Anda di halaman 1dari 4

1.

Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud
sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
2. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya
(a) tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata
ganti diri kedua.
Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.
ii. Borang itu perlu anda isi.
(b) berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata
sendi oleh serta
kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
4. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun
bentuknya berbeza.
Contohnya:
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Pertama
(a) Saya mencuci kasut sekolah. (a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Kita menerima keputusan itu. (b) Keputusan itu kita terima.
(c) Aku akan memetik bunga itu. (c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu. (d) Jadual itu sudah kami susun.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Kedua
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu. (a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu. (b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya. (c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu. (d) Kereta itu perlu kamu baiki.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Ketiga
(a) Mereka mengecat bangunan. (a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar. (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur. (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
(d) Dia sedang menjahit baju. supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.
Ayat Aktif Ayat Pasif
1. Ali membaca buku itu. Buku itu dibaca oleh Ali.
2. Ibu memasak nasi lemak. Nasi lemak dimasak oleh ibu.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita. Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat. Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
5. Yusof membawa kerusi patah. Kerusi patah dibawa oleh Yusof
Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya
mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-).

Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata
kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.

Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.

Ayat Aktif Ayat Pasif

1. Saya sudah menyiapkan semua kerja 1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.

sekolah.

2.Kami mesti menumpukan perhatian 2.Perhatian mesti kami tumpukan apabila


apabila guru mengajar. guru mengajar.

3. Kamu perlu mengajarnya menulis jawi. 3. Menulis jawi perlu kamu ajar
kepadanya.

4. Ayah membelah kayu api itu. 4. Kayu api itu dibelah oleh ayah.

5. Mereka sedang menganyam tikar 5. Tikar mengkuang itu sedang dianyam


mengkuang oleh

itu. mereka.

Jenis-jenis Ayat Aktif

Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:-

1. Ayat aktif transitif


2. Ayat aktif tak transitif
a) Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai
objek.

b) Ayat Aktif Tak Transitif

Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek
sebagai penyambut.
Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
1. Anak kecil itu pandai menyanyi.
2. Ibunya sedang mandi.
3. Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.

Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyaobjek di dalamnya. Ayat aktif
tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di dalam ayat tersebut.

Jenis-jenis Ayat Pasif

Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut:-

1. Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta)
2. Ayat pasif diri kedua - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)
3. Ayat pasif diri ketiga - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)

Perhatikan penerangan di bawah ini.

a) Ayat Pasif Diri Pertama


Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta,
saya, kami, kita, dan sebagainya.
Ayat contoh:
b) Rumah itu saya bina.
b) Kereta itu kami beli.
b) Jambatan itu aku robohkan.

b) Ayat Pasif Diri Kedua


Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu,
anda, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Jam tangan itu kamu beli?
2. Kasut kulit itu awak gilap?
3. Buku novel itu anda baca?
c) Ayat Pasif Diri Ketiga
Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau,
mereka, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
2. Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
3. Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.

Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga
bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.

Elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri
pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.
Contoh:
1.a) Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)
b) Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. ()

2.a) Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X)


b) Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. ()

3.a) Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)


b) Nasi itu telah saya tanak. ()

4.a) Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)


b) Pasu bunga itu telah awak pecahkan? ()

Anda mungkin juga menyukai