Anda di halaman 1dari 1

Implikasi Pemindahan Pembelajaran terhadap pdp

1. Sediakan rancangan pdp sebaik-baiknya yang mengambil kira situasi seharian, iaitu
menyerupai keadaan sebenar.
2. Selitkan maklumat dalam konteks yang bermakna. Penyampaian maklumat dalam
konteks kehidupan yang rapat dengan kehidupan seharian murid akan mempercepatkan
pemahaman. Murid juga akan nampak hubungan antara isi pembelajaran dengan situasi
sebenar.
3. Adakan pembelajaran dalam bentuk projek secara rentas kurikulum agar murid dapat
mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari.
4. Bina kemahiran murid untuk monitor pembelajaran dengan cara mengajukan soalan.
Contohnya, Di manakah anda boleh menggunakan kemahiran/ pengetahuan ini?