Anda di halaman 1dari 3

Gaya hidup

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar

Istilah gaya hidup pada asalnya dicipta oleh ahli psikologi Austria, Alfred Adler, pada 1929.
Pengertiannya yang lebih luas, sebagaimana difahami pada hari ini, mula digunakan sejak 1961.
[1]

Dalam bidang sosiologi, gaya hidup ialah cara bagaimana seseorang hidup. Gaya hidup ialah
kumpulan ciri tingkah laku yang bererti kepada kedua-dua orang-orang lain dan diri sendiri
dalam sesuatu masa dan tempat, termasuk hubungan sosial, penggunaan, hiburan, dan pakaian.
Tingkah laku dan amalan dalam gaya hidup merupakan campuran tabiat, cara lazim membuat
sesuatu, serta tindakan berdasarkan logik. Gaya hidup biasanya membayangkan sikap, nilai, dan
pandangan dunia seseorang. Justera, gaya hidup ialah cara untuk memupuk konsep kendiri serta
mencipta simbol kebudayaan yang menggemakan identiti peribadi. Namun bukan semua aspek
gaya hidup bersifat sukarela pada sepenuhnya. Sistem-sistem sosial dan teknikal di sekeliling
boleh menyekat pilihan gaya hidup serta simbol yang dapat digunakan untuk menonjolkan gaya
hidup kepada orang-orang lain dan diri sendiri.[2]

Sempadan antara identiti peribadi dengan perbuatan sehari-hari yang menandakan sesuatu gaya
hidup semakin kabur dalam masyarakat moden.[3] Misalnya, "gaya hidup hijau" bermakna
memegang kepercayaan dan melakukan kegiatan-kegiatan yang menggunakan kurang sumber
serta menghasilkan kurang sisa yang berbahaya (iaitu jejak karbon yang lebih kecil) dan
mencapai penghargaan diri menerusi pemegangan kepercayaan dan pembuatan kegiatan-kegiatan
tersebut. Sesetengah pengulas mendebat bahawa dalam kemodenan, asas pembinaan gaya hidup
ialah tingkah laku penggunaan yang menawarkan kemungkinan untuk mencipta dan
membezakan diri lagi menerusi produk dan perkhidmatan yang menandakan gaya hidup yang
berbeza.[4]

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gaya_hidup --> 30.07.2010

Cara orang Melayu dulu-dulu beraya


Oleh Zin Mahmud

SEBELUM kedatangan sebarang agama ke Alam Melayu, penduduk di rantau ini seperti juga di
lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, maknanya semua benda
dipercayai ada roh, pokok, binatang dan lain-lain.

Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.

Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari
perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh
orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.
Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu
perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara
hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani
tetapi juga menjadi bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk
berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan
kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik
kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.

Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal ini, maka agama
Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi
menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang
Melayu turut menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan Diwali
atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini
sudah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.

Merantau

Orang Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri
daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia Melayu.

Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin untuk
menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi suatu kemestian semasa
Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.

Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri
ketika mula memeluk agama Islam.

Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari Raya.
Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana Melaka,
apatah lagi rakyatnya berpuasa.

Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai
Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa dan bukannya Hari
Raya Haji?

Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain.
Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih
dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu
dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.

Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya
yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini
kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan
dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.
Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih
mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi
masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik,
maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan
sayu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm 
30.07.2010