1. Jika anda ingin mencapai sesuatu yang tinggi, mulailah daripada yang rendah.-Cyrus
3. Tangan kanan yang menghayun buaian itu dapat menggoncangkan dunia dengan
tangan kirinya.-Napolean Bonaparte
4. Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi tawanlah saat ini dan
ambillah manfaatnya.-Pascal
5. Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang boleh
kamu buat untuk negara.-Abraham Lincoln
6. Orang yang tidak berasa bahagia yang sedikit, tidak akan pernah menemui
kebahagiaan selamanya dalam kehidupan.-Abikors
7. Tidak ada sesuatu yang lebih mulia daripada ilmu, raja-raja menghakim manusia, dan
ulama menghakimi raja-raja.-Abu Aswad
8. Manusia lahir dibekali dua mata dengan satu mulut agar dia boleh melihat dua kali lebih
banyak daripada bercakap.-Colton
10. Sesungguhnya engkau tidak akan memperoleh apa yang engkau sukai, melainkan
dengan kesabaranmu atas apa yang telah engkau sukai.-Nabi Isa .
11. Orang yang cuba melawan aturan alam, laksana kerbau menanduk bukit, tanduknya
yang akan patah.-Al-Raazi
12. Agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.-Albert
Einstein
13. Sifat-sifat buruk yang ada pada setiap insan seperti takut, benci, takbur, dan cepat
marah merupakan akibat daripada faktor-faktor jasad yang tidak tenang.-Albert The
Great
14. Lampu Aladdin tidak bersinar dengan sendirinya, tetapi Aladdin yang menggosoknya
terlebih dahulu.-Alex Osborn
15. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya Hamka
16. Perkara yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal
keturunannya Aristotle
17. Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum Aristotle
18. Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang
bertahtakan ratna dan mutu manikam- Hamka
19. Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras
Hamka
20. Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam
pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya Hamka
21. Anak-anak perlu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah dibentuk dan
diasuhnya serta belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan Hamka
Perenggan Isi Isu tentang Keluarga: Anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu
bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap
masa hadapannya. / Didikan agama atau kerohanian perlulah mantap kerana Albert
Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah
lumpuh. / Memetik kata-kata mantan Perdana Menteri, kewujudan keluarga penyayang
akan menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang
menghabiskan masa lapangnya di rumah. / Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee
Lam Thye, 40 peratus daripada pelajar kita pada hari terlibat dalam masalah sosial seperti
membunuh, perogol, merompak dan sebagainya.
Perenggan Penutup: Sinergi daripada semua pihak perlu dipupuk umpama sakit sama
mengaduh dan luka sama menyiuk bagi membentuk suatu anjakan paradigma yang
menjamin kelangsungan hidup bermasyarakat yang bebas daripada masalah..../ Kita
tidak seharusnya bersikap tutup sebelah mata, sebaliknya buka mata, buka minda, buka
hati dan kenali diri. / Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau
dan biarlah Malaysia terus gemilang....