Anda di halaman 1dari 4

BAHASA MELAYU

Karangan peristiwa sekolah ( termasuk melengkapkan karangan, surat kiriman


tidak rasmi, laporan dan catatan)

1. Hari Guru
2. Hari Sukan
3. Hari Kantin
4. Hari Kanak-kanak
5. Hari Penyampaian Hadiah
6. Hari Perkhemahan
7. Gotong-royong

Tengok PUAH JB
1. T Tujuan
2. P Persediaan
3. U Ucapan
4. A Acara / Persembahan
5. H Hadiah
6. J - Jamuan
7. B Bersurai / Harapan

Pendahuluan :- Bila? Siapa? Apa? Di mana?

Karangan fakta yang memulakan tajuknya dengan Faedah / Kebaikan


( termasuk syarahan )

1. Komputer
2. Membaca
3. Bersukan
4. Berkebun
5. Melancong
6. Menyertai aktiviti kokurikulum
IMEJ Nyonya Harum Baunya
1. I Ilmu menambah ILMU pengetahuan
2. M Masa mengisi MASA lapang
3. E Eratkan - mengERATkan hubungan
4. J Jauhkan / Jasmani menJAUHkan diri daripada
- menyihatkan JASMANI
5. N - Nilai murni menyemai sikap ( NILAI MURNI) dalam
diri seseorang
6. H - Hiburkan mengHIBURkan diri kita dengan..
7. B - Bahasa - boleh membantu kita meningkatkan
kemahiran berBAHASA

Karangan yang melibatkan :


1. Lawatan
2. Berkelah
3. Berkhemah
4. Pergi ke
a) pasar
b) pusat beli-belah
c) sebarang tempat

BeBaS Ke mana Tujuan


Jangan Balik Sampai kamu
Tengok & Buat 3 kali
FaHam !
Pendahuluan :
B Bila?
B Berapa?
S Siapa?
Ke mana Zoo / Kuala Lumpur / rumah datuk di .
Tujuan melawat sambil belajar / memenuhi masa cuti / menziarahi / berkelah / berkhemah

Perenggan Kedua :
J jam bertolak
B bagaimana pergi
S suasana / sambutan

Perenggan Ketiga:
Tengok Apa yang dilihat
Buat Apa yang kamu lakukan
( sekurang-kurangnya 3 tempat )

Tulis untuk perenggan 3 , 4 dan 5


Penutup:
Fa faedah memberi kami pengetahuan tentang
- telah dapat mengeratkan hubungan antara..
Ha harapan kami berharap dapat pergi ke sana lagi pada masa
hadapan / pergi ke tempat yang lebih menarik

Karangan peristiwa / pengalaman (termasuk melengkapkan cerita)


1. Kemalangan
2. Kebakaran
3. Kecurian
4. Banjir
5. Perayaan Hari jadi / Deepavali / Ponggal
( 3 S ) Sebelum Semasa Selepas

MAS Bi Di Bag Be
Mengapa? Apa? Siapa? Bila?

Di mana? Bagaimana? Berapa?

SELAMAT MAJU JAYA

Disediakan oleh : PN.SABRI BINTI MOIDEEN

Anda mungkin juga menyukai