Anda di halaman 1dari 21

UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN

FACULTY OF SCIENCE
MPU3123
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
TUGASAN KUMPULAN
TRIMESTER JANUARI 2017

Tajuk: Amalan Membaca

PENSYARAH : PUAN MUNIROH BINTI SALLEH

Bil. Nama Pelajar No. ID KURSUS


1. Chai Cheng Kai 1502852 FD

2. Hew Ying Chee 1506099 FD

3. Jason Ooi 1504540 CE

4. Ng Wen Xin 1503986 FD

5. Tang Ho Yee 1505542 FD

6. Yap Xiao Qian 1505433 FD

7. Yeoh Jun Xian 1504442 FD

* Tulis nama mengikut urutan A-Z.


Isi Kandungan

Senarai isi kandungan Muka surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Perbincangan isu 3

3.0 Analisis kajian 5

4.0 Pandangan pelajar 8

5.0 Kesimpulan 11

6.0 Bibliografi 13

7.0 Lampiran 15
1.0 PENGENALAN

Membaca merupakan salah satu cara yang paling aula dan berkesan untuk meluaskan

ilmu pengetahuan. Membaca merupakan jendela dunia kerana seseorang akan mengetahui segala

informasi yang ada di penjuru dunia melalui membaca. Melalui bahan bacaan, khususnya buku,

jurnal dan surat akhbar terdapat pelbagai ilmu pengetahuan sama ada yang berkaitan dengan

sains, sejarah, bahasa dan isu semasa dapat diperolehi. Selain daripada mendapat ilmu

pengetahuan, sikap suka membaca bahan bacaan dalam aktiviti harian juga akan membawakan

pelbagai manfaat dalam kehidupan kita seperti kemahiran berfikir dan teknik berkomunikasi.

Realitinya, pada masa kini, kita masih bergelut dengan kelembapan budaya membaca di

negara kita, Malaysia berbanding dengan negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika

Syarikat. Budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih dikira rendah dan berada

pada takuk lama kerana rakyat Malaysia pada umumnya lebih memilih untuk menonton TV,

berlepak dan melayani internet. Negara kita yang sedang pesat membangun memerlukan rakyat

yang berpengetahuan tinggi supaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-

negara maju. Oleh itu, amalan ini haruslah dipupuk, ditumbuhkembangkan, dan dibiasakan

secara kerap .

Dalam hal ini, semua pihak haruslah berganding bahu untuk memupuk minat membaca

dalam diri masyarakat dan tidak melepaskan tanggungjawab itu kepada pihak lain semata-mata

kerana muafakat membawa berkat. Sikap bagai aur dengan tebing akan memupuk amalan

membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan lebih berjaya dan cepat. Bagi ibu bapa,

mereka haruslah menunjuk uswah yang terbaik untuk menyemai minat membaca dalam kalangan

anak-anak kerana mereka adalah entity mithali yang terbaik bagi anak-anak. Tambahan pula,

1
pihak kerajaan bolehlah mengadakan kempen-kempen yang menggalakkan amalan membaca,

memberikan buku-buku percuma dan sebagainya. Media massa seperti radio, televisyen dan

Internet bolehlah menghebahkan kepentingan tabiat membaca kepada masyarakat. Sebagai

rakyat Malaysia pula, kita seharusnya turut mempunyai inisiatif dalam mengubah diri bagi

memupuk minat membaca dlam diri kita sendiri kerana di mana ada kemahuan, di situ ada

jalan.

Dalam tugasan ini, kami akan menjelaskan isu-isu amalan membaca di Malaysia dan

faktorfaktor menyebabkan amalan membaca tidak dipupuk dalam kalangan masyarakat.

Beberapa candangan yang efektif juga dikemukakan dalam tugasan ini.

2
2.0 Perbincangan Isu

Menurut kajian yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1997,

purata amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia hanya sehelai muka surat buku dalam

setahun. Statistik itu dikatakan meningkat kepada dua muka surat setahun pada tahun 2002.

Pada tahun 2005, purata amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia adalah dua buah

buku (Zain). Berdasarkan kajian yang terkini, purata amalan membaca dalam kalangan rakyat

Malaysia adalah antara 8 hingga 12 buku setahun, merupakan tahap sederhana sahaja (Metro,

2015). Walaupun amalan membaca dalam kalangan masyarakat semakin meningkat, tetapi masih

sangat jauh ketinggalan berbanding dengan negara maju lain seperti Jepun dan Amerika

Syarikat. Kurangnya amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia masih berada di

tahap yang membimbangkan.

Isu-isu amalan membaca di Malaysia ialah kebanyakan masyarakat Malaysia mempunyai

sikap malas membaca. Golongan masyarakat pada hari ini terdedah kepada banyak jenis hiburan

yang jauh lebih mudah dan menyenangkan berbanding dengan membaca. Ramai rakyat Malaysia

menganggap amalan membaca merupakan satu aktiviti yang tidak seronok malah membosankan

. Mereka menganggap membaca tidak membawa sebarang manfaat, tujuan membaca hanya

untuk menghadapi peperiksaan atau memperoleh pekerjaan yang lebih baik (Mahmud, 2004).

Oleh itu, mereka lebih berminat menghabiskan kebanyakan masa lapang dengan aktiviti-akticiti

lain seperti memancing, menonton televisyen dan bermain dengan digital dan gadget elektronik

mereka. Contohnya, semasa berada di dalam bus, LRT dan pengangkutan awam yang lain, kita

boleh mendapati bahawa kebanyakan penumpang tidak memanfaatkan masa dengan membaca,

mereka lebih fokus bermain dengan gadget eletronik mereka (Ishak, 2016). Hal ini semakin

menjauhkan amalan membaca dengan masyarakat Malaysia.

3
Di samping itu, kesibukan kehidupan harian menyebabkan purata amalan membaca yang

rendah. Kebanyakan masa masyarakat Malaysia dihabiskan untuk bekerja dan berada di jalan

raya sama ada untuk ke tempat bekerja atau balik rumah. Menurut Undang-Undang Buruh di

Malaysia, purata masa bekerja adalah 8 jam sehari, dan kerja lebih masa tidak melebihi 64 jam

sebulan (Ismail, 2012). Urusan di pejabat yang sangat sibuk dan juga aspek menjaga keluarga

telah membeban dan meletihkan seseorang individual, ini menyebabkan kebanyakan mereka

tidak sanggup menghabiskan masa yang sedikit itu dengan membaca. Mereka lebih sanggup

menghabiskan masa yang singkat dan berharga itu dengan tidur atau melakukan aktiviti lain

yang dapat melepaskan tekanan. Kesimpulannya, kesibukan kehidupan harian menyebabkan

kekurangan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.

Seterusnya, harga buku yang mahal dan isi kandungan yang tidak berkualiti. kejatuhan

nilai mata wang di negara kita telah menyebabkan kenaikan harga barangan termasuk kos

penerbitan (SentiasaPanas, 2015), situasi ini menyebabkan harga buku semakin meningkat.

Harga buku yang mahal telah membebankan masyarakat terutamanya yang berasal dari keluarga

yang miskin. Masyarakat tidak mempunyai kebolehmampuan untuk membeli buku yang mahai

itu. Isi kandungan buku yang hanya mengikuti trend supaya seiring dengan perkembangan

semasa dan selera pembaca (Abdullah, 2017). Situasi ini menyebabkan banyak penerbitan

dengan isi kandungan yang tidak bernilai and tidak berkualiti. Isi kandungan buku hanya untuk

menarik minat pembaca dan tidak akan membawa sebarang manfaat kepada pembaca.

4
3.0 Analisis Kajian

Sebuah kajian soal selidik telah dijalan untuk mengetahui adakah maysarakat mempercayai

amalan membaca boleh memberikan banyak manfaat kepada mereka. Sebanyak 100 responden

telah memberi pandangan mereka terhadap isu tersebut.

Daripada carta di atas, sebanyak 78% rakyat Malaysia mempercayai amalan membaca boleh

membawa banyak manfaat kepada mereka. Hal ini menunjukkan rakyat Malaysia mengetahui

fakta bahawa membaca merupakan amalan yang baik. Lebih daripada 50% rakyat Malaysia

mempercayai amalan membaca akan meluaskan kosa kata mereka, menggalakkan mereka

menimba ilmu dan meningkatkan jangka masa perhatian.

5
Merujuk carta di atas, 33% rakyat Malaysia suka membaca, 28% rakyat Malaysia meluaskan

masa lapang mereka membaca, 43% suka membaca. Kebanyakan rakyat Malaysia bersifat

neutral terhadap menjadikan membaca sebagai hobi mereka. Walaupun, rakyat Malaysia

mengetahui kebaikan membaca, tetapi mereka masih tidak suka membaca dan tidak sering

membaca.

Menurut carta di atas, walaupun kebanyakan rakyat Malaysia hanya membaca apabila rasa perlu

(55%), tapi juga ada yang membaca buku-buku yang tidak berkaitan dengan kurikulum (42%).

Merujuk carta di atas, sebanyak 66% rakyat Malaysia tidak bersejutu bahawa membaca

merupakan satu amalan yang tidak diperlukan, sebab membaca buku-buku, artikel dan jurnal

6
yang tidak berkaitan dengan kurikulum tidak akan meningkatkan pencapaian akademik anda.

Membaca adalah sangat penting terutamanya semasa persekolahan. Membaca merupakan satu

cara saja untuk meningkatkan percapaian akademik. Selain itu, sebayak 53% rakyat Malaysia

bersetuju faedah yang boleh didapati daripada tabiat membaca juga boleh didapati daripada hobi

yang lain. Mereka mempercayai faedah seperti menimba ilmu pengetahuan, meluaskan kosa kata

dan memanjangkan jangka masa perhatian juga boleh didapati daripada hobi-hobi yang lain.

Menurut carta di atas, sebanyak 66% rakyat Malaysia mempercayai bahawa membaca penting

untuk pembangunan negara. Mereka mempercayai membaca boleh meningkatkan tahap

pendidikan. Jika tahap pendidikan meningkat, ekonomi negara juga akan meningkat negara akan

jadi kuat. Di samping itu, sebanyak 82% respondan mempercayai orang ramai patut membaca

kerana alaman membaca banyak membawa manfaat.

7
4.0 Pandangan Pelajar

Ramai orang sedar bahawa kebaikan membaca seperti menambah ilmu pengetahuan,

meningkatkan teknik berkomunikasi, dan sebagainya (Saputra, 2015). Walaubagaimanapun,

terdapat banyak orang yang masih tidak memupuk amalan membaca dalam kalangan maryarakat

Malaysia. Pada pendapat kami, hal ini adalah kerana mereka tidak berminat tentang ilmu

pengetahuan, pemikiran dan kreativiti. Sebagai contoh, mereka akan menyangka bahawa ilmu

pengetahuan yang dimiliki adalah cukup sekiranya boleh lulus dalam peperiksaan. Tambahan

pula, ramai orang tidak akan ingin mengetahui ilmu pengetahuan yang melebihi daripada skop

kehidupan mereka (Mahmud, 2004). Selain itu, mereka juga tidak ingin memperluaskan

pemikiran mereka. Misalnya, mereka akan mengikut cara hidup secara turun temurun

terutamanya orang tranditional. Mereka tidak terima idea baru kerana mematuhi peraturan-

peraturan traditional dan mempunyai pemikiran yang sempit. Selain daripada itu, tanpa ilmu

pengetahuan dan pemikiran yang luas melalui membaca, kreativiti seseorang akan jadi rendah

dan produk baru yang boleh memudahkan kedupan kita tidak dapat diciptakan (Mahmud, 2004).

Di samping itu, faktor seterusnya yang menyebabkan amalan membaca tidak dipupuk

dalam kalangan masyarakat adalah kerana sikap malas. Menurut kajian, ramai orang telah

meluangkan masa dua jam atau lebih di luar untuk bekerja, bersekolah atau aktiviti lain. Selepas

balik ke rumah, mereka akan malas membaca terutamanya remaja akibat keletihan di luar.

