Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PENGARUH modenisme menjangkau jauh dari apa yang ada pada seni dan
kesusasteraan. Kini pengaruhnya dikatakan merebak luas dan menyeluruh sebagai
suatu kebenaran dalam budaya kita. Ketamadunan Barat tercabar dan kembali
menyoal tentang kedudukannya, sebagai ketamadunan yang melampaui sempadan
masa. Dalam mengenalpasti modenisme dengan maksud mencari kelebihan dalam
mengkritik diri dan menyemak kembali karya-karya yang lalu sebagai permulaannya
hujah banyak bersandarkan falsafah Kant. Anatara sebabnya, falsafah tersebut
dianggap yang pertama mengkritik kritikan-kritikan lain. Dengan menyakini falsafah
Kant sebagai landasan pertama untuk meneruskan perbincangan modenisme, maka
perbahasan dan rujukan yang lebih patut dilakukan.
1
Satu era dalam sejarah Eropah, menumpukan pada falsafah kebijaksanaan hujah individu yang pandai
menguasai ilmu, logik akal dan aplikasi melalui pemerhatian. Dalam abad ke-18 di Eropah, zaman ini
dianggap suatu ledakan intelektual telah berlaku. Ianya berkembang dalam bidang falsafah estetik dan cuba
mendahului banyak benua sebagai pendahulu dalam kebijaksanaan falsafah ilmu yang dikatakan suatu
pergerakan yang berjaya keluar dari ‘zaman kegelapan’. Rangka pengaruhnya juga dikaitkan dalam
Revolusi Perancis dan di Amerika dalam ‘Declaration of Independence’. Pengaruh yang menangguk
keuntungan dari kebangkitan ini ialah golongan kapitalisme yang dikuasai oleh borguis yang ketika itu
berkuasa dalam memartabatkan seni.
formal dan perlu dilakukan dalam kritikan diri sehingga boleh digelar berupaya
menemukan suatu interpretasi yang sempadannya jauh daripada falsafah sebenar.
Dengan ini seni dapat menyelamat pedokong seni dari tergelincir oleh demonstrasi
yang menjadikan pengalaman ini telah dinilai kembali dalam kebenaran. Sesetengah
seni itu terkeluar dan membawa kesan ke atas dirinya sendiri. Inilah kesan eksklusif
yang pernah terjadi. Perubahan yang cepat, melalui keunikan dan ruang yang ada seni
dikembalikan ke sifat asalnya yang asli menerusi medium yang ada. Sentuhan melalui
kritikan diri telah meletakkan kesan ke atas bidang seni yang lain dan setiap kesan
boleh dipinjamkan terus melalui medium-medium seni yang lain. Ini membolehkan nilai
seni itu diletakkan dalam ketulenan dan sifat tulen ini menjamin satu tahap kualiti.
Ketulenan yang membawa maksud sifat diri dan ditafsir oleh kritikan diri menjadikan
seni itu lebih bernilai.
Dalam seni ilusi yang diolah dan disusun menerusi suatu realiti telah mengangkat
nilai seni. Melalui medium seni yang menonjolkan permukaan rata dan menjadi satu
pinjaman rujukan dari seniman-seniman agung telah berjaya merealitikan suatu
gambaran dalam nostalgia sejarah. Seni lukis moden dikatakan cuba mengikut lorong
yang sama dan meletakkan faktor-faktor positif sebagai perkongsian pengalaman dan
pengetahuan secara terbuka. Lukisan-lukisan Manet misalannya telah muncul sebagai
suatu hasil seni moden melalui pengalaman dijadikan suatu pembaharuan.
Pembaharuan yang dinyatakan sebagai gaya Impresionisme, menghidupkan suasana
melihat dengan mata melalui penggunaan warna-warna terus melalui tiub yang
menampakkan kehidupan sebenar. Cezanne pula dikatakan berkorban untuk
menonjolkan bentuk-bentuk pecahan (kubisme) yang dimainkan di atas kanvas.
Modenisme itu dikatakan wujud dari berbagai sokongan yang membuktikan adanya
penemuan dan penonjolan baru. Pembaharuan yang dimaksudkan ialah suatu proses
memecahkan kebiasaan yang berlaku dalam seni pictorial (seni bergambar, berbingkai
yang berbentuk lanskap(melintang) atau potret (menegak). Apabila kritikan-kritikan ini
timbul, ia membawa perbahasan dan mengangkat sesuatu karya itu menjadi baharu
dan dianggap pembaharuan itu suatu kemodenan.
