Anda di halaman 1dari 1

NAMA: KHAIRUL MUZZAMIR BIN ALIAS 820508105713 NPQEL AMBILAN 1/2017

KELAS : SRGH 6

TUGASAN 5.4 : Kerja Sepasukan Berkesan

Kerja sepasukan didefinisikan sebagai tindakan bersama-sama oleh sekumpulan manusia. Setiap orang
mengutamakan kepentingan kumpulan berbanding kepentingan individu, demi perpaduan dan
kecekapan kumpulan dan mereka bertanggungjawab terhadap matlamat yang ingin di capai melalui
kerjasama yang dipersetujui. (Jon Katzenbach & Douglas Smith, 1994). Keadaan ini membawa maksud
bahawa terdapat dua unit kelompok manusia yang bekerja bersama-sama untuk mencapai objektif yang
telah dipersetujui secara bersama. Kerjasama ini membatasi segala bentuk kepentingan peribadi
ataupun kehendak sebelah kumpulan yang lagi satu.

Sekiranya kerja sepasukan ini dapat diamalkan dan dibudayakan, sesebuah organisasi itu akan
lebih mudah diurus, mempunyai hala tuju yang jelas serta mempunyai perhubungan antara sumber
manusia yang sangat erat dan baik. Secara tidak langsung akan memberikan kesan yang positif terhadap
ahli kumpulan dan berupaya mendatangkan kejayaan dan kecemerlangan kepada organisasi. Bagaimana
kerja sepasukan berupaya mendatangkan kecemerlangan adalah berlandaskan kepada beberapa faktor :

a) Visi, misi, matlamat kumpulan yang lebih baik, jelas dan dipersetujui oleh semua.
Sekiranya semua pihak mempunyai tujuan yang sama maka ketua organisasi tidak mempunyai masalah
untuk membuat perubahan positif kearah kecemerlangan.

b) Kerjasama yang terjalin diantara semua pihak akan menghasilkan persekitaran kerja yang lebih
selesa, relaks dan lebih berbentuk informal. Iklim kerja ini berupaya merangsang dan meningkatkan
kualiti kerja semua pihak seterusnya menjaya kejayaan dan kecemerlangan.

c) Setiap keputusan telah melalui proses perbincangan dan persetuuan bersama. Setiap isu telah
dibincang, didebatkan dan bersepakat bagi menapai keputusan bersama yang sangat penting. Ini untuk
mengelakkan keadaan kecil hati, rasa dipinggirkan ataupun disisihkan oleh ahli kumpulan. Dalam hal ini
semua ahli bersetuju dan bersepakat terhadap semua keputusan yang diambil.

d) Oleh kerana semua pihak mengambil bahagian dalam pengoperasian organisasi, maka mereka
faham dan jelas perana serta tanggungjawab masing-masing. Tugasan diagih secara adil da saksama,
manakala tugasan pula dibuat dengan jelas dan diterima untuk dilaksanakan dengan sebaiknya.

e) Kerja sepasulan dapat mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan dan tahap kepercayaan
yang baik. Didalam konteks ini, setiap ahli kumpulan bebas melontar pendapat atau tindakan kumpulan,
berteraskan kepercayaan yang tinggi dan komunikasi yang berlaku tanpa halangan.
Secara keseluruhannya, berdasarkan kepada beberapa aspek yang telah dinyatakan di atas,
kecemerlangan dan kejayaan dan kecemerlangan organisasi akan dapat dicapai. Kesepatakan, kerjasama
dan pemupukan kepercayaan yang tinggi terhadap ahli kumpulan boleh mendatangkan kejayaan kepada
organisasi tersebut secara menyeluruh.