBI. Pada bahagian
belakang edaran terdapat sedikit soal jawab untuk dijadikan panduan.
Tindakan : Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor

5.4 Pengerusi meminta supaya penubuhan jawatankuasa pada peringkat daerah


dilaksanakan seperti mana arahan yang telah dibuat.
Tindakan : Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor

5.5 Pengerusi juga mengingatkan pemantauan dan kutipan data yang perlu dilaksanakan
bermula pada minggu ini atau seterusnya, dan juga pelaporan maklumat MBMMBI ke
JPN pada hari Isnin.
Tindakan : Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor

5.6 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai dari Sektor
Pengurusan Akademik yang telah sama-sama membantu bagi menjayakan mesyuarat
pada hari ini.
Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.
(MAHFUZAH BINTI OMAR) (KAMARUDIN BIN ABU)
Pencatat Minit Timbalan Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Sekolah

9
Maklum balas daripada Minit Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 1/2012 bertarikh 19 Januari 2012

Bil Para Perkara Tindakan Maklum Balas

2 2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pilihan bahasa PdP Pejabat Taklimat berkaitan perkara ini telah diberikan kepada
Sains dan Matematik di sekolah sama ada dalam Bahasa Pelajaran 1. Pengetua dan Guru Besar pada 12/12/2011
Inggeris sepenuhnya, Bahasa Malaysia sepenuhnya atau Daerah Negeri di SMK Indahpura 1 semasa perhimpunan
dwibahasa adalah berdasarkan kesediaan guru di sekolah, Johor bulanan peringkat daerah.
kesediaan murid di sekolah dan telah diputuskan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Pihak 2. Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah
sekolah perlu memastikan keputusan pemilihan bahasa menengah dan Sekolah Rendah pada
untuk PdP Sains dan Matematik perlu diminitkan dalam 20/12/2011 di SMK Kelapa Sawit.
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat aduan tentang Sektor Semua sekolah di daerah ini telah diarahkan untuk
penggunaan buku teks di sekolah. Ibu bapa dan guru-guru Pembangunan mengedarkan juga buku teks lama dalam versi bahasa
terkejut kerana buku teks Sains dan Matematik yang Kemanusiaan Inggeris kepada murid.Perkara ini telah dimaklumkan
dibekalkan ke sekolah adalah dalam Bahasa Malaysia. kepada Pengetua dan Guru Besar pada 12/12/2011
Tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Sektor
Pembangunan Kemanusiaan untuk menghapus kira buku
teks dalam Bahasa Inggeris, atau kenyataan bahawa buku
teks dalam Bahasa Inggeris dikekalkan di sekolah-sekolah
yang melaksanakan PdP Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris.

2.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa dalam laporan Sektor Daerah Kulai telah menerima bekalan sepenuhnya pada
ePerlu terdapat aduan berkaitan sekolah-sekolah yang Pembangunan Disember 2011. Pemantauan telah dilaksanakan pada 2
tidak mendapat bekalan buku teks pada awal tahun 2012. Kemanusiaan dan 3 Januari 2012.

10
Maklum balas daripada Minit Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 1/2012 bertarikh 19 Januari 2012

Bil Para Perkara Tindakan Maklum Balas

2 2.5 Pengerusi menyentuh tentang perkara 5 dan 6 dalam Surat Pejabat Kutipan data berkaitan pengunaan bahasa dan bilangan
Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2011 yang meminta Pengetua sekolah Pelajaran kelas telah dikutip daripada semua sekolah pada 11
mengenal pasti bahasa yang akan digunakan untuk PdP Sains Daerah Negeri hingga 13 Januari 2012 dan telah dibentangkan
dan Matematik sebagai makluman awal sebelum sesi Johor diperingkat negeri pada 19/12/2011.
persekolahan bermula, dan pada 2 Januari 2012 sewaktu
pendaftaran murid Tingkatan 1 dilaksanakan, ibu bapa telah Kutipan data akan dikemaskini sepanjang pemantuan
maklum tentang pemilihan bahasa untuk PdP Sains dan PdP sekolah menengah dan rendah .
Matematik anak-anak mereka. Sekolah yang peka tentang
perkara ini telah membuat tindakan tetapi ada sekolah-sekolah
yang kurang peka, maka maklumat ini tidak sampai kepada ibu
bapa dan apabila diminta maklumat MBMMBI daripada PPD dan
jabatan mereka memberikan maklumat yang tidak tepat.
Pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah diminta membuat
pemantauan pelaksanaan PdP Sains dan Matematik di sekolah-
sekolah (bagi tujuan pengumpulan data pada masa-masa akan
datang).

