Anda di halaman 1dari 1

KONSEP ASAS PENGLIBATAN IBU BAPA

Penglibatan ibu bapa merupakan proses dimana ibu bapa dapat berhubung dengan
kakitangan sekolah atau pusat prasekolah yang bertanggungjawab memberi
perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk memberi pendidikan, melibatkan kanak-kanak
dalam aktiviti yang dibentuk dan bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa memainkan peranan
dalam pendidikan anak masing-masing.

Menurut Swick penglibatan ibu bapa dalam tiga proses :


Pemuafakatan (partnership) antara keluarga dan profesional (pihak guru) dan pembantu (para
profesional) dalam komuniti.
Proses yang berkembang dan dibina melalui satu jangka masa yang dirancang
dan memerlukan kerjasama setiap ahli.
Satu proses di mana ibu bapa dan guru berkerjasama, belajar dan melibatkan diri dalam
membuat keputusan bersama

RASIONAL PEMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU

Guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam keberkesanan pendidikan kanak -
kanak . Guru bertugas mendidik di sekolah dan merangkumi masa selama tiga atau empat
jam di pusat prasekolah, sedangkan ibu bapa/keluarga bergaul lebih lama dan rapat untuk
mencorak kanak-kanak.
Pengalaman atau idea yang disemaikan di sekolah boleh dikukuhkan oleh keadaan di rumah
atau sebaliknya.
Penglibatan ibu bapa dalam berbagai aktiviti menunjukkan komitmen yang baik ke atas segala
keputusan yang dicapai bersama.
Membolehkan kanak-kanak mendapat faedah yang optimum di atas segala proses pengajaran
dan pembelajaran mereka kerana mendapat sokongan dari kedua belah pihak.
Pertalian yang erat diantara ibu bapa dan guru membentuk perasaan bertanggungjawab yang
sewajarnya dipihak ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai