Anda di halaman 1dari 2

Kesempurnaan sesuatu majlis yang dianjurkan di sekolah kita akan mencerminkan atau

melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah organisasi serta keupayaan


kepimpinan ketua sesebuah organisasi. Oleh kerana itu, setiap majlis yang dianjurkan itu
seharusnya dilakukan dengan terbaik yang melibatkan kerjasama semua pihak daripada pihak
teratas sehinggalah yang paling bawah. Malahan, tiada siapa di dunia ini mahu majlis yang
dianjurkan itu mempunyai isu atau masalah. Namun begitu, kesempurnaan yang diharapkan itu
sering kali meleset. Masih terdapat juga isu-isu yang sering berlaku dalam majlis rasmi di
sekolah. Antara isu-isu yang sering timbul ialah:
a. Perancangan dan perbincangan dalam mesyuarat sebelum sesuatu majlis yang bakal
diadakan dilakukan sambil lewa mengakibatkan jawatankuasa kerja tidak jelas dengan
tugasan mereka.
b. Persiapan prasarana fiikal yang tidak mencukupi sebelum sesuatu majlis bermula,
contohnya kerusi yang disediakan tidak mencukupi menyebabkan tetamu yang hadir
tidak ada tempat duduk.
c. Dalam mesyuarat untuk pelaksanaan majlis tersebut tidak dijemput pegawai protokol
sebagai penasihat bagi membantu atau memastikan segala protokol dilakukan dengan
betul.
d. Semasa majlis sedang berlangsung, terdapat audien yang berbual-bual dengan rakan
dan tidak memberikan tumpuan malahan menjadi penganggu dalam majlis tersebut.
e. Disiplin murid yang tidak terkawal menyebabkan gangguan berlaku semasa majlis
sedang berlangsung kerana perhatian murid hanya mampu bertahan sementara waktu
sahaja kerana itu pengisian majlis itu haruslah dapat menarik minat dan perhatian murid
untuk memberikan sepenuh perhatian mereka.
f. Ketepatan masa dan waktu sering kali timbul, terdapat guru yang lambat atau tidak
menghadiri majlis.
g. Majlis tidak dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan seperti mana yang terdapat
dalam aturcara majlis.
h. Sistem siaraya tidak berfungsi dengan baik semasa majlis berlangsung dan ketiadaan
juruteknik yang mahir untuk mengatasinya apabila berlaku sebarang masalah berkaitan
dengan peralatan siaraya tersebut.
i. Pakaian yang dipakai oleh guru yang tidak sesuai dengan majlis yang dianjurkan
malahan ada yang hanya memakai selipar dan baju tshirt walaupun telah dimaklumkan
akan pakaian yang perlu dipakai semasa majlis.
Untuk mengatasai segala kemungkinan isu di atas berlaku, beberapa perkara penting perlu
dikenalpasti terlebih dahulu seperti tahap atau peringkat majlis taraf tetamu jemputan,
susunan keutamaan, susunan tempat duduk, panggilan hormat, cara berpakaian,atur cara
majlis dan susunan bendera. Kesempurnaan sesuatu majlis acara dan sambutan di sekolah
bergantung kepada tahap penguasaan, pemahaman, pengetahuan dan kemahiran protokol
yang jelas dan menyeluruh

Anda mungkin juga menyukai