2.6 Pengerusi memaklumkan bahawa Pegawai Meja untuk Penolong PPD PPD Kulaijaya mengadakan mesyuarat setiap hari
MBMMBI pada peringkat kementerian ialah Bahagian Menengah Jumaat bersama dengan mesyuarat pagi dan
Sekolah Harian, maka petugas khas di PPD diletakkan di dipengerusikan oleh Tuan PPD.
bawah Unit Pengurusan Sekolah dengan Urus setianya
ialah Penolong PPD Menengah. Mesyuarat perlu diadakan
pada setiap hari Isnin dan dipengerusikan oleh Tuan PPD.

2.7 Pasukan Petugas PPD perlu mengumpulkan data pelaksanaan Penolong PPD Telah dilaksanakan diperingkat PPD dan dimaklumkan
MBMMBI dan menyalurkan data berkenaan kepada Urus setia di Menengah pada mesyuarat pagi Juimaat jika ada isu berkaitan
JPN pada setiap hari Isnin kerana data berkenaan perlu dengan MBMMBI.
dilaporkan dalam mesyuarat pada peringkat JPN pada setiap
hari Selasa dan dilaporkan dalam Mesyuarat Pagi pada hari
Jumaat. Mesyuarat tidak perlu melibatkan semua ahli
jawatankuasa pada setiap kali mesyuarat diadakan; mencukupi
sekiranya dijalankan secara ringkas untuk tujuan pengumpulan
data dan membincangkan isu (jika ada).
Maklum balas daripada Minit Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 1/2012 bertarikh 19 Januari 2012
11
Bil Para Perkara Tindakan Maklum Balas

2 2.8 Pengerusi memaklumkan bahawa peranan pasukan Pejabat Dalam makluman pegawai berkaitan.
petugas khas ialah sebagai rujukan, pemantau, melapor, Pelajaran
menyelesaikan isu dan mengumpul data. Daerah Negeri
Johor

2.9 Ahli mesyuarat bersetuju pemantauan dijalankan oleh Penolong PPD Dalam makluman
Penolong PPD Bahasa dan maklumat pemantauan Bahasa
disalurkan kepada Pegawai Meja, iaitu Penolong PPD
Menengah; tetapi jika Penolong PPD Menengah dan
Penolong PPD Rendah ingin membuat pemantauan
bersama Penolong PPD Bahasa, hal ini dibenarkan.

2.10 Buku Teks dan penggunaan bahan tambahan juga perlu Penolong PPD Unit SPK hanya memastikan bekalan buku teks
dipantau. Sebagai contoh; Adakah bahan dalam bentuk Bahasa dan mencukupi. Pemantauan PdP dan pengunaan bahan
digital dan Bahan Bantu Mengajar digunakan dalam PdP. Penolong PPD dilakukan oleh unit akademik.
Pembangunan
Kemanusiaan

2.11 Pengerusi juga meminta Penolong PPD Bahasa Penolong PPD Akan dimaklumkan dari masa ke semasa jika ada
memaklumkan kepada Penolong PPDM dan Penolong Bahasa keperluan.
PPDR untuk menyelesaikan masalah jika berlaku
kekurangan guru opsyen di sekolah yang dipantau.

2.12 Pengerusi memaklumkan bahawa latihan guru akan Unit Latihan, Telah dimasukkan dalam takwim PPD .
diuruskan oleh Unit Latihan. Sektor Khidmat
Pengurusan
dan
Pembangunan

Maklum balas daripada Minit Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 1/2012 bertarikh 19 Januari 2012

12
Bil Para Perkara Tindakan Maklum Balas

2 2.13 Pengerusi memaklumkan bahawa antara skop Penolong PPD Pemantauan akan dilaksanakan mengikut kesesuaian.
pemantauan ialah Pengurusan Fail dan Dokumentasi Bahasa
pelaksanaan dasar MBMMBI, tahap kesedaran dan
kefahaman guru tentang dasar MBMMBI dan persekitaran
sekolah. Sila rujuk lampiran m.s 17-20.

