Anda di halaman 1dari 10

KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S


1 APAKAH DEMAM DENGGI?????........... 2

2 SEJARAH PENYAKIT 2

3 BAGAIMANAKAH PENYAKIT INI MEREBAK?? 3

4 BAGAIMANAKAH TERJADINYA DEMAM DENGGI???? 3

&APAKAH PENYEBAB DEMAM DENGGI?

5 JENIS DEMAM DENGGI..................... 4

-denggi klasik

-denggi berdarah

6 APAKAH FAKTOR YANG MENINGKATKAN RISIKO DENGGI?? 5

7 BAGAIMANAKAH KEDUDUKAN PENYAKIT INI?????? 5

8 APAKAH GEJALA DENGGI???? 6

9 DENGGI 6

10 SINDROM RENJATAN DENGGI 7

11 APAKAH KOMPLIKASI YANG MUNGKIN TIMBUL??????????? 7

12 APAKAH UJIAN-UJIAN YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGESAN PENYAKIT INI? 7

13 APAKAH RAWATAN YANG DIBERI UNTUK RAWATAN DEMAM DENGGI??? 8

14 BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENCEGAH DENGGI? 8

15 MUSNAHKAN TEMPAT PEMBIAKAN JENTIK-JENTIK 9

16 HAPUSKAN AEDES DEWASA 9


17 PENGHARGAAN 10
APAKAH DEMAM DENGGI?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam
antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini.Jenis demam denggi yang lebih merbahaya
ialah demam denggi berdarah.Ia merupakan penyebab utama kematian kanak-kanak di kebanyakan
negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

SEJARAH DENGGI

 Wabak pertama denggi dikenali pasti berlaku hampir serentak di seluruh dunia,iaitu di
Asia,Afrika dan Amerika Utara pada sekitar tahun 1780.Namun demikian hanya pada tahun
1779,barulah penyakit tersebut dikenali pasti dan diberi nama oleh pakar saintis penyakit
berjangkit.

 Pada awalnya,virus demam denggi tidak berbahaya tetapi apabila ia meletus di Asia Tenggara
pada tahun 1950-an,dan pada 1975,virus denggi berdarah menjadi sebab utama kematian di
kalangan kanak-kanak di kebanyakan negara di Asia Tenggara,termasuk Malaysia.

 Wabak denggi semakin berleluasa menyerang manusia semenjak tahun 1980-an lagi dan pada
akhir 1990-an,denggi telah diklasifikasikan sebagai salah satu penyakit virus bawaan nyamuk
yang paling utama menjangkiti manusia,Pada Februari 2002 pula,terjadinya penyebaran
wabak denggi yang teruk di Rio De Janeiro,Brazil,yang menjangkiti hampir satu juta
penduduk dan telah mengakibatkan enam belas kematian.

 Untuk pengetahuan anda, nyamuk Aedes aegypti bersal dari Ethiopia dan telah mula tersebar
di Brazil bersama-sama hamba abdi yang dibawa menggunakan kapal laut pada akhir abad
ke-18.

BAGAIMANAKAH PENYAKIT INI MEREBAK??????


Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.

Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk Aedes yang membawa kuman virus denggi, menghadapi risiko
yang lebih tinggi mendapat denggi.Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya
berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

 Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa
virus denggi.
 Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8-12 hari
selepas menghisap darah manusia (perumah).
 Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat
kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia,monyet boleh dijangkiti dan
menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
 Nyamuk betina yang dijangkiti virus boleh memindahkan virus tersebut ke generasi
seterusnya melalui pemindahan transovarial(melalui ovari).
 Virus denggi dari perumah pertama(mangsa pertama) hanya dapat
menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan
sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.Nyamuk yang telah dijangkiti
membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada
manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus
denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit
ini.

 Apakah penyebab demam denggi?

 Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia
melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

 Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4.
Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya
kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor
lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan
bandar.
JENIS DEMAM DENGGI

DENGGI KLASIK-

Mereka yang menghidap penyakit demam denggi klasik akan mengalami demam kuat selama empat
hingga tujuh hari.Penghidap demam ini akan berasa lemah pada seluruh bahagian badan dan lebih
teruk lagi,ia mengakibatkan pesakit tidak bertenaga langsung untuk bangun.

Lebih membimbangkan lagi,jika pesakit mulai rasa sengal tulang yang diikuti dengan
munculnya bintik-bintik merah di bawah kulit.Rawatan yang diberi kepada penghidap demam ini
adalah dengan menstabilkan pesakit,bergantung kepada keadaan pesakit,iaitu mengurangkan demam
(suhu badan)dan mengelakkan daripada berlakunya komplikasi perdarahan .

DENGGI BERDARAH

Mereka yang mengalami demam ini juga akan mengalami gejala yang hampir sama dengan denggi
biasa,namun pesakit akan mengalami pendarahan pada bahagian hidung,lipatan siku ,dan mulut.

Penghidap akan diserang demam yang sangat panas,kehilangan selera makan dan muntah.Ini
secara langsung akan menyebabkan dehidrasi atau pengurangan air tubuh pada pesakit.Oleh
itu,pesakit amat digalakkan supaya minum lebih banyak air,atau mengambil air dalam kuantiti yang
lebih banyak.
Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?

Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes
menghadapi risiko dijangkiti demam ini.

Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:

 Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.


 Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering
membawa kematian kepada kumpulan ini.

Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?

Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3
dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan
demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000
penduduk.

Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad
kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika,
Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya
sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali
ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti
di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko
demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah
mencapai 15% atau lebih .
Apakah gejala denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam
denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

Denggi

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

 Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta
dengan kemunculan ruam.

 Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom
demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam
dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.

 Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.

 Kadar kematian amat rendah.

 Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti
gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi
yang tidak spesifik.

 Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit
di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.

 Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-
41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.

 Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang
selepas demam sembuh.

 Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion
berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)
Sindrom Renjatan Denggi

Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari.
Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat

Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral
(circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang
kritikal.

Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)
(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa.
Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika
rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin
meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi
antirenjatan.

Apakah komplikasi yang mungkin timbul?

Komplikasi demam denggi ialah:

 Demam Denggi Berdarah.

 Sindrom Renjatan Denggi.

Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?

 Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel
platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang
tinggi lazimnya dikesan.

 Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan
diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang
paling boleh dipercayai.
Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?

Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.

 Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah
memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan
muntah-muntah.

 Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun,
salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis -
mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti
aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu
diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.

 Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang
hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan
menghasilkan kesan yang menggalakkan.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

 Perlindungan dari gigitan nyamuk.


 Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
 Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
 Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk
Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air.
Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk
mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:

 Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan
ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.

 Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.

 Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.

 Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau
sampah sarap lain yang menyekat aliran air.

 Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung
air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah
yang bertutup.

Hapuskan nyamuk Aedes dewasa

Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah.
Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah
dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk
mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.

 
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru,keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu saya
menyiapkan buku skrap ini.Terima kasih tidak terhingga juga kepada ibu saya yang banyak memberi
tunjuk ajar semasa menyiapkan buku skrap ini.Idea-idea yang disumbangkan oleh rakan-rakan yang
sudi berkongsi maklumat amat saya hargai dan diucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu
Rozahiran,Cikgu Farawahida ,dan Cikgu Nuraini.

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai