Anda di halaman 1dari 20

Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Bersyukur dengan limpah kurnia Allah SWT, dapat juga saya


menyiapkan tugasan cuti ini iaitu folio sejarah Bab Lima yang
bertajuk Kerajaan Islam Di Madinah.

Sekalung penghargaan diberikan kepada guru mata pelajaran


Sejarah saya iaitu Puan Aslina Bt Othman kerana telah mengajar
subjek sejarah untuk kelas 4Farabi. Tanpa beliau, tidaklah saya
memahami subjek ini. Terima kasih cikgu.

Sejuta penghargaan juga diberikan kepada kedua ibu bapa saya


kerana telah membantu saya dari segi kewangan dengan
membayar semua kos untuk menghasilkan folio ini. Terima kasih
juga atas semangat yang diberikan kepada saya sepanjang proses
menyiapkan folio ini.

Tidak lupa juga kepada rakan- rakan sekelas saya, 4 Farabi yang
turut membantu untuk menjawab sebarang kekeliruan saya
sepanjang proses menyelesaikan folio ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada


semua pihak yang telah membantu saya sama ada secara langsung
atau tidak langsung.

Sekian, terima kasih.

1
Isi Kandungan
Bil Butiran M/S
1 Penghargaan 1
2 Isi Kandungan 2
3 Pengenalan 3
4 Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua 4
5 Perjalanan Hijrah Nabi Muhammad Saw 5
6 Konsep Hijrah 6
7 Nabi Muhammad S.A.W Berhijrah ke Madinah 7
8 Rentetan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah 8
9 Sebab Dan Tujuan Hijrah 9
10 Kepentingan Hijrah 10
11 Piagam Madinah 11
12 Kandungan Piagam Madinah 12
13 Kepentingan Piagam Madinah 13
14 Penyebaran Islam 14
15 Perjanjian Hudaibiyah 15
16 Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah 16
17 Pembukaan Semula Kota Makkah 17
18 Kepentingan Pembukaan Semula Kota Makkah 18
19 Rumusan 19
20 Rujukan 20

2
Pengenalan
Madinah al- Munawwarah bererti bandar bercahaya yang
dikenali dengan nama Yathrib sebelum ketibaan Nabi
Muhammad S.A.W.
Terletak di utara Makkah iaitu di tengah- tengah perjalanan
jalan dagang antara Makkah dan Syam.
Tiga golongan penduduk di Madinah iaitu Nasrani, Yahudi dan
Arab.
Golongan Yahudi: Bani Quraizah, Bani Qunaiqa dan Bani
Nadhir.
Golongan Arab: suku Aus di Selatan dan Timur Madinah dan
suku Khazraj di bahagian tengah Madinah.
Suasana kehidupan di Madinah kurang aman disebabkan:
- Pergeseran yang berlaku antara suku Arab
- Penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi.

3
Perjanjian Aqabah

Pertama dan Kedua


Aqabah ialah sebuah tempat yang terletak di antara Mina dan Makkah.
Ketika di Makkah, beberapa orang suku Khazraj berjumpa dengan Nabi
Muhammad S.A.W di Aqabah telah memeluk Islam.
Mereka kembali ke Madinah dan menyebarkan Islam.
Pada musim Haji berikutnya, 621 M, suku Aus dan Khazraj telah menemui
Nabi Muhammad S.A.W sekali lagi dan terjalinlah Perjanjian Aqabah
Pertama.
Isi perjanjiannya ialah mereka:
-hendaklah beriman kepada Allah S.W.T dan Rasul
-berjanji akan membantu baginda S.A.W.
-tidak akan melakukan amalan jahiliah.
Selepas perjanjian ini, Nabi Muhammad S.A.W menghantar Musab bin Umair
ke Madinah untuk menyebarkan Islam di sana.
Pada tahun 622 M, suku Aus dan Khazraj menandatangani Perjanjian
Aqabah Kedua.
Isi perjanjiannya ialah mereka:
-memeluk Islam dan mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad
S.A.W.
-menjemput Nabi Muhammad S.A.W dan orang Islam di Makkah behijrah
ke Madinah.
- secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan
keselamatan untuk baginda S.A.W dan orang Islam Makkah.
-menyatakan kesediaan mempertahankan Islam.

