Anda di halaman 1dari 8

PENDAHULUAN

Pengenalan

Cochran dan Lytle (1990) menyatakan kajian tindakan sebagai penyelidikan

berasaskan bilik darjah yang merupakan inisiatif guru dan dilaksanakan oleh guru.

Penyelidikan yang dijalankan membolehkan guru meneroka isu-isu yang menarik

perhatian mereka. Pendekatan ini juga membolehkan ilmu guru dijadikan sebahagian

daripada literatur pendidikan dan seterusnya, secara tidak langsung, menyumbang ke

arah pembinaan struktur pendidikan. Kajian tindakan penting untuk mengenal pasti

masalah yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)

Pendidikan Jasmani iaitu murid gagal untuk memahami arahan guru dan melakukan

arahan guru dengan segera semasa aktiviti Pendidikan Jasmani dijalankan. Melalui

keputusan penyelidikan, pengkaji dapat merangka suatu tindakan yang bakal diambil

dan melaksanakan tindakan sehingga masalah diselesaikan. Penyelidikan tindakan ini

membantu mengkaji masalah yang dihadapi dengan mendalam dan teliti supaya dapat

menambah baik pengajaran melalui tindakan sendiri dan bukannya bergantung

kepada pihak lain untuk mengkaji kelemahan dan kekuatan tindakan.

Untuk menjamin pencapaian hasil pembelajaran sesebuah pengajaran,

pemahaman murid terhadap arahan guru tidak dapat diabaikan. Menurut Meissner

(1983), kefahaman murid terhadap pengajaran perkaitan merupakan kunci kejayaan


untuk mencapai hasil pembelajaran. Murid perlu memahami arahan yang disampaikan

supaya mereka melakukan arahan yang diberi dengan segera dan tidak membazirkan

masa PdP. Dengan menggunakan Instruction Windmill, murid boleh memahami

arahan yang diberi dengan lebih mudah dan jelas dan murid dapat menjalankan aktiviti

Pendidikan Jasmani dengan lebih seronok. Menurut Amir Hasan (2002), dalam

sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang

berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu, pengajaran yang dirancang perlu sesuai,

disusun mengikut tahap pelajar dan disokong dengan alat bantu mengajar bagi

meningkatkan pemahaman murid terhadap arahan guru ke tahap yang maksimum.

Guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan

penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam pengajaran mereka sebagai contohnya

penggunaan Instruction Windmill dalam penyampaian arahan kerana penggunaan

bahan membantu dapat merangsang minat murid untuk belajar. Instruction Windmill

yang mempunyai bentuk yang menarik dan tunjuk arahan yang berwarna-warni dapat

menarik minat murid terhadap pengajaran guru serta dapat menjamin penyampaian

arahan yang berkesan. Dengan ini, pelbagai aktiviti yang menarik dapat dijalankan

dan murid diberi peluang untuk menikmati kepuasan serta kegembiraan melalui aktiviti

yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi seperti yang dikatakan oleh Wee Eng

Hoe (2009).
Konteks

Menurut Saidatul Nornis (2011), komunikasi sentiasa memainkan peranan penting

dalam kehidupan manusia dan penguasaannya akan mempengaruhi keberkesanan

kehidupan manusia. Malah kepentingan dalam pendidikan juga turut diakui Ee Ah

Meng (2003) yang menjelaskan komunikasi memainkan peranan yang amat penting

dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji merupakan guru pelatih yang sedang

mengaji mata pelajaran Pendidikan Jasmani di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Sepanjang pengajian, pengkaji telah menjalankan praktikum fasa satu, dua dan tiga

di tiga buah sekolah rendah yang berbeza. Pengkaji mendapati cabaran utama yang

dihadapi adalah masalah penyampaian arahan kepada murid. Arahan merupakan

sebahagian dari komunikasi lisan yang banyak berlaku di dalam kelas sebagai mana

dinyatakan Munsyi Mohar (2009) bahawa, antara komunikasi lisan yang digunakan

guru ialah arahan. Penyampaian arahan yang berkesan penting bagi menjamin

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana pengkaji telah

mendapat bahawa apabila murid tidak memahami arahan diberi dan gagal untuk

melakukan arahan dengan segera, ia mengganggu kelancaran aktiviti Pendidikan

Jasmani dan menjejaskan pencapaian hasil pembelajaran PdP. Apabila murid gagal

untuk memahami arahan guru, murid-murid tidak bermotivasi melakukan aktiviti dan

suasana kelas juga menjadi tidak kondusif. Kelancaran PdP juga dijejaskan apabila

murid-murid tidak memahami arahan pengkaji dan pengkaji terpaksa menerang

semula.

Tapak pelaksanaan penyelidik adalah sebuah sekolah rendah kebangsaan di

negeri Perlis iaitu Sekolah Kebangsaan Stella Maris. Sekolah tersebut dipenuhi

dengan pelbagai alatan sukan yang sempurna dan mempunyai padang yang luas dan

sesuai untuk menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Keadaan ini telah

membekalkan sebuah suasana yang kondusif dan harmoni untuk murid menjalankan

aktiviti PdP dengan gembira. Sasaran kajian merupakan kelas tahun empat dengan
bilangan murid yang sederhana iaitu 19 orang murid. Kelas ini menghimpunkan murid

yang dari pelbagai aras kecerdasan dan mereka mempunyai prestasi akademik yang

rendah. Pengkaji mengambil kira aspek ini dengan menggunakan bahasa yang

ringkas dan mudah difahami semasa memberi arahan supaya murid dapat memahami

arahan yang diberi dengan teliti. Apabila murid memahami arahan guru, ia dapat

menjamin kelancaran aktiviti Pendidikan Jasmani. Apabila pelaksanaan PdP

Pendidikan Jasmani, pengkaji mendapati murid kelas ini berminat terhadap bahan-

bahan yang konkrit dan berwarna-warni. Oleh demikian, pengkaji telah mereka cipta

Instruction Windmill yang berwarna-warni untuk menarik minat murid untuk menjamin

kelancaran PdP dengan meningkatkan pemahaman murid terhadap arahan guru.

Keberkesanan penyampaian arahan guru amatlah penting untuk guru mengawal kelas

serta dapat menyampaikan isi pelajaran kepada murid dengan berkesan.


Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengkaji telah menjalankan praktikum ketiga-tiga fasa di sekolah rendah berbeza di

Kangar, Perlis dengan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dengan tahap

murid yang berlainan. Sepanjang masa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani,

pengkaji dapat mengesan masalah murid kurang memahami arahan guru dan gagal

untuk melakukan arahan dengan segera. Pengkaji sering mendengar pertanyaan

daripada murid seperti:

Cikgu, cakap apa?

Semasa pengkaji menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani untuk murid Tahun

4 di Sekolah Kebangsaan Panggau, pengkaji telah mendapati bahawa murid-murid

menunjukkan wajah muka yang keliru, dan hanya sebahagian kecil murid dapat

melakukan arahan yang diberi dengan segera. Murid-murid dikehendaki membuat

satu barisan secara melintang di hadapan pengkaji. Namun, kebanyakan murid tidak

memberi tumpuan kepada arahan guru dan melihat ke arah lain. Selepas pembetulan

dan penerangan guru beberapa kali, murid masih gagal untuk membuat barisan

secara melintang dengan lurus dan cepat. Banyak masa dibazirkan untuk

menerangkan cara membuat barisan dan aktiviti yang dirancang gagal untuk

dilaksanakan kerana habis masa untuk membuat barisan. Ia menunjukkan kesan

buruk kegagalan murid memahami arahan guru dengan teliti dan gagal untuk

melakukannya dengan segera sehingga menjejaskan masa PdP Pendidikan Jasmani.

Tambahan pula, masalah yang sama juga dikesan semasa pratikum fasa

ketiga selama 12 minggu pada murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Stella Maris.

Apabila pengkaji menjalankan penerangan peraturan permainan kecil, murid-murid

dikehendaki membuat satu bentuk U, berlaku juga masalah yang sama murid gagal

memahami arahan guru dengan teliti dan gagal untuk melakukannya dengan segera.

Murid-murid dibiasakan dengan cara pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani

yang kurang bersistematik merupakan sebab murid gagal untuk mengikut arahan
dengan berkesan. Guru Pendidikan Jasmani mereka biasanya akan memberi mereka

sebiji bola sepak dan membenarkan mereka mengadakan pertandingan bola atau

membenarkan mereka melakukan aktiviti yang mereka suka. Hal ini menyebabkan

murid kurang didedahkan cara melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani yang betul dan

mereka kurang pengalaman untuk menerima arahan apabila berada di kawasan luar

contohnya di pandang. Mereka akan kurang memberi perhatian kepada arahan yang

diberi oleh guru. Oleh demikian, apabila pengkaji melakukan aktiviti Pendidikan

Jasmani mengikut rancangan yang ditetapkan, murid akan kurang minat dengan

aktiviti pengkaji.

