Anda di halaman 1dari 8

Latihan 11: BEBERAPA PETUA HIDUP (Zaba) bmspm

i. Berikan maksud Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan
taulan. [2 markah]
Nasihat agar bersikap bijak dalam memilih sahabat dan taulan di dunia yang
mempunyai pelbagai ragam dan watak manusia.

ii. Antara petua hidup ialah kepentingan seseorang itu menuntut ilmu. Pada
pendapat anda, mengapakah kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu? [3
markah]
... Tidak akan mudah tertipu jika kita mempunyai pengetahuan yang tinggi
... Lebih rasional ketika membuat keputusan jika kita mempunyai ilmu
pengetahuan
... Lebih matang dalam menempuh pelbagai cabaran.

iii. Huraikan nilai yang terdapat dalam petua Hidup Fikir dan Kata dalam
gurindam tersebut. [4 markah]
... Nilai rasional berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan
agar tidak berlaku salah faham atau sengketa.
... Nilai kesopanan bersikap sopan dalam mengeluarkan kata-kata agar tidak
menyakiti hati orang lain.

BEBERAPA PETUA HIDUP (gurindam)


Latihan 1
i. Berdasarkan gurindam di atas, berikan maksud rangkap kelima belas.[2
markah]
Berdasarkan gurindam di atas, maksud yang terkandung dalam rangkap kelima
belas ialah seseorang yang membuat jasa, namanya akan disanjung pada setiap
masa.

i. Berdasarkan gurindam di atas, berikan maksud rangkap ketujuh.[2 markah]


Berdasarkan gurindam di atas, maksud yang terkandung dalam rangkap ketujuh
gurindam ialah sekiranya ilmu dipelajari dengan tidak sempurna, ilmu itu kurang
memberikan manfaat.

i. Berdasarkan rangkap terakhir gurindam di atas, apakah nasihat yang ingin


disampaikan oleh pengarang? [2 markah]
Berdasarkan rangkap terakhir gurindam di atas, nasihat yang ingin disampaikan
oleh pengarang ialah sesiapa yang melakukan perbuatan khianat akan dilaknati
Tuhan

i. Berdasarkan rangkap kedua belas gurindam di atas, apakah kebaikan yang


diperoleh oleh seseorang yang bersifat budiman? [2 markah]
...sekiranya seseorang itu bersifat budiman, dia akan sentiasa disanjung tinggi
dan dipandang seperti bunga di taman
i. Nyatakan dua kesan positif apabila melakukan sesuatu perkara dengan berfikir
terlebih dahulu?
... diri seseorang tidak akan sesat
... dapat mengelakkan pergaduhan ataupun persengketaan

i. Nyatakan dua sifat yang baik berdasarkan gurindam tersebut. [2 markah]


... bersifat dengan sifat budiman
... bersifat dengan sifat dermawan/ pemurah

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengenang jasa seseorang
yang pernah berbakti kepada kita?
Pada pendapat saya, cara untuk mengenang jasa seseorang yang pernah
berbakti kepada kita adalah dengan sentiasa berhubung atau bertanya khabar
dengannya. Selain itu, memberikan hadiah atau cenderamata.

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berfikir dahulu sebelum
mengeluarkan kata-kata? [3 markah]
Pada pendapat saya, kita perlu berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata
kerana tidak mahu percakapan kita menggores hati orang lain. Selain itu, supaya
orang lain lebih menghormati diri kita. Supaya percakapan kita menjadi sia-sia

ii. Perbalahan antara kaum banyak mendatangkan keburukan.Pada pendapat


anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan perbalahan antara kaum di
negara kita? [3 markah]
...kerajaan mengadakan kempen berkenaan kepentingan perpaduan
...rakyat saling menghormati antara satu dengan yang lain dalam kehidupan

ii. Menuntut ilmu merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan.
Pada pendapat anda, apakah adab-adab dalam menuntut ilmu? [3 markah]
Pada pendapat saya, adab-adab dalam menuntut ilmu ialah murid hendaklah
sentiasa menghormati guru. Selain itu, murid haruslah memberikan tumpuan
terhadap pelajaran guru. Menyayangi dan mendengar nasihat guru.

ii. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu mesti menuntut ilmu dengan
sempurna?
... agar membuahkan hasil keija yang benar-benar bermanfaat
... dapat menjalani kehidupan tanpa kesesatan
... agar dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan jujur

ii. Pada pendapat anda. bagaimanakah kita dapat mengekalkan persahabatan


dengan rakan kita?[3 markah]
... tidak menyinggung hatinya
... menolong ataupun membantu ketika dia dalam kesusahan
... tidak menceritakan keaibannya kepada orang lain
... tidak melaga-lagakan ataupun menjadi batu api dan mencetuskan
permusuhan
iii. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]
Dua nilai yang terdapat dalam gurindam tersebut ialah nilai kebijaksanaan.
Contohnya, kita perlu bijak dalam memilih sahabat dan taulan di dunia yang
diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan. Selain itu, nilai rasional.
Contohnya, kita perlu berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan
sengketa sesama manusia .

iii. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam gurindam di atas.


... nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita perlu bijak dalam memilih sahabat dan
taulan di dunia yang diibaratkan sebuah taman pergaulan.
... nilai rasional. Contohnya, kita dinasihatkan agar berfikir dahulu sebelum
berkata apa-apa untuk mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa.

iii. Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]
Dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut ialah rasional dalam
membuat sebarang tindakan atau ketika membuat sesuatu keputusan. Selain itu,
terdapat persoalan sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan
berhati mulia.

iii. Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam. [4 markah]


Dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam ialah kita hendaklah berfikir
secara rasional dan teliti sebelum berkata-kata untuk mengelakkan salah faham.
Di samping itu, kita mestilah bijak untuk memilih rakan yang dapat memimpin kita
ke arah kebenaran.
... Kita haruslah belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh.
...Kita hendaklah pandai memilih sahabat dalam peigaulan agar kita tidak
dipandang serong kerana seseorang itu dinilai berdasarkan kawannya.
... Kita perlulah sentiasa membuat jasa kepada masyarakat kerana orang yang
berbuat jasa namanya mulia dan dia akan dikenang dan diingati sepanjang
masa.

iii. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam gurindam tersebut.
...perulangan/repetisi. Contohnya: Kurang fikir, kurang siasat
...simile. Contohnya: Ibarat beringin, racun dan upas
BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU (Seloka)
Latihan Berasaskan Petikan

i. Berdasarkan rangkap pertama seloka di atas, apakah yang dilakukan oleh


Pawang Raja? [2 markah]
Berdasarkan rangkap pertama seloka di atas, Pawang Raja telah mengerahkan
orang-orangnya bekerja. Seramai empat puluh empat orang tukang yang mahir
membuat istana tersebut. Mereka bekerja siang dan malam untuk menyiapkan
sebuah istana.

i. Berdasarkan rangkap kedua seloka di atas, berikan maksud Besar tersergam


sembilan ruang. [2 markah]
Maksud besar tersergam sembilan ruang ialah istana yang besar tersergam itu
mempunyai sembilan ruang utama .

i. Apakah yang berlaku selepas istana itu siap dibina? [2 markah]


Perkara yang berlaku selepas istana itu siap dibina ialah tukang yang ditugaskan
untukmembina istana itu meninggal dunia. Tiada seorang pun tukang yang lain
dapat meniru kehebatannya menghasilkan seni ukiran dan corak tersebut.
Selain itu, istana yang hebat itu telah diserahkan kepada raja dan permaisuri.

i. Berdasarkan rangkap kedua, gambarkan keadaan istana raja yang telah siap
dibina. [2 markah]
Istana yang besar tersergam itu mempunyai sembilan ruang utama, sepuluh
rembat guntung, sebelas pancung serong, dan dua belas anjung tinggi.

i. Berikan maksud bertakuk bersedinggam .


...kawasan yang bertakik yang diwarnakan dengan merah.

i. Jelaskan tiga aspek gaya bahasa yang terdapat dalam seloka di atas.[5
markah]
... personifikasi. Contohnya: Tiang tengah syukur menanti
... metafora. Contohnya: tiang tengah, anjung tinggi
Latihan berasaskan komsas
ii. Jika anda ingin memiliki sebuah rumah, apakah ciri-ciri rumah yang anda
idamkan itu? Nyatakan tiga ciri rumah idaman anda.[4 markah]
... rumah idaman itu dilengkapi dengan segala kemudahan
... ruang dalam rumah itu mestilah kondusif
... rumah itu mempunyai aspek keselamatan seperti mempunyai alat penggera
kebakaran dan kamera litar tertutup (CCTV)

ii. Setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Pada pendapat
anda, apakah ciri-ciri sebuah rumah yang selesa?
...Mempunyai pelbagai ruang seperti ruang tamu, ruang makan, dapur, dan bilik
tidur serta tandas.
...Ruang pengudaraan yang bebas dan tidak tertutup.
...Rumah dibina di kawasan yang banyak mempunyai jiran tetangga.

ii Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mempertahankan seni ukiran


dan seni binaan yang diwarisi daripada nenek moyang kita? [3 markah]
Pada pendapat saya, cara untuk mempertahankan seni ukiran dan seni binaan
yang diwarisi daripada nenek moyang kita adalah dengan cara kerajaan
memberi galakan kepada semua pihak untuk menerapkan seni ini dalam
pembinaan bangunan. Selain itu, seni ini diajarkan kepada pelajar di sekolah.
Akhirnya, semua bangunan kerajaan perlu menggunakan seni ukiran ini.

ii.Sebagai rakyat, mengapakah kita mesti menunjukkan ketaatan kita kepada


seorang raja? [3 markah]
Sebagai rakyat, kita mestilah menunjukkan ketaatan kita kepada seorang raja
kerana raja merupakan ketua pemerintah yang perlu]ditaati oleh rakyat. Selain
itu, supaya kita sentiasa sedar akan kedudukan dirikita sebagai rakyat jelata.
Akhirnya, agar kita tidak digelar sebagai penderhaka.

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu teliti dalam mereka bentuk
rumah sendiri? [3 markah]
Pada pendapat saya, kita perlu teliti dalam mereka bentuk rumah sendiri agar
reka bentuk rumah tersebut menepati kehendakdan cita rasa kita. Selain itu,
agar dapat memberikan kepuasan kepada diri kita. Akhirnya, agar menepati ciri-
ciri kediaman yang terkini.

ii. Pada zaman moden ini, ramai orang gemar mengubah suai rumah walaupun
terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi. Pada pendapat anda, mengapakah
mereka sanggup bertindak sedemikian? [3 markah]
...untuk keselesaan hidup
...memenuhi tuntutan kehidupan moden
...untuk bersaing dengan orang lain
...untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain
Latihan komsas
iii. Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam seloka tersebut.[4 markah]
Dua pengajaran yang terdapat dalam seloka tersebut ialah kita mestilah rajin
bekerja dengan sungguh-sungguh untuk memastikan segala perancangan yang
dibuat berjaya membuahkan hasil. Selain itu, kita hendaklah gigih berusaha
tanpa mengenal erti penat.

iii. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam seloka di atas. [4 markah]
Dua persoalan yang terdapat dalam seloka di atas ialah kesetiaan rakyat
terhadap arahan dan perintah raja. Selain itu, kehalusan seni ukiran dan
keunikan seni bina istana.
... ketaatan rakyat kepada pemerintah. Contohnya, apabila arahan diberikan
untuk membina istana semua rakyat taat untuk melaksanakannya
.... bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya, setiap orang
yang mempunyai kemahiran membangunkan istana secara bekerjasama.
... ketekunan masyarakat tradisional. Contohnya, sanggup bekerja untuk
membangunkan istana siang dan malam serta membahayakan membahayakan
mereka sendiri.

iii. Jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam seloka tersebut. [4
markah]
Dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam seloka tersebut ialah kepatuhan.
Contohnya, orang besar berempat setia dan menjunjung titah raja untuk
membina sebuah istana. Selain itu, nilai kegigihan. Contohnya, empat puluh
empat tukang yang mahir gigih untuk menyiapkan istana raja walaupun terpaksa
bekerja siang dan malam.

iii. Huraikan dua bentuk seloka di atas.


...berbentuk bebas dan terdiri daripada lima rangkap
...bilangan baris dalam rangkap pertama hingga ketiga ialah enam baris, rangkap
keempat ialah lapan baris, dan rangkap kelima ialah tiga bari

iii. Huraikan dua unsur bunyi yang terkandung dalam seloka di atas. [4 markah]
...asonansi (perulangan bunyi vokal u). Contohnya, Tujuh bulan tujuh pumama
...aliterasi (perulangan bunyi konsonan t). Contohnya, Tiang tengah syukur
menanti

Latihan B5
i. Berikan maksud bertakuk bersedinggam.
...kawasan yang bertakik yang diwarnakan dengan cat merah

ii. Pada pendapat anda, mengapakah istana dibina dengan memuatkan elemen-
elemen ukiran dari negara luar?
... menunjukkan mempunyai perhubungan diplomatik dengan negara-negara
terbabit
... sebagai tanda kemegahan mempunyai hubungan dengan kuasa-kuasa besar
... menarik pedagang-pedagang negara terbabit untuk berdagang

iii.Huraikan dua persoalan yang terkandung dalam seloka tersebut.


... Ketaatan rakyat kepada pemerintah. Contohnya, apabila arahan diberikan
untuk membina istana semua rakyat taat untuk melaksanakannya
... Bekerjasama dalam melakukansesuatu pekerjaan. Contohnya, setiap orang
yang mempunyai kemahiran membangunkan istana secara bekerjasama.
... Ketekunan dan kerajinan masyarakat tradisional. Contohnya, sanggup bekeija
untuk membangunkan istana siang dan malam serta membahayakan nyawa
mereka sendiri.

Latihan B6
i. Huraikan maksud rangkap kelima seloka ini.[2 markah]
... sebaik istana itu siap dibina, tukang yang ditugaskan membina istana itu telah
meninggal dunia menyebabkan tiada seorang pun tukang yang lain dapat meniru
kehebatannya menghasilkan seni ukiran dan corak tersebut. Istana yang hebat
itu telah diserahkan kepada raja dan permaisuri.

ii.Pada pendapat anda, mengapakah raja mementingkan aspek kesenian dan


keunikan seni bina dalam pembinaan istana baginda itu? Nyatakan tiga sebab
anda. [3 markah]
... agar istana yang dibina itu menjadi lambang keunggulan seni bina di negeri itu
...untuk menunjukkan kehebatan dan kemewahan tempat bersemayam Raja
...untuk membuktikan istana Raja Melayu kaya dengan keunikan dan kesenian
seni bina

iii. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam seloka ini.[4 markah]
... kepatuhan. Contohnya, orang besar berempat setia dan menjunjung titah raja
untuk membina sebuah istana yang baharu
... kegigihan. Contohnya, empat puluh empat tukang yang mahir gigih
menyiapkan istana raja walaupun terpaksa bekerja siang dan malam