4
Perjalanan Hijrah Nabi

Muhammad S.A.W
Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September
622 M.
Berlaku secara senyap dan berperingkat- peringkat.
Nabi Muhammad S.A.W berhijrah selepas penghijrahan
orang Islam yang lain.
Perjalanan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W ditemani oleh
Abu Bakar as- Siddiq selama 12 hari.
Umar al- Khattab berhijrah secara sendirian dan
terang- terangan kerana sifat keberaniannya.

5
Konsep Hijrah
Perkataan Arab yang bermaksud berpindah.
Secara umumnya, berlaku dari satu tempat ke tempat yang lain.
Dalam konteks tamadun Islam, perpindahan orang Islam dari kota
Makkah ke Madinah adalah untuk mengukuhkan Islam.
Pengertian lebih luas, perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan
meninggalkan keburukan dan kejahatan serta semangat ingin berubah
dari segi sikap, cara berfikir dan tingkah laku.
Tafsiran orientalis barat, suatu pelarian tetapi ia disangkal kerana konsep
hijrah Islam berbeza dengan konsep barat kerana:
- Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah kerana jemputan
orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah
Kedua.
- Ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah telah disambut dengan rela
dan meriahnya oleh orang Madinah.
- Orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal dan keselamatan
mereka terjamin oleh orang Arab Madinah.
- Nabi Muhammad S.A.W dilantik sebagai pemimpin Madinah dan baginda
diterima oleh semua golongan masyarakat Madinah temasuk orang bukan
Islam.

6
Nabi Muhammad SAW
Berhijrah Ke Madinah
Bermula setelah baginda S.A.W berjaya melepaskan
diri daripada kepungan pemuda Quraisy di hadapan
rumah baginda.
Ali bin Abu Talib menawarkan diri untuk tidur di
tempat baginda S.A.W dengan menggunakan selimut
baginda.
Setelah keluar dari rumah, baginda S.A.W telah
bertemu dengan Abu Bakar as- Siddiq dan
menyatakan perintah Allah S.W.T supaya baginda
berhijrah.
Baginda dan Abu Bakar as- Siddiq bersembunyi di
Gua Thur sebelum meneruskan Hijrah ke Madinah.
Perjalanan mereka dipandu oleh Abdullah bin Arqat
yang belum memeluk Islam.

7
Rentetan Hijrah Nabi
Muhammad S.A.W ke Madinah
Nabi Muhammad S.A.W memeterai Perjanjian Aqabah Pertama dengan orang Madinah

Nabi Muhammad S.A.W memeterai Perjanjian Aqabah Kedua dengan orang Madinah

Nabi Muhammad S.A.W mendapat tahu tentang pakatan untuk membunuhnya daripada
wahyu Allah S.W.T

Nabi Muhammad S.A.W ke rumah Abu Bakar as- Siddiq dan memberitahu beliau tentang
wahyu Allah S.W.T memerintahkan baginda supaya berhijrah

Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar as- Siddiq bersembunyi di Gua Thur selama tiga
malam

Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar as- Siddiq sampai ke Quba dan mendirikan
Masjid Quba

Nabi Muhammad S.A.W mendirikan Masjid An- Nabawi, mempersaudarakan golongan


Muhajirin dan Ansar serta membentuk Piagam Madinah

8
Sebab Dan Tujuan
Hijrah
Perintah Allah S.W.T melalui wahyu iaitu Surah al- Anfal
yang menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk
membunuh baginda dan baginda dengan Abu Bakar as-
Siddiq selamat sampai ke Madinah dengan perlindungan
Allah S.W.T.
Ancaman daripada orang Quraisy telah menjejaskan aktiviti
penyebaran Islam maka untuk meneruskan penyebaran
Islam, suasana aman di tempat baru akan memudahkan
lagi penyampaian dakwah Islamiah menurut Nabi
Muhammad S.A.W.
Jemputan masyarakat Arab Madinah kerana suku Aus
dan Khazraj di sana sering bertelagah sesama sendiri dan
ekonomi mereka dikuasai oleh orang Yahudi maka mereka
memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
Baginda S.A.W juga diperlukan di Madinah untuk
mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa
bermusuhan.

