Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

CHAPTER 3
WEARABLE DEVICES

Nama: Ahamed Fasharudeen Bin Mohamed Farook


No. Matrik: D16309067
Nama Kumpulan: Kumpulan Edya
Nama Pensyarah: Puan Rabiatul Adawiyah Binti
Jamaluddin
Pengenalan

Jam Pintar atau lebih dikenali sebagai Smart


Watch merupakan satu Wearable Device (peranti
boleh pakai) yang selalunya digunakan untuk
berhubung secara wireless dengan telefon pintar
(smart phone). Antara kegunaannya adalah untuk:
I. Membuat panggilan
II. Menerima panggilan
III. Membaca mesej
IV. Menerima mesej
V. Mengakses web
VI. Bermain muzik
VII. Menjalankan sesetengah aplikasi seperti aplikasi
kecerdasan
VIII. GPS
IX. Bluetooth
Dan lain-lain.
Sejarah smart watch
Jika kita lihat kembali sejarah, kita akan dapati
bahawa revolusi Smart Watch ini telah bermula
sejak 1978 lagi. Pada awalnya ia diperkenalkan
oleh syarikat jam yang terkenal iaitu Casio. Layar
LCD ini menampilkan dua baris. Baris pertama
menunjukkan waktu, baris kedua pula untuk
melakukan fungsi kalkulator. Untuk melakukan
proses mengira, pengguna perlu menekan 40
tombol yang ada di sekelilingnya.
Jam tangan jenama Seiko pula lebih menarik
kerana dilengkapi docking station yang berisi
memori penyimpanan data. Docking System ini
dibuat menyerupai keyboard QWERTY dan
numerik yang memudahkan pengguna dalam
mengetik dan memasukkan data.
SMART WATCH serasi
SMART PHONE

Industri phablet terus berkembang dengan


munculnya revolusi Smart Watch. Peranti ini
boleh terus tersambung dengan Smart Phone
walaupun disimpan dalam beg tangan ataupun
poket kita. Ia tersambung menggunakan system
Bluetooth. Jadi, kita tidak lagi akan terlepas
daripada panggilan suara, emel, ataupun mesej
yang penting. Hal ini kerana, tugasnya telah
ditukarkan kepada Smart Watch (jam pintar).

Keserasian
dengan telefon Fungsi
pintar kita tambahan

Reka Kemudahan
bentuk pengguna
4 keaadaan yang memerlukan
smart watch

i. Keadaan di ruang yang rapat

Contohnya, apabila kita sedang duduk rapat-rapat


dalam sesuatu majlis (seminar, tahlil dll). Kita dan
orang sebelah kita akan berasa kurang selesa
apabila kita bergerak-gerak untuk mengeluarkan
Smart Phone kita. Dengan Smart Watch kita
boleh memeriksa notifikasi tanpa gerak-gerak
untuk keluarkan telefon.
ii. Semasa meluangkan masa dengan yang
tersayang

Hati orang yang tersayang akan terluka apabila


kita mengeluarkan telefon kita apabila sedang
meluangkan masa untuk mereka. Tetapi notifikasi
juga merupakan satu perkara yang penting
terutamannya bagi mereka yang berniaga.

iii. Semasa beriadah

Salah satu fungsi Smart Watch yang penting


terutamanya bagi mereka yang menggemari
aktiviti lasak adalah fitness tracker. Kita juga tidak
perlu berhenti daripada aktiviti yang kita lakukan .
iv. Semasa berada di panggung wayang

Semasa kita menonton filem di panggung wayang,


kita dapat melihat satu mesej daripada pihak
syarikat supaya kita matikan telefon kita dahulu
supaya tidak mengganggu orang lain. Bunyi atau
cahaya yang dikeluarkan oleh telefon pintak
semestinya akan mengganggu orang lain, tetapi
dengan penggunaan Smart Watch ia tidak akan
mengganggu orang lain.
Kekurangan smartwatch
Memang lumrah kehidupan kita sebagai insan
biasa, setiap perkara yang dilakukan pasti akan ada
kekurangan walaupun sedikit. Berikut beberapa
kekurangan SmartWatch:

I. Harganya agak mahal ($)

Kebanyakan SmartWatch pada masa kini perlu


dilengkapi dengan gajet pintarnya sekali.
Harganya agak mahal. Bagi mereka yang
mempunyai wang mungkin tidak bermasalah.

II. Ketahanan bateri yang lemah


Dalam aspek kapasiti dan daya tahan bateri pula,
jangka hayat baterinya rendah. Menurut sejumlah
laporan, sebuah produk SmartWatch paling tahan
lama hanya akan mampu bertahan selama 10 jam
sahaja.
Apple watch
Apple Watch muncul dalam revolusi Smart
Watch setelah berlakunya kebanjiran gajet tersebut.
Namun, Apple Watch tampil dengan inovasinya
tersendiri seperti biasa. Telah diumumkan oleh Tim
Cook pada 9 September 2014, Apple Watch boleh
diserasikan dengan iPhone 5 dan model selanjutnya
yang menjalankan system operasi (OS) iOS 8.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Smart Watch merupakan satu
era perkembangan teknologi di dunia ini sebagai
mana yang kita lihat pelbagai revolusi yang muncul
di dunia. Kita sebagai Generasi Y perlu mengikuti
semua perkembangan pada semasa. Sebagai satu
generasi yang bijak dan mementingkan
perkembangan Islam kita perlu menggunakan semua
kemudahan yang ada untuk berdakwah
menggunakan cara kita yang tersendiri.
Sumber rujukan

http://elektronikgadget.com/tempat-smartwatch-bermanfaat/

https://de-tekno.com/2015/05/yang-perlu-diketahui-dari-smartwatch/amp/

https://infokomputer.grid.id/2014/09/fitur/sejarah-smartwatch-dari-masa-ke-
masa/?_e_pi_=7%2CPAGE_ID10%2C5610433822

Anda mungkin juga menyukai