Anda di halaman 1dari 8

Soalan Novel 1: novel Silir Daksina

Membaca Novel berbentuk Sastera bayak faedahnya. Huraikan faedah-


faedah membaca novel yang dikaji.
Berdasarkan novel Silir Daksina karya Md. Nizar Parman , terdapat
banyak faedah membaca novel tersebut.
Antara faedah membaca Novel Silir Daksina adalah dapat meningkatkan
rasa cinta terhadap bidang Sastera dan Budaya. Abdullah bin Kayan merupakan
seorang yang hebat dalam bidang seni dan sastera. Beliau memperoleh pelbagai
anigerah dalam bidang ini. Haiqal merupakan anak kandung beliau yang hebat
bersajak dan tertarik akan keunikan banaya setelah membaca manuskrip setebal
58 muka surat itu. Haiqal mengambil keputusan untuk pergi ke kampung Seri
Purnama walaupun mendapat tentangan hebat daripada iunya. Haiqal
mempelajari pelbagai cabang ilmu budaya dan sastera semasa berada di sana.
Contohnya, Haiqal mempelajri zapin Jincat yang merupakan keistimewaan di
kampung itu. Zapin Jincat mempunyai gerak tari yang pantas berbanding zapin
biasa. Oleh itu jelaskan bahawa dengan membaca Silir Daksina dapat
meningkatkan rasa cinta terhadap bidang sastera dan budaya kerana novel ini
Berjaya mendedahkan suatu input yang baru dalam bidang ini.
Selain itu, Novel SIlir Daksna juga dapat menyuburkan sifat kasih sayang
antara ahli keluarga. Setelah Rafiqah bercerai atau berpisah dengan Abdullah
bin Kayan, dia telah berkahwin dengan seorang lelaki. Lelaki ini yang lebih
dikenali sebagai Walid merupakan bapa tiri bagi Haiqal dan Walid amat
menyayanyi Haiqal dan tidak pernah membezakan Haiqal dengan anak
kandungnya iaitu AIsah. Ketika Haiqal mahu pergi ke Kampung Seri Purnama,
Walid menanggung kos perelanjaan Haiqal di sana dan dia mnawarkan dirinya
untuk menghantar Haiqal ke kampung itu. Walid turut menasihati Haiqal sebelum
Haiqal bertolak ke Johor. Walid, Aisah dan Umi juga datang ke Kampung Seri
Purnama semasa Haiqal membuat persembahan zapin bersama-sama See Hwa
di hadapan YB Samsuri. Tujuan mereka datang adalah untuk memberikan
sokongan kepada Haiqal. Oleh itu jelaslah bahawa novel ini memaparkan nilai
kasih sayang yang mampu diaplikasikan dalam kehdiupan seharian dan
menyuburkan nilai kasih sayang antara ahli keluarga.
Soalan Novel 2: novel Di Sebalik Dinara
Membaca Novel berbentuk Sastera bayak faedahnya. Huraikan faedah-
faedah membaca novel yang dikaji.
Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor, terdapat
beberapa faedah yang boleh diperoleh.
Antara faedah yang boleh diperoleh dengan membaca novel Di Sebalik
Dinara adalah pembaca dapat mempelajari dan mengetahui pelbagai jenis kosa
kata baru. Hal ini dikatakan demikian kerana latar masa novel ini adalah ketika
zaman kecanggihan teknologi. Kisah dalam novel ini juga banyak berkisar
tentang komputer serta teknologi canggih. Oleh itu, pembaca dapat mengetahui
serba sedikit tentang istilah-istilah yang biasa digunakan dalam dunia
perkomputeran. Antara contoh kosa kata baru yang ada di dalam novel ini
adalah loophole. Buktinya, walaupun Farisha baru sahaja diperkenalkan kepada
sistem Dinara oleh Aqram, dia sudah Berjaya menjumpai beberapa kelemahan
dan loopole dalam sistem tersebut.
Selain itu, pembaca dapat memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pembaca.
Dalam novel Di Sebalik Dinara, terdapat banyak nilai murni khususnya nilai
murni yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan dan hubungan antara
manusia. Nilai-nilai murni ini dapat disemat di dalam jiwa pembaca dan
seterusnya pembaca dapat mengamalkan nilai-nilai murni ini kepada orang lain.
Ini ditunjukkan oleh Medina, ibu kandung Farisha apabila dia cuba untuk
menyelamatkan Farisha daripada Karl yang ingin menanam pelbagai jenis
implan dalam tubuh Farisha semasa Farisha masih kecil.
Soalan Novel 3: Novel Di Sebalik Dinara
Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan
teladan. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi
teladan kepada pembaca. (7m)
Berdasarkan Novel Di Sebalik Dinara banyak memaparkan peristiwa
yang memberi teladan kepada para pembaca.
Antara peristiwa yang memberikan teladan ialah peristiwa Farisha
bermakan malam di rumah abangnya, Azraai. Farisha dikejutkan dengan berita
yang tiidak pernah disangka olehnya. Azraai memberitahu Farisha bahawa
Farisha bukanlah adik kandungnya dan keluarganya mengambil Farisha sebagai
anak angkat. Azraai, menepati janjinya dengan keluarga kerana dia memberitahu
Farisha bahawa dia bukanlah adik kandungnya. Farisha juga dikejutkan dengan
berita, bahawa Azraaimempunyai penyakit jantung. Farisha sangat sedih
apabila mendengar berita ini. Dia pensan kerana terlalu terkejut dan sedih sebaik
sahaja dia tiba di rumahnya. Peristiwa ini memberi teladan kepada pembaca
agar tabah dalam mengharungi asam garam kehidupan.
Seterusnya, semasa peristiwa Karl diambang kematian, dia
memberitahu segala perkara yang dia lakukan kepada Farisha. Farisha
merupakan anak kandung Karl. Tetapi, disebabkan sikap obsesnya terhadap
bidang teknolgi, dia telah menguji kaji Farisha dengan memasukkan implan ke
dalam Farisha. Setelah Karl mati, Farisha berasa sangat bersyukur dapat
bertemu dengan ayahnya. Farisha amat menyayangi Karl walaupun dia tahu Karl
telah melakukan bermacam-macam perkara terhadap dirinya. Peristiwa ini
memberi teladan kepada pembaca agar menyayangi keluarga kita kerana air
yang dicincang tidak akan putus.
Soalan Novel 4: novel Silir Daksina
Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan
teladan. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi
teladan kepada pembaca. (7m)
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat banyak peristiwa yang memberikan teladan kepada pembaca
terkandung dalam novel ini.
Antara peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca ialah
Peristiwa Kematian Bapa Haiqal. Melalui periistiwa ini, Haiqal telah menunjukkan
sikap taat kepada uminya. Dalam hal yang berasingan, dia juga menunjukkan
sikap kasih dan sayangnya terhadap ayah kandungnya. Sebagai bukti, Haiqal
tetap menunaikan arahan uminya untuk menjawab soalan UPSR walaupun pada
hari yang sama bapa kandungnya meninggal dunia. Haiqal berasa terlalu terkilan
kerana tidak dapat menatap wajah ayah kandungnya buat kali yang terakhr. Dia
telah menangis semasa menjawab dan ditenangkan oleh pengawas
peperiksaan. Peristiwa ini membuktikan bahawa kita perlu mentaati suruhan ibu
dan pada masa yang sama tidak membelakangkan kasih seorang anak kepada
ayah.
Selain itu, peristiwa yang memberi teladan ialah peristiwa berputiknya
kemaafan Umi terhadap Haiqal dan bekas suaminya. Hal ini berlaku sewaktu
Haiqal sedang menari zapin di pentas. Insiden pergaduhan yang menjarakkan
hubungannya dengan keluarga kembali pulih selepas uminya menghadirkan diri
dalam Majlis Malam Budaya. Uminya telah mengambil inisiatif untuk memaafkan
anaknya itu biarpun sebelumnya Haiqal telah menyakiti hatinya. Uminya sedar
bahawa bukan Haiqal sahaja yang bersalah dalam hal ini tetapi sikap egoisnya
terhadap bekas suaminya juga turut menjadi punca. Peristiwa ini juga
menunjukkan bahawa hubungan ahli keluarga yang keruh pasti akan pulih
sekiranya keluarga tersebut mengambil jalan penyelesaian dengan membuang
peristiwa yang keruh dan ambil yang jernih.
Soalan Novel 5: novel Di Sebalik Dinara
Tajuk sesebuah novel amat berkaitan dengan cerita dalam novel tersebut.
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kesesuaian tajuk novel dengan
isinya. (7m)
Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor yang saya telah
kaji di Tingkatan Empat, terdapat beberapa peristiwa yang berkait rapat dengan
tajuk novel tersebut.
Peristiwa yang berkait rapat dengan frasa Di Sebalik ialah peristiwa
kejahatan Karl terbongkar. Pengarang menggunakan frasa Di Sebalik kerana
beliau ingin menegaskan yang manusia zaman moden mempunyai 1001 topeng
dan semua orang mempunyai sejarah hitam yang tersendiri. Semasa pekerja
Soft Lab menghubungkan minda Shida dan Karl, Shida dapat mengakses masa
silam Karl. Shida melihat Karl memukul seorang budak lelaki cacat dan
mengubahnya menjadi cyborg yang bernama Khairul Anwar. Shida juga melihat
Karl memaksa isterinya menukar agama dan kemudian Karl mendera isterinya.