Apabila murid kurang memahami arahan yang disampaikan dan kerap kali

diperbetulkan oleh guru, mereka mudah berasa bosan dan hilang kesabaran kerana

mereka tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Murid yang hilang semangat untuk

bermain akan memilih untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti, keluar dari gelanggang

ataupun duduk di tepi gelanggang untuk menjadi penonton. Murid juga menjadi malu

untuk melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani secara aktif. Mereka

menunjukkan kurang yakin pada diri dan berdiri di tepi gelanggang serta tidak ingin

melibatkan diri dalam permainan atas alasan tidak tahu bermain kerana mereka tidak

pasti adakah perlakuan mereka betul atau tidak dan mereka takut melakukan

kesilapan yang mungkin akan dikritik atau diketawakan oleh kawan.

Selain itu, apabila guru menyampaikan arahan kepada murid sebagai

contohnya membuat satu barisan secara lantang, murid tidak dapat membayangkan

satu gambaran awal dalam otak minda mereka sekiranya hanya bergantung kepada

penyampaian lisan oleh guru. Kebanyakan masa, murid tidak mengikut arahan guru

dan sentiasa melanggar arahan atas sebab kurang memahami arahan guru.

Penggunaan Instruction Windmill dapat memberi suatu gambaran yang jelas kepada

murid tentang arahan guru, perlakuan yang dibenarkan atau tidak dan posisi

kedudukan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani dijalankan. Apabila murid jelas tentang

apa yang sepatut dilakukan, maka aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan murid
dapat menikmati keseronokan aktiviti Pendidikan Jasmani. Menurut Rahina Nugrahani

(2007) bahawa media berasaskan visual adalah media yang hanya bergantung

kepada deria penglihatan. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam proses

PdP untuk mempercepatkan pemahaman dan mengukuhkan ingatan di samping

menarik minat murid serta memberikan sokongan antara isi kandungan pelajaran

dengan dunia nyata. Murid perlulah diberi peluang untuk berinteraksi dengan visual

untuk memastikan terjadinya proses maklumat. Instruction Windmill yang berunsur

visual ini dapat digunakan untuk membantu murid dari segi membaiki pemahaman

murid terhadap arahan guru dalam aktiviti Pendidikan Jasmani.

Cabaran yang paling besar bagi pengkaji adalah menggunakan Instruction

Windmill untuk membantu murid memahami arahan guru supaya mereka dapat

melakukan arahan dengan segera. Menurut Mat Nor Hussain & Ab, Rahman Ab.

Rashid (1988), penggunaan alat bantu mengajar yang menarik dalam proses

pengajaran dan pembelajaran boleh menimbulkan rangsangan dan rasa ingin belajar

dalam kalangan murid. Justeru, penggunaan Instruction Windmill yang berwarna-

warni dan istimewa dapat menjamin proses PdP yang berkesan, menarik perhatian,

menjimatkan tenaga, dan juga menyeronokkan. Mereka berasa jemu sekiranya

pengkaji mengambil masa yang panjang untuk mengulang semula arahan dan

membuat pembetulan terhadap murid. Lama-lama kemudian, mereka akan mudah

hilang tumpuan. Menurut Musa Mahidi (2011), alat bantu mengajar terutamanya

bahan-bahan yang melibatkan pelbagai pancaindera seperti bahan-bahan yang

menggunakan warna dan bentuk yang menarik dan juga bahan-bahan yang dapat

didengar dan dirasai digalakkan untuk digunakan oleh guru dalam PdP. Hal ini

demikian kerana apabila kelakuan murid sentiasa dibetulkan maka murid akan berasa

bosan dan kurang berminat, ia akan merencatkan keseluruhan proses PdP yang

dijalankan oleh pengkaji. Pengkaji akan menghadapi masalah dalam meneruskan

proses PdP. Pengkaji boleh menilai perasaan dan minat murid melalui wajah muka,

penglibatan murid dan tahap keseronokan murid. Oleh itu, penggunaan Instruction
Windmill dapat membantu pengkaji mengatasi masalah murid tidak memahami

arahan yang disampaikan dan mencapai hasil pembelajaran. Masalah ini memerlukan

langkah-langkah yang efektif dan prihatin terhadap perkembangan murid dari semasa

ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai