Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan Kejuruteraan Mekanikal

Kejuruteraan mekanik adalah bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan asas mekanik. Ia
merupakan penggunaan prinsip fizik untuk menganalisis, mencipta, membuat dan
menyelenggara mesin dan barangan berguna. Ia memerlukan pemahaman kukuh konsep-
konsep asas yang merangkumi mekanik, kinematik, termodinamik dan tenaga. Jurutera
mekanik menggunakan prinsip-prinsip ini dan prinsip-prinsip lain dalm mencipta dan
menganalisis kereta, pesawat udara, sistem pemanasan dan penyejukan, bangunan dan
jambatan, kelengkapan dan jentera industri, dan banyak lagi.Jurutera mekanikal menjalankan
tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera,
loji, peralatan perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta
mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan
jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk,
proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu.
Bidang dan Bentuk Tugas

Memberi nasihat dan mereka bentuk jentera dan alat bagi kerja-kerja pembuatan, perlombongan,

pembinaan, pertanian dan perindustrian yang lain;

Memberi nasihat serta mereka bentuk motor dan enjin stim dan pembakaran dalaman, mesin, enjin

bukan elektrik yang lain yang digunakan untuk pendorongan lokomotif, kenderaan, pesawat udara

atau untuk menghidupkan jentera perindustrian dan jentera-jentera lain;

Memberi nasihat dan mereka bentuk badan, struktur utama, kerangka kapal, pesawat udara,

kenderaan darat dan peralatan pesawat udara lain.

Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem, peralatan pemanasan, pengalihudaraan serta

penyejukan;

Memberi nasihat dan mereka bentuk bahagian bukan elektrik bagi perkakas atau produk seperti

pemprosesan data, komputer, kamera, projektor dll;

Menentukan dan memeriksa kaedah pengeluaran atau pemasangan serta cara kerja bagi mesin,

jentera, perkakas, motor, enjin pertanian, loji peralatan atau sistem perindustrian;

Mewujudkan piawaian dan prosedur kawalan, mengesan dan memperbaiki bagi memastikan mesin,

jentera, perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem perindustrian berfungsi dengan

cekap dan selamat;

Mengatur serta mengarah penyelenggaraan dan pembaikkan mesin, jentera, perkakas, motor, enjin

serta loji, peralatan atau sistem perindustrian yang sedia ada;

Mengkaji serta memberi nasihat berkaitan aspek teknologi bahan, produk atau menentukan proses;
Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:

Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian

Jurutera Kuasa Nuklear

Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan

Jurutera Kenderaan /Automotif

Jurutera Mekanik/Aeronautik

Jurutera Marin Dll


Penempatan dan Lokasi Bertugas

Kilang automotif
Pelantar minyak
Syarikat Penerbangan
Syarikat Perkapalan
Anggaran Gaji dan Faedah

Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan


Gaji Tahunan

RM2,360.00 RM8,743.00 RM225.00


Hiraki/Pangkat
kursus latihan yg diperlukan sbelum kerjaya

institusi pengajian untuk kerjaya


institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

1. Universiti Malaysia Sarawak

2. Universiti Kebangsaan Malaysia

3. Universiti Teknologi Malaysia

4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

5. Universiti Teknologi Mara

6. Universiti Sains Malaysia

7. Universiti Putra Malaysia

8. Kolej Tunku Abdul Rahman

9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-

1. Universiti Tenaga Nasional

2. Universiti Teknologi Petronas

3. Universiti Multimedia Malaysia

4. Brickfields College & Country Heights Education Sdn Bhd

5. Institut Teknologi Pertama

6. Kolej Ikram

7. Inti College

8. Kolej Linton

9. L & G Twintech Institute Of Technology

10. Sepang Institute Of Technology Dll