2.14 Pengerusi mengingatkan ahli mesyuarat agar Penolong PPD Mesyuarat peringkat pertama bersama pengetua dan
mengadakan mesyuarat pada peringkat PPD, dan Menengah guru besar telah dilaksanakan pada 11 Januari 2012 di
bermesyuarat dengan pihak sekolah serta Penolong Bilik Seminar PPD.
Kanan sekolah-sekolah untuk memaklumkan kepada
mereka tentang pelaksanaan dasar MBMMBI ini supaya
mereka bersedia untuk tujuan mendapatkan maklumat
pelaksanaan dasar MBMMBI.

2.15 Pengerusi membentangkan Jawatankuasa MBMMBI Penolong PPD Telah dibentuk di peringkat daerah.
daerah. Sila rujuk lampiran m.s 21-24. Menengah

2.16 En. Abdul Razak bin Abdul Samad, Penolong PPD Penolong PPD Telah dilaksanakan di PPD Kulaijaya, isu berkaitan
Menengah Pasir Gudang memberikan respon tentang Menengah dengan MBMMBI akan dibincangkan dalam mesy.pagi
mesyuarat yang perlu dijalankan setiap hari Isnin di Jumaat.
peringkat PPD. Beliau memaklumkan bahawa beliau dan
rakan-rakan telah berbincang tentang perkara ini dan
mencadangkan agar mesyuarat pada peringkat PPD
dijalankan pada hari Jumaat untuk mengumpul data.
Maklumat berkaitan data dan lain-lain akan dilaporkan ke
JPN pada hari Isnin.
Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan
cadangan En. Abdul Razak bin Abdul Samad.
Maklum balas daripada Minit Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 1/2012 bertarikh 19 Januari 2012

Bil Para Perkara Tindakan Maklum Balas


13
3 3.1 En. Sazali bin Ahmad, Penolong PPD Sains dan Matematik Tn. Hj.
daerah Segamat bertanya tentang : Shahilon bin
3.1.1 Pembayaran BISP - Setakat ini belum ada surat
Abd. Halim
pekeliling yang memberikan kelulusan untuk
pembayaran BISP. KSSR tahun 1 dan tahun 2 mata
pelajaran Matematik dan Sains telah diajar
sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Apakah status
BISP untk guru-guru yang mengajar dua mata
pelajaran ini? Adakah kemungkinan bayaran BISP ini
ditarik balik?
Pengerusi meminta Tn. Hj. Shahilon bin Abd. Halim agar
mendapatkan maklumat atau kepastian bagi permasalahan
ini. Pengerusi juga memaklumkan bahawa selagi surat siaran
tidak dikeluarkan bagi menyatakan bayaran BISP ditarik
balik, maka selagi itu pembayaran akan dibuat seperti biasa.
Pemberhentian pembayaran hanya boleh dibuat apabila
Surat Pekeliling Kewangan dikeluarkan menyatakan
pemberhentian perlu dilakukan.

3.2 Tn. Hj. Shahilon juga memaklumkan bahawa pegawai Sains Urus Setia
dan Matematik tidak pernah dilibatkan dalam mana-mana
taklimat atau mesyuarat pelaksanaan MBMMBI dan soft-
landing PPSMI. Jadi pegawai-pegawai ini tiada maklumat
berkaitan dengan MBMMBI atau soft-landing PPSMI. Oleh
yang demikian, Tn. Hj. Shahilon mencadangkan agar
jawatankuasa yang dibentuk pada hari ini membawa apa
sahaja isu ke peringkat atasan agar dapat diputuskan untuk
kita bertindak di landasan yang betul.
Pengerusi memaklumkan isu-isu yang dibangkitkan dalam
mesyuarat pada hari ini akan dibentangkan kepada
Pengarah untuk dilaporkan dalam mesyuarat pada peringkat
kementerian.
Maklum balas daripada Minit Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 1/2012 bertarikh 19 Januari 2012

14
Bil Para Perkara Tindakan Maklum Balas

3 3.3 En. Sazali juga mencadangkan agar perkara-perkara Urus Setia


berkaitan peralatan ICT dilihat. Sebagai contoh;
notebook, printer dan LCD yang dibekalkan ke sekolah-
sekolah. Diharapkan peralatan-peralatan ini dapat
dibekalkan dengan bekalan yang baharu atau
diselenggarakan.

3.4 En. Saliman bin Selamat, Penolong PPDM Johor Bahru Urus Setia
menyentuh tentang isu kekurangan buku teks Sains dan
Matematik di sekolah-sekolah. Sebahagian daripada
kelas-kelas Tingkatan Empat, pelaksanaan PdP
dilaksanakan dalam dwibahasa berdasarkan kesediaan
murid dan guru. Buku-buku teks di sekolah,
sebahagiannya dalam Bahasa Malaysia dan sebahagian
dalam Bahasa Inggeris. Isu yang dihadapi di sekolah-
sekolah ialah PdP dilaksanakan dalam dwibahasa tetapi
latihan yang diberikan berdasarkan buku teks dalam
Bahasa Malaysia.
Pengerusi memaklumkan perkara ini perlu di bawa ke Unit
Hal Ehwal Murid, SPK. Isu kekurangan buku teks
sepatutnya tidak berlaku kerana buku dalam Bahasa
Inggeris sepatutnya mencukupi. Buku dalam Bahasa
Malaysia hanyalah tambahan sahaja.

Maklum balas daripada Minit Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 1/2012 bertarikh 19 Januari 2012

Bil Para Perkara Tindakan Maklum Balas

15
3 3.5 En. Abd. Razak bin Abdul Samad, Penolong PPDM Pasir Urus Setia
Gudang meminta agar maklumat yang perlu dibincangkan
pada peringkat daerah untuk dibawa ke Jabatan
diselaraskan dan diberikan dengan segera kepada
Penolong PPDM untuk digerakkan ke sekolah-sekolah.

Tn. Hj. Shahilon memaklumkan bahawa format yang


digunakan untuk memungut data daripada sekolah
tempoh hari merupakan format yang dibekalkan oleh
kementerian untuk sekolah rendah. Format itu sebenarnya
tidak sesuai untuk SJKC dan SJKT kerana maklumat
sebenar yang berlaku di SJKC dan SJKT tidak dapat
diperolehi.

Pengerusi memaklumkan bahawa dalam laporan yang


diperlukan daripada peringkat PPD ialah data kelas, data
murid dan data guru yang mengajar MBMMBI. Isu-isu
yang berkaitan pelaksanaan MBMMBI juga perlu
dilaporkan dan disalurkan kepada Urus setia di JPN.
Format data dan format laporan yang perlu dihantar ke
jabatan akan diperbaiki.

5 5.1 Pengerusi menyeru kepada semua yang berada di Unit Sektor Dalam makluman
Akademik dan Unit Pengurusan Sekolah untuk sama- Pengurusan
sama menggembeleng tenaga untuk menjayakan Akademik,
MBMMBI ini. Sektor
Pengurusan
Sekolah dan
Pejabat
Pelajaran
Daerah

Maklum balas daripada Minit Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 1/2012 bertarikh 19 Januari 2012

Bil Para Perkara Tindakan Maklum Balas


16
5 5.3 Tn. Hj. Shahilon menarik perhatian ahli mesyuarat untuk Pejabat Semua sekolah di daerah Kulai telah diarahkan untuk
merujuk pada edaran yang baru diedarkan berkaitan Pelajaran menubuhkan Jawatankuasa MBMMBI sekolah melalui
MBMMBI. Edaran ini boleh digunakan sebagai rujukan Daerah Negeri surat JPA 8010.SPA(05)/600-10/2/8(7) bertarikh 27
bagi menjawab persoalan-persoalan yang banyak diajukan Johor Januari 2011.
oleh pihak sekolah dan ibu bapa. Tn. Hj. Shahilon
mengingatkan sekali lagi tentang apa yang telah
dinyatakan oleh Pengerusi bahawa semua keputusan
berkaitan pelaksanaan MBMMBI hendaklah merujuk
kepada SPI dan surat siaran, dibuat dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Hasil daripada
pemantauan ke beberapa buah sekolah didapati
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah tidak ditubuhkan dan
tiada mesyuarat khusus atau mesyuarat kurikulum tidak
membincangkan berkaitan MBMMBI. Pada bahagian
belakang edaran terdapat sedikit soal jawab untuk
dijadikan panduan.

5.4 Pengerusi meminta supaya penubuhan jawatankuasa Pejabat Telah dilaksanakan di peringkat daerah.
pada peringkat daerah dilaksanakan seperti mana arahan Pelajaran
yang telah dibuat. Daerah Negeri
Johor

5.5 Pengerusi juga mengingatkan pemantauan dan kutipan Pejabat Telah dimaklumkan kepada pegawai yang berkaitan
data yang perlu dilaksanakan bermula pada minggu ini Pelajaran
atau seterusnya, dan juga pelaporan maklumat MBMMBI Daerah Negeri
ke JPN pada hari Isnin. Johor

17

Anda mungkin juga menyukai