Melalui karya-karya ini, lahir sesuatu yang dapat dikatakan unik dan eksklusif
terhadap perkembangan seni. Keunikan ini dikongsi ke dalam seni seperti warna yang
maknanya dapat dikongsi dalam seni arca. Dengan penemuan baru permukaan 2D
seolah dilihat seni itu dalam 3D menerusi mainan persepsi ilusi telah turut mengubah
bidang-bidang seni yang lain.
2
Suatu perbahasan yang mencabar penyertaan sedia ada (anti tesis) hasil dari sintesis. Ianya boleh dihujah
dan difahami untuk mencari erti dan hubungannya dengan disiplin ilimu lain secara hubungkait atau
kontradiksi yang dirumus menjadi kesimpulan ilmu. (Antaranya seperti Socratic dialectic, Hegelian
dialectic, Marxist dialectic dan sebagainya)
Prinsip yang diletakkan dalam seni lukis moden ialah makna di sebalik representasi
seni. Ada ruang-ruang untuk dikenalpasti sebagai nilai makna bersama nilai seni.
Anataranya dalam seni abstrak atau non figuratif, nilai representasi itu disemak
kembali. Seperti Kandinsky dan Mondrian, cuba menyusun makna representasi
bersama ilusi untuk melahirkan suatu seni yang unik dalam menggubah gaya seni
pictorial. Suatu sudut pandangan diletakkan antara seniman agung dengan lukisan-
lukisan moden melampaui makna sebenar dalam karya tersebut. Sebelum melihat
karya terlebih dahulu dilihat apakah yang ada dalam diri seniman agung. Apabila
sempadan moden mula lahir, lukisan moden diberi keutamaan seperti melihat dan
mengambil tahu terlebih dahulu gambar atau karya sebelum mengetahui siapa
pembuatnya. Ini bermaksud karya mendahului seniman dan makna dicari dan ditafsir
tanpa mengetahui makna yang ada diminda seniman.
Dalam waktu yang sama, seni lukis moden menunjukkan penolakan ke atas arca
yang masih berpegang pada nilai dan tema tradisi. Dengan keyakinan ini membawa
lebih kesedaran melalui penolakan nilai lama. Sebagai buktinya Manet memberi
tumpuan pada Impresionisme yang menimbulkan perubahan reaksi yang mana
perubahan yang sama berlaku apabila Cezanne pula menonjolkan Kubisme yang
meletakkan penolakan ke atas Impresionisme. Maka Kubisme dianggap berhadapan
dengan nilai revolusi yang meletakkan norma-norma dalam seni catan berlalunya
dengan digantikan melalui penerokaan dan inkuiri yang berlanjutan. Dengan ini telah
melonggarkan pegangan ke atas penggantungan pada rupa bentuk perbingkaian.
Perubahan dan pencarian ini mewujudkan citarasa kepada generasi pelukis-pelukis
modenisme untuk menemukan ramuan baru yang selama ini mereka cari dan nanti-
nantikan, sehingga ada karya hanya menitik beratkan tekstura (jalinan) semata-mata.
Ada pula karya yang menegaskan nilai warna secara kontra.
Sama ada yang sederhana ataupun yang sukar telah diterima sebagai lesen. Hal
yang kontranya ialah lebih dekat sesuatu itu kepada intipati nilai yang ada maka lebih
dekat ke arah kebebasan. Ini ada kaitan dengan avant-garde (dalam sebutan
Perancis yang bersifar baru dan progresif) dan seni modenisme yang mana intipatinya
telah diterima sebagai konvensi dalam lukisan dan telah longgar serta tidak diterima
sebagai syarat lagi. Arahtuju modenisme cuba melihat konvensi-konvensi yang
menjadi batasan itu cuba ditolak. Contoh yang dilakukan oleh Mondrian melalui
garisan-garisan dan mainan warna dalam petak-petak persegi sudah cukup untuk
menonjolkan imej gambar. Dengan perlakuan ini, boleh dibuat perbandingan bahawa
karya-karya seniman agung membawa kita pada ilusi dalam ruang yang
menggerakkan imaginasi kita. Manakala ciptaan ilusi oleh modenisme juga
menggerakkan imaginasi namun ia lebih kepada hal di sebalik apa yang dilihat itu ada
membawa penggembaraan atau hanya pada mata tidak pada minda.
Bibliografi:
Alex Neill & Aaron Ridley, The Philosophy of Art (Reading Ancient and Modern).
New York: Mc Graw-Hill, Inc.,1995 (hlm: 111 – 116)
John Adkin Richardson, Modern Art and Scientific Thought. Chicago: University of
Illinois Press, 1971.