Apa yang Shida lihat jelas menggambarkan bahawa di sebalik kejayaan Karl,
terdapat banyak kisah silam yang Karl sorokkan.
Peristiwa yang berkait rapat dengan frasa Dinara ialah Karl
memindahkan kesedarannya ke dalam jasad Shida secara tidak sengaja.
Dinara digunakan oleh pengarang kerana beliau behasrat untuk
mengetengahkan unsur hipermodenisasi di dalam novel tersebut. Perkataan
Dinara kedengaran canggih, maka ia sesuai dengan cerita dalam novel tersebut.
Selepas abu mayat Karl ditabur di Selat Melaka, Shida bercakap dengan Aqram
menggunakan nada yang mirip Karl. Dia bukan sahaja membahasakan diri
sebagai Karl, malahan suaranya juga mirip Karl. Secara logiknya, adalah
mustahil bagi seorang individu untuk memindahkan kesedarannya ke dalam
jasad orang lain tetapi di dalam novel tersebut, ia tidak mustahil. Peristiwa yang
cuma masuk akal dalam zaman futuristik seperti di dalam novel tersebut berkait
rapat dengan perkataan Dinara yang bombastik.
Soalan Novel 6: Novel Silir Daksina
Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik.
Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut. (8m)
Novel yang dikaji ialah Novel Silir Daksina karya Md Nizar Parman. Novel
ini mengandungi banyak peristiwa yang menarik hati pembaca.
Antaranya ialah peristiwa Haiqal mengungkap perasaan sayang terhadap
keluarganya. Sewaktu Haiqal masih kecil. Umi telah memberitahu tentang ayah
tirinya, Walid. Walaupun dia masih kecil, dia memahami keadaan ibunya dengan
tidak bertanya soalan tentang ayah kandungnya. Dia juga mendengar cerita
ibunya dengan penuh perhatian. Dia juga menyatakan rasa sayangnya kepada
ibunya selepas peristiwa itu. Sebagai contoh, Haiqal menyatakan perasaan
sayangnya kepada Umi dan Walid selepas Uminya mengajukan soalan tentang
perasaannya terhadap Umi. Peristiwa ini menarik kerana Haiqal mampu
menyatakan perasaan sayangnya kepada Umi dan ayah tirinya waaupun dirinya
masih kecil dan perasaan itu kekal hingga dia dewasa.
Selain itu, peristiwa Haiqal menasihati rakan sekolahnya di warung juga
menarik perhatian saya. Ratna, merupakan rakan Haiqal sewaktu di sekolah
telah membantu ibunya menguruskan warung di tepi pantai. Sewaktu mereka
berjumpa, mereka menceritakan tentang zaman persekolahan termasuklah
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Ratna yang ketika itu mendapat keputusan
yang kurang cemerlang berasa sedih dengan takdirnya. Dia menyatakan kepada
Haiqal yang dia hanya mampu membantu ibunya mengurus warung. Haiqal
seterusnya memberikan kata-kata semangat supaya dia tidak berputus asa.
Sebagai contoh, Haiqal memberitahu bahawa kejayaan datang daripada
kesilapan dan menyatakan ramai tokoh yang beraya hasil daripada kegagalan
mereka. Peristiwa ini menarik kerana walaupun mereka sudah tamat zaman
perseolahan namun hubungan sebagai rakan tetap terjalin dan mereka saling
membantu.
Seterusnya, peristiwa Haiqal bertikam lidah dengan ibunya juga menarik
perhatian pembaca. Haiqal yang ketika itu telah mengetahui kampung ayah
kandungnya meminta izin daripada ibunya untuk menziarahi kampung tersebut.
Ibunya terkejut dengan tindakannya dan menyuarakan pandangan supaya
Haiqal tidak pulang ke kampung itu. Sungguhpun begitu, Haiqal tetap
mempertahankan kehendakknya untuk pergi ke kampung tersebut. Dia sudah
tahu risiko yang bakal diterimanya jika dia tepat mempertahankan tindakannya
tetapi dia tetap tekad untuk pergi ke kampung ayah kandungnya di Johor
walaupun Umi tidak memberikan walau sesenpun duit. Peristiwa ini menarik
kerana, Haiqal tetap mempertahankan haknya untuk mengetahui tentang ayah
kandungnya walaupun terpaksa berhadapan pelbagai dugaan. Seseorang yang
mempunyai prinsip hidup yang kuat biasanya mempunyai matlamat dalam hidup.