Tambahan pula, mereka juga akan menganggap tabiat membaca bosan dan malas membaca

setiap perkataan dalam buku untuk mengisikan masa lapang. Justeru itu, mereka akan memilih

hiburan lain seperti menonton acara televisyen yang lebih menarik. Sehubungan dengan itu,

remaja malas membawa bahan bacaan ke luar dan juga malas melayari Internet untuk mencari

bahan bacaan telah menjadi salah satu tabiat yang buruk. Contohnya, semasa menunggu

8
pengangkutan awam atau menunggu giliran di pejabat kerajaan, mereka akan membuang masa

sahaja sambil menunggu. Hal ini demikian, mereka malas membaca bahan bacaan dan lebih suka

membuang masa begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu. Lanjutan daripada itu, semasa melayari

Internet ramai orang juga lebih suka menonton video berbanding dengan mencari maklumat

untuk menambah ilmu kerana sikap malas membaca (Ishak, 2012).

Wawasan 2020 dapat merealisasikan dengan cepat melalui penbentukan rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan. Oleh itu, banyak cadangan perlu dilakukan untuk memupuk minat

membaca dalam kalangan masyarakat.

Salah satu cadangan untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat

adalah melalui peranan ibu bapa. Bak kata pepatah "Bagaimana acuan, begitulah kuihnya". Ibu

bapa mesti menjadi teladan dan contoh yang baik kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa

boleh membaca buku bersama dengan anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga boleh membeli bahan

bacaan kepada anak sejak kecil kerana melentur buluh biar dari rebungnya. Dengan cara ini,

amalan membaca dapat dipupuk sejak peringat awal lagi dan mereka akan menjadikan membaca

dan membeli bahan bacaan sebagai satu kebiasaan. Selain amalan membaca di rumah, ibu bapa

boleh membawa anak-anak ke perpustakaan. Di perpustakaan, anak-anak dapat memilih dan

meminjam jenis buku yang digemari oleh mereka dan tabiat membaca akan bertambah (Yee,

2011). Tegasnya, peranan ibu bapa amat penting dalam memupuk amalan membaca.

Tambahan pula, pihak kerajaan menggalas tanggungjawab yang besar untuk memupuk

amalan membaca. Pihak kerajaan boleh menganjurkan pameran buku. Kerajaan perlu memberi

buku yang percuma atau mengurang harga buku supaya golongan miskin mempunyai keupayaan

untuk membeli buku-buku. Oleh itu, golongan miskin juga boleh mendapat ilmu pengetahuan.

9
Justerunya, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen. Kempen seperti Marilah Membaca

Malaysia boleh diadakan untuk memupuk amalan membaca . Pihak kerajaan harus melakukan

usaha dalam memupuk minat membaca sebelum nasi menjadi bubur (En, 2015).

Selain itu, peranan sekolah juga tidak boleh disisihkan. Remaja menghabiskan masa

enam atau tujuh jam di sekolah setiap hari. Jadi, guru menggalas tanggungjawab untuk menarik

minat membaca. Guru boleh mengajar pelajar melalui kaedah yang menarik untuk menimbulkan

keinginan membaca pelajar. Seterusnya, program NILAM boleh dianjurkan. Program ini

depercayai dapat menggalakan amalan membaca dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah juga

boleh mengadakan pertandingan membaca dan hadiah atau wang tunai akan diberi kepada

pelajar yang menang. Lama-lamanya, semakin banyak pelajar akan menyertai pertandingan

untuk memenangi hadiah (En, 2015).

Kesimpulannya, amalan membaca merupakan amalan yang baik dan amat penting untuk

semua rakyat terutamanya remaja. Remaja akan menjadi pemimpin pada hari esok. Oleh itu, diri

sendiri mesti mangamalkan amalan membaca supaya melahirkan cendekiawan untuk membantu

Malaysia menjadi negara yang cemerlang dan maju.

10
5.0 Kesimpulan

Kesinpulannya, amalan membaca memainkan peranan yang penting dalam membina

pemuliharaan negara bangsa. Sesungguhnya, hubungan antara bangsa, etnik dan kaum dapat

disalin dan dikukuhkan oleh membaca dan melahirkan sebuah masyarakat yang berkemampuan

dalam pembinaan negara. Seterusnya, amalan membaca boleh membawa manfaat dalam

pembinaan bangsa kerana menbaca bukan sahaja dapat menjana pendapatan individu, kumpulan

dan negara, malah juga dapat mengekalkan kesihatan mental untuk setiap individu.

Tambahan pula, penulis yang terkenal di Malaysia contohnya, Sharifah Abu Salem,

Ramlee Awang Mursid, Aisya Sofea dan lain-lain juga memjejaskan masyarakat Malaysia dari

segi penanaman amalan membaca dalam jiwa masyarakat.

Di samping itu, pihak kerajaan telah memperkenalkan strategi-strategi untuk membina

konsep negara bangsa melalui membaca. Pengenalan kempen membaca seperti Majlis

Pelancaran Bulan Membaca Kebangsaan, Karnival Buku dan Kebudayaan, Pameran Koleksi

Nadir dan Peribadi dan lain-lain. Pihak kerajaan juga telah memberikan galakan penyertaan

membaca dalam masyarakat dan pembangunan kepemimpinan belia.

Seterusnya, demi mencapai matlamat konsep negara bangsa melalui membaca, pelbagai

langkah yang harus dilakukan supaya kualiti menbaca dapat ditingkatkan. Antara langkah

tersebut termasuklah pelancaran Kem Membaca 1Malaysia (KM1M), salah satu di bawah

Program Gerakan Tabiat Membaca.

Pada pendapat saya, memang tidak dapat dinafikan bahawa analan membaca telah

menjadi topik yang amat penting dalam kehidupan kita. Membaca bukan sahaja dapat memberi

kebaikan kepada individu, malah juga kepada masyarakat dan negara. Aktiviti membaca yang

11
melibatkan pelbagai kaum dan etnik di Malaysia telah memberikan peluang emas untuk kita

supaya sentiasa bekerjasama, bertolak ansur, memupuk pemuliharaan. Hal ini dapat memupuk

minat membaca secara beterusan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat lalu mengeratkan

hubungan antara kaum serta mengikis aspek negatif ke arah keharmonian negara.

Keseluruhannya, saya menyeru seluruh masyarakat Malaysia untuk bersatu padu

melibatkan diri dalam aktiviti membaca bagi mencapai hasrat negara dalam segi pembinaan

konsep negara bangsa. Hal ini kerana sekadar hobi dan minat seseorang individu tidak lagi dijadi

oleh membaca tetapi aset bagi sesebuah negara telah dijadi dalam mempelopori kemasyhuran.

Usaha pasti akan membuahkan keputusan jika kita cuba bersama-sama sebagai warga Malaysia

untuk membina konsep negara bangsa melalui membaca.

12
6.0 Bibliografi

Abdullah, J. I. (2017). Memperkasa Dan Memartabatkan Industri Buku Malaysia. Dipetik 6

March 2017, dari http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1324559

En, A. L. (27 April , 2015). Cara-cara Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan

Masyarakat. Dipetik 12 March 2017, dari

http://adamkarangan.blogspot.my/2015/04/cara-cara-memupuk-amalan-membaca-

dalam.html

Ishak, N. B. (2012). Sindrom Malas Membaca di Kalangan Rakyat Malaysia. Dipetik 12 March,

2017, dari http://www.southern.edu.my/malay/lain/artikel02.html

Ismail. (2012). Waktu-Waktu Kerja (Hours Of Work). Dipetik 6 March 2017, dari

https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/waktu-waktu-kerja-hours-of-works

Mahmud, Z. (2004). Punca orang Malaysia kurang membaca. Dipetik 12 March, 2017, dari

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0726&sec=Rencana&pg=re_07.

htm

Metro, M. (2015). Suka membeli, malas membaca. Dipetik 6 March 2017, dari

http://www.hmetro.com.my/node/79536

Saputra, D. (2015). 15 Manfaat Membaca Buku dalam Kehidupan. Dipetik 12 March, 2017, dari

http://manfaat.co.id/manfaat-membaca-buku

SentiasaPanas. (2015). Penurunan Nilai Ringgit, Kesan Buruk Melebihi Kesan Baik. Dipetik 6

March 2017, dari http://www.sentiasapanas.com/2015/08/penurunan-nilai-ringgit-kesan-

buruk.html#axzz4akFJga7X

13
Yee, P. (2011). Bahagian A - Cara-cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan.

Dipetik 12 March 2017, dari http://karanganpmr.blogspot.my/2011/07/bahagian-cara-

cara-untuk-memupuk-minat.html

Zain, S. M. (n.d.). Budaya Ilmu dalam Kalangan Rakyat Malaysia. Dipetik 6 March 2017, dari

http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=1254

14
7.0 Lampiran

A Soal selidik

MPU 3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

1. Soal seledik ini dibentuk dengan tujuan untuk mengetahui tentang amalan membaca dan
persepsi terhadap amalan ini dalam kalangan masyarakat hari ini.
2. Segala maklumat yang dijawab atau diberi dalam soal selidik tersebut akan
DIRAHSIAKAN
3. Kerjasama anda melengkapkan soal selidik tersebut adalah amat dihargai sekali.

BAHAGIAN A: PENGENALAN DIRI

1. Umur: tahun

2. Kaum:

3. Agama:

4. Fakulti: ( FSc/FBF/FAS/FEGT/FICT/ICS/CFS)

5. Kursus diambil:

15
BAHAGIAN B: AMALAN MEMBACA DALAM KEHIDUPAN
ANDA DAN PANDANGAN ANDA TERHADAP AMALAN
MEMBACA

Arahan: Tandakan (/) pada jawapan di ruang yang disediakan.

Sangat Setuju Neutral Tidak Sangat


setuju setuju tidak
setuju
1.Anda banyak membaca
You read a lot.

2.Anda menghabiskan sebahagian


besar masa lapang anda dengan
membaca.

You spend most of your free time


reading.

3.Anda suka membaca.

You enjoy reading.

4.Anda selalu membaca buku-


buku, artikel atau jurnal yang
tidak berkaitan dengan kurikulum.

You read books, articles or


journals that are not related to
the curriculum a lot.

5.Anda hanya membaca apabila


anda rasa perlu, sebagai contoh,
mengulang kaji pelajaran untuk
melalui ujian yang akan sampai
tidak lama lagi.

You will only read when it is

16
necessary, for example, doing
revision when a test is around the
corner.

6.Anda rasa amalan membaca


adalah bermanfaat kepada anda.
You find reading to be beneficial
to you.

7.Anda bersetuju bahawa amalan


membaca adalah amat penting
bagi meluaskan kosa kata anda.

You agree that having a reading


habit is important for developing
your vocabulary.

8.Anda bersetuju bahawa amalan


membaca menggalakkan anda
untuk menimba ilmu.

You agree that having a reading


habit encourages a thirst for
knowledge.

9.Anda bersetuju bahawa amalan


membaca boleh meningkatkan
jangka masa perhatian.

You agree that reading increases


attention span.

10.Anda anggap bahawa


membaca amat memakan masa.

You perceive reading to be time-


consuming.

11.Anda anggap bahawa


membaca amat membosankan.

You perceive reading to be


boring.

17
12.Anda anggap bahawa
membaca merupakan satu amalan
yang tidak diperlukan, sebab
membaca buku-buku, artikel dan
jurnal yang tidak berkaitan
dengan kurikulum tidak akan
meningkatkan pencapaian
akademik anda.

You perceive reading to be


unnecessary, as reading books,
articles or journals that are not
related to the curriculum will not
help in boosting your academic
performance.

13.Anda percaya bahawa faedah


mempunyai tabiat membaca juga
boleh didapati daripada tabiat atau
aktiviti-aktiviti lain seperti
menonton televisyen atau
mendengar stesen radio.

You believe that the benefits of


having a reading habit can also
be gotten from other habits or
activities, such as watching
television or listening to a radio
station.

14.Anda percaya bahawa


membaca adalah penting bagi
pembangunan sesebuah negara.

You believe that reading is


essential for the development of a
country.

15.Anda percaya bahawa orang,


termasuk anda, patut lebih kerap
lagi membaca.

You believe that people, including

18
you, should read more.

TERIMA KASIH

19

Anda mungkin juga menyukai