9
Kepentingan Hijrah
Dakwah Islam dapat disebarkan secara aman dan terang.
Mempersaudarakan suku Aus dan suku Khazraj.
Mempersaudarakan orang Islam Madinah dan Makkah.
Orang Makkah yang berhijrah ke Madinah digelar Muhajirin dan orang
Madinah digelar Ansar.
Menyatukan penduduk pelbagai suku, budaya dan agama di Madinah.
Nabi Muhammad S.A.W membina Masjid An- Nabawi yang menjadi
tempat beribadat, belajar, bertemu dan berbincang, di persekitaran
masjid dijalankan aktiviti jual beli.
Takwim Hijrah sempena peristiwa Hijrah digunakan bermula dari
pemerintahan Khalifah Umar.
Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al- Munawwarah yang
bermaksud kota bercahaya.
Membawa kepada sikap toleransi dan saling tolong- menolong di
antara orang Islam Makkah dan orang Islam Madinah.
Berjaya dengan sokongan dan pengorbanan harta dan nyawa para
sahabat seperti Abu Bakar, Ali dan Abdul Rahman bin Auf.
Wanita juga sanggup berkorban seperti Asma puteri Abu Bakar yang
ke Gua Thur untuk menghantar makanan dan berita kepada Nabi
Muhammad S.A.W dan bapanya.
Menunjukkan ketabahan Nabi Muhammad S.A.W meninggalkan
kesenangan hidup dan tidak berputus asa.
Menunjukkan kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W yang tidak
terus ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di Gua Thur.

10
Piagam Madinah
> Dikenali juga sebagai Sahifah Madinah
> Sebuah perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi
Muhammad S.A.W berpandukan wahyu Allah S.W.T pada
tahun 622 Masihi.
> Asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang
mempunyai masyarakat Islam dan masyarakat bukan
Islam.
> Mencatatkan tentang peraturan dan tanggungjawab
ketua negara dan rakyatnya serta dirangka berasaskan
persetujuan orang Islam dan orang bukan Islam.
> Kandungannya lengkap, menyeluruh dan mengambil kira
kepentingan semua pihak.
> Mengandungi 47 fasal.
> 23 fasal membincangkan hubungan di kalangan orang
Islam dan tanggungjawab mereka.
> 24 fasal lagi adalah tentang tanggungjawab orang bukan
Islam terhadap negara Madinah.

11
Kandungan Piagam Madinah
1. Politik
~ Nabi Muhammad S.A.W pemimpin di Madinah.
~ Baginda adalah hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara
orang Islam dan bukan Islam.
2. Agama
~ Masyarakat Madinah bebas menganuti agama masing- masing.
~ Mereka bebas mengamalkan adat masing- masing selagi tidak bertentangan
dengan Islam.
3. Sosial
~ Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai
tanggungjawab yang sama terhadap negara.
~ Mereka tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.
4. Perundangan
~ Undang- undang Islam digunakan secara menyeluruh tetapi peraturan
kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak
bertentangan dengan Islam.
5. Ekonomi
~ Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi
negara.
~ Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan.
6. Pertahanan
~ Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah
daripada ancaman luar.
7. Kedudukan Yahudi
~ Keselamatan Yahudi terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan
Madinah.

12
Kepentingan Piagam Madinah
Model pemerintahan berasaskan Islam yang mana agama Islam boleh
dilaksanakan dalam negara berbilang agama dan bangsa.
Kandungannya merangkumi peraturan dunia dan akhirat.
Amalan riba dan menipu tidak dibenarkan sebaliknya sedekah dan keadilan
ekonomi digalakkan.
Nabi Muhammad S.A.W berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah
dan nilai yang ditanamkan ialah ukhuwah Islamiah.
Konsep keadilan sosial iaitu Islam menekankan pesamaan dan persaudaraan
dan tiada perbezaan taraf dalam masyarakat.
Nabi Muhammad S.A.W mempraktikkan amalan positif seperti perpaduan,
rela berkorban dan bantu- membantu.
Syariah Islam yang adil sesuai diikuti oleh semua masyarakat.
Nabi Muhammad S.A.W menyusun perlembagaan dahulu sebelum
membentuk kerajaan.
Pemerintahan Islam meletakkan Allah S.W.T sebagai kuasa tertinggi.
Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab.
Semua bangsa mesti mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
Semua penduduk mestilah mempertahankan negara Islam.

13
Penyebaran Islam
{ Quraisy Makkah mencari sokongan orang Arab dan Yahudi di tanah Arab bagi
menentang Islam di Madinah.
{ Strategi baginda pula dengan menyebarkan Islam secara meluas di Rom, Parsi,
Mesir dan Habsyah.
{ Nabi Muhammad S.A.W menghantar beberapa orang perutusan ke negara-
negara tersebut untuk menyebarkan Islam.
{ Nabi Muhammad S.A.W menggunakan kaedah diplomasi dengan mewujudkan
persefahaman dengan negara- negara tersebut di samping menyebarkan Islam.
{ Serangan Quraisy terhadap kabilah Islam akhirnya membawa perang tetapi
perang dalam Islam hanyalah untuk maruah diri, agama dan negara namun ia
hanya boleh dilakukan selepasnya turunnya wahyu Allah S.W.T.
{ Antara siri peperangan dalam Islam di Madinah ialah perang Tabuk, perang
Badar, perang Khandak dan perang Uhud.
{ Allah S.W.T memberi izin untuk berperang setelah mereka diserang Quraisy.
{ Prinsip perang dalam Islam ialah berperang apabila diserang musuh, mencari
keamanan agar tempat beribadat terjaga, menentang kezaliman dan
mempertahankan diri.
{ Sekiranya musuh Islam inginkan perdamaian, maka umat Islam perlulah
memilih perdamaian.
{ Perang antara orang Islam dengan Quraisy Makkah tidak memaksa musuh
memeluk Islam namun penerimaan agama Islam adalah secara suka rela.
{ Dalam perang Badar, walaupun Islam menang, tawanan wanita dan kanak-
kanak dibebaskan, tawanan lelaki akan dibebaskan jika berjaya mengajar 10
orang kanak- kanak Islam sehingga pandai.
{ Tentera Islam yang berperang dilarang membunuh sesuka hati termasuklah
memusnahkan tumbuhan.
{ Kesannya lebih ramai masyarakat yang memeluk Islam selepas perang Badar.

14
Perjanjian Hudaibiyah
0 Pada tahun 628M, umat Islam berhasrat untuk menziarahi Makkah
tempat asal Muhajirin untuk mengerjakan Umrah.
0 Mereka disekat oleh orang Arab Quraisy di Hudaibiyah kerana Quraisy
merasa maruah mereka tercabar dan bimbang akan kekuatan Islam.
0 Orang Islam berusaha untuk menerangkan tujuan sebenar
kedatangan mereka melalui perutusan Uthman bin Affan, malangnya
pihak Quraisy tidak memperdulikan hasrat orang Islam.
0 Setelah mendapat tahu bahawa orang Islam telah berikrar untuk
menuntut bela kematian Uthman bin Affan, Quraisy menghantar
Suhail bin Amru untuk berunding.
0 Perjanjian Hudaibiyah telah termeterai antara orang Islam dengan
Arab Quraisy.
0 Antara kandungan Perjanjian Hudaibiyah ialah:
~ Genjatan senjata selama 10 tahun.
~ Kabilah Arab lain bebas memihak kepada pihak pihak Islam
Madinah atau Quraisy Makkah.
~ Orang Islam Madinah yang memihak kepada Makkah tanpa
kebenarannya penjaganya tidak perlu dipulangkan.
~ Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa
kebenarannya penjaganya akan dipulangkan.
~ Umat Islam boleh mengerjakan Umrah pada tahun
berikutnya.

15
Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah
Memberi peluang kepada umat Islam untuk
menunaikan Haji.
Memberi kebebasan umat Islam ke Makkah dan
menunaikan ibadat di Kaabah.
Tempoh pendamaian ini memberi peluang kepada
dakwah Islamiah ke seluruh tanah Arab tanpa
gangguan Quraisy.
Memberi gambaran Islam tersebar secara aman.
Perkara ke- 3 dan 4 kelihatan menguntungkan pihak
Quraisy tetapi ia tetap menguntungkan Islam di mana
tokoh berpengaruh iaitu Khalid bin al- Walid dan Amru
bin al- As memeluk Islam.
Menunjukkan Nabi Muhammad S.A.W pemimpin yang
unggul, dikagumi dan berwawasan.
Menunjukkan Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam
di Madinah.

16
Pembukaan Semula Kota Makkah
Nabi Muhammad S.A.W membuka semula Kota
Makkah selepas hampir lapan tahun baginda tinggal di
Madinah.
Pembukaan ini kesan daripada tindakan Quraisy yang
melanggar Perjanjian Hudaibiyah yang telah dibuat.
Pembukaan ini ialah strategi jangka panjang Nabi
Muhammad S.A.W menyebarkan Islam kerana
penguasaan Makkah akan memantapkan Islam.
Nabi Muhammad S.A.W dan tenteranya memasuki
Makkah secara aman.
Tokoh Quraisy iaitu Abu Suffian dan al- Abbas amat
khuatir lalu memeluk Islam sebelum kedatangan
tentera Islam.
Empat pasukan tentera seramai 10 ribu orang masuk
ke Makkah diketuai oleh Khalid al- Walid, Abu
Ubaidah, Saad Ubadah dan Zubair al- Awwam.
Mereka memasuki Makkah dari arah utara, selatan,
barat dan barat daya Makkah.
Taktik ini memudahkan Makkah dikepung lalu dibuka.

17
Kepentingan Pembukaan Kota Makkah
Pembukaan Makkah menyebabkan Abu Suffian dan al-
Abbas memeluk Islam diikuti Arab Quraisy yang lain.
Nabi Muhammad S.A.W memberi jaminan keselamatan kepada
mereka yang terkepung di dalam kota Makkah.
Setelah berjaya, Nabi Muhammad S.A.W bertawaf mengelilingi
Kaabah dan berpidato menyatakan pentingnya perpaduan
antara pelbagai bangsa dan agama.
Nabi Muhammad S.A.W memaafkan pihak Quraisy dan tidak
berdendam.
Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah dan berhala
dihapuskan dan masyarakat Islam mendalami ilmu Islam.
Makkah menjadi kota suci umat Islam dan tempat beribadat
seperti ibadat Haji.
Madinah tetap menjadi pusat pemerintahan Islam, dan
Makkah menjadi wilayah kerajaan Islam.
Selepas itu, berlakunya peristiwa Haji terakhir Nabi
Muhammad S.A.W.
Dalam khutbah terakhir, baginda berpesan yang bermaksud
pusaka yang baginda tinggalkan selepas wafat ialah al- Quran
dan sunnah, umat Islam tidak akan sesat selagi tidak
meninggalkan pusaka itu.
Nabi Muhammad S.A.W wafat pada 632M bersamaan 11 Hijrah.

18
Rumusan
Kesabaran, kebijaksanaan dan kemurniaan akhlak
yang dipaparkan oleh Nabi Muhammad S.A.W
merupakan kunci kejayaan pembentukan tamadun
Islam.
Perpaduan dan keharmonian hidup antara masyarakat
sangat penting.
Prinsip dan nilai murni yang ditunjukkan oleh Nabi
Muhammad S.A.W dapat dijadikan pedoman kepada
anak muda pada zaman sekarang.
Sikap tidak menyerah kalah untuk meneruskan
perjuangan harus ditanam dalam jiwa kita.
Rintangan dan halangan harus ditempuhi dengan cekal
demi memperoleh kejayaan yang cemerlang.

19
Rujukan
Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat
Aplikasi Nota Padat Sejarah Tingkatan
Empat

20

Anda mungkin juga menyukai