Anda di halaman 1dari 2

Peserta dikehendaki membaca dan memahami pekeliling dan surat edaran yang telah

dimuat naik. Berikan respons tentang pekeliling dan surat edaran berdasarkan amalan
menambah baik organisasi anda.

Dasar Wawasan Negara telah menetapkan matlamat pembangunan negara untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Bagi mencapai matlamat tersebut,
Kerajaan telah memberi penekanan kepada semua aspek pembangunan, termasuklah
pembangunan sumber manusia sektor awam. Untuk merealisasikan hasrat ini Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 6 tahun 2005, menerangkan pelaksanaan Dasar Latihan Sumber
Manusia Sektor Awam untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan
pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia. Pekeliling ini menyentuh tentang amalan menambah
baik organisasi melalui pembangunan sumber manusia.

Menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam,


Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota
perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang
bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang
berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan. Latihan ini bertujuan
untuk menambah pengetahaun dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan
semasa dalam organisasi. Dalam hal ini, setiap individu yang bekerja dalam sektor awam
akan diberikan kursus, latihan semasa bekerja dan program mentoring atau coaching untuk
pembangunan dan kecemerlangan organisasi.

Untuk memastikan setiap organisasi dalam jabatan kerajaan mengambil berat soal
pembangunan kakitangannya, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah
dilaksanakan dengan menggunakan beberapa strategi. Strategi pertama menetapkan setiap
jabatan hendaklah menyediakan peruntukan tahunan bersamaan sekurang-kurangnya satu
peratus (1%) daripada peruntukan emolumen untuk tujuan latihan dan setiap Ketua Jabatan
hendaklah memastikan anggota masing-masing di semua peringkat mengikuti kursus
sekurang-kurangnya tujuh hari setahun. Dasar ini digubal bertujuan untuk menyediakan
anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi.

Dengan adanya sumber manusia yang bekemahiran dan berpengetahuan serta terlatih dalam
bidang masing-masing, organisasi akan mencapai hasil kerja yang berkualiti, dapat
meningkatkan kompetensi dan produktiviti, membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap
positif dan dapat mewujudkan nilai cipta dan nilai tambah di dalam sektor awam. Di bawah
Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam, Struktur latihan yang akan dilaksanakan
meliputi semua skim dan klasifikasi perkhidmatan yang akan melalui lima peringkat iaitu,
peringkat Pra-penempatan, Peringkat Asas, Peringkat Pertengahan, Peringkat Lanjutan dan
peringkat peralihan.

Semua Ketua Jabatan adalah diberi kuasa dan bertanggungjawab merancang dan
mengenalpasti keperluan latihan anggota jabatan masing-masing supaya selaras dengan Dasar
Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang ditetapkan. Ketua jabatan dikehendaki
mengurus dan melaksanakan latihan yang berbentuk kursus jangka pendek kepada anggota
jabatan masing-masing dengan menentu serta memilih kursus-kursus jangka pendek sama ada
di dalam atau di luar negara yang dianggap perlu bagi pegawai dan kakitangan jabatan-
jabatan dan Agensi-agensi di bawah kawalannya. Selain itu, ketua jabatan juga perlu
menimbang dan memperakukan calon-calon untuk mengikuti latihan yang berbentuk kursus
jangka sederhana dan panjang kepada Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Panel
Pembangunan Sumber Manusia di